Wednesday, February 10, 2010

Bawa Porshe Tapi Tol Tak Nak Bayar

Tengahari semalam aku ke Sri Hartamas berjumpa dgn seorg Dato' kerana urusan bisnes. Kami jumpa sekejap saja kerana sama2 nak cepat. Yang penting bisnes jalan.

Selesai urusan aku pun balik ke rumah walaupun aku ada mesyuarat pukul 2 ptg dgn klien di Mont' Kiara yg terletak tak sampai satu 1 km dari tempat aku berjumpa Dato' tu. Tujuan aku balik kerana nak makan tengahari. Emak Adam masak sedap semalam seperti juga hari2 sebelumnya.

Aku ikut highway DUKE. Sedap berdesup kat situ sebab ada 3 lorong. (Setakat ni belum nampak speedtrap lagi)

Sedang aku seronok memandu dgn iringan lagu Superman oleh Lucky Laki tiba2 aku lihat di cermin belakang sebuah Porshe hitam menuju kearah aku dgn lajunya. Aku pun memberi isyarat dan menukar ke lorong tengah2. Seperti kilat ia memotong kereta aku. Porshe Carerra 4. Cis macam sayur aku dibuatnya. Aku rasa dia bawa 140 atau 150 km/j. Had laju di situ 90 km/j aje.

Sampai di tol Air Panas ia mengambil lorong Touch n Go. Laaa kereta mahal2 takkan takde Smart Tag? Tiba2 aku lihat pemandu tu menukar ke lorong Smart Tag. Dalam hati aku ingat mungkin baru jumpa mesin Smart Tag dia agaknya. Ada sebuah kereta lagi di depan kereta Porshe tu. Pada masa itu aku pun dah sampai di belakang kereta Porshe itu. Aku lihat kereta Porshe itu begitu rapat dgn kereta yg di depannya. Sebaik penghadang dibuka setelah Smart Tag kereta yg di depan sekali tu dibaca oleh mesin pengimbas, kereta itu dan Porshe itu lalu melintasi penghadang tu. Kerana terlalu rapat tak sempat penghadang tu turun sebelum Porshe tu lepas. Patutlah ikut kereta depan rapat giler. Rupanya nak mengelak bayar tol.

Macam ni punya orang pun ada!

43 comments:

  1. errr...
    sape yg berani bwk kuar porsche aku tu ?? :P

    ReplyDelete
  2. br smpi malaysia tu...
    kat tmpt lain jrg jumpa tol...

    duit kecik plak takde...


    .
    .



    boleh contohi driver tu lainkali...

    hikkssssss

    ReplyDelete
  3. hek eleh, pakai keta mahal-mahal, tapi takdak duit nak bayar tol... chehhhhhh...

    kalaulah keta tu kena lentung dengan pengadang tu satu kali, saya pasti tolong tepuk tangan dan bersorak... hahahahah :P :P

    ReplyDelete
  4. nak try la nti...ni salah satu langkah penjimatan. huhu..

    ReplyDelete
  5. itu la sebab dia boleh pakai porshe...hasil kedekut la tu.

    ReplyDelete
  6. sungguh pandai tupai melompat,

    salamm,

    ReplyDelete
  7. sakura nak suruh abg sakura try wat cam 2...
    hehehe almaklum dah ada abgggg ;-))

    ReplyDelete
  8. highway DUKE?? aku rasa jumlah keseluruhan tol kat situ tak sampai sepuluh ringgit kut. tak paham org zaman skang ni. sama kes macam,anak mintak duit nak beli aiskrim kena marah,tapi duit tu bleh plak bapaknye beli rokok. err..sama kes ke? hehe...

    ReplyDelete
  9. kts,
    laa porshe ko ke tu? Ferrari yg aku bagi kat ko tu dah tak nak pakai ke?

    kts lagi,
    drebar mungkin baru sampai Msia tapi kereta tu kereta sini sbb plat WP. Kalau takde duit kecik, minta kat aku, aku boleh bagilah. Lebih2 lagi kereta tu kereta ko kan hehehe

    Kalau ko nak buat mcm tu lain kali bagi tahu aku. Aku nak tengok ko boleh lepas tak penghadang tu ngeh3x

    ReplyDelete
  10. syah,
    saya rasa ini bukan kes takde duit tapi nak cari cheap thrill dgn mengelak bayar tol.

    Kalau kena penghadang tu semalam saya hon dari belakang. Biar semua pemandu lain tengok hehehe

    ReplyDelete
  11. Mentibang,
    nasihat aku sebelum ko cuba, cari tol yg besi penghadang tu lambat turun.

    Bagi tahu aku kalau ko dah berjaya ahaks

    ONE ZABA,
    mungkin betul jugak ko cakap ni. Aku kat DUKE tu aje semalam kena tol 4 kali. Bila nak kaya kalau mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  12. tak tahu saya nak cakap apa, meluat dgn perangai org belagak mcm tu tapi poyo

    ReplyDelete
  13. tunbegia,
    kat tol DUKE tu bolehlah tupai ni melompat. Kalau kat PLUS ada CCTV. Boleh kantoi wei

    sakura,
    nak suruh abg buat kat tol MEX ke? Semoga abg awak tu berjaya demi menunjukkan kasih syg nya kpd awak hehehe

    ReplyDelete
  14. pB,
    kat DUKE rasanya tak kantoi. Alarm berbunyi selepas Porshe tu lepas. Nasib kereta saya tak kena penghadang tu.

    Penyuk,
    ini sure ko belum pernah pakai DUKE tu. Ada 3 tol plaza dari 3 arah yg berbeza. Setiap satu kena bayar RM2. Jadi sekali lalu dari hujung ke hujung cuma RM2. Nak beli rokok sekotak mmg tak lepas hehehe

    Ada org tak bagi duit utk anak beli aiskrim sbb takut gigi anak tu nanti rongak. Hisap rokok tu nak cari ilham hehehe

    psst - aku tak hisap rokok tau.

    ReplyDelete
  15. Mak Su,
    Betul tu. Org macam ini bukan buat perangai kat jalanraya saja tapi kat mana2 pun mcm tu jugak.

    ReplyDelete
  16. aku pernah lalu DUKE tu, tapi aku tak tau berapa byk tol yg kena bayar.aku ingatkan lebih dr dua hinggit.

    point aku kat sini,nak jimat dua hinggit punyer pasal sanggup elakkan dari bayar tol.sama kes dgn (sama kes lagi.hehe) takmo bayar parking mbpj punyer pasal,sanggup kena kompaun. pelik..pelik..

    ReplyDelete
  17. Penyuk lagi,
    Maaflah sbb aku ingat ko tak pernah gunakan DUKE. Tol dia mmg RM2 tak kira jauh ke dekat. Kalau dari Duta ke rumah aku tu kira berbaloilah sbb 7 minit dah sampai. Setakat ni belum ada jam kat situ.

    Point ko tu tepat sekali. Ada org nak jimat seringgit dua tapi kena saman lebih dari itu. Kalau kereta kena tarik lagi best.

    Kat kawasan rumah aku ni, ramai yg nak parking free bila naik LRT park depan rumah aku. Setakat ni aku boleh sabar lagilah.

    ReplyDelete
  18. kalaulah....
    pengadang tu immmedietly jatuh, kene tepat kat windscreen...

    padan muka..

    sebab nak elak bayar 2 ringgit kene kuar modal beribu bayo windscreen..

    kan? kan?

    ReplyDelete
  19. Tu mesti kereta pinjam. kok tak pun mekanik nak ujipandu kereta kat bengkel dia wakaka...

    ReplyDelete
  20. salam YB

    he he he kata ari tu pecut 140kmj.tp ok gak bawa polan2 , kalu tak camna nk tengok sikap pemandu Porshe tu kan.

    ReplyDelete
  21. cisss.....
    kedekut!!!
    tak pulak kena penghadang tu...

    ReplyDelete
  22. ~mrs azmi~,
    kalau kena mmg padan muka. Nak best lagi penghadang tu kena kat bumbung kereta dia sehingga tak boleh bergerak. Sure saya ambik gambar kereta dia semalam kalau jadi mcm tu.

    kakpah,
    dia pinjam kereta KTS tu hahaha

    Kalau nak kata mekanik takut ada mekanik yg marah nanti ngeee

    ReplyDelete
  23. ummi,
    wsalam.

    Semalam saya bawa 120 aje. Itu yg kena potong mcm sayur ngeh3x

    ibusinga,
    mungkin kedekut dan mungkin juga saja2 nak cari thrill. Mcm anak org kaya yg suka mencuri di pasaraya.

    ReplyDelete
  24. ferrari yg abg bg tu utk pergi pasar je...

    .
    .



    :P
    :P
    :P

    model ferrari pun ko xsudi nk bg..... haaaaaiiihhhhh

    ReplyDelete
  25. kts,
    hari tu aku nak bagi ferrari tu tapi ko jual mahal. Kalau ko hendak petang ni aku hantar. Nak jumpa kat DD yg kat highway tu? Tak payah ko makan nasi malam ni. Dah banyak peluh petani nak sediakan nasi utk ko hehehe

    ReplyDelete
  26. tchersally,
    dia tu sapa? Org yg tu ke?

    tchersally lagi sekali,
    plat KL

    ReplyDelete
  27. duit dah habis bayo ansuran kete

    ReplyDelete
  28. sI tEDI,
    tulah siapa suruh beli kereta mahal hehehe

    ReplyDelete
  29. errr mmg smart...

    patutlah org2 yg smart ajer ikut lorong yang smart tu huhuhuhu

    ReplyDelete
  30. takat senja ni aku tengok ada sorang pelanggan tetap tak muncul...

    lupa bawak IC kut tu.

    ReplyDelete
  31. Salam YB....

    Hmmmmmm,mcm2 ado kan di dunia ni!!!

    Kete mahal, kopek kuyup!! Huhhhh...

    :)

    ReplyDelete
  32. nape tak mintak penghadang tu jatuh serta merta atas kete dia...dasar penipu!

    ReplyDelete
  33. salam YB,

    i rasa kereta mewah ni pun ada byk saman tertunggak. memang dasar papa tp gatal nak bergaya...

    ReplyDelete
  34. boleh ke buat macam tu. saya ingat nak try esok. kereta porshe tu betul2 ke asli.. bukan tiruan. saya pernah tengok kereta VW di modify sebiji macam porshe ! atau mungkin drebar nak save duit tol yang boss dia bagi ..banyak kemungkinan.

    ReplyDelete
  35. NL,
    awak maksudkan saya jugak ke ni sbb saya sentiasa gunakan smart tag hehehe

    ONE ZABA,
    dia marah dgn ko tempat aku pulak dia boikot. Eloklah ko pujuk dia esok pagi....

    Zyma,
    dunia ni pentas. Kita ni semua pelakon. Aku ni pelakon tambahan aje kot.

    Setakat 2 hinggit tak jadi kaya....

    ReplyDelete
  36. sonata,
    aku rasa ada sensor yg akan memberi isyarat bila penghadang tu akan turun. Kalau 2 kereta terlampau rapat antara satu sama lain, jarak masa itu cukup utk kereta kedua 'bolos'. Itulah sebabnya kita disuruh menjarakkan kereta kita sekurang2nya 5m dari kereta di depan kita.

    Ah Fatt,
    tahi hidung masin. Mungkin pahit kot hehehe

    ReplyDelete
  37. Daddy Zuki,
    wsalam.

    Saya rasa mmg bnyk saman sbb dia bawak laju. Kalau kat DUKE yg had laju cuma 90 tu dia boleh tekan 150, kat highway PLUS mau dia tekan sampai 170 -180.

    Biar papa asal bergaya kata mike.

    al-lavendari,
    apa pulak tak bolehnya bang. Dia dah tunjuk depan mata saya. Ramai dah teruja nak cuba trick ni. Kalau abg berjaya bagi tahu sayalah. Buat n3 pun elok jugak hehehe

    Porshe betul nampaknya. Berdesup dia lari. Lepas plaza tol tu lagi laju dia pecut. Segan kat saya kot hehehe

    Kalau dia tak ada resit tol, bos biasanya tak kasi claim. Jadi mungkin bukan nak save duit tol yg bos bagi.

    ReplyDelete
  38. yb..saya dah try kat parking shopping complex..sukses...haha

    btw..kat highway kalau nak elak speed trap kena bwk lebih dari 130, tak kantoi..menurut sumber yg bleh dipercayai lah. huhu...sapa berani try la

    ReplyDelete
  39. Mentibang,
    Lepas ni ramailah yg cuba. Ko boleh dapat saham bro hahaha

    Aku dengar jugak tu tapi bukan 130 tapi 160. Kalau 130 tu biasalah org bawak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails