Matanya kena jahit sebelah atas dan bawah. Jari manis kiri patah tulang dan kaki kanan luka.
Nasib baik cucu yg dibawa pada masa kemalangan tak cedera walaupun terpelanting dari motor.
Petang aku, emak Adam, kakak dan adiknya membawa mertua aku (emak mereka) pergi berurut di Sg Hj Dorani. Bomoh pakar repair tulang. Kami cuma ikhtiar.
Sent via BlackBerry from Maxis
salam,
ReplyDeletesimpati juga dengan keadaan mak mertua anda tu..
cuma hati-hati juga bawak berurut tu sebab bila meningkat umur tulang kita pun dah tak kuat lg..
uiish! teruk gak tu. kurang ajar itu lori (err..lori kan yg punyer angkara)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteMoga mak mertua cepat sembuh..!
macam mana boleh berlaku eksiden tu ? tak kan mak mertua awak merempit pulak kan !
ReplyDeletesemoga lekas sembuh. mak mertua tu tarafnya sama macam mak sendiri "abada".
p/s: ishh .. iklan nokia awak ni kacau betul. berapa kali dah nak eksiden.
ish kesiannya. nasib baik tak pape. muga cepat sembuh. hati2 tu bila berurut.
ReplyDeletesemoga cepat sembuh,w/pun sikecik tak ada apa apa cedera, tp kena buat pemeriksan susulan jugak kan?
ReplyDeleteSalam YB, Kiut lah lavendari tuh bertanya : mak mentua YB merempit ker? Tulang kalau patah bukan ker 3 bulan baru pulih? Anyway, moga beliau cepat sembuh.
ReplyDeletehuish...tetap nampak kuat. kalau jd kat sha maunye asek menangis je tuh;)
ReplyDeletesemoga cepat sembuh nenek Adam:)
salam akhi YB...
ReplyDeletedoa dr ummi , mudah2an bonda emak Adam kembali sembuh , ameen
Kesiannya embah....
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ye nenek Adam..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh lah mertua YB. Bukan apa..bila umur dah tinggi ni nanti kena demam urat bila jatuh macam tu.
ReplyDeleteMak saya yang jatuh katil pun mula-mula ok jer...pastu kena. Dalam seminggu jugaklah baru kebah.
harap-harap segera sembuh, mau dua tiga kali gi berurut tu, kan
ReplyDeletesalam ukhwah...
ReplyDeletemOga cepat sembuh..
ohhh..org jawa panggil " sangkal putung"..pernah dgr tak urutan itu YB???
ReplyDeletealhamdulillah tak cedera berat...
ReplyDeleteSemoga lekas sembuhnya... aminn.. :D
penjejak maya,
ReplyDeletewsalam.
Terima kasih tumpang simpati.
Semalam masa pergi tu cuma nak urut atau betulkan tulang jari tu aje.
Penyuk,
ReplyDeleteTeruk jugaklah.
Nak salahkan drebar lori tu 100% pun tak boleh. Biasalah kat kampung - lori sawit berhenti tepi jalan utk kutip buah sawit dari kebun org. Jalan tu pula sempit. Tak lepas langsung kena lori tu.
Pn Kartini,
ReplyDeletewsalam.
Begitu yg kami semua harapkan.
tak citer kronologi eksiden tu ke..kami nak tau gak.
ReplyDeletesetuju dgn AL, iklan nokia mengganggu...
al-lavendari,
ReplyDeleteSaya suspek mcm tu jugak. Tapi biasalah org tua - mana boleh lawan org yg lebih muda. Adik ipar saya cakap dia pun lalu sebelah lori tu tapi boleh lepas hehehe
Betul tu bang. Emak mertua sama taraf dgn emak sendiri.
Maaflah kalau ada iklan yg mengganggu. Saya pun tak mintak mcm tu hehehe
kakpah,
ReplyDeleteteruk jugak lukanya terutama yg kat mata.
Semalam semasa dibuka balut yg di jari tu kami tengok teruk juga. Kuku jari dah dibuang oleh doktor semasa nak jahit luka di jari tu. Ngeri juga tengok jari dia semalam.
Eja,
ReplyDeleteTerima kasih di atas keprihatinan awak dan rakan2 blogger yg lain.
Sepupu Adam yg berumur 5 tahun tu sempat melompat dari motor. Dia cuma luka sikit di lutut.
teruk tu.nenek adam pandai bawak moto rupanya.
ReplyDeleteMarina Monroe,
ReplyDeletewsalam kak.
Abg al-lavendari tu mmg mcm tu. Suka usik saya.
Tulang yg patah mmg ambil masa yg lama utk sembuh lebih2 lagi bagi mereka yg dah berusia. Tapi kami harap ini tak lama sgt sbb tulang jari aje. Di samping itu kami berusaha secara tradisional.
ohhh~ sangat bisa luka tu. Berurut sangat penting. Saya doakan semoga nenek Adam cepat sembuh. Motor ni, kita tak buat salah pun-kita yang jadi mangsa.
ReplyDelete*dagu saya senget sampai sekarang sebab jatuh motor jugak. dagu tersayat samapi kena 8 jahitan. Muka ala gangster sudahhhh~ berurut tak pernah sbb takut kena marah ;p
sha,
ReplyDeleteOrg kampung mungkin lebih lasaknya. Ada gambar2 yg saya ambil semasa kami mula2 sampai di kg semalam yg lebih dramatik. Tapi tak boleh siarkan sbb dia tak pakai tudung. Nampak betul lebam di mata dan benjol besar di dahi.
Mungkin sha tak kuat menahan sakit aksiden tapi mampu menahan sakit lain hahaha
Ummi,
ReplyDeletewsalam.
Amin. Semoga makbul doa org baru balik umrah ni.
ckLah,
ReplyDeleteterima kasih kerana simpati.
Cucu2 dia tak panggil embah tapi panggil dia emak nenek. Semua bermula bila cucu sulung yg dipeliharanya memanggil dia emak. Tapi bila emak dia (kakak ipar saya) tegur langsung dia panggil embahnya tu emak nenek. Sepupu2nya yg lain pun ikut menggunakan panggilan itu hingga skrg hehehe
mamayaya,
ReplyDeletebegitulah yg kami semua harapkan. Hari ini kakak ipar saya yg no 2 jaga ibunya pula.
a.z.r.i.n.a.03.07,
ReplyDeleteDemam urat tu macamana? Harap dia tak kenalah demam urat tu. Doktor dah beri mertua saya macam2 ubat.
Seminggu ni cucu yg sulung tu ambil cuti utk tolong apa yg patut. Kami nak tinggal di kampung anak2 baru mula sekolah.
a kl citizen,
ReplyDeletebegitulah kami harapkan. Kesian kalau sakit lama2 kerana mereka tinggal berdua saja.
Haah. Kena ulang lagi berurut tu. Sekurang2nya sekali dua lagi.
tQah,
ReplyDeletesalam ukhwah. Amin. dan terima kasih di atas doa awak tu.
sahromnasrudin,
ReplyDeletehaah org jawa panggil sangkal putung. Tukang urut tempat yg kami pergi dia dapat ilmu ini dari moyangnya yg diturunkan kpd datuk dan bapanya.
Seperti susah nak percaya tapi ramai yg patah tulang dah baik lepas dirawat secara tradisional ini.
syah,
ReplyDeletetak masuk statistik PDRM pun tapi bagi yg menanggung tu sakitnya boleh tahan jugak.
Semoga cepat sembuh spt yg didoakan oleh awak dan rakan2 lain.
MENTIBANG LAUT,
ReplyDeletetak payahlah rasanya. Dah terjadi pun.
Nanti saya suruh PA saya buangkan iklan Nokia tu. Sabarnya.
juliet,
ReplyDeleteteruklah jugak.
Nenek Adam spt juga org2 kampung yg lain pandai bawa motor. Abg2 dan kakak2 adam (kecuali Haikal) semua boleh bawa motor bila di kampung. Tapi dalam kawasan kampung ajelah. Emak adam pun pandai juga.
Jue,
ReplyDeletebisa terutama luka di kaki yg kena batu jalan tu. Berdenyut2.
Penunggang dan pembonceng motor mmg sentiasa terdedah kpd bahaya kerana kenderaan mereka kecil dan terdedah. Mmg kena sentiasa berhati2.
Saya nak tengoklah dagu awak yg senget tu. Buat awak kelihatan manis. Nanti bila2 senang saya roger awak hehehe