Tuesday, February 9, 2010

Sudahkah Anda Mendaftar?

Malam tadi ada mesyuarat khas di surau aku membincangkan beberapa perkara. Mesyuarat bermula selepas solat Isyak. Makanan disediakan mcm meeting gomen kerana ramai AJK yg tak sempat makan sebelum meeting hehehe. Antara agenda mesyuarat ialah:

1) majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat masjid dan surau
2) projek2 surau kami yg perlukan kelulusan segera

Tapi yg aku nak kongsi ialah mengenai pendafaran ahli kariah seperti yg diarahkan oleh JAIS kpd semua masjid dan surau di Selangor ni.

Pihak surau telah mengedarkan borang2 kpd semua rumah di taman perumahan aku ni utk diisi dan dikembalikan. Seperti yg dijangkakan, hanya sebahagian kecil saja iaitu 80 dari 224 buah keluarga telah mengembalikan borang2 tersebut. Tak sampai 40%. Aku rasa ada pelbagai alasan mereka yg tak mengisi borang tu. Ada yg boleh diterima dan ada yg mengarut.

Kerana ini arahan dari pihak atasan, kami khuatir bagi mereka yg tak mendaftar sebagai ahli kariah mereka akan menghadapi kesulitan kelak terutama jika mereka atau ahli keluarga:

1) hendak mendapatkan pengesahan utk berkahwin
2) kebenaran mengkebumikan jenazah bila berlaku kematian.

Bagi yg bujang tu dan yg ingin menambah cawangan silalah mendaftar segera utk mengelakkan Pengerusi Surau atau Masjid enggan memberi sokongan utk permohonan kalian.

Bagi yg lain2, isi dan hantarlah borang kalau tak mahu dikebumikan di tanah perkuburan di tepi highway Karak nun kecualilah kalau rasa boleh hidup lama lagi atau nak mati di tempat lain



37 comments:

  1. aku nak daftar boleh ke...

    aku ni bujang tiga...

    ReplyDelete
  2. ONE ZABA,
    aku sarankan ko daftar aje kat Siam hehehe

    ReplyDelete
  3. perkara yg bunyinya remeh..tp bila masanya sampai kelak, sangatlah penting jadinya kan..

    ReplyDelete
  4. perkara yg bunyinya remeh..tp bila masanya sampai kelak, sangatlah penting jadinya kan..

    ReplyDelete
  5. saya duduk taman lain buleh join kerrr hehehee


    gerun lak dengar "tepi hiway" tu sadesss

    ReplyDelete
  6. baru nak tgk cite liang lahad ..

    elok daftar!
    melaka lom kuatkuasa

    ReplyDelete
  7. ~O~,
    kadang aku heran jugak mereka ini. Org lain tu dah lah susah payah fotostat dan hantar borang tu ke rumah mereka, boleh buat dek aje. Bukan lama pun nak isi borang tu.

    psst - aku nak tawarkan perkhidmatan mengisi borang utk jiran2 ni lah hehehe

    ReplyDelete
  8. tchersally,
    betul cakap Sally tu. Nanti kalau ada yg tak jadi kahwin sbb tak dapat sokongan jgn salahkan sesiapa ngeh3x

    NL,
    Ko pun duduk Selangor jadi surau atau masjid tempat ko pun sepatutnya sedang menjalankan pendaftaran ahli kariah di tempat ko. Kalau ko tak terima apa2 borang, elok ko pergi ke masjid atau surau bertanyakan perkara ni. Aku serius ni.

    Tepi hiway tu setidak2nya masih kubur org Islam. Kalau campak aje dlm gaung lagi haru ngeee

    ReplyDelete
  9. sI tEDI,
    bila nak tengok citer tu? Ajaklah aku hehehe

    Tempat lain mcm Melaka pun mungkin akan laksanakan juga kalau perkara ni berkesan ....

    ReplyDelete
  10. kena tunggu hari jumaatlah tu ...

    errkk gaung.... bertambah ngerinya...

    ReplyDelete
  11. NL,
    ok Jumaat ni pergi tanya dgn AJK masjid tempat ko tu. In fact tarikh utk kembalikan borang ialah pada hujung Jan aritu.

    Kalau tak nak campak gaung takkan nak tumpang kubur bukan Islam. Dah terjadi ada org mati tak dapat permit pengkebumian kerana nama takde dlm senarai anak kariah. Kalau kat kampung org tak kisah sbb kawasan kubur luas. Kat Lembah Klang ni tanah kubur tak cukup huhuhu

    ReplyDelete
  12. tapi kalau takder... kena pindah taman ler... mungkin...


    takkan nak pindah pi KL hhuhuhuu

    ReplyDelete
  13. NL,
    ko tanyalah mereka dulu. Mungkin banyak sangat rumah kat kariah ko tu. Tak larat org masjid nak fotostat borang dan hantar ke semua rumah di situ.

    Kalau ko pindah KL jauh pulak ko nak pergi kerja. Lainlah ko nak tukar ke cawangan yg di KL ni hehehe

    ReplyDelete
  14. Isi borang tu tak sampai 5minit kan. Bila perlukan sesuatu dari org surau barulah terhegeh2 datang dan kekdg tu buleh marahkan ahli surau kononnya tak jaga kariah.

    ReplyDelete
  15. kena buat pesta macam 'sure heboh', sure semua orang berduyun-duyun datang mendaftar,

    salamm,

    ReplyDelete
  16. juliet,
    haah tak sampai 5 minit utk setiap ahli keluarga. Cuma mereka yg 18 tahun keatas aje yg perlu mengisi borang ni.

    Betul Pengerusi surau kami pernah dimarahi oleh org yg entah dari mana dtg nak minta sokongan. Bila tak sokong mulakan melenting.

    ReplyDelete
  17. tunbegia,
    satu cadangan yg boleh dipertimbangkan tapi buat masa ni tak praktikal sbb ramai yg akan bercuti balik kampung utk raya cina. Lepas tu sibuk dgn sambutan Maulidur Rasul.

    Kalau mereka ada rasa tanggungjawab, isi ajelah borang tu. ngeee

    ReplyDelete
  18. kadar 60% tak mendaftar tu tinggi tu .. kena buat sesuatu. jangan hantar mereka ke sini, sebab kat sini pun dah tak cukup tanah dah !

    ReplyDelete
  19. apa salahnya mendaftar kan, utk kebaikan :)

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. borang aku aritu ko dah tolong serahkan ke belum?

    .
    .
    jgn simpan bwh bantal dah le :P


    hikhikhik

    ReplyDelete
  22. Selamat menyambut bulan kelahiran junjungan besar kita ....

    ReplyDelete
  23. al-lavendari,
    mesyuarat malam tadi bersetuju menghantar surat peringatan dan memberi tahu akibat kalau tak berdaftar.

    psst - nak minta setiausaha surau link kan dgn n3 ni hehehe

    Kami tak hantar mereka ke lavender height tapi mungkin suruh bawa balik kampung masing2.


    mak su,
    itulah org kita ni. Terlalu ambik mudah perkara2 mcm ni.

    ReplyDelete
  24. kts,
    borang tu aku dah fotostat sbb ada biodata ko.
    Malam tadi mereka tanya apa hubungan ko dgn keluarga kami. Aku kata anak sedara sebab nama bapak ko dgn adik aku kan sama hehehe

    ckLah,
    ucapan yg sama utk awak juga.

    Di samping sambutan jgn lupa tentang ajaran baginda. Semoga kita lebih dekat dgn amalan2 yg baginda tinggalkan.

    ReplyDelete
  25. Salam YB......

    Sama2 la kita daftar-m`daftar ye.

    :)


    **Amboi Cik One Z, sejak bila ko jadi BUJANG 3?? Nanti bini ko hayun periuk dan kuali kat dahi ko, baru ko tahu.....muahahahaha.

    ReplyDelete
  26. Zyma,
    Ko dah mendaftar ke kat AS tu?

    Bukan ke ONE Z tu mmg masih bujang 3? Setakat ini cuma 1 dari 4 kuotanya yg baru digunakan hehehe

    Jawab One jawab

    ReplyDelete
  27. (nk ketawa).... jauh nun nak hantar.. kat tepi highway.

    tu lar... bukannya mahal sngt pun.. berapa ringgit je setahun buat satu keluarga lagi tu...

    pergi lar keluar ramai2 mana yang belum buat... ini tiada had masa.. setiap hari sampai hujung tahun terbuka...

    ReplyDelete
  28. izan,
    tak baik ketawa tapi mmg betul kalau tak ada AJK tanah pekuburan yg nak terima, kenalah campak kat kubur yg kat tepi highway tu.

    Ini bukan pendaftaran utk khairat kematian tapi pendaftaran utk ahli kariah. Pihak JAIS nak tahu masjid atau surau mana setiap org Islam yg berumur 18 tahun ke atas bernaung.

    Tak perlu bayar apa2 utk mendaftar.

    ReplyDelete
  29. En YB sila beri pandangan sikit macamana dengan sya n enpakwe, kami kerja berpindah randah...nak daftar khairat ke...mcm agak susah jugak ye?

    ReplyDelete
  30. yang bujang dan ingin tambah cawangan...kena dpt sokongan Pengerusi ek??
    kita tak tau pun...
    kena buat baik dgn depa lah cam tu...

    ReplyDelete
  31. sayangsayangibu,
    yg sedang dijalan di Selangor skrg ialah pendaftaran ahli kariah masjid atau surau. Ini termasuk di TPG rasanya cuma mungkin pendekatan AJK masjid atau surau di situ berbeza dgn cara di tempat saya. Mungkin mereka tunggu ahli kariah pergi sendiri ke masjid mengambil dan mengisi borang.

    Utk khairat kematian, tak salah menjadi ahli kerana kita tak tahu bila kita nak mati. Kalau umur kita panjang semasa menjadi ahli ie kita tak meninggal dunia semasa menjadi ahli khairat kematian di sesuatu tempat, niatkan saja sebagai sedekah wang yuran tu.

    Ini pandangan saya saja. Terpulanglah kpd diri masing2.

    ReplyDelete
  32. ibusinga,
    Antara syarat utk kahwin terutama bagi lelaki ialah pengsahan bujang. Surat ini akan dikeluarkan oleh pejabat kadi setelah mendapat sokongan dari pengerusi suaru atau masjid di mana bakal pengantin lelaki itu bermastautin.

    Biasanya pengerusi masjid atau surau enggan memberi sokongan jika nama org tersebut tiada di dlm senarai ahli kariah beliau. Ini terutama di kawasan bandar yg ada ramai ahli kariah. Kalau kat kampung pengerusi selalunya kenal lelaki tu anak siapa dan masih bujang ke tidak.

    Bagi yg dah ada isteri, mestilah mendapat persetujuan isteri sebelum boleh bernikah lagi satu.

    ReplyDelete
  33. Tengah fikir nak daftar di mana ni... hehehe.

    ReplyDelete
  34. JP,
    daftarlah di tempat awak bermastautin skrg. Tapi kalau nak pindah tak lama lagi, boleh daftar sekali lagi di tempat baru.

    Daftar jangan tak daftar.

    ReplyDelete
  35. terima kasih pendapat tu.....

    ialah kita bukan tahu waktu,usia,apa saja berkaitan kematian

    ReplyDelete
  36. sayangsayangibu,
    sama2. Itu cuma pandangan saya saja.

    Kita ni kena rajin berbaik dgn org masjid atau surau. Kalau tak ada masa nak jadi AJK, carilah masa utk mengambil bahagian dgn aktiviti masjid spt sambutan Mauludir Rasul yg akan tiba tak lama lagi. Saham utk Akhirat tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails