Monday, February 8, 2010

Bagaimana Hendak Menilai Kasih Sayang Pasangan Anda

Ini satu soalan yg susah nak dijawab. Tetapi bagi sesetengah pasangan tak kiralah samada pasangan suami isteri atau yg sedang bercintan cintun salah satu carinya ialah dengan menggunakan cara yg aku buat ni. Nak tahu macamana? Senang aje! Bawa pasangan anda ke NILAI 3 wakaka

Deretan kedai di Nilai 3

Hari ni kami menghadiri majlis pertunangan di Nilai. Selesai majlis aku pun bawa emak Adam dan keluargaku ke Nilai 3 yg terletak tak jauh dari rumah yg mengadakan majlis tu.

Emak Adam berminat nak beli langsir baru. Mcm2 pilihan ada. Siapkan ajelah duitnya huhuhu
Yang siap sejam pun ada. Tapi nak pilih langsir tu sampai dekat 2 jam. Org pompuan mendapat kepuasan dari shopping

Kedai yg menjual langsir. Mungkin sebelum ni mereka beroperasi di Tangkak sebelum kedai mereka di sana dijadikan tempat membela burung

Masa aku singgah solat di surau berhampiran medan selera aku dapati beberapa org lelaki sedang tidur di dalam surau. Aku rasa mereka dah letih nak melayan isteri masing2 shopping


Surau lama Nilai 3. Dah lepas solat baru perasan ada surau baru yg lebih besar dan selesa. Tak kisahlah. Yang penting solat jangan ditinggalkan

Kedai utk pengantin pun banyak terdapat di sini. Sesuailah bagi mereka yg nak kahwin tak lama lagi. Ada 2-3 rakan blogger aku nak kahwin tahun ni kalau sampai jodoh. Bolehlah ke sini.

Salah satu kedai yg menjual barangan perkahwinan

Adam dan abangnya di kedai menjual lukisan. Puas emak mereka memilih2 lukisan, akhirnya tak beli

Banyak lagi yg kami beli tapi seperti aku cakap tempoh hari aku kena tapis n3 aku ni. Cukuplah setakat ini.

39 comments:

  1. kena bawak duit seguni kalau gi tempat gitu...

    ReplyDelete
  2. Sakura nak pun nak NILAI abg sakura tu.....
    dulu p Nilai sebelum kawin cam ner lak p Nilai selepas kawin ni he4

    ReplyDelete
  3. yg penting para suami jangan dok ikut mengekor apa yg para isteri nak beli.. tunggu je kat kaunter tu bila sampai masa bayar je tanpa banyak soal hehe

    ReplyDelete
  4. sakan g nilai, rasa tak mu balik..
    boleg g2? :p

    ReplyDelete
  5. Pak Syeikh sayang kat aku - dia bawak balik cokelat - baru balik dari Singapore...tapi beli kat The Zone JB...tak kisah la....aku suke cokelat!

    ReplyDelete
  6. >>___<<


    hahhahaha statmnt x tahan
    "letih layan isteri shopping"
    kehkehkehkeh .. sampai ttidur.
    fuyooooo ~ kenyataan yg BENAR!

    ReplyDelete
  7. Salam YB.....

    Dulu masa aku keje di KLIA,Sepang,
    aku ada jugak pegi beli-belah di Nilai 3 tu. Mmg rambang mata jika ke c2. Duit pun cepat2 m`layang ke mesin kaunter di c2. Huhuhuhuhu...

    **Bukan semua perkara kita perlu share dgn semua org. Dan tak semua org perlu tahu ttg hal k`hidupan kita. Betul tak,YB??

    Aku pun mcm emak Adam gak. Aku mesti simpan sedikit se-byk rahsia rumatangga. :)

    ReplyDelete
  8. ye, aku pun suka kalau kena bawak pegi shopping.

    ReplyDelete
  9. ONE ZABA,
    cukup ke seguni? Aku rasa 2-3 guni baru cukup huhuhu

    sakura,
    lepas raya cina ni bolehlah awak meNILAI abg awak tu kat Nilai 3. Tapi tunggu cukup bulan tau ngeh3x

    sI tEDI,
    eh mestilah jadiiii. Siap dijahitkan lagi kat kedai tu. Ini kali pertama emak Adam beli langsir siap jahit. Sebelum ni dia jahit sendiri semua langsir ngeee

    ReplyDelete
  10. berapa 'nilai' ko dah habis demi menilai kasih sayang tu?

    ReplyDelete
  11. zino,
    ada isteri yg suka nak tanya pandangan suami sebelum dia pilih barang (walaupun besar kemungkinan dia dah tahu yg mana dia berkenan!). Jadi suami kenalah standby utk memberi pendapat.

    Kat kaunter pun suami kena standby utk beri pendapatan (bayarlah tu) huhuhu

    ReplyDelete
  12. tchersally,
    baru nak belajar2 menapis. Banyak jugak yg terlepas hehehe

    sayangsayangibu,
    tadi kira tak sampai suku dari kedai2 tu kami jelajahi. Dah niat nak pergi lagi bila ada kesempatan hehehe

    ReplyDelete
  13. sonata,
    itu baru dipanggil pasangan romantik. Senanglah Pak Sheikh nak tawan hati awak - belikan cokelat aje.

    Aku tinggal kat the zone masa pergi JB tahun lps tapi tak beli cokelat sbb emak adam tak suka sgt cokelat ni.

    Shopping kat Nilai tu dia suka ngeh3x

    ReplyDelete
  14. Frodo,
    sbg suami kita nak gembirakan hati isteri masa shopping. Tapi kalau dah lama sgt dok belek2 satu2 barang tu boring jugak.

    Dah masuk ke surau teruslah cari ketenangan di situ dgn jalan tidur hehehe

    Zyma,
    wsalam.

    Mmg banyak kedai kat Nilai3 ni. Pilihan pun banyak. Harga kalau bukan nak raya murah sikit. Nak lagi murah pergi masa bulan tua hehehe

    Satu yg aku suka tempat tu, ia dekat dgn KL. Kalau nak ke Padang Besar atau Rantau Panjang duit tambang aje dah berapa?

    Perkara2 yg sensitif dan kontroversi tak payahlah kita kongsi dlm blog. Banyak lagi citer yg kita boleh kongsi. Lainlah kalau org yg takde idea nak tulis ngeeee

    ReplyDelete
  15. kakpah,
    kebanyakan isteri sama bila tiba bab shopping. Kesianlah sikit kat para suami ni huhuhu

    Shifu,
    sungguh tak ternilai sampai kad kredit aku yg pertama tadi reject. Cis nyampah betul kat tauke tu. Nasib ada satu lagi kad hehehe

    ReplyDelete
  16. ok tak lukisan tu bang? aku tgh cari lukisan gak ni. ada 3 frame kosong kat umah hadiah kawen dulu tak bergantung pun lagi

    ReplyDelete
  17. daulat nahin hai kiya hai... heheheheee

    ReplyDelete
  18. Tijah,
    aku rasa ok jugak lukisan tu. Kalau ko nak yg elok beli yg mahal sikit tu. Aku suggest ko cepat2lah beli biar terisi frame tu. Kesian org yg bagi ko hadiah kawen tu hehehe

    NL,
    ada pulak hero hindustan terlepas ke sini hehehe

    aku tak faham apa ko tulis tu. Tolonglah terjemahkan. ngeee

    ReplyDelete
  19. terima kasih banyak2 kerana sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemakmuran N9 dan juga PLUS. banyak lagi yang tak beli tu .. datanglah lain kali bawa orang2 kampung !

    ReplyDelete
  20. En Hamzah,
    mmg saya niat nak tolong menyumbang kpd kemakmuran n9 semalam tu walaupun kemakmuran saya sendiri tergugat huhuhu.

    PLUS dpt kurang sikit dari saya sebab saya gunakan persimpangan Bandar Mahkota dan bukannya persimpangan Nilai. Jimat sikit hehehe

    Lain kali bukan setakat org kampung yg saya nak bawak tapi rakan2 blogger dari 1Malaysia. Zyma yg dari AS tu pun nak mai ngeh3x

    psst - tahun ni pelancong ke N9 akan melebihi 2.3 juta org ngeee

    ReplyDelete
  21. xnak la YB...

    Kang ngan kedai2 dia sapu...hahhhaha

    ReplyDelete
  22. ~O~,
    bila lagi ko nak tunjukkan kasih sayang ko kat bakal isteri ko tu? ngeh3x

    ReplyDelete
  23. sungguh tak terNILAI kasih sayang,

    salamm,

    ReplyDelete
  24. tunbegia,
    nasiblah tak jauh sgt nak meNILAI kasih sayang tu hehehe

    wsalam

    ReplyDelete
  25. melaka dh ada kota fesyen kat mitc nih... tak perlu meNILAI lagi... cina nilai tu jugak pun yg berniaga kt sini.. he he.


    .

    ReplyDelete
  26. haih! sejak kebelakangan ni asyik citer pasal kawin jer.ade pepe ke.hik3..

    ReplyDelete
  27. tasek,
    bila lagi ko nak minta darren mempelbagaikan fesyen ko?

    Cina Nilai tu dulu ada kat Tangkak. Nampaknya mereka jugaklah yg kaya.

    ReplyDelete
  28. Penyuk,
    kalau aku asyik citer pasal kerja karang ada yg kata aku nak menunjuk pulak. Jadi eloklah aku tukar topik kegemaran semasa.

    Ko pun nampaknya minat topik mcm ni hehehe

    ReplyDelete
  29. ermm...

    nilai kasih ( bawak anak isteri..)

    nilai setia.. ( mengekori isteri..)

    and..

    nilai sayang..( habis duit, abang melayang !)

    oke . cukuplah tuh nilai 3 ! haha

    ReplyDelete
  30. LiNda,
    pandainya awak. ai like ai like.

    Nasiblah Nilai 3 aje. Kalau Nilai 7, botak kepala saya agaknya huhuhu

    ReplyDelete
  31. bila nak bawak ai pergi nilai 3 plak??


    .
    .


    .
    .

    ngeeeeee :P

    ReplyDelete
  32. ooooooopppssss... ai tarik balik soalan tadi... baru perasan tajuk entri... "Bagaimana Hendak Menilai Kasih Sayang Pasangan Anda"

    errr... kita bkn pasangan... salah kaunter pertanyaan...

    .

    .

    hikksssss


    tapi klu nak bwk gak ai gi nilai 3 pun, ok gak.... bawak duit 5 guni eh... :D

    ReplyDelete
  33. orang pompuan dapat kepuasan dengan shopping? silap tu...

    sebab saya tak minat abiska duit dengan cara bershopping... hihihihihih :D :D

    sight seeing sama-sama... ai laik det beter... Hohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  34. kts,
    ko punya pasal bila2 pun boleh! ahaks.

    Ko aje yg jual mahal skrg huhuhu

    kts lagi,
    boleh main tarik2 balik pulak? Siapa pasangan ko skrg? ehem ehem

    ok aku boleh bawak duit 5 guni tapi ko lah yg sediakan duit tu. Aku tahu ko kena bawak duit banyak2 sbb ko nak buat persiapan majlis kawen ko cuti sekolah tahun ni. Betul tak?

    ReplyDelete
  35. dj anuar,
    demi isteri kena beranikan diri jugak hehehe

    syah,
    sebahagian besar org pompuan rasa puas kalau dpt shopping. Kalau pergi jalan ke mana2 pun mesti nak cari tempat yg boleh shopping. Setakat tengok laut atau gunung ganang tak cukup puas.

    Awak mungkin spesis lain muahaha

    ReplyDelete
  36. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails