Sunday, May 16, 2010

Guru Yang Tak Boleh Aku Lupakan (semestinya guru wanita!)

Hari ini hari guru. Kebanyakan blog bercerita tentang Hari Guru. Aku pun nak tumpang semangkuk (bukan bermakna aku ni mangkuk hehehe).

Tadi pagi semasa menunggu doktor pakar yg hendak membuat pembedahan ke atas emak aku datang utk memberi penerangan kpd aku dan adik kembar aku, kami bersembang. Banyak perkara yg dibualkan maklumlah org hospital kata doktor datang pukul 8:30 atau 9:00 pagi tapi doktor tak datang sehinggalah pukul 10:35 pagi. Nasib ada kawan cerita.

Antara topik yg disentuh ialah guru2 yg pernah mengajar kami. Kami masih ingat lagi guru2 yg mengajar kami dari Darjah 1 hinggalah Tingkatan 5. Mungkin ada antara mereka telah tiada di dunia ini.

Dalam ramai2 cikgu tu saya ingat cikgu saya masa Darjah 2. Mrs Maniam namanya. Ada ke patut saya (dan beberapa murid lain) di make up jadi macxam perempuan utk Hari Penyampaian Hadiah. Ini semua kerana sekolah kami sekolah semua pelajar lelaki (sekolah rendah tu). Aku syak aku antara murid yg paling cun masa tu. Yang paling aku tak syok aku kena pakai sari. Siap dengan gincu dan rambut palsu lagi. Tugas aku memberi bunga telur kepada tetamu2 kehormat.

Masa aku nak menuruni pentas, rambut palsu aku tercabut! Maklumlah rambut aku yg ori pendek sangat untuk mengepitkan rambut palsu tu. Mana nak pasang balik rambut tu dan mana pula nak membahagi2kan telur. Org ramai gelak guling-guling pecah2 perut.

Nasib baiklah aku baru berusia 8 tahun masa tu. Buat muka stone ajelah.

Kepada semua guru-guru: Selamat Hari Guru.

28 comments:

  1. kalau ler skrg ni budak tu di make up kan...ntah macam mana laa rupenya nyer

    ReplyDelete
  2. aku tak boleh lupa cikgu bahasa inggeris masa di sekolah menengah...

    kalau boleh siang malam aku nak duk sekolah belajar bahasa inggeris.

    kerana cikgu tu punya pakej yang lengkap sebagai seorang perempaun di dunia dan pada mata lelaki...

    miss wong...perghhh... tak boleh tahannnnn!!!!

    ReplyDelete
  3. tak patut betul mrs maniam. kenapa Yb tak bantah? apasalah budak lelaki sambut tetamu & bagi bunga telur?

    ReplyDelete
  4. salam,

    tak lupa sorang cikgu masa sekolah rendah garang mengalahkan harimau tapi dah mendiang hari ini..

    ReplyDelete
  5. ikan emas,
    budak tu dah tak cun lagi skrg sbb dia dah jadi lelaki macho muahaha

    ONE ZABA,
    kegatalan ko telah terserlah dari sekolah menengah lagi rupanya kah kah kah.

    Biasalah bro. Kalau ada cikgu yg cun murid2 lelaki ramai yg gila bayang hehehe

    ReplyDelete
  6. shaliza,
    budak2 zaman saya belajar dulu mana berani membantah. Cikgu masa tu diberi kuasa merotan murid2.

    Sekolah rendah saya semua muridnya murid lelaki. Jadi kalau nak yg pegang watak perempuan adalah yg jadi 'mangsa' huhuhu

    ReplyDelete
  7. penjejak maya,
    wsalam

    Mmg ada cikgu yg garang. Mengajar mcm nak ditelannya murid2nya. Salah sikit beri denda.

    Di sekolah rendah saya dulu pun ada yg mcm tu. Hukuman murid yg degil atau tak dapat jawab kena berbogel dlm kelas dan berdiri atas kerusi. Kalau skrg ada cikgu yg buat mcm tu mesti dah kena laporan polis.

    ReplyDelete
  8. saya ingat masa sekolah rendah sorang cikgu melayu....tapi ajar BI...garang ya amat...ntah2 dia tak garang...sebab kita mak ayah tak garang...bila cikgu tengking / tinggi suara rasalah kecut perut...pada hal itu tugas dia nak ngajar kita jadi pandai kan! tak pasti ade atau tidak lagi....

    ReplyDelete
  9. salam YB..
    saya dulu terhingin gak nak masuk silat...tapi masa tu takde guru silat wanita laa..

    ReplyDelete
  10. Salam YB ..

    Sekarang pun saya gelak guling-guling atas katil . wakakak

    Auuuwwww... menachiiii !!!!

    ReplyDelete
  11. erpp....tak terbayang kechomelan YB masa kecip2 dulu
    nak tengok gambar kalau ado... hahahaha.....

    Tak kiro, TAG kono selesaikan jugak
    nak tengok kasut
    tak aci ngelattt...

    ReplyDelete
  12. hai...mrs maniam...kot ye pon bagilah YB pakai kebaya ke cheongsam ke...hehehe...jangan marah YB, gurau je.

    sha tergelak2 masa baca posting YB dan ajak ibu baca sekali. sebab ibu pon mengajar sekolah lelaki! harap ibu tak buat apa yang mrs maniam buat kat YB.

    Gincu dengan sari kaler ape?

    Hehehehe...

    ReplyDelete
  13. salam uncle, ada rupa2 haikal tak haha...

    kalu rindu nak tengok, make up ajelah si haikal tu..

    terkenang kembali nanti..

    ReplyDelete
  14. wakakaka

    .
    .


    aku sdg membygkan ko pki sari.... di usia 8 eh 48..

    .
    .

    hak hak hak... cumilsss sgt :P :P

    ReplyDelete
  15. Salam YB....

    Hihihihihi....kelakar kisah ko dulu2 ye....

    Zaman p`sekolahan itulah zaman yg paling menyeronokkan......paling happening!!

    :)

    ReplyDelete
  16. sonata,
    hah tu lah kalau kita dari keluarga yg lemah lembut dan tak garang. Boleh dapat kejutan budaya bila masuk sekolah yg cikgunya 'garang'.

    Tapi mmg ada yg cikgu mcm singa nak baham kambing bila tengok anak murid.

    Sebahagian cikgu awak dan cikgu saya mungkin dah takde. Kalau ada pun dah 70an atau 80an ngeee

    ReplyDelete
  17. nahmy,
    wsalam.

    apa motif tu? Kalau nak persatuan yg ramai guru wanita masuklah pandu puteri wakaka

    ReplyDelete
  18. LiNda,
    awak guling2 atas katil tu bukan pasal geli hati sgt tapi pasal asben awak dah balik dari OS hehehe

    Jgnlah ejek. Ai tak suka tau ..... auwwww kah kah kah

    ReplyDelete
  19. Eja,
    saya mmg comel masa kecil. Montel2 ada dua beradik kembar hehehe

    Kasut saya lengkap dua2 belah sbb bila masuk kereta saya pakai kedua2nya sekali. Tak letak kat luar kereta ngeh3x

    Saya ni tak pandai buat tag. Kalau smart tag bolehlah ngeeee

    ReplyDelete
  20. sha,
    Kebaya dan chongsam telah diberi kpd pelajar lain utk pakai huhuhu. Saya tak marah komen sha. Segan adalah sbb sha tunjukkan kat ibu sha yg merupakan seorg guru.

    psst - weekend sha balik Seremban ya?

    Gincu masa tu cuma ada satu kaler aje - merah. Skrg ni aje yg gincu mcm2 kaler. Sarinya kalau tak salah warna merah. Entah berapa ela kain sari tu utk balut badan saya. Tapi tak perut termasuk pusat tu nampak! huhuhu.
    Memandangkan saya takde kasut perempuan, saya disuruh berkaki ayam. Ceit betul Mrs Maniam tu.

    ReplyDelete
  21. zaren,
    rasanya takde rupa Haikal sbb dia tu bulat hehehe

    Mcm rupa Adam adalah kot. Ala2 comel mcm tu wakaka

    ReplyDelete
  22. kts,
    ko kalau suruh membayangkan aku cukup pandai. Tak suruh pun ko dah selalu bayangkan. Jgn ko jadi rindu bayangan dahlah. Nanti siapa yg susah? hehehe

    eh apa gambar yg ko bagi aku semalam tu ah? Aku tak pandai nak bayangkan apa benda tu? Tolonglah bagi tahu. Please.

    ReplyDelete
  23. Catwoman,
    wsalam.

    Ini antara kenangan aku masa sekolah rendah. Mmg zaman persekolahan zaman yg paling menyeronokkan. Tapi skrg pun kita boleh jadikan ianya seronok kalau kita pandai gunakan kesempatan yg ada.

    Hidup biar sedap! hehehe

    ReplyDelete
  24. muahahahahah musti YB sangat jambu masa kecik kecik dulu... tu pasal terpilih tu... muahahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  25. syah,
    saya tak jambu tapi tersangatlah kiut hehehe

    NL,
    memori cinta luka huhuhu

    ReplyDelete
  26. KAHKAHKAH......
    siap lipstik lagi tuuu....
    mrs maniam punya ke...mak YB punya??!! :)

    ReplyDelete
  27. DrSinga,
    Mrs Maniam punya sbb emak saya tak pakai gincu. Ada rasa kunyit wakaka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails