Monday, June 14, 2010

Kisah Lake Garden - Episod 1

Baru sempat aku letak gambar semasa Haikal dan aku ke Lake Garden semalam, dah ramai yg beri komen. Terima kasihlah kerana sudi komen.

Aku membesar berhampiran Taman Tasik Perdana. Banyak kenangan aku di sana. Kalau aku nak ceritakan semuanya, mesti terlalu panjang. Letih pula org nak membacanya.

Jadi aku pecah2kan kpd beberapa episod (jumlahnya belum diketahui semasa aku menulis ni). Macam sinetronlah pula. Tapi tak semestinya setiap hari mulai hari ni cerita tentang Lake Garden saja. Sedangkan sinetron tu kalau hujung minggu tv tak siarkan.

Mari kita ikuti episod pertama ini. . . . . . .

Setelah aku menurunkan emak dan kakak2 Adam di Jalan TAR semalam utk mereka mencari bahan baju raya dan utk dibuat pergi kuliah/prep, aku dan Haikal terus ke Lake Garden. Bab pilih2 baju perempuan ni aku kurang minat sikit kecuali jika dipaksa. Biasanya emak Adam akan suruh aku tolong pilih antara 2-3 corak yg dia telah pilih. Aku tahu dia dah ada yg berkenan dalam hati cuma nak kepastiaan dari aku. Tapi bila aku 'tersalah' pilih dia macam tak berapa happy. Itu yg leceh tu. Tadi tanya pendapatan opps pendapat aku, tapi bila aku dah kasi, tak nak guna pula huhuhu.

Berbalik kepada kisah Lake Garden, semasa kami tiba di jalan dekat Lake Club tu, ada sederetan kereta sedang parkir di tepi jalan yg bukan kawasan letak kereta. Kat situ memang tak cukup tempat letak kereta. Tambahan hujung minggu mcm semalam - mmg banyak kereta dan susah nak dapat parking.

Aku lihat 2 org penguatkuasa DBKL sedang gigih menyaman kereta2 malang tersebut. Mesti tuan punya hilang mood bila lihat kereta dah kena saman. Ingat hujung minggu nak seronok2 bawa famili pergi Lake Garden.

Aku teringat salah seorg kawan aku yg mempunyai satu cara mengatasi 'masalah' parkir di tempat sebegini kalau tak mahu kena saman.

Caranya: Ambil saman kat salah satu kereta dan letakkan di cermin kereta dia. Kira 'pinjam' surat saman org tu. Pasti penguatkuasa tak akan saman kereta dia kerana ingat dah kena saman. Bila nak balik, letakkan semula surat saman tu di kereta yg mmg kena saman tu!

Oklah dah panjang ni. Kisah Lake Garden lain kalilah ya hehehe

34 comments:

  1. So, yb buat camtu ke?Ish ish ish....nanti org tu kena saman 2 kali. Itu pun kalau takde org lain yg 'pinjam' lagi...

    ReplyDelete
  2. baju utk raya??

    err.. nasib ko ingatkan


    .
    .

    mggu depan kita gi plak ya bang.. abg pilih dan bayar tau.. jgn ngengada nak gi lake garden :P

    ReplyDelete
  3. ohoho... bijak sungguh kawan ko tu

    .
    .

    bole tiru idea ni lenkali.. :D

    ReplyDelete
  4. mana ada pnjg kisah lake garden ni.. ko baru ckp bab saman.. belum bab lain :P

    ReplyDelete
  5. wah....lepas ni
    boleh buat g2 nih
    cara mengelak dari di saman... ;p

    ReplyDelete
  6. tp..
    tak tersanggup pulak
    nanti tak pasal pasal kena kesalahan lain pulak
    menipu
    oh..tidak i tak tertifu..
    takutt...

    ReplyDelete
  7. bagus idea tu... tapi saya tak pernh bayar kalau saman parkir ni... buat dekkk je

    ReplyDelete
  8. haha..

    cara tu pernah buat dulu..

    tapi..rasa bedosa la pulak sebab nanti kereta orang yang kita pinjam tu kena saman dua kali..

    sian dia...

    ReplyDelete
  9. baru cerita saman, belum masuk bab lain lagi..

    tak cukup panjang lagi ni YB... Heheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  10. Syida,
    mana ada saya buat mcm tu. Kalau saya buat, takkan nak citer kat sini hehehe.

    Kalau dia kena lebih dari sekali di tempat yg sama dan di waktu yg hampir sama, mesti dia boleh merayu ngeeee

    ReplyDelete
  11. kts,
    itulah untungnya ko ada abg mcm aku yg rajin ingatkan ko hehehe.

    Ok minggu depan kita pergi beli kain. Syg nak yg 4 pasang RM10 tu. Abg boleh tolong pilihkan corak dan warnanya ngeee

    Lepas beli kain kita pergi lake garden muahaha

    ReplyDelete
  12. kts lagi,
    kan kerajaan menggalakkan rakyat menjadi kreatif. Dia tu terlebih kreatif.

    Ko pun nak tiru jugake? Selamat berjaya hehehe

    ReplyDelete
  13. kts lagi & lagi,
    ini baru gazette. Belum mukadimah pun lagi. Nantilah ko tunggu episod2 seterusnya ngeh3x

    ReplyDelete
  14. Eja,
    ini salah satu helah yg org gunakan. Ada lagi beberapa trick tapi tak eloklah nak citer kat sini hehehe

    ReplyDelete
  15. Eja,
    rakyat yg baik mcm awak ni mmg tak tergamak nak buat mcm tu. Kadang tu baru nak cuba dah kantoi. Org lain tu selamba aje dan tak kena pulak tu huhuhu

    ReplyDelete
  16. Shifu,
    sesetengah PBT tak berapa kisah nak kejar orgramai utk bayar saman parkir tapi ada juga yg cari sampai ke rumah. Yg itu yg kena bayar. Dan juga saman dari polis sbb mereka akan senarai hitamkan kereta yg ada saman bila nak memperbaharui cukai jalan huhuhu

    ReplyDelete
  17. zaren,
    eloklah kalau dah timbul kesedaran hehehe

    ReplyDelete
  18. syah,
    takkan nak terus masuk citer pasal kenangan lalu saya di lake garden. Kenalah intro dulu hehehe.

    Kalau buat panjang sgt nanti org malas nak baca ngeh3x

    ReplyDelete
  19. cara senang, jek je tayar kereta tu ke atas supaya orang ingat kereta kita tu rosak heheh

    ReplyDelete
  20. zaren,
    satu kerja pulak nak jek tayar kereta kita tu. Silap haribulan bila kita balik tayar dah kena cabut. Kena pulak rim sport huhuhu

    ReplyDelete
  21. YB,

    tang pendapat tu...cam bisa ku buat jer... hehe.


    tmpt letak keta kat situ mmg manjang jer penuh kalau ahad, lebih2 lagi kalau ada family day club2 apa ntah... terpaksa tukar tempat ke KLCC.


    teringat pulak masa kecik2 dulu.
    kena tinggal dek kakak2 sbb nak ke sini main ntah apa ke nama yang atas air dorang kayuh tu..

    ReplyDelete
  22. trick saman tu menarik, tapi saya taklah tertarik nak buat gitu...

    dah bershopping baju raya ya..
    dengar kata jakel penuh sesak dengan pembeli

    ReplyDelete
  23. a.z.r.i.n.a03.07,
    caiyok caiyok.

    Dari dulu sampai skrg parking kat situ tak tambah2. Sepatutnya DBKL membina lagi kawasan letak kereta yg lebih luas kerana yg ada skrg sgt tak mencukupi. Kalau nak main gelongsor kat KLCC pun best. Boleh main air sekali. Utk budak2lah bukan utk yg dah dewasa mcm Reen hehehe

    Alaaa ciannya. Kakak2 Reen tak nak bawa naik bot ya. Skrg bolehlah pergi sendiri. Jgn terbalik tengah2 tasik tau ngeeeee

    ReplyDelete
  24. kl citizen,
    saja aje bagi tahu. Jgn buat mcm tu - tak baik niaya org lain hehehe.

    Ini dah masuk bulan Rejab. Kalau dah bulan puasa selalu tukang jahit dah tak nak terima tempahan.

    Semalam sempat kami pergi Jakel yg di Shah Alam semasa hantar Atikah balik UiTM. Sales masih berjalan. Pembeli pun ramai tapi taklah sampai sesak mungkin kerana semalam hari bekerja.

    ReplyDelete
  25. Berkenan btul idea kawan YB psl saman tu, lain kali boleh try.

    Apsal kitaorg kaum isteri ni klu gi shopping beli kain baju dgn suami, mesti nak tanya juga pendapat dia.
    Walaupun kita dah berkenan tetap suruh dia pilih (saja nk test). Akhirnya yg kita tak berapa berkenan tulah yg dipilihnya.

    Kita agak dia bosan, pening kepala tengok kain mcm2 colour. Org lelaki slalu nk cpt, tak tahan tunggu karenah org pompuan cerewet memilih wlu hanya satu benda. Ini komen suami kita ler..betul ke YB.

    ReplyDelete
  26. cerita awak ni macam "cerita berbingkai" - maknanya dalam cerita ada cerita.

    tak tahu mana satu nak komen.

    saya tak payah nak pergi ke lake garden. belakang rumah saya dah ada garden. cuma lake nya sahaja yang belum ada. ada cadangan ?

    ReplyDelete
  27. amik saman org?.. hahaha.. tu namanya tipu diri sendiri...
    kat dunia lepas la.. tapi, kat akhirat esok, tak pasal2 lambat sehari nk masuk syurga sebab kena jawab 'kenapa tipu surat saman'.. kehkehkeh...

    dh lama tak pegi lake garden..
    yg ada tugu negara tu eh?..
    (nama je duduk KL.. hihihi)..

    ReplyDelete
  28. DAMAI IMPIAN D'BANGI,
    Selamat mencuba tapi jgn sampai kantoi hehehe

    Isteri selalu tanya pendapat suami tanda dia hormat suami (sbb suami yg kena bayar pun huhuhu). Lagipun kalau kebetulan pilihan suami sama dgn pilihan isteri, berbunga2lah hati. Sehati sejiwa kononnya ngeee.
    Tapi kalau suami pilih yg isteri kurang berkenan, sendiri juga yg susah.

    Betul komen suami awak. Org perempuan sanggup (malah rasa bahagia) memilih berjam2 walaupun pada akhirnya cuma beli satu pasang aje. Itu ok juga. Kadang tak jadi beli langsung! Org lelaki takde daya tahan mcm ni. Mereka nak cepat. Fokus (jgn percaya dakwaan yg ini). Tuju tempat yg nak dituju, pilih sekadarnya, bayar dan balik.

    ReplyDelete
  29. salam yb,,,
    amboi!,,
    bijak oandai sungguh member yb tuh,,hihi
    knp kalau tulisan lake garden kne wat kaler hijau?..
    tengah promosi green environment ke skarang?..hihi

    ReplyDelete
  30. en_me,
    haah bertambah juga pendapatan DBKL atau PDRM hehehe

    ReplyDelete
  31. al-lavendari,
    Huh? Cerita berbingkai? Jgn jadi cerita berbangkai dahlah kan bang.

    Abg dah sudi baca pun saya dah gembira. Kalau rajin nak komen lagi best.

    Abg koreklah tanah belakang rumah tu buat kolam. Tak dpt tasik ada kolam pun ok jugak.

    ReplyDelete
  32. TINY,
    aku citerkan aje. Bukan suruh korang buat mcm tu pun. Siapa yg berani buat beranilah tanggung.

    Eloklah ko bawa famili ko jalan2 ke sana. Banyak tempat menarik (dan free atau murah bayarannya) di sekitar lake garden tu. Org dari jauh sanggup datang tau hehehe

    ReplyDelete
  33. una210,
    wsalam.

    Itu bijak menipu namanya hehehe.

    Saja letakkan warna hijau sbb lake garden tu kan banyak pokok2. PM pun nak jadikan tempat itu taman botanikal pada RMK 10 ni ngeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails