Tuesday, June 8, 2010

Kenapa Ada Di antara Keluarga Tak Rapat?

Aku tertarik komen kak ct semalam tentang siapa yg salah kalau hubungan antara sepupu tak rapat. Ibubapakah atau anak?

Arwah ayah aku ada 7 org adik beradik. Dia anak yg kedua dan mempunyai 34 org anak saudara. Kiranya sepupu akulah tu semuanya. Orang Jawa ni cukup mengambil berat tentang gelaran. Jika ayah aku dipanggil abang oleh adik2nya, dia akan dipanggil 'wak' oleh anak2 adiknya. Anak kakak dia akan panggil dia 'paman'. 'Wak' dan 'Paman' membawa maksud yg sama iaitu pakcik tetapi status 'Wak" ini lebih tinggi.

Aku dan adik aku akan dipanggil 'abang' oleh sepupu2 aku kecuali anak kakak ayah aku. Aku boleh panggil sepupu2 aku dengan nama mereka aje walaupun mereka lebih tua dari aku. Kebetulan kebanyakan sepupu2 aku lebih tua dari aku kerana ayah aku kahwin lambat dan dapat anak (aku dan adik kembar akulah tu) pun lambat.

Sebahagian sepupu aku tinggal di kampung. Dulu masa aku kecil nak balik kampung susah sebab takde kenderaan sendiri. Kami naik bas tukar 4 bas baru sampai kampung. Jadi kami balik kampung bila raya. Maka aku pun tak berapa rapat dgn sepupu2 aku yg di kampung. Lagipun mereka jauh lebih tua dari aku. Ada antara sepupu aku yg mempunyai anak yg sebaya dgn aku! Oh ya anak2 sepupu aku ni panggil aku paman atau wak walaupun ibubapa mereka tak jauh beza umur dgn aku.

(Skrg sebahagian anak sepupu aku ni dah ada anak2 sendiri yg memanggil aku dgn panggilan datuk hehehe).

Bagi sepupu2 aku yg duduk di KL kami sangat rapat kerana sering berjumpa. Anak2 kami pun rapat antara mereka iaitu dua pupu mereka. Begitu juga dgn sepupu aku sebelah emak kerana mereka semua tinggal di KL.

Jadi patutkah kita salahkan ibubapa kalau hubungan antara sepupu tak begitu rapat? Bagi aku tak patut aku salahkan mereka kerana keadaan masa lalu sudah begitu. Yang penting sekarang terpulanglah kepada kita untuk merapatkan semula hubungan itu.

Satu n3 yg agak berbelit2 tapi harap tiada siapa yg terlilit.

50 comments:

  1. YB,

    kalau keluarga tu besar memang payah nak cam sepupu sepapat.s erius.

    emak aku anak ke 10 dr 11 adik beradik.

    anak buah pertama dia umur lebih dari dia sendiri dalam lingkungan 70 tahun.

    kalau seorang emak anak 7-10, berapa ramai sepupu dan dua pupu aku ada.

    aku juga dah pangkat nenek walaupun anak belum ada. ha ha ha

    setiap kali raya rumah aku yg merupakan rumah ibu akan jadi tumpuan semua ahli keluarga besar. jadi setakat ini mmg aku cam sepupu sepapat aku. ha ha ha

    ReplyDelete
  2. kdg2, klu dari kecik dh masuk asrama mmg smpai ke dewasa pun tak rapat coz dh segan..tetapi, terpulang pada kita utk rapat or renggangkannya....

    ReplyDelete
  3. boleh tahan...

    banyak yang macam tu tapi sekarang ni dah ada facebook n dsb, jadi lagi senang nak connect..

    di alam maya mesra, tapi di luar segan silu heheh..

    apa-apa pun, jangan la sampai satu hari mereka berlaga bagu tapi tak tahu satu keluarga..

    ReplyDelete
  4. YB org tanjong karang ke?? parit berape? wes mangan??? heheheh

    ReplyDelete
  5. error...bahu

    sori uncle guna account lain pulak

    ReplyDelete
  6. salam YB;
    kaklong tetarik dgn n3 nih..
    sebenarnya kaklong pun mcm tuh..
    sepupu2 sebelah emak memang rapat..
    tp,
    sebelah arwah abah,memang tak rapat
    malah rasanya bila dah dewasa dan berumahtangga ni,rasanya klu jumpa kt mana2 mugkin tak kenal...
    lg pun arwah abah org PEKAN PHNG..
    kan masa dulu susah nk jumpa..kenderaan tak ada..jauh pulak tu,
    tp lbh sedih lg...sewaktu hari kematian abah,tak seorang pun keluarga sebelah sana dtg ziarah,walaupun dah dimaklumkan.:(

    ReplyDelete
  7. adeh! tadi perut aku ok lagik.lepas baca n3 ni terus sembelit.hehe

    harap² pak agos tu takde kena mengena dgn ko.hee..

    ReplyDelete
  8. Now, zaman dah berubah . Menjadi tangungjawab ibubapa utk merapatkan hubungan sesama keluarga .

    Luangkan masa menziarahi dan bersama keluarga terutama jika ada majlis atau apa2 sahaja . Bawa anak2 utk mengenali datuk/nenek/pak menakan / sepupu sepapat dan sedara mare . Kalau boleh satu kampung semua pun kenal . heee

    ReplyDelete
  9. kadang betul juga sebab ayah tak selalu bawak gi jalan2 rumah saudara. last2 sepupu sendiri tak kenal. humpphh!

    ReplyDelete
  10. err...hani ngan sedara mara belah parents mmg x berapa rapat sgt..sb kecik2 mak dh pos g study tempat lain. jauh pulak tu dr family.dgn family dh jarang jumpe ini plk sedara mara..

    skrg ni kl jumpe..cuba2 lah untuk mesra..karang ade yg kata tak kenal sedara sendiri pulak :P

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah,adik beradik saya 10 orang. Kini berkembang menjadi 62 orang dan sentiasa berhubung. Dalam facebook saya ada 366 friends yang semuanya adik beradik, sepupu sepapat, anak buah pakcik makcik yang bertaburan seluruh dunia. Hmmmm, fb jika digunakan dengan betul...banyak kebaikannya.

    ***Walau apapun kedudukan kita, jangan bina 'hijab' antara ahli keluarga.

    ReplyDelete
  12. kadang salah famili..tp kadang salah kita..budak skang ajak jumpa sedara malas lah apa sume

    ReplyDelete
  13. semuga anak cucu cicit kakpah akan sentiasa kenal antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  14. entah entah kiter sedulorr.. uhuhu

    ReplyDelete
  15. bab2 pangkat ni kena bc beberapa kali... hmpr2 aku terbelit.. hihihi


    ;D

    ReplyDelete
  16. kita kena selalu jumpa utk rapatkan silaturrahim, jom malam ni ke ezati :P

    psttt: kemri ada lagi?

    ReplyDelete
  17. ku juga tak serapat mana dengan sepupu... maybe sebab jumpa pun time2 raya... kadang2 tak jumpa pon sebab raya kat umah masing2, ziarah embah kat kg kadang2 selisih2 bahu je...

    ReplyDelete
  18. sendiri mau ingat la kan kan kan..
    hihihi...

    ReplyDelete
  19. banyak benar anak kakak. anak abang. aku fening daaaaaa......


    he he.


    .

    ReplyDelete
  20. YB..memang tak bolih nak salahkan sesiap kalau tak rapatkan..biasanya kita akan lebih rapat dengan sepupu..2pupu..dan semua sedara mara sebelah mak..sebelah ayah memang kurang sikit..rapatnya..tapi tetap kenal..semasa arwah ayah ada..setiap kali raya..dia akan bwak merayau kerumah kedua2 belah keluarga..itu sebab kenal...semasa arwah ada juga..rumah akan dikunjongi olih semua anak2 sedara arwah..setiap tahun tak pernah miss..

    ReplyDelete
  21. Salam yB..

    Memang yer..kome rapat dengan sepupu beloh mak kawan jer..belah aboh kawan ada yang tak kenal..

    ReplyDelete
  22. hehehhee.. terpulang pada kita nk rapat atau tidak.....



    tp walau x rapat, bila berjumpa sesekali, jaganlah sombong, beramah mesra la...

    ReplyDelete
  23. salam yb..n3 yang berinformasi utk generasi muda keturunan jawa..

    ReplyDelete
  24. YB.
    memang gitukan, kalau hubungan saudara mara
    sepupu sepapat ni banyak faktor sebab kerenggangan atau rapatnya hubungan tu
    tp bagi sya
    mungkin sbb ayah yang memang pentingkan hubungan persaudaraan, walaupun saudara mara tu dah meninggal
    ayah masih bawa kami anak beranak menziarah kubur arwah dan keluarga mereka.
    Inilah nilai nilai murni yang ayah terapkan pada kami adik beradik
    bak kata pepatah
    air yang di cincang tak akan putus
    melainkan kemarau yang panjang, terus kering kontang...

    ReplyDelete
  25. Kepada Semua Pengomen Yang Dihormati dan Dikasihi,
    Terima kasih di atas komen2 yg bernas itu. Maaf kerana tak dapat membalas komen kalian semalam. InsyaAllah hari ni saya akan cuba balas.

    ReplyDelete
  26. sepupu rapat bila pertalian erat kerana kerap berjumpa dan antara parents tiada sebarang masalah melilit. sepupu jadi tidak rapat kerana jarak jauh, jarang jumpa, egoistik antara sepupu, parents yang ada benda melilit di sana sini :(

    ReplyDelete
  27. sI tEDI,
    betul cakap awak tu. Kalau dah beratus sepupu sepapat susah juga nak kenal semuanya. Nasib baik sepupu saya taklah sampai beratus org dan saya masih kenal mereka.

    Wah besar keluarga awak. Seronok ramai sanak saudara ni. Raya tahun ni bolehlah saya pun tumpang menyibuk. Itupun kalau awak jemput beraya hehehe

    ReplyDelete
  28. sahromnasrudin,
    itu pun ya jugak. Kalau budak2 masuk asrama ni masa utk bersama sepupu agak terhad. Tapi kalau mereka masih mengambil berat nak kenal dan rapat dgn sepupu sepapat macam2 cara boleh diusahakan.

    ReplyDelete
  29. ZAREN,
    budak2 yg muda mcm awak ni bolehlah berfb. Tapi yg peringkat uncle atau sepupu uncle yg dah 60an tu nak buka komputer pun tak tahu ahaks.

    Yg uncle risau bukan setakat langgar bahu tak tahu itu sepupu tapi silap2 dah nak kahwin baru tahu itu sedara hahaha

    ReplyDelete
  30. sahromnasrudin,
    saya org Datuk Keramat tapi emak Adam org Tg Karang. Di Seri Tiram Jaya. Boleh baca n3 saya yg lepas di dalam siri Balik Tanjung Karang 1 -9 ngeeee

    ReplyDelete
  31. ZAREN,
    tak perlu minta maaf. Uncle dah dapat agak perkataan itu 'bahu'.

    Wah dah ada akaun baru ek?

    ReplyDelete
  32. kak long,
    wsalam.

    Terima kasih kerana menyukai n3 ni. Biasanya mcm tulah. Kita lebih rapat dgn sepupu sebelah ibu. Mungkin adik beradik ibu duduk dekat dgn ibubapa mereka. Jadi senang anak2 (iaitu sepupu) berjumpa dan bergaul sesama mereka.

    Kesian juga baca kisah arwah ayah kak long. Mungkin kerana tak berapa rapat, tak terasa sgt kehilangannya. Makanya takde usaha bersungguh2 utk memberi penghormatan terakhir kpd arwah bapa kaklong.

    ReplyDelete
  33. Penyuk,
    sembelit ko tu sbb ko minum teh pekat semalam hehehe

    ReplyDelete
  34. LiNda,
    itulah sebabnya aku dan emak Adam rajin membawa anak2 kami menziarahi kaum keluarga kami. Kalau ada jemputan atau kematian kami sedaya upaya akan cuba hadir.

    Tapi aku tengok ada sepupu aku tak berapa kisah tentang jemputan dari keluarga ni. Mereka lebih beratkan kawan2 huhuhu.

    Bukan setakat sekampung tapi banyak kampung dan banyak negeri nak kena lawat utk jumpa sedara2 ni ngeee

    ReplyDelete
  35. Khairi,
    mungkin ayah ada sebabnya. Skrg kita dah dewasa ni jadi tanggungjawab kita pula nak menyambung silaturahim dgn sepupu sepapat ni. Elok mulakan berperingkat2.

    ReplyDelete
  36. hanie,
    kenapa emak awak pos awak jauh2 utk belajar? Kena buang daerah ke? kah kah kah.

    Takpelah. Org kata, "jauh bau wangi, dekat bau ta**". Boleh mcm tu ke? hehehe

    ReplyDelete
  37. ckLah,
    saya teruja mengikuti perkembangan keluarga awak yg hebat tu. Tahniah kerana berjaya menggunakan teknologi ICT utk merapatkan hubungan.

    Ada juga sepupu2 saya yg agak maju dlm penggunaan ICT spt fb dan blog seperti keluarga Al-Bajuri. Tapi ada juga yg kurang mampu dan tiada komputer pun di rumah mereka. Kami kena guna cara lain utk memastikan tiada hijab antara kami.

    ReplyDelete
  38. HEMY,
    betul tu. Mereka lebih suka main dgn komputer atau pergi tengok wayang. Kalau mcm tu kena paksa pergi jumpa sedara mara.

    ReplyDelete
  39. kakpah,
    amin. Itu juga yg saya harapkan.

    ReplyDelete
  40. en_me,
    tak mustahil. Entah2 moyang kita dulu datang ke sini dlm kapal yg sama hehehe

    ReplyDelete
  41. kts,
    harap ko dah faham.

    Jadi ko kena panggil aku abang hehehe

    ReplyDelete
  42. sharipah,
    satu hakikah yg pahit utk ditelan tapi itulah kenyataannya. Awak tak keseorgan dlm hal ni. Ramai yg senasib.

    Semoga kita dpt mencari masa utk mengenali sedara mara kita dgn lebih dekat lagi.

    ReplyDelete
  43. TINY,
    aku selalu ingat. Cuma ada antara mereka yg kurang nak beringat huhuhu

    ReplyDelete
  44. tasek,
    alaaa itu baru sikit. Tapi mmg susah nak terangkan kalau ko tak kenal atau tahu latar belakang keluarga aku ni.

    Ko pening pasal ko datang bulan hehehe

    ReplyDelete
  45. kak Erna,
    saya tabiklah kat arwah ayah kak Erna. Tapi tak semua org tua mampu berbuat demikian terutama yg terpaksa menggunakan kenderaan awam. Kena kampung jauh2 dan sedara ada di merata tempat. Sudah tentu tak larat nak lawat semuanya.

    Sedara kak Erna pun bagus. Sentiasa dtg sekurang2nya masa raya.

    Rumah saya pun jadi tumpuan kalau raya sebab emak duduk dgn kami.

    ReplyDelete
  46. relevan,
    wsalam.

    Sampai ada yg tak kenal sepupu sebelah ayah awak? Mesti awak ada ramai sepupu hehehe

    ReplyDelete
  47. zonaku,
    Masa Hari Keluarga kami akan berjumpa samada yg rapat atau yg kurang rapat. Kalau yg tak dapat hadir tu nak buat mcmana.

    tapi selalunya kita akan lebih bergaul dgn yg kita dah rapat huhuhu

    ReplyDelete
  48. kak ct,
    adalah sikit2 informasinya tu. Utk yg bukan Jawa juga agaknya hehehe

    ReplyDelete
  49. Eja,
    sekalung tahniah utk ayah awak dan mereka yg sama pendirian spt beliau. Kalau org mcm mereka tak ambil berat, dah lama renggang hubungan kekeluargaan. Org skrg semua mengaku sibuk.

    Tapi yg hairannya dgn org yg bukan sedara boleh pulak rapat tu. Bukan salah tapi saudara kita jgn dipinggirkan.

    ReplyDelete
  50. Mak Su,
    tepat dan jitu apa yg maksu katakan tu. Bravo!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails