Monday, June 7, 2010

Musim Mengawan

Bila tiba musim cuti sekolah, ramailah orang kita yg akan mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan walaupun pengantin tu bukan cikgu. Ada yg kata ini musim mengawan!

Antara sebab mengapa pilih masa cuti sekolah ialah memudahkan sanak saudara nak datang memeriahkan suasana terutama mereka yg tinggal jauh. Tapi skrg datang duduk2 dan borak2 aje. Nak kata datang menolong masak kebanyakan org kita sekarang dah pakai khidmat catering.

Semalam aku ada 3 jemputan kahwin.

1) rumah sepupu aku di Olak Lempit. Anak lelaki dia yg kahwin. Terus terang aku katakan aku tak berapa rapat dengan sepupu aku yg ini. Walaubagaimanapun kami masih kenal antara satu sama lain dan sekali sekala berjumpa di rumah saudara mara yg mengadakan kenduri kahwin atau ada kematian. Di samping itu kami berjumpa bila ada Hari Keluarga. Sampai peringkat anak2 kami, mereka dah tak kenal antara satu sama lain.

2) rumah bekas staf aku di Kampung Subang. Dia kahwin dgn org Johor. Kami sampai situ dalam pukul 2:30 ptg. Aku cuma menjamah nasi dan lauk daging sikit aje sbb dah kenyang di rumah pertama. Ramai juga bekas rakan sekerja (staf) aku yg ada di sana masa itu.

Semasa nak balik aku pergi jumpa pengantin. Dia tengah sibuk pilih lagu nak nyanyi karaoke. Mungkin berduet dgn isteri dia kot. Lepas salam cangkuk, adik pengantin beri beg hadiah warna biru. Tapi selepas dia tahu aku kawan abgnya, dia bagi pula beg warna merah hati. Isi beg ini lebih gah agaknya dan dikhaskan utk rakan2 pengantin. Mulut aku gatal cakap aku ni bos abg dia (mantan bos sebenarnya). Adik dia pun apalagi - nak bagi beg lebih2 pulak. Aku ambil 3 yg warna merah hati dan dua yg biru.

Aku perhatikan sesetengah org bagi buah tangan pun ada kod warna. Kecil hati org yg rasa diri mereka kurang penting huhuhu.

3) Tempat ketiga yg aku pergi semalam di Dewan Serbaguna AU2. Jiran setaman aku kahwinkan anaknya. Ini kali pertama dia buat kerja kahwin. Jemputan dari pukul 12 -4:00ptg. Kami sampai dah dekat pukul 4. Kalau dah tutup kami ingat nak balik rumah aje tapi nasib baik masih ada org. Mereka pun menghadiri beberapa jemputan kahwin agaknya. Itu yg sampai ke dewan dah dekat pukul 4 ptg. Aku tak makan nasi di situ. Cuma makan bubur kacang. Emak Adam makan tembikai.

Yang tak seronoknya semasa kami sedang makan, para penanggah sibuk mengemas meja. Mungkin bos mereka janji kerja sampai pukul 4 ptg aje. Itu yg sibuk mengemas. Tapi kalau iya pun hormatlah org yg tengah makan. Kami ini tetamu. Tuan rumah mungkin boleh beritahu ketua sykt catering tu kalau perlu dia bayar OT, bayarlah. Kalau tak, lebih baik tutup pintu dewan tepat pukul 4 ptg.

Itulah sikit kisah aku semalam. Minggu depan dan minggu lusa pun banyak lagi jemputan. Maklumlah musim mengawan belum berakhir!

32 comments:

  1. salam yb.. dah kul 3.30 pm belum ade pengomen lg..pelik la..

    malu la kak ct nk jadi 1st..

    semalam kak ct pegi gak olak lempit tp x nmpk yb pun..

    ReplyDelete
  2. olak lempit tue tempat yg best..itu dulu la..sekarang dh jd ampang dh huhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. kak ct,
    wsalam. Hari ni lambat buat posting. Pukul 3:18 ptg tadi baru post. Kira dlm masa 13 minit kak ct masih berjaya jadi pengomen pertama. Mungkin ramai yg cuti in.

    Apa pulak nak malu. Kira dah dua kali berturut2 kak ct jadi yg first. Kalau n3 lepas ni dpt jadi yg first jugak, bolehlah tuntut hadiah misteri.

    Kami sampai sana dlm pukul 1:00 tghari. Sempatlah tengok pengantin diarak.

    ReplyDelete
  4. sahromnasrudin,
    Betul tu. Dulu kampung tradisi. Mandi pun air perigi. Warna hitam pulak tu sbb situ tanah gambut. Masa kecil dulu saya cakap kat ayah saya, "air kicap nak buat mandi ke ayah?" hehehe

    Skrg dah maju. Jalan pun dah sibuk. Ada stesen minyak kulit kerang lagi kat situ ngeeee

    ReplyDelete
  5. Memang bila musim cuti aje...berebut2 orang menjalankan kenduri kawin...sebab bila cuti sedara mara boleh bercuti lama sikit...dan yang jauh pun boleh menghadiri kenduri itu

    ReplyDelete
  6. Salam yB..

    Memang time mengawan ni dia orang pandai pilih..time cuti sekolah dan time cuaca mula sejuk2..

    ReplyDelete
  7. Anie,
    Alasan tu boleh diterima. Tapi ada juga yg sedara mara semua tinggal dekat2 tapi masih nak pilih time cuti sekolah ni. Dah lah tu habis aje majlis, semua sedara mara bertempiaran - takde yg duduk rumah tuan rumah yg buat majlis tu.

    ReplyDelete
  8. relevan,
    wsalam.

    Tepat apa yg awak kata. Selain tu semalam awal bulan. Org nak bagi tu pun lebihlah sikit hehehe

    ReplyDelete
  9. tak patut betul,kalau kat kg saya org nak datang sampai malam pun takper,kalau lauk pauk dah habis sekali pun tuan rumah tetap serve apa yang ada,tapi jgn mlm sgt sian pengantin....huhuhu

    ReplyDelete
  10. saya teringin nak makan nasi minyak.. sekarang ni kenduri asyik nasi beriani aje... tensennnnnn~~~

    ReplyDelete
  11. kak ct sampai sebelum pengantin berarak dan balik selepas pengantin bersanding..heran ye kita tak terjumpa..kemah pun tak la luas sangat..

    ReplyDelete
  12. shaliza,
    inilah kalau sewa dewan dan pakai khidmat katering agaknya. Kalau buat kat rumah, mmg biasanya ditinggalkan satu atau dua meja utk tetamu yg datang lambat. Kalau dah malam masuk dalam rumah. Makanlah apa yg ada.

    Lain kali saya nak datang sebelah malam dlm pukul 10. Biar pengantin bengang hehehe

    ReplyDelete
  13. syah,
    haah kebanyakannya buat nasi briyani. Tapi smlm kat rumah sepupu tu mereka masak nasi minyak.

    psst - kat pantai timur org makan nasi minyak utk sarapan pagi ngeee

    ReplyDelete
  14. kak ct ada ilmu ghaib kot. Kami duduk khemah yg depan. Tengok2 juga kalau ada sedara yg dari KL. Ada sorang tu dari belakang nampak mcm Abg Mazlan tapi bila dia pusing, bukan. Bagi tahu emak Adam ttg org tu hehehe.

    Kak ct jumpa tak dgn cik Juriah? Kami habis makan dia dtg dgn anak cucu. Duduk meja kami.

    ReplyDelete
  15. legaaa...


    selesai sudah..


    Syukur !!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. musim mengawan? macam kucen, hehehe. tq yb utk teguran tu, bab kaler koding... bolehlah saya jadikan sempadan untuk masa hadapan

    ReplyDelete
  17. ikan emas,
    majlis awak dah selesai ke? Alhamdulillah. Tapi nape tak jemput saya? huhuhu

    ReplyDelete
  18. Mak Su,
    Perumpamaan aje tu mak su. Tapi ada juga yg dah tak kira cuti sekolah. Perkara yg baik eloklah dicepatkan hehehe.

    Bukan setakat beg buahtangan yg dibeza2kan. Ada tu tempat makan pun ada yg utk VIP. Siap pakai dome lagi. Kalau buat kat dewan satu hal. Ini buat kat khemah depan rumah. Selagi tak datang VIP tu meja tu akan dibiarkan kosong walaupun org lain terpaksa berdiri menunggu meja biasa yg kosong.

    ReplyDelete
  19. betul kata yb..kita sepupu mereka tp tak rapat..jadi siapa yg bersalah? ibubapa kah atau anak2 kah..

    kak ct jumpe cik juriah masa nk balik..

    alaaaa..besok kompom kak ct tak jd 1st..ada xam ptk..abis xam ingat nk singgah..

    ReplyDelete
  20. Salam YB....

    Musim kawen2......musim m`awan. Aku amat setuju....

    Actually, aku lebih suka majlis kenduri kawen zaman dolu2....ada
    pakatan. S`pakat gitu. Adik-B`adik dtg tolong.

    Zaman skrg dah takde k`meriahan seperti dolu2.

    Yg lebih menyedihkan bilamana nilai wang hantaran yg jadi bandingan atau isu. Mcm jadi suatu masalah jika nilai wang hantaran adalah sgt rendah atau murah. Habis d`canang s`pelusuk kampungnya....alahaiiii.

    Bagi aku mudah je, biar nilai wang hantaran nampak rendah, jgn harga diri yg murah.

    Alahaiiiii......

    :)

    ReplyDelete
  21. salam cangkuk tu yg salam kite bagi duit kat tuan rumah ek YB??
    kat sini kitorg panggil salam kaut..
    salam sambil kaut duit dlm sampul...

    erm, tu la masalah kalau pakai catering, dorg kdg2 tak brape nk pikir pasal guest sgt...
    sala hidang makanan je, sudahh...

    ReplyDelete
  22. salam yb,
    kat kg pun skarang dah byk kenduri pakai khidmat katering,
    terasalah kurang seronok sikit sebab dah tiada aktiviti rewang,
    bila katring kita dtng, makan dan salam cangkuk trus balik

    ReplyDelete
  23. kak ct,
    Nak salahkan ibubapa pun zaman mereka dah berlalu. Kitalah sebagai ibubapa kena pastikan hubungan kekeluargaan dapat diteruskan dan dieratkan di kalangan peringkat sepupu spt kita dan dua pupu di peringkat anak2 kita. Hari Keluarga yg Paman Busu buat tu sesuatu yg bagus dan patut diteruskan.
    (teringat arwah AB bila cakap ttg Hari Keluarga ni huhuhu).

    Mungkin kita org balik 5-10 minit sebelum kak ct.

    Takpelah. Yg penting kak ct sudi membaca blog ni.

    Selamat berjaya dlm PTK!

    ReplyDelete
  24. Catwoman,
    wsalam.

    Haah musim mengawan. Bulan 3 atau 4 tahun depan ramailah baby baru lahir hehehe

    Dulu sifat tolong menolong dan gotong royong masih tebal. Skrg ada juga tempat yg masih buat mcm fesyen dulu tapi kebanyakannya telah diswastakan. Dah rumah sendiri pun takde kawasan terpaksalah buat kat dewan atau hotel. Kalau buat tempat mcm tu kenalah pakai katering.

    Yg buat kat rumah sendiri tapi org yg nak jadi penanggah tak ramai terpaksa juga katering.

    Kalau hantaran sikit ada pula yg mengata anak dara tu mcm janda pulak! Habis tu camna? ngeee

    ReplyDelete
  25. chekgu BH,
    salam cangkuk dan salam kaut tu sama aje. Ada org envelop boleh tahan tapi dalam isi seringgit dua aje. Tapi tuan rumah jgn marah. Mereka kena ikhlas bagi makan org sempena dpt menantu. Jgn fikir nak untung mcm org berniaga hehehe

    Servis org katering ni kadang ok kadang hampeh. Nasi dan lauk dah habis pun kadang lambat tambah. Air basuh tangan selalu dah kosong. Mulalah org guna air minuman utk basuh tangan ngeh3x

    ReplyDelete
  26. ibuintan,
    mungkin ini yg dinamakan 'kemajuan'. Di kampung pun dah 'maju' skrg.

    Lagipun org2 muda dah kurang utk diminta tolong jadi tukang rewang.

    Kalau suruh (kadang tak payah suruhpun) nyanyi karaoke tu rajinlah hehehe

    ReplyDelete
  27. rumah YB bila pulak majlsi seumpama nya di adakan hehe bukan utk bapa dia tau hehe

    ReplyDelete
  28. yup..
    sya pun setuju pasal buah tangan tu, bila dibeza beza tu...
    tak sedap pulak rasanya,
    kesian orang yg dapat tak sama dgn apa yang kita dapatkan..

    ReplyDelete
  29. zino,
    Lama lagilah agaknya sebab anak yg sulung pun belum habis belajar. Kalau nak cepat kenalah bapa jalan dulu kah kah kah

    ReplyDelete
  30. Eja,
    awak org yg hati mulia. Tak seronok jika diri dilayan lebih dari org lain.

    Mmg banyak tak baiknya membeza2kan buah tangan tu. Bagi mereka yg dapat yg koman tu, rasa mcm tak dihargai pula jika dibandingkan dgn yg dapat yg lebih cantik.

    ReplyDelete
  31. YB
    malulah sya dikata hati mulia
    sbb tu kekadang sya segan nak ikut enpakwe g kenduri yg ahli PPK undang, YB pun faham kan, kalau enpakwe tu datang dgn baju batiknya kena sambut pulak isshh..sangat seganlah rasa janggal pulak.

    ReplyDelete
  32. Eja,
    hanya org yg mulia berasa malu bila disebut mulia ngeeee

    Awak sama mcm emak Adam. Segan diberi layanan VIP bila ke function.

    Nasib saya tak kena pakai baju batik ketika ada majlis masa kerja dulu. Biasanya pakai t shirt aje walaupun jadi tetamu kehormat hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails