Wednesday, June 16, 2010

Kisah Lake Garden - Episod 3: Cucur Udang vs Cucur Badak

Masa aku sekolah dulu aku pernah berniaga kecil2an di kawasan Lake Garden. Feberet port aku di kaki lima Muzium Negara. Aku jual kuih ketika itu.

Biasalah bila berniaga ni mesti ada saingan sengit sihat. Ada beberapa org anak polis juga berniaga kuih di situ. Dari situlah aku belajar market intelligent, benchmarking dan best practice walaupun masa itu belum ada istilah seperti itu.

Antara kuih yg aku jual ialah karipap yg dibuat oleh emak aku. Emak aku gunakan keledek dan udang kering sebagai intinya. Saingan aku menjual karipap berintikan kentang dan daging. Rasa inti keledek lebih sedap kerana lebih manis berbanding kentang yg agak tawar aje. Masalah aku karipap emak aku tu menggerutu kulitnya. Jadi tak kelihatan menarik tapi karipap saingan aku berkulit mulus. Kiranya presentation aku kureng huhuhu. Ramai pembeli terpedaya dgn kemulusan kulit karipap dia dan terbeli karipap yg intinya kurang sedap tu. Tapi bila dah rasa baru tahu karipap aku lebih sedap. Malangnya kebanyakan pembeli adalah pelawat ke muzium yg merupakan once off customer dan bukan pelanggan berulang.

Untuk terus bersaing aku memberitahu emak aku supaya buat kulit karipap dia jadi mulus juga macam pesaing kami.

Kuih lain yg aku jual ialah cucur udang. Pesaing aku pula jual cucur badak. Dia suka perli yg udang di atas cucur udang aku tu kecil2.

"Nama aje cucur udang tapi udangnya kecik," dia

"Walaupun kecik adalah jugak udangnya. Kau tu nama aje cucur badak tapi langsung takde badaknya!" aku

kuang kuang kuang

63 comments:

  1. sreettttt,nasib baik brek kemri makan,ehehehehe

    ReplyDelete
  2. yb duduk kat area mana? bukan keramat ke kecik2 dulu?
    kalau berniaga kat muzium sekarang ni harus kena halau kan :P

    ReplyDelete
  3. masa saya tadika dulu ada ikut cikgu buat lawatan kat muzium, agaknya saya pernah terbeli kuih yb,ehehehehehehe.

    ReplyDelete
  4. jgn mudah terpedaya dengan yg mulus,ehehehehehe. cantik diluar tak semestinya cantik didalam :P

    ReplyDelete
  5. tapi ku percaya kemri cantik luar dalam,arghhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  6. juliet no 1,
    sampai hati ko rempitkan kemri aku tu. Baik2 bawa tu walaupun breknya makan hehehe

    ReplyDelete
  7. juliet no 2,
    walaupun saya dilahirkan di Keramat tapi saya membesar di area Federal Hill kerana abah saya kerja di sana.

    Dulu pun kena halau oleh Bandaraya. Tapi pandai2lah nak hidup. Demi mencari sesuap nasi huhuhu

    ReplyDelete
  8. juliet no 3,
    terima kasihlah kerana terbeli kuih saya. Patutlah ada seorg budak tadika yg cun beli kuih saya masa tu. Awaklah tu hehehe

    ReplyDelete
  9. kekekeke.....

    biar ketawa lama sikit...
    *saya suka jokes YB...

    ok seyes.


    tak pernah ke sana kecik2..orang susah lah YB. mana ada keta..

    Mak pon meniaga camni gak dulu tapi depan emporium selangor * itu dululah sekarang nama dah tukar Maidin di chow kit.

    YB tinggal kat mana ek?
    keluarga belah mak mmg ramai duk KL...keramat, kg baru, kg pasir...

    ReplyDelete
  10. juliet no 4,
    betul sgt cakap ko tu. Karipap aku tu contoh yg terbaik hehehe

    Kulit ko mulus kan?

    ReplyDelete
  11. juliet no 5,
    wah ini dah lebih kuota but ai like hehehe.

    Kemri telah teruji cantik luar dalam. Jom aku bawa ko ronda2 KL. Tapi jgn 'rosakkan' tau kah kah kah

    ReplyDelete
  12. a.z.r.i.n.a03.07,
    takpe gelak lama2 pun takpe. Itu joke lepas geram kat pesaing saya ngeh3x

    Kalau naik bas Seri Jaya dari KL ke muzium cuma 5 sen masa tu. Tapi kalau tak mampu itupun dah kira besarkan? Awak tinggal mana masa tu?

    Saya ingat lagi emporium Selangor tu. Oh yg berniaga kat depan tu emak awak ya.

    Saya tinggal di Bukit Persekutuan. Sebelah atas bukit di belakang balai polis Jln Travers.

    Entah2 saya kenal keluarga awak yg kat Keramat atau Kg Baru tu.

    ReplyDelete
  13. badaknya dah di blend sekali dalam inti !

    ReplyDelete
  14. memang betul inti karipap,klu dibuat dgn keledek lg manis...

    masa tu ada tak YB teriak panggil org suh bli karipap&cucur udang YB..
    mungkin ada lagu dia kan...?

    ReplyDelete
  15. tp..
    skrg ni ada achi jual kacang putih kt situ,...
    sapa2 bli mesti rasa tertipu...
    dengan bungkusan yg panjang..
    isinya..ciput je...Hisk..!

    ReplyDelete
  16. wakaka.. aku suka lah lawak ko tang badak tu.

    teringat plak kat badak yang tengah berendam kat zoo tempoh hari.

    ReplyDelete
  17. al-lavendari,
    kalau badak tu di blend sekali boleh buat inti utk 1000 org makan tu bang.

    ReplyDelete
  18. kak long,
    betul tu tapi org yg tak biasa tak tahu nak bezakan sehinggalah dia beli dan makan karipap tu. Org berniaga ni presentation kena menarik.

    Kalau saya berniaga statik mcm kat muzium tu saya tak perlu teriak. Kalau berniaga dari rumah ke rumah barulah ada lagu nak beritahu org kehadiran kita. Mcm Siti Nurhaliza juga.

    Sayang saya tak berniaga dari rumah ke rumah. Kalau tak mesti saya dah jadi penyanyi terkenal mcm Shahir!

    ReplyDelete
  19. hahaahha
    apa ada pada nama bro!

    jnji sedap di telan..

    ReplyDelete
  20. kak long lagi,
    achi tu guna tektik yg sama yg diamalkan di tahun 70an dulu. Kertas bungkus tu panjang dan tirus supaya kacang tersekat di tengah2. Sebelah hujung kosong huhuhu.

    ReplyDelete
  21. salam yb...don't judge the karipap by its kulit...hehehe..

    ReplyDelete
  22. kakpah,
    lawak budak2 sekolah yg tolong keluarga berniaga. Apalah dibuat oleh pesaing saya tu skrg? Entah2 dah jadi tauke besar.

    kakpah dah sampai zoo kenapa tak singgah rumah saya? Dekat aje lagi huhuhu

    ReplyDelete
  23. pB,
    wsalam. Apa khabar? Dah pergi ke tempat yg awak tanya saya hari tu?

    Nampak juga awak intai2 blog ini tapi tak komen kan? hehehe

    ReplyDelete
  24. Rozita,
    itulah. Siapalah yg mula2 panggil kuih tu cucur badak? ngeeee

    Baik2 telan cucur badak. Silap2 tercekik kena tulang badak hehehe

    ReplyDelete
  25. kak ct,
    kalau semua pembeli mcm kak ct, cepatlah habis karipap wak imah hehehe

    ReplyDelete
  26. juliet gila kosa!!!!!
    coppp!!! mustahil Juliet dah tadika masa YB niaga tu!!
    :P

    ReplyDelete
  27. tahun 1971 mak& ayah turun kl dari Melaka.


    tinggal di kg datuk keramat pastu di kg bumiputera sting garden (saya terberanak di rumah tu.hehehe..)
    sepupu mak ada di lorong sebelah esso tu.. lorong kiri 14.


    kg baru pulak..sepupu mak jugak di jalan daud kalau tak silap.
    husband & anak lelaki mak ngah meninggal di tasik kenyir. masuk berita dulu rasanya.


    lalu jer kat balai polis tu tak tau lak ada rumah kat sana..

    ala-ala tempat elit tu YB.. Federal Hills katakan.. *gugel tadi.

    hehe..

    ReplyDelete
  28. hahahahaha...maunya dia buh badak sekoq tak makan la plak...

    ReplyDelete
  29. hihihi. Betul la tu kan. Cucur badak mana ada badak...

    ReplyDelete
  30. salam YB, nasib baik kari tue ada pap..klu kari tue tak berpap..minta YB sambung ye huhuhuhhu :-)

    ReplyDelete
  31. masa darjah 5 (sekitar 1978) aku ikut rombongan sekolah ke KL... cam biasa mesti gi muzium dan berehat kat lake garden tengahari tu... ada mamat tu jual buah epal pakai motor, dia jual 4 biji seringgit... aku pun habiskan duit bekal aku 10 ringgit beli epal tu... makan apel sepuas2nya, maklumlah kat kg bukan senang nak jumpa

    ReplyDelete
  32. tapi aku tak beli la karipap... dtg kl tak kan nak makan karipap kannnn... makan epal laaa

    ReplyDelete
  33. YB
    kecik kecik dah ada bakat usahawan

    ReplyDelete
  34. Lupa nak tanya
    ada tak YB jerit jerit camni

    Karipap....karipap........

    cucur udang...


    itu pun salah satu daya tarikan juga.. ;p

    ReplyDelete
  35. cucur kodok ada kodok tak bang...? he he.



    .

    ReplyDelete
  36. ahhhh... ini tak boleh jadi..


    ai jeles bang!!!!


    abg ada apa2 ngan juliet ke???


    :P

    ReplyDelete
  37. camana ko tarik pelanggan??

    ada mcm ct nurhahiha jual kuih tak??

    ReplyDelete
  38. drsinga,
    saya gi tadika umur 3tahun, hahahhahaha

    ktsku,
    kalo takde angin masakan pokok bergoyang,kakakakakakaka.

    ReplyDelete
  39. dan2 teringat soalan kuiz DrSinga kat entry Badak Cipan Tapir saya: kenapa dalam cucur badak takde badak?

    dan sy jwb: sebab badak dah makan cucur tu~ ngeh3x.

    tadi lepas baca ni teringin nak makan karipap, cucur badak bagai~ rezeki mai dari kuantan, dapat makan kepok losong minum ptg! yeah!

    ReplyDelete
  40. sekor badak dapat berapa cucur ya hehe

    ReplyDelete
  41. memang lumayan yb.. kecik2 dah wat bisnes ghiteww.. ehehe

    ReplyDelete
  42. DrSinga,
    semalam terlebih hormon budak juliet tu hehehe

    Eh betullah apa juliet cakap tu. Beza umur kami pun dalam 6-7 tahun aje ngeh3x

    ReplyDelete
  43. Kpd rakan2 semua,
    Saya sedang menghadapi masalah capaian internet. Tak dapat nak balas komen2 kalian. Yang saya dah tulis pun hilang begitu saja huhuhu.

    Kalau sempat saya akan balas kemudian.

    ReplyDelete
  44. jujurnya, saya lebih gemar karipap inti kentang dan daging... kulit mulus tak mulus belakang cerita... inti jugak yang saya tanyakan dulu... Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  45. a.z.r.i.n.a,
    maaf lambat balas komen awak dan komen2 lain. Semalam balik pun dah malam. Lepas tu ada meeting di surau lagi sampai pukul 12 tgh malam.

    Pagi ni dah balas komen internet pulak problem. Habis hilang semua huhuhu.

    ReplyDelete
  46. a.z.r.i.n.a lagi,
    Terima kasih kerana berkongsi kisah silam.

    oh awak lahir di Kg Bumiputera ya? Saya lahir di Datuk Keramat. Dekat2lah tu. Dipisahkan oleh Sg Klang aje.

    Awak belajar di SK Datuk Keramat dan Sek Perempuan Ampang ke? Kenallah dgn Ogy dan Jee hehehe

    ReplyDelete
  47. YB
    nak tanya ada berapa episod lagi nih ye?
    termasuk tak episod nyorok nyorok disebalik pokok munge bersama........... heheheheh

    larikkkk.. ;p

    ReplyDelete
  48. Alimaz - Kembara Terasing,
    bagus juga kalau dia bubuh badak seekor. Nak tengok dia letak badak sumbu atau badak air hehehe

    ReplyDelete
  49. Cik Som,
    Itulah. Cucur badak dia takde badak nak perli udang di atas cucur udang saya kecil ngeee

    ReplyDelete
  50. sahromnasrudin,
    kalau kari tu takde pap nya jadilah kari daging atau kari udang kering sama seperti kari kepala ikan hehehe

    ReplyDelete
  51. Shifu,
    Sampai 40 biji ko makan epal? Biar betik! Aku nak habiskan 4 biji pun susah.

    Tapi tak kisahlah kan sebab bukan senang nak dapat epal kat kampung masa tu.

    Kawan2 ko tak ikut makan epal yg ko beli tu ke?

    ReplyDelete
  52. Shifu lagi,
    ko jgn pandang rendah karipap. Kebanyakan bahan2nya diimport terutama karipap pesaing aku yg gunakna kentang dan daging tu hehehe

    ReplyDelete
  53. Eja,
    itu bukan bakat usahawan tapi nak tampung pendapatan keluarga sebab keluarga kami bukan org senang.

    Skrg anak2 saya pulak ikut - kecil2 dah mula minat berniaga

    ReplyDelete
  54. Eja lagi,
    Kalau saya berniaga di muzium tu tak lah jerit2. Cuma kalau ada org lalu saya akan tawarkan jualan saya.

    "Bang belilah karipap ni. Rasanya sedap sungguh walaupun rupa mungkin tak cantik. Satu cuma sepuluh sen. Tinggal sikit aje lagi ni"

    mcm tulah lebih kurang saya cuba menarik perhatian bakal pelanggan.

    ReplyDelete
  55. tasek merah,
    kalau ada kodok ada ke yg sanggup nak makan tu? Tak sanggup aku bayangkan kaki kodok tu terjulur keluar dari cucur tu ieeeee

    ReplyDelete
  56. kts,
    syg jangan risau. syg tetap bertahta di hati abg walaupun juliet cuba2 menggoda muahaha

    Takkan nak cemburu kot? Cemburu tu tandanya .....

    ReplyDelete
  57. kts lagi,
    adalah caranya aku tarik pelanggan. Kan mulut aku ni manis? hehehe

    ReplyDelete
  58. juliet,
    patutlah bila masuk darjah 1, ko dah pandai mcm budak darjah 3 hehehe

    Bukan setakat pokok bergoyang disebabkan angin tapi dekat nak tumbang kah kah kah

    ReplyDelete
  59. Jue,
    Ada kuiz ke? Apa hadiahnya?

    Kalau badak lalu makan cucur kayalah siapa yg jual cucur badak sbb sekali makan mahu habis beratus2 biji hehehe

    Nape tak ajak saya makan keropok lekor tu? Lain kali roger aje saya. Nanti saya sampailah ke SG ngeeee

    ReplyDelete
  60. zino,
    seekor badak paling kurang mahu dapat 1000 bijik cucur hehehe

    ReplyDelete
  61. en_me,
    bisnes kecil2an. Jual pun murah2. Kuih sebiji baru sepuluh sen. Tapi lepaslah duit belanja sekolah dan duit dapur emak saya

    ReplyDelete
  62. syah,
    lain org lain citarasanya. Ada yg suka karipap sardin. Skrg emak adam kalau buat karipap akan gunakan keledek tapi letak daging hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails