Sudah hampir dua minggu Kisah Lake Garden tertangguh kerana memberi laluan kepada posting lain. Hari ni nak sambung semula kalau ada yg sudi baca.
Antara tempat nostalgik di lake garden bagi aku ialah Panggung Anniversari. Di situ sering diadakan pertunjukan hiburan dan kebudayaan. Kalau nak tengok penyanyi terkenal dan lebih kerap yg kurang terkenal atau tak terkenal langsung, pergilah ke panggung anniversari. Tiada sebarang bayaran kerana ianya terbuka.
Bila ada persembahan maka berdedai2lah orangramai ke situ. Hampir semuanya org Melayu. Kalau ada seorg dua bukan Melayu, mereka tu penjual aiskrim.
Masa itu emak aku ada sebuah gerai di pinggir kawasan lake garden. Kerana nak pergi tengok persembahan, aku dengan rajinnya menawarkan diri menjual air minuman dalam plastik utk dibawa ke panggung anniversari. Satu bungkus minuman plastik masa tu cuma sepuluh sen. Kalau minum di gerai, segelas juga berharga sepuluh sen. Bagi kanak2 mereka boleh beli 5 sen dan kami beri bukan setengah gelas tapi 3/4 gelas. Ada juga org dewasa ygkedekut tahi hidung masin pandai berjimat beli air minuman yg 5 sen ni.
Berbalik kpd jualan aku di panggung anniversari tu, sekejap aje jualan aku dah habis. Mestilah sebab orgramai tu ramai yg kehausan dan tak ada gerai di situ. Dalam istilah perniagaan dipanggil captive market ecece. Setelah jualan aku habis, aku pun cari port yg sesuai dan join org ramai menonton persembahan.
Cukuplah rasanya episod kali ini. Tak boleh panjang2 sebab aku nak buat kerja ni hehehe
Antara tempat nostalgik di lake garden bagi aku ialah Panggung Anniversari. Di situ sering diadakan pertunjukan hiburan dan kebudayaan. Kalau nak tengok penyanyi terkenal dan lebih kerap yg kurang terkenal atau tak terkenal langsung, pergilah ke panggung anniversari. Tiada sebarang bayaran kerana ianya terbuka.
Bila ada persembahan maka berdedai2lah orangramai ke situ. Hampir semuanya org Melayu. Kalau ada seorg dua bukan Melayu, mereka tu penjual aiskrim.
Masa itu emak aku ada sebuah gerai di pinggir kawasan lake garden. Kerana nak pergi tengok persembahan, aku dengan rajinnya menawarkan diri menjual air minuman dalam plastik utk dibawa ke panggung anniversari. Satu bungkus minuman plastik masa tu cuma sepuluh sen. Kalau minum di gerai, segelas juga berharga sepuluh sen. Bagi kanak2 mereka boleh beli 5 sen dan kami beri bukan setengah gelas tapi 3/4 gelas. Ada juga org dewasa yg
Berbalik kpd jualan aku di panggung anniversari tu, sekejap aje jualan aku dah habis. Mestilah sebab orgramai tu ramai yg kehausan dan tak ada gerai di situ. Dalam istilah perniagaan dipanggil captive market ecece. Setelah jualan aku habis, aku pun cari port yg sesuai dan join org ramai menonton persembahan.
Cukuplah rasanya episod kali ini. Tak boleh panjang2 sebab aku nak buat kerja ni hehehe
selamat bekerja...
ReplyDeleteooooooooooooo......
ReplyDeletesila sila.....
aku ngarut je ngan farah n faris ari ni... jap lagi jd bibik antar farah ke kelas...
panggung enibesori tu tgh dalam pembikinan sekarang ni, dibesarkan lagi. tapi taktau ada ke orang nak tengok persembahan kat situ, kalau ada saya nak jual air ngan kacang, ehehehehe :P
ReplyDeleteREHAT
ReplyDeleteREHAT
REHATTTTTTTT
sekarang masih ada lagi ker panggung anniversary ni?
ReplyDeletesekarang baru abang ingat ... rupanya awaklah yang jual air dalam plastik tu dulu. abang pernah beli. yang 10 sen !
ReplyDeletedulu band dbkl selalu buat show kat situ kan YB?
ReplyDeletedr kecik dh jadi tokeh ko ni yek bang...?
ReplyDelete.
harga dulu2 mmg terlampau2 murah!
ReplyDeleteMENTIBANG LAUT,
ReplyDeleteTerima kasih. Bekerjalah kita seolah2 akan hidup selama2nya ngeee
zonaku,
ReplyDeleteaku bersilalah ni hehehe.
Ko nak hantar mereka naik teksi yg ada dlm blog ko tu ke? Nak ikut!
juliet,
ReplyDeletebila pulak ko pergi skodeng kat panggung tu? Nape tak ajak aku huhuhu.
Kalau ko nak rasa naik lori Bandaraya free cubalah meniaga air dan kacang kat situ!
psst - lebih baik ko jual kat aku ajelah. Lepas tu kita naik kemri ronda2 KL ngeee
pB,
ReplyDeletejeleslah dengar org asyik rehat, rehat & rehat huhuhu
Mak Su,
ReplyDeleteMasih ada lagi. 2 minggu lepas saya lalu situ ada lagi.
Tak tahulah kalau tiba2 kena robohkan mcm tembok penjara pudu hehehe
Dah episod 4 dah? ckLah ketinggalan keretapi la....
ReplyDeletekeusahawanan kerjaya pilihan..itu yg tepat utk YB
ReplyDeletea.z.r.i.n.a,
ReplyDeleteada juga band DBKL main kat situ tapi org kurang minat hehehe
Air jualan saya pun kurang laku huhuhu
dari kecik ada minda usahawan... patutla
ReplyDelete.
.
patutla tak pandai mengalah :P
tasekM,
ReplyDeletedari kecil aku jadi kuli. Aku jadi jenis tak tahu malu utk mencari sesuap nasi huhuhu
sI tEDI,
ReplyDeletedulu barang banyak yg murah. Saya naik bas dari Central Market ke Lake Garden utk beli ais tambang cuma 5 sen utk kanak2. Kadang2 konduktor tu tak kenakan tambang pun sebab dah kenal.
Org lain jual air dlm plastik tu 20 sen. Upah membawa agaknya. Upah saya dpt tengok persembahan hehehe
ckLah,
ReplyDeletehaah ada 3 episod sebelum ni. Kalau rajin boleh selak n3 yg lepas. Kalau tak mahupun takpe. Tiada yg hebat kisah saya masa kecil di sekitar lake garden dulu.
sahromnasrudin,
ReplyDeletekami bukan dari keluarga usahawan. Kebanyakannya makan gaji. Itu sbb saya pun menghabiskan sebahagian besar umur saya bekerja utk org lain huhuhu.
Skrg baru nak cuba2 berjinak. Mungkinkah sudah terlambat? Tak tahulah.
kts,
ReplyDeletekami biasa hidup susah. Rasanya pernah aku cerita mcmana aku hampir2 tak dapat mengambil peperiksaan MCE kerana tak mampu membayar wang peperiksaan. Syukur aku dapat bantuan RM90 dari Baitulmal.
Mungkin bagi kebanyakan org apalah sangat RM90 tu (walaupun di waktu itu duit dikira besar) tapi bagi aku itu terlalu bernilai.
Aku juga insan biasa. Aku mencuba tapi ada masanya jika perlu mengalah, aku mengalah. Aku pernah merasakan manisnya kejayaan dan juga getirnya kegagalan.
Maaf kalau komen balas aku ni panjang tapi aku tahu ko akan membacanya. TQ.
isk isk isk
ReplyDeletetetiba rasa sedih
.
.
err.. sorry klu komen aku td tak kena pd tmptnya :(
kts,
ReplyDeletetakpelah. Dengan ko aku tak kisah cerita kisah2 silam. Ko pun tahu kan? Entah2 ko dah bosan mendengarnya.
Lainlah ko - banyak sgt berahsia huhuhu
banyak pengalam usahawan YB dari kecik lagi ye
ReplyDeletedaya penarik kalau menjual bersama kembar kot..
mesti orang geram je lihat keletah kembar ni
tak bosan laaaaa... citer la lagi.. sambil2 tu, sediakan la dnat sekotak dua.. hihihi
ReplyDelete.
.
errr... ai kan mmg perahsia.. biarlah rahsia... ;D
Eja,
ReplyDeleteadalah sikit2. Saya belum cerita lagi mcmana kami adik beradik berniaga kerepek ubi pedas kat sekolah. Penuh beg sekolah yg mcm kotak tu dgn kerepek.
Kalau sorang2 pun rasanya org dah tertarik kah kah kah
kts,
ReplyDeleteok nanti bila2 kita free kita sambung lagi cerita dgn berbekalkan donut. Ko roger aku sebelum kita jumpa.
Tapi dah banyak juga tentang diri ko yg ko dah cerita. Kat blog mmg lah tak banyak sangat ngeeeee
memang ko bisness minded lah. Tabik spring..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebest mengimbau nostalgia silam..
kakpah,
ReplyDeleteotak aje yg bisnes, tapi bisnesnya kecik aje huhuhu
penjejak maya,
ReplyDeletewsalam.
sekali sekala bestlah jugak. Kalau selalu org kata kita jalan ke belakang pulak huhuhu
rasanya ada komen .. tapi kemana pula perginya komen tu !
ReplyDeleteoklah tu, ada usaha dari kecik nak memajukan diri... unlike someone i know, anak minta duit nak bayar yuran, terus suruh berenti sekolah... bodo punye bapak.. terkontang-kanting omak eh menjahit, amek upah kemas rumah orang dan macam-macam lagi...
ReplyDeleteeh, ok, sori, saya emo kat sini... hihihihihih :P :P
al-lavendaro,
ReplyDeleteKomen abg ada lagi yg ke6 di atas tu. Nampaknya komen balas saya pulak yg 'hilang' huhuhu.
Dah tukar nama samaran ke bang? Tak kisahlah abg tetap popular.
Oh ya. Masa abg jumpa saya menjual air tu, abg sdg belajar di UM ke? Masa ada ramai pelajar berambut panjang hehehe
syah,
ReplyDeleteKebiasaannya org yg hidup susah akan lebih berusaha utk menyambung kehidupan. Org yg senang pun mcm tu tapi dgn cara mereka. Kerja sikit masuk banyak sbb connection mereka.
Tinggallah org yg di tengah2.
Tabik saya utk ibu yg awak ceritakan itu. Mungkin dia tak akan dapat anugerah ibu mithali kerana dia hanya insan kerdil tapi dialah sebenarnya penyelamat keluarga.
bagusnya dari kecik da pandai berniaga..
ReplyDeletepatut la sampai lar ni berniaga sendiri...
bangga ada anak melayu sepeti YB..
:)
murah kn masatu..
ReplyDeletetp masih laku hehe
tQah,,
ReplyDeleteberniaga kecil2an aje. Ramai lagi org kita yg lebih berjaya dari saya dan punya perniagaan berbillion2.
Apapun saya bersyukur dgn apa yg ada.
zaren,
ReplyDeletemasa tu nilai duit besar.
Kami jual nasi campur siap dgn lauk ayam seketul (kecil) dan sayur baru 70sen. Kisah benar. Skrg ayam sekilo pun dah RM7.50 huhuhu