Sehari dua ni aku sibuk sikit dgn urusan dunia. Maklumlah dah masuk bulan Mac. Tinggal 10 bulan saja lagi utk mencapai sasaran tahun 2010 ni. Bagi mereka yg makan gaji pemberian bonus akhir tahun banyak bergantung kpd pencapaian sasaran organisasi dan individu. Bagi mereka yg kerja sendiri mcm aku ni, periuk nasi kami berkait langsung dgn samada kami dapat capai apa yg kami rancangkan.
Semalam aku ada meeting dari pagi sampai petang di pejabat klien di Mont Kiara. Tahun ini mereka mahu sykt kami menguruskan kelulusan dan pembinaan 5 buah stesen baru dan sebuah stesen utk diroboh dan dibina semula. Semua kena siap sebelum hujung tahun. Hanya 2 buah dalam pembinaan. Yang bakinya kena kerja kuat kalau nak buka tahun ni.
Kerana mesyuarat yg panjang dan bilik sembahyang yg tak disediakan, aku menunda solat zohor sehingga habis meeting. Macamlah ada jaminan aku hidup sampai lepas mesyuarat tu. Mujur umur aku masih dipanjangkan.
Selesai mesyuarat di Mont Kiara tu aku ada urusan pula di Taman Tun. Tapi apa2 hal mesti tunaikan dulu solat zohor. Waktu dah lama masuk. Aku ke masjid di Kg Sg Penchala. Dalam hati aku berkata, "inilah ruginya kalau solat tak di awal waktu. Solatlah sorang2. Rugi pahala berjemaah."

Semasa aku ke tempat wudhu ada pula seorg pemuda sedang berwudhu. Hati aku berbunga kembali. Dia masuk ke dewan solat dulu. Masa aku masuk ke dewan tu pemuda itu meminta aku menjadi imam. Alhamdulillah. Dapatlah kami berjemaah. Tuhan masih sayangkan kita, harap2nya.
OKlah. Aku nak ke PJ pagi ni. Ada meeting di sana pula.
OKlah. Aku nak ke PJ pagi ni. Ada meeting di sana pula.
ye tuhan masih syangkan kita..
ReplyDeleteperghhhh...tahniah r YB.bukan sng dpt moment mcm gitu
ReplyDeletealhamdulillah... err.. YB meeting kat mana takde sediakan tempat solat tu?
ReplyDeletealang2 nak ke PJ, meh lah belanja CP makan tghari..
ReplyDeleteeh silap, CP belanja YB makan.. hmm tapi ni dah kul 2 lbh.. CP pun dah makan, ngeh ngeh ngeh
banyaknya meeting :P
ReplyDeletesyukur masih berkesempatan utk berjemaah.. semoga Allah permudahkan urusan di dunia serta di sana...
ReplyDeletealhamdullilah....
ReplyDelete~O~,
ReplyDeleteaku selalu dilalaikan oleh dunia huhuhu
Aku malu kpd Allah bila ingat mcm2 yg telah diberikan kpdku.
citahrudin,
aku ni lemah. Lebih mudah nak buat org lain gembira dari mencari redha Ilahi.
ckLah,
ReplyDeleteSemalam saya cuma dpt solat Maghrib dan Isyak saja berjemaah di awal waktu di surau. Yg lain tu hancus walaupun tak sampai terlepas waktu.
syah,
meeting kat Mont Kiara. Sykt antarabangsa dgn rakan kongsi bukan org Islam dari M'sia. Setahu saya utk kakitangan mereka ada disediakan bilik solat yg muat hanya seorg pada satu2 waktu. Tapi itu di tingkat lain dan hanya utk kakitangan mereka.
Che'Pit,
ReplyDeletealaaa dah lepas makan baru cakap huhuhu
Anyway, tghari tadi saya pun dpt dibelanja org. Makan di tempat mahal. 4 org dekat RM300 hehehe
juliet,
Meeting di Mont Kiara tu satu aje tapi bincang banyak projek. Itu yg jadi panjang.
Kat Taman Tun ada 2 perbincangan petang semalam. Salah satu tu di Secret Recipe hehehe
TINY,
ReplyDeletealhamdulillah bertemu org yg juga belum menunaikan solat. Bila saya tanya pemuda itu dia kata dia dari Meru. Mungkin Allah nak mempertemukan kami.
Jika Allah sayangkan hambaNya maka akan disibukkan dgn perkara2 Akhirat tapi jika Dia tak sayang maka disibukkan dgn urusan dunia. Semoga Allah menyayangi kita.
zino,
ReplyDeletemungkin ini ujian dari Allah kpd saya.
Apa guna hidup kaya raya di dunia kalau di sana tak tentu nasib kita.
Zino tak macam saya kan? Mesti hebat lagi.
yup...Insya'Allah..selagi hidup kita wajib beramal..
ReplyDeletesayangsayangibu,
ReplyDeleteBetul tu. Kalau kita niatkan perbuatan kita kerana Allah itu juga dikira amal.
semoga rezeki yang diterima akan bertambah berkat !
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteamin.
Saya pun doakan yg sama utk abg.