Hari ini genap 14 tahun Haizam dilahirkan. Dia dilahirkan di Pusrawi Jalan Ipoh, KL. Kami boleh memilih hospital yg lebih canggih dan mahal sebab kos ditanggung oleh majikan aku tapi atas niat hendak menolong hospital JAIWP maka kami pilih Pusrawi. Masa itu aku dah kerja tetap di KL - tak berpindah randah lagi mengikut projek. Walaupun dia dilahirkan di KL, nombor tengah IC dia 56 dan bukan 14. Tak tahulah kenapa.
Di bawah ni aku muat turun gambar dia semasa Hari Mesra Penduduk di taman aku Ahad lepas. Dia mengambil bahagian 4 acara sukaneka dan menang kesemuanya.
Di bawah ni aku muat turun gambar dia semasa Hari Mesra Penduduk di taman aku Ahad lepas. Dia mengambil bahagian 4 acara sukaneka dan menang kesemuanya.
Acara Berita Sensasi. Menyampaikan ayat yg perlu diingat kpd peserta terakhir yg perlu menulis ayat tersebut sebelum diserahkan kpd pengadil. Kumpulan mereka jadi johan kerana ayat kumpulan lain berterabur.
Entah siapa masukkan nama Haizam ke dalam acara dewasa. Ini acara menyusun batu bata. Sampai terputus seliparnya. Dapat no 3 aje. Jadilah sebab lawannya bapa2 org
Pasukan Haizam menjadi naib juara acara baling belon berisi air. Tengok dia berkaki ayam setelah selipar dia putus. Lain kali pakailah kasut kalau nak main sukan.
Satu pencapaian yg baik di hujung usia 13 tahun.
Oh ya malam itu ada acara bacaan Yasin dan doa selamat serta majlis Jasamu Dikenang. Di samping itu ada cabutan bertuah di mana emak Adam telah mendapat hadiah. Jarang sangat (dibaca: tak pernah) kami dapat hadiah cabutan bertuah. Emak Adam begitu teruja kerana dia dapat hadiah ketika dah hampir sampai di penghujung iaitu hadiah semakin besar. Seperti biasa aku kata mungkin hujung bulan ni aku dapat hadiah kereta dari cabutan SSP BSN. Ayat nak sedapkan hati huwaaaaaaaaa
salam yb...
ReplyDeleteselamat panjang umur utk haizam..semoga di murahkan rezeki dan jadi anak yg soleh..
no. ic arwah AB pun 56 gak..tak tau kenape..mungkin sbb dia di lahirkan di rumah kot..
InsyaAllah..moga2 bertambah sorang lagi keturunan Morsingah menang kereta dlm SSP BSN..AMIN..
selamat hari lahir haizam
ReplyDeletemajulah sukan untuk negara
moga haizam akan menjadi ahli sukan yang berjaya ....
selamat hari lahir...!
ReplyDeletetak ada majlis ker...!
ngeee....!
selamat hari lahir..mana kek hari jadinya?? kne la ada kek kan hehehehe
ReplyDeleteSelamat hari lahir Haizam.Sekejap jer dah membesar depan mata. eh..dia baca tak ni YB ?
ReplyDeleteKat BTP ni pun ada Hari Mesra Penduduk tapi kami jarang turun.. mesra kat rumah je..
Tiga2 anak saya pun dilahirkan kat Pusrawi. Along dan Angah kat Jalan Ipoh; Yg kecik tu kat Jln Tun Razak... nak jugak sumer lahir kat KL walaupun dah duk selangor.. hehe. tu jer yang mampu YB..
Kalau kat Glenhelang ke AmpangPrincess ke kopak poket abg nanti.
salam ukhwah...
ReplyDeleteselamat ulangtahun buat haizam...semoga terus sukses di dunia & di akhirat...
kak ct,
ReplyDeletewsalam.
Amin. Begitulah diharapkan.
Oh mcm tu ke? Tapi Haizam lahir kat hospital. Cuma rumah kami yg lama tu no 56 hehehe.
Eh dah ada ke keturunan Morsingah yg menang kereta SSP tu? Tak tahu pun ngeee
Eja,
ReplyDeleteterima kasih bagi pihak Haizam.
Haizam kalau bab main sukan ni dia minat tapi setakat jaguh kampung ajelah. Kalau dia terer boleh juga suruh jadi ahli sukan professional hehehe
kak long,
ReplyDeleteTQ.
Ingat nak bawa dia pergi makan di luar malam ni. Kebetulan abg dan kakak dia pun sedang bercuti ni.
sahromnasrudin,
ReplyDeletetakde kek sbb kat rumah ni kalau beli kek selalunya tak habis. Kalau nak kek sangat, nanti saya belikan cupcake satu hehehe
sampai putus selipar ya Haizam,
ReplyDeletesaya pun takpernah YB dapat cabutan bertuah. Anak bertuah selalu la dapat dari mek...hehehe
psstt saya pun tunggu gak tu hujung bulan ni-ssp bsn.
a.z.r.i.n.a03.07,
ReplyDeleteterima kasih b/p Haizam. Selalu dia akan baca bila balik sekolah petang nanti.
Kat BTP awal2 dulu kalau tak salah saya ada artis2 terkenal masa hari mesra penduduk yg dianjurkan oleh AP Land. Skrg ada jemput artis atau selebriti lagi ke? Tempat kami ni org2 sini aje kecualilah YB yg bukan wakil rakyat tu hahaha.
Kat Pusrawi doktor mana? Doktor Daud ke? Dua org anak kami yg last tu lahir di Glenhelang. Kalau takde komplikasi harga taklah mahal sangat. Lebih kurang Pusrawi juga. Tapi hospital tu lagi dekat dgn rumah kami. Dgn rumah tempat Reen dilahirkan lagilah dekat. Merangkak pun boleh sampai hehehe
secangkir madu merah,
ReplyDeletesalam ukhwah kembali.
Begitulah yg diharapkan. Ucapan yg sama utk kita semua walaupun bukan di hari ulang tahun kita ngeeee
mana bapak haizam dlm acara susun batu bata tu??
ReplyDeletekakngah,
ReplyDeletebapak haizam tengah susun benda lain kot.hehehehe...
jgn marah yb.
shaliza,
ReplyDeletehaah. Tengah dia sibuk susun bata terputus seliparnya.
Kita yg belum pernah menang ni anggaplah cencaru makan petang. Masaalah nya tak petang2! huhuhu.
Ok semoga hujung bulan ni kita menang seorg sebuah kereta SSP. Tapi saya cup yg mercs tu hehehe
kakngah,
ReplyDeletesaya tak mendaftar sbb nak pergi ke majlis org kahwin di Perepat, Kapar. Rupanya delay bertolak. Sempatlah tengok Haizam masuk acara tu.
Syida,
ReplyDeleteasudaaalaaaa
aku suspek ko nak get even ni
kah kah kah
moga membesar menjadi anak y soleh....
ReplyDeletesakan jer dia masuk acara... yang lain2 mana???
Selamat hari lahir utk haizam, moga makin besar makin tampan,ehehehe.
ReplyDeleteapa yg mak adam dapat? tetibe saya pulak yg teruja,ehehehe.
zonaku,
ReplyDeletedah besar pun. Dah sama tinggi dgn ayahnya.
Yang lain lambat daftar. Bila dah tutup baru ada emak2 yg merayu2 nak masukkan anak mereka.
Acara dewasa tu tak tahu siapa yg masukkan nama dia.
juliet,
ReplyDeletebestlah kakak juliet punya doa. Nanti mesti ramai aweks nak tackle dia. Kena pulak bila dah boleh bawa kemri hehehe
Hish tak boleh bagi tahu apa yg emak adam dpt. Nanti dia marah sbb tak privacy. Ko datanglah sendiri ke sini tengok hadiah tu.
psst - teh ada lagi sikit.
Salam YB,
ReplyDeletea'ahlah. tetiga dengan doktor daud. misi2 kata jahitan dia cantik... hmmmm bukan nampak pun.. hehehe.
betul2 kat glenhelang tu mmg dekat sangat tempat saya lahir tu.. lama tak pergi, rasanya tempat tu dah develop kot..dkt ampang boys school tu.
Aunty sekeluarga ucapkan Selamat Hari Lahir Haizam!! May life treats u well..
ReplyDeleteye ke uncle..
ReplyDeleteselamat hari jadi..wpun dah post kat chat box semalam..
zaren punya pun 56 jugak...adik bradik yg lain sume 14..
termasuk kategori orang unik hehe
YB memula jaguh kampung lepas tu jaguh N.E.G.A.R.A.
ReplyDeletea.z.r.i.n.a03.07,
ReplyDeletewsalam.
awak bersalin normal atau ikut tingkap? Kalau normal jahitan tak banyak. Dr Daud tu lemah lembut orgnya. Doktor lain tu ada yg garang sikit.
Kg Bumiputra masih belum banyak development. Yg ada cuma sebuah balai bomba.
Awak belajar di Ampang Girl School ke dulu? Satu batch ke dgn Ogy atau batch Fauziah Latiff? hehehe
mamayaya,
ReplyDeleteHaizam dah baca ucapan Jaja tu. TQ.
zaren,
ReplyDeleteuncle main hentam aje hehehe
terima kasih sekali lagi.
Org2 tertentu aje kot yg dapat 56 ni. Masuk kategori org unik takpe jugak. Jgn masuk kategori pendatang asing sudahlah hehehe
Eja,
ReplyDeleteNampaknya setakat jaguh kampung ajelah. Kat kampung pun kadang2 tak jadi juara hehehe
Tiga-tiga lahir normal. Sumer kesian kat parents dorang kot kalau ikut tingkap..hehe.. itupun 2nd & 3rd dapat diskaun.
ReplyDeleteKononnya mak & arwah ayah tak nak hantar sekolah pompuan dihantarnya sumer anak2 pompuan di SRK Padang Tembak & SM Padang Tembak . Masa Form Two dah pindah BBSentul jadi ke Convent Sentul.
a.z.r.i.n.a.03.07,
ReplyDeleteEloklah normal. Bolehlah tambah lagi hehehe
Jauh jugak dari Kg Bumiputra nak ke Padang Tembak. Kenal tak cikgu Siti Jumayah di SM Pdg Tembak? Dia sepupu saya.