Tuesday, June 15, 2010

Kisah Lake Garden - Episod 2: Kereta Rosak

Masa aku kecil dulu aku pernah bertanya kpd ayah aku semasa melihat deretan kereta yg diletakkan di atas rumput (semak2 pun ada) berhampiran kawasan Lake Garden. Kawasan yg paling popular ialah di Jalan Duta. Masa itu Jalan Duta hanya 2 lorong dan lampu jalan pun gelap aje.

"Apa kereta2 ni buat kat sini malam2 macam ni abah?" tanya aku ingin tahu.

"Oh ini kereta rosak," jawab abah aku selamba.

"Takkan banyak2 ni semuanya rosak?" tanya aku lagi dengan inesennya.

"Yalah. Mula2 tu tak rosak tapi bila sampai sini kereta2 rosak," terang abahku. Aku jadi konfius.

"Habis tu mereka tak betulkan ke?" aku menyambung pertanyaan.

"Ada 2 org dalam kereta tu tengah betulkan," celah emak aku pula.

"Huh? Ada org ke dalam kereta2 tu? Tak nampak pun?" kataku terkejut dgn apa yg emak aku cakap.

"Mana nak nampak kalau tak pergi dekat. Tempat ni kan gelap," abah memberi penjelasan.

***************************************************************************************

Bila aku meningkat dewasa barulah aku tahu kereta2 rosak cuma sebelah malam aje. Selepas 2 org 'foreman' tu habis 'membaiki', kereta2 itu akan bergerak semula.

Sekarang ini aku tak pasti samada masih ada 'kereta2 yg rosak' di Lake Garden. Mungkin tempat tu dah jadi jalan besar dan dah terang. Kenalah cari port lain yg lebih sesuai ahaks

40 comments:

  1. hohohoo...berjaya..

    ops cerita pasal kereta rosak,
    sya pernah masa bebujang dulu bawak anak saudara berjoging di tmn tasik s'ban
    lepas tu ada terjumpa sepasang orang bercinta2..
    lepas tu anak saudara sya tanya itu orang
    abang buat apa tu?
    adehh...
    tak sempat nak bawak lari dia dah rajin bertanya
    tp memang terkejutlah sepasang orang tu
    susahkan..kalau nak bawak anak2 berjalan sekarang, bila diorangrasa pelik dan bertanya
    sya cuma boleh cakap
    bila dah besar nanti jangan buat perangai macam tu
    cerdosa dan malu
    bila dah kawen macam ayah dan ibu nak buat apa pun boleh... ;p

    errpp...boleh tak jawab gitu?

    ReplyDelete
  2. kah.kah..kah..skrg dh takde krete rosak dh..semua buat terang2 jer..atas motor pun jadik tue..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. kuang kuang kuang, byk keta rosak di atas bukit ampang gaks

    ReplyDelete
  4. hahahaha....kete rosak smbil goyang2..

    :P

    ReplyDelete
  5. Eja,
    Ya kali ini awak first. Tahniah! Syabas! Congrats!

    ReplyDelete
  6. Eja lagi,
    Kejayaan itu sesuatu yg indah hehehe.

    Itulah susah kalau bawa anak2 ke tempat yg org lain salahgunakan ni.
    Abah dan emak saya pandai coverline. Mungkin mereka tak nak fikiran saya tercemar.

    Apa yg awak buat tu pun ok juga. Tapi kalau rasa anak dah boleh faham, lebih elok terangkan.

    bila dah kawen macam ayah dan ibu nak buat apa pun boleh... ;p - komen tak boleh blah betul kah kah kah

    ReplyDelete
  7. sahromnasrudin,
    sedapke buat atas motor? ngeeee

    ReplyDelete
  8. Mak Su,
    kat atas Bukit Ampang tu bukankah selalu kena serbu pegawai pencegah maksiat?

    ReplyDelete
  9. hanie,
    mcm biasa tengok aje.... hehehe

    ReplyDelete
  10. salam yb...tulah bezanya.. org dulu buat maksiat sorok2..org skrg tunjuk2...

    ReplyDelete
  11. kt tepi pantai pun byk kete rosak..

    anak kaklong pun pernah tanya...nape byk kete rosak..
    dah mlm2 ni...
    mana ada bengkel bukak..
    hiks...!

    ReplyDelete
  12. kak ct,
    haah. Dulu tak dengar pun buang2 bayi ni. Skrg sifat malu dah takde walaupun maksiat tetap berdosa samada terang atau sembunyi.

    ReplyDelete
  13. kak long,
    hahaha. habis tu kak long jawab apa kat anak kak long tu?

    ReplyDelete
  14. heeee...

    budak tu kechik-kechik lagi dah pandai skodeng...
    patut la dah besar jd cerdik gitu..
    agak-agak si adam ikut jejak bapak dia ???

    ReplyDelete
  15. ikan emas,
    budak tu inesenlah. kalau dia pandai skodeng tentu tak perlu tanya ibubapanya hehehe.

    Adam rasanya lebih pandai dari ayahnya. Dia tengah cakap dlm telefon dgn kakaknya tu. Ayahnya masa umur macam ni, telefon pun tak kenal huhuhu

    ReplyDelete
  16. sebab tu og muda kita bnyk yg rosak sb kete selalu rosak ya?
    takde dah rasa malu sebab dah sama taraf ngn yang berkaki empat tu kut..

    ReplyDelete
  17. masa tu brape umur uncle..

    hehe

    ReplyDelete
  18. shaliza,
    foreman tu bukan repair kereta tapi repair anak dara org. Habis rosak.

    Sebahagian tu tak tahan lepas tengok benda bukan2 di internet. Yg berkaki 4 tu tak pandai tengok internet hehehe

    ReplyDelete
  19. zaren,
    belum sekolah lagi. Dalam 4-5 tahun kot.

    ngeee

    ReplyDelete
  20. oh, cakap pasal kete rosak~ ngeh3x..
    kalau kat tempat parking kat bukit jalil dulu-lepas komanwel 98, tempat kat situ banyak kete rosak~ jadi, saya dgn kawan2 yang gatai konun nak pergi join (sbnrnya nak skodeng-benda baru kan. haha). sekali ada orang ketuk tingkap kete. pakcik tu siap cakap, "uik, kete rosak ni penuh pulak anak dara!" ~ yeah, kami ber5 jadi CSI.. biasa la busybody. haha~

    **sayang time tu camera x canggih-klu tak bleh buat side income jual gmbr pomen2 dlm kete2 tu! haha

    ReplyDelete
  21. Jue,
    Apa kes anak2 dara nak skodeng tapi tak turun dari kereta?

    Sayang takde kamera kan? Kalau tak mcm2 aksi pomen boleh dirakamkan. Jgn jurugambar yg terikut nak tiru aksi tu sudahlah hahaha

    ReplyDelete
  22. kembar YB pun bizi bodi eh...hehehe....banyak bertanya jugak tak masa kecik2 dulu??

    ReplyDelete
  23. DrSinga,
    kami ni rajin bertanya. Kadang org yg kami tak kenal pun kami tanya. Selalu org akan teruja melihat dua org budak kembar yg kiut miut lagi banyak cakap tu hehehe

    ReplyDelete
  24. diam je...
    last2 jwp,nti dh besar tau la sendiri..he3

    ReplyDelete
  25. kak long,
    skrg rasanya dah cukup besar utk tau lah ya hehehe

    ReplyDelete
  26. lepas ni ko jumpa lagi kete2 rosak...ko pancitkan aje tayarnya biar terus melepek... baru betul - lepas tu tak boleh kemana2 cekup aje le....he3x jahat punya olang...

    ReplyDelete
  27. macam dah biasa rosak kereta kat situ je bang???


    .
    .

    hihihi... lama ke dak repair nye??


    :P
    :P
    :P

    ReplyDelete
  28. selalu macam gitu kan? sekarang tak payah buat kereta rosak, dalam taman atas bangku pun ada, cari tempat tersorok... patut pihak berkuasa tak bubuh bangku kat tempat tersorok...

    haihhh... petanda akhir zaman memang dah melata sangat-sangat sangat sangattt

    ReplyDelete
  29. kts,
    harapnya kereta ko tak rosak kat lake garden nanti,ehehehee.

    yb,
    kat titiwangsa pun banyak kereta rosak mlm2, kalau tak percaya tanya kts,ehehehehehee

    yb,
    kemri tak rosakkan?

    ReplyDelete
  30. kuat betul ingatan awak .. dialog masa awak kecik2 dulu awak masih ingat lagi !

    ReplyDelete
  31. sonata,
    buat apa susah2 nak pancitkan tayarnya. Letupkan aje hehehe

    ReplyDelete
  32. kts,
    masa tu aku kecil lagi. Belum boleh bawa kereta hehehe

    Tak tentu masa utk merepair tu. Kenapa nak tahu? Teringin nak merepair kereta rosak jugak ke? Jom ikut aku kah kah kah

    ReplyDelete
  33. syah,
    dulu pun ada juga yg buat projek bawah pokok kat lake garden tu. Jadi penunggu pokok. Satu pokok dua penunggu.

    Skrg lagi berleluasa agaknya. Itu yg banyak lahir anak luar nikah.

    Semoga kita dan keluarga kita dipelihara Allah dari perkara ini.

    ReplyDelete
  34. juliet,
    kereta kts dah selalu rosak kat titiwangsa ke? Lain kali aku nak pergi tengoklah.

    kemri setakat ni ok. Ko nak ikut rosakkan ke? wakaka

    ReplyDelete
  35. al-lavendari,
    itu untungnya org kembar ni. Kalau ada yg tak pasti boleh tanya yg seorg lagi.

    Adik saya selalu suruh anak dia tanya kat saya utk confirm apa yg dia bagi tahu anaknya. Selalu apa yg saya cakap sama dgn apa yg bapa anak sedara saya tu cakapkan walaupun saya tak diberitahu awal. Akibatnya anak dia begitu teruja kerana ayah dia boleh ingat peristiwa masa kami masih kanak2.

    Ini kes benar.

    ReplyDelete
  36. yelah YB,

    arwah ayah dulu keje ngan DBKL bhgn pokok2 ni..selalu sangatlah kat lake garden ni. masa kecik2 dulu dia pun pernah citer kat mak pasal keta rosak ni.


    masa tu pasang teling jer ..tak pahm..

    ReplyDelete
  37. a.z.r.i.n.a03.07,
    ya ke? Entah2 kita pernah jumpa dulu. Saya selalu tengok org tanam pokok kat lake garden tu. Kontraktor yg korek lubang tu dapat RM9 satu lubang. Mereka makan di gerai kami hehehe

    Dulu lagi pun dah pandai pasang telinga eh? ngeee

    ReplyDelete
  38. YB
    mana tak nya
    lepas sembahyang , salam salam pastu peluk
    heheheheee.... ;p
    bila dah kawen je boleh buat gitu kan..
    hahahahaaa.. larikk.....

    ReplyDelete
  39. Eja,
    Mujur sempat sembahyang dulu kah kah kah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails