Friday, March 5, 2010

Citer Pasal Kerja Pulak

Ini kisah tentang kerja aku semalam.

Pukul 10 pagi aku ada mesyuarat tapak di projek pembinaan stesen minyak di lebuhraya menuju ke Westport, Klang. Masa aku sampai kontraktor, pengurus pembinaan dari PMC dan konsultan sudah ada. Seorg lagi wakil dari PMC belum kelihatan. Kami pun mula mesyuarat. Pembinaan bermula pada13/1/10 dan dijangka siap pada 22/4/10. Kawasan ini dulunya ladang kelapa sawit. Pandai org yg menjual tanah ni kpd sykt kulit kerang tu. Dah kaya dah dia. Aku kenal org tu. Sesiapa ada tanah yg sesuai utk dijadikan stesen minyak bolehlah berhubung dgn aku lepas ini. Aku pun skrg nak jadi broker tanah.

Tak payahlah aku cerita perkara yg kami bincangkan takut kalian bosan pula. Cukuplah aku tunjukkan beberapa keping gambar yg sempat aku ambil semalam.

Bangunan stesen dan kanopi dah mula naik

Kawasan tangki minyak bawah tanah

Lepas meeting kami pergi makan di Telok Gong. Kontraktor belanja. Biasalah tu nak ambil hati pelanggan.

Kami pergi naik kereta dia. Mitsubishi Evo limited Edition 3500cc. 5000 buah di seluruh dunia. Di Malaysia cuma ada 10 buah aje. Ini kereta dia. Merasalah aku naik kereta ni semalam.......

Kereta kontraktor. Dia ni pun dah kaya. Belajar tak masuk U pun. Bila lah aku nak kaya? huhuhu

Antara hidangan kami. Ikan bawal steam dan udang mancis tak masuk dalam gambar ni hehehe

Sebelah petang kami ada meeting di tapak kedua. Kerja2 bermula 25/1/10 dan dijangka siap sebulan lagi. Membina stesen minyak ini cepat aje.

Kerana keadaan tanah gambut yg lembut, bukan saja bangunan perlu cerucuk tetapi seluruh driveway pun kena disokong oleh cerucuk. Ini yg makan masa sikit.

Kerja2 menanam cerucuk

Dua minggu lagi kami ada meeting lagi.

32 comments:

  1. tanam cerucuk tu leklok... hehe

    ReplyDelete
  2. ikan siakak sting (meminjam kata-kata tijah) tak ada ke ?

    ReplyDelete
  3. dh berapa org isteri kontraktor tu??

    ;D


    .
    .
    .




    .
    .





    .
    .





    .
    .


    eh... chop!
    lupa nak tanya... kontraktor tu islam ke bukan?? errr...
    fuh fuh fuh... hrp2 islam... besar skit kuota nya... hikkksssss

    ReplyDelete
  4. dua minggu lagi la baru ada makan lagi.

    ReplyDelete
  5. Teja,
    Satu point gunakan 5 batang cerucuk konkrik 150 mm. Antara setiap batang tu kena dikimpal sebelum ditanam. Tapi bukan aku yg nak tanam cerucuk tu.

    Aku tanam cerucuk jenis lain wakaka

    ReplyDelete
  6. nanti YB leh gak pakai cam tue...heheheh

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,
    apa kelas ikan siakap? Dah alang2 nak belanja org carilah ikan yg elok dan mahal ngeh3x

    psst - ini pun pinjam kata2 Tijah

    ReplyDelete
  8. kts,
    kontraktor tu cinalah. Kontraktor Islam ini baru nak mula. Masih sibuk blogging lagi. Ko nak register minat ko kat kontraktor Islam bolehlah berbuat dari skrg wakaka

    ReplyDelete
  9. ONE ZABA,
    haahlah kalau dgn kontraktor ni. Aku nak suruh PMC tukar waktu meeting utk kontraktor yg satu lagi tu ke sebelah pagi pulak. Pau yg itu pulak hehehe

    ~O~,
    kontraktor ini kaki racing offroad bolehlah. Aku minat kereta yg biasa2 aje.

    ReplyDelete
  10. salam...hai geng2 contraktor makan besaq no...tak mau belanja juruteknik ni makan ka....ekekekkekeke

    ReplyDelete
  11. ooo mmg bahaya..
    jadi ingat yer pesanan kat entry lepas.. jangan lari2 nanti tercucuk besi..

    ReplyDelete
  12. dapat merasa makan besar, masih kuat sihat untuk bekerja, ada family yang bahagia... sementelaah dapat jugak beribadat dengan tenang dan mudah... tu dah kira kaya jugak lah tu YB... kan kan kan..

    ReplyDelete
  13. Alimaz-Kembara Terasing,
    wsalam.

    Utk projek tu saya ni selaku management agent. Itu yg dpt belanja. Lagipun saya dulu yg jaga semua kontraktor ni masa saya kerja sykt kulit kerang. Mungkin mereka nak balas budi hehehe

    Kalau kita jumpa bolehlah saya belanja apa yg patut hehehe

    ReplyDelete
  14. YB, request buat stn minyak kat sepangar...jauh wo nak gi isi minyak kat sana. nti aku carikan tanah. boleh ke?

    ReplyDelete
  15. Che'Pit,
    tapak pembinaan mmg bahaya kalau tak biasa. Sebelum masuk kena ada Green Card dari CIDB.

    Jgn lari2 kat situ tau.

    ReplyDelete
  16. TINY,
    alhamdulillah. Betul awak kata tu. Kekayaan bukan pada harta yg melimpah ruah tapi pada ketenangan jiwa dan sifat qanaah.

    Jika kita bersyukur nescaya Allah akan menambah nikmatNya.

    Awak sekeluarga pun mcm tu jugak kan?

    ReplyDelete
  17. kaya tak semestinya kaya duit je kan? Kaya ilmu, kaya budibahasa, kaya iman..
    .
    .
    kaya
    .
    .
    sapu kat roti sedap gak.

    ReplyDelete
  18. itukah rupanya tangi minyak bawah tanah!

    bkns emua boleg masukkan

    ReplyDelete
  19. oh..aku tkde tanah la nak jual.
    rumah pun sekangkang kera..
    yang ada tanak kubur aje lah :)))

    ReplyDelete
  20. MENTIBANG,
    Bolehlah ko cuba cari tanah kat Sepangar tu. Nnt kalau dah dapat bagi tahu aku. Aku pun dah lama tak buat stesen kat KK. Yang terakhir kat Innoprise yg ada McD tu hehehe

    ReplyDelete
  21. kakpah,
    ayat yg mula2 tu mcm ceramah agama tapi yg last tu tak boleh blah.

    Dari kecik saya dah makan kaya tapi tak kaya2 jugak. Nasib tak kena kencing manis sbb kaya tu kan manis huhuhu

    ReplyDelete
  22. sI tEDI,
    tangki tu dah hampir ditimbus dgn batu2 kecil (chipping). Itu sebab tak nampak badannya. Ianya sedang diuji dgn tekanan. Selepas lulus, ianya akan ditimbus sepenuhnya dgn chipping dan lapisan konkrit.

    Org awam tak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan. Kalau saya ada, mungkin saya boleh bawa lihat dari kawasan selamat (green zone).

    ReplyDelete
  23. Rozita,
    aku kenal beberapa org vendor tanah stesen minyak yg takde tanah milik sendiri pun tapi bijak mengenalpasti tanah2 yg sesuai utk dijadikan stesen. Mereka beli dari pemilik asal dgn harga murah dan jual dgn harga berlipat kali ganda. Yang lebih pandai, cari tanah kerajaan (lagilah murah) dan jual kpd sykt minyak berjuta2 hinggit.

    Ko cubalah buat mcm tu kalau nak kaya.

    ReplyDelete
  24. ishhhhhh... ko pun kaya hape bangggg....

    :)



    .

    ReplyDelete
  25. kat celah mana pulak tapak nak buat stesen minyak tu? saya selalu je pegi westport dan northport tu mengikut incik Firdaus... Macam tak perasan pulak tempat YB cakap nih...

    Bawal ngan udang jek?? Bawal tak cukup mahal... Kenapa tak ambil kerapu atau jenahak ke? tu baru cukup mahalll... alang-alang orang belanja katanya kannnn... hahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  26. tasek,
    aku biasa2 aje. InsyaAllah satu hari nanti aku sampai jugak ke tahap tu.

    syah,
    stesen tu di penghujung KESAS kalau nak ke westport (di kawasan Bayu Emas). Sebelah kanan hiway tu tempat org jual cendol.

    Yg satu lagi kat taman botanik. Dekat tangki air.

    Ini bawal putih yg kilat tu. Cina buat makan besar masa raya mereka hari tu. Org kata ikan tu mmg mahal. Lebih mahal dari jenahak atau kerapu. Saya ni bukan kaki ketuk kalau org belanja ngeee

    ReplyDelete
  27. nanti YB beli ler satu kereta limited edition... pastu ajak blogger naik

    ReplyDelete
  28. takpele YB...dia kaya RM, YB kaya ilmu...janji hidup boleh diteruskan dah alhamdulillah.

    ReplyDelete
  29. Monkey,
    Aku fikir nak beli LRT 1 gerabak tumpang lalu kat landasan sedia ada. Kalau aku tak pakai, aku parking depan masjid Setiawangsa tu hehehe

    Kalau ada kawan2 blogger nak dtg aku jalankan gerabak aku tu ngeh3x

    ReplyDelete
  30. nahmy,
    masa saya mula kerja jaga kontraktor buat stesen beberapa belas tahun dulu, dia ni belum lagi jadi kontraktor buat stesen. Dia cuma buat maintenance. Skrg dia dah pandai buat stesen dan dah kaya. Mereka ni dari segi kelulusan atas kertas mungkin kurang (setakat sekolah Cina aje - takde diploma pun) tapi berani mencuba.

    Saya terlampau berhati2 dan pilih jalan yg selamat. Skrg baru nak mencuba.

    ReplyDelete
  31. btol tu bro..jadi broker tanah lak kan..masyuk....bro ade kije ksg x?

    ReplyDelete
  32. JMR,
    Nak jadi broker tanah nak kena kenal org2 tertentu. Kalau tak penatnya lebih dapat tak seberapa ngeh3x

    Kebetulan saya sdg cari pembantu utk urusan dgn pihak berkuasa tempatan, JKR, Bomba, JAS, Syabas, TNB, STM, IWK dsb. Kalau berminat boleh hubungi saya di yunus.badawi@gmail.com

    Kalau rajin belajar ini peluang baik utk melebarkan networking. Sgt berguna utk masa depan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails