Saturday, June 26, 2010

Paip Oh Paip

Entah macamana paip air di bilik air rumah aku bocor satu lepas satu. Emak Adam suruh aku betulkan sepertilah dia tak tahu aku ni bukan pakar baiki paip. Kalau suruh buat pelantar minyak atau stesen minyak aku bolehlah hehehe

Sebenarnya emak Adam lagi terer dari aku bab baiki paip ini. Kalau rosak2 sikit dia akan betulkan sendiri. Tetapi kali ini paip2 di semua kelima-lima bilik air kami rosak. Ada yg bocor sikit2 dan ada yg dah tercabut terus kerana tekanan air yg kuat. Kami pasang pam di siling.

Jadi aku pun panggil tukang baiki paip yg memang selalu terlibat renovate rumah aku.

Petang tadi selepas dia habis kerja kat tempat lain, dia datang ke rumah aku. Selepas diterangkan kerosakan setiap paip dan membuat analisanya (macam serius bunyinya) dia memberitahu sambungan paip di bilik anak2 dara aku tu patah di dalam. Kes berat juga ni. Dia pun pergi ke kedai membeli alat2 ganti yg diperlukan.

Tukang paip sedang asyik memperbaiki paip di bilik mandi anak2 perempuan aku

Setelah dia memulakan kerja2 membaik pulih, ternyata ada paip yg memang sukar untuk dibetulkan. Memandangkan hari dah nak senja, kami suruh dia sambung aje esok atau bila dia lapang.

Nasib baik tak cuba repair sendiri. Kalau tak mmg jadi tikus membaiki labu alasan yg kukuh

28 comments:

  1. Memanglah..

    Emak si Adam lebih arif tentang batang paip ... ekeke

    ReplyDelete
  2. Salam YB.....

    Nampak mcm mudah kan keje baiki paip, tapi ianya amat memerlukan skill yg betul.

    :)

    ReplyDelete
  3. Btolkan paip mmg mencabar.ku selalu gak wat sendiri last2, xjadi.hahahah

    ReplyDelete
  4. bagi la orang lain yg bikin...
    sekurang2 nya tak terjejas periuk nasi mereka,klu YB sdri yg buat...
    he3

    ReplyDelete
  5. LiNda,
    pandailah awak tu.

    Awak pun arif jugak tentang batang paip ni kan? adeh deh deh

    ReplyDelete
  6. Jard,
    bagi dia minum petang. Ada pisang goreng dan keropok lekor goreng. Nak ajak makan malam dia nak balik hehehe

    ReplyDelete
  7. Catwoman,
    wsalam.

    Betul tu. Kalau setakat tukar getah yg dah haus bolehlah. Tapi kalau kena buka di sambungan T yg patah, itu memerlukan kemahiran.

    ReplyDelete
  8. jedi,
    untuk mengelakkan keadaan spt yg ko cakapkan tu lah aku tak sanggup nak buat sendiri. Biarlah org yg pakar membuatnya.

    ReplyDelete
  9. kak long,
    periuk nasi mereka ok sbb mereka mmg bekerja kat tempat lain. Kalau tak ingatkan saya sebagai sahabat mungkin dia tak nak datang. Kadang2 diupah pun dia tak nak.

    ReplyDelete
  10. orang tu baiki paip ke pasang spycam.hehe

    ReplyDelete
  11. Penyuk,
    takde peluang dia nak pasang spycam sbb aku tunggu masa dia buat kerja. Emak Adam suruh aku belajar mcmana nak pasang paip dari org tu hehehe

    ReplyDelete
  12. YB
    Sya pun gitu, paip air disingki buat sendiri \enpakwe..mmmm..macam labu dibaiki tikus
    hehehehe.... ;p

    ReplyDelete
  13. Tapi kan rasanya kebanyakan orang P.E.R.E.M.P.U.A.N ni memang hebatlah YB...

    ReplyDelete
  14. bila tulis al-lavendaro baru awak perasan ye. daro tu cakap negeri sembilan merujuk kepada anak gadis yang belum kawin. cekap awak menangkap !

    kalau paip rosak, beli je rumah baru. kat sini banyak lagi lot yg kosong.

    ReplyDelete
  15. Leceh dan lambat bila bersangkut-paut dengan baiki paip ni.

    ari tu ada bocor jugak lepas tambah belakang rumah. pandai2 nak letak mangkuk sinki kat tempat lain jd bila dah siap.. bocor.

    Abg cuba buat sendiri. check defect kat bracketlah apalah.. jadi. benda kecik jer kata dia (masalah production- tread)..


    kalau tersumbat dia jadi plumber..hehehe..jimat rm200 tapi dekat 1/2 hari jugak siap.

    ReplyDelete
  16. sinki kalau tersumbat dan panggil tukang untuk betulkan, dia charge 80 ringgit. kat sini lah. Sekarang ni kalau ada sinki tersumbat, kakpah buat sendiri free of charge.
    kalau sinki ko tersumbat panggil kakpah je lah ek. Ko bagi duit minyak dan jamu makan cukup le....

    ReplyDelete
  17. Eja,
    Awak cuba baiki sendiri dgn kerjasama enpakwe. Dah jadi labu pun takde siapa nak disalahkan kerana sama2 bertanggungjawab.

    Kalau saya cuba baiki seorg diri dan tak elok juga, mesti kena sound emak Adam. Oh tidaaaaakkk

    ReplyDelete
  18. Eja,
    Memang tak dapat dinafikan ramai perempuan yg lebih hebat dalam hal2 rumah ni.

    Org lelaki ni kadang2 screw driver letak kat mana pun tak tahu! hahaha

    ReplyDelete
  19. al-lavendari,
    tak kisahlah bang daro ko jando janji available kah kah kah.

    Cekap menangkap apa tu bang? Bukan menangkap anak daro org udahlah hehehe

    Elok juga cadangan abg tu. Ingat nak beli lot tijah tapi dia kata dah ada org beli huhuhu

    ReplyDelete
  20. a.z.r.i.n.a.03.07,
    Betul betul betul. Mmg leceh (alasan saya aje kerana tak pandai nak betulkan hehehe).

    OKlah tu suami isteri bekerjasama. Jimat RM200 tu banyak. Boleh pergi dinner suami isteri lagi. Minggu depan kan birthday awak!

    ReplyDelete
  21. kakpah,
    terer kakpah boleh selesaikan masalah sinki tersumbat. Paip bocor boleh betulkan juga ke?

    Kalau boleh, nanti bila sinki saya sumbat DAN paip saya bocor saya panggil kakpah. 2 dlm 1. Satu utk cover duit minyak satu utk jamu makan hahaha

    psst - tak payah susah2 nak baiki sinki sumbat bagai. Datang aje nanti emak Adam sediakan makanan sekadarnya ngeee

    ReplyDelete
  22. LOT TIJAH MEMANG DAH LAMA CARLOS BELI !

    ReplyDelete
  23. hok aloh...
    kene repair cpt2...jgn sampai miss mandi sudah laa...
    huhu

    ReplyDelete
  24. Sdr YB,
    Ada 3 iktibar dari kejadian paip bocor di rumah kita:
    1.Org perempuan memang biasanya lebih prihatin hal2 dalam rumah kita,berbanding dengan lelaki
    2.Kerja2 repair macam tu eloklah bagi pada mereka yang pakar,dan kita bayar fee nya.
    3.Bos macam kita elok tumpu pd hal2 yang lebih besar dan punya impak yg tinggi utk kesejahteraan dan kemajuan family yg tersayang.
    salam Abg Zabir.

    ReplyDelete
  25. al-lavendari,
    Carlos beli dari bapak Tijah kan bang? hehehe

    ReplyDelete
  26. chekgu BH,
    petang ni siaplah repair tu kalau dia datang lepas kerja nanti.

    Walaupun bilik air Atikah tak boleh digunakan skrg tapi ada lagi 3 bilik air kat rumah saya. Jadi tak menjadi masalah besar. ngeeee

    ReplyDelete
  27. Abg Zabir,
    Terima kasih di atas komen abg tu. Saya ada ulas di dalam n3 saya hari ini kerana komen abg ni sangat menarik.

    Harap abg Zabir tak marah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails