Saturday, January 9, 2010

Satu Pagi, Tiga Pasar

Semalam emak Adam beritahu nak ke pasar hari ni kerana banyak barang basah dah habis.

Jadi pagi tadi selepas matahari terbit aku pun cakap kat dia jom kita pergi. Sedang aku siap2 di luar rumah, Timbalan Pengerusi surau ajak aku ke surau utk berbincang dgn kontraktor yg nak buat longkang. Dia nak pendapat pakar (expert opinion) dari aku. Aku kata kejap bolehlah. Kami pun ke surau. Lepas berbincang dgn kontraktor dan mencapai kata sepakat aku balik semula ke rumah.

Pasar pertama kami tuju Pasar Tani Setiawangsa. Nak cari keropok lekor dan sarapan. Emak Adam kata nanti kita balik dah lambat jadi beli aje sarapan siap utk ibuku dan anak2 di rumah. Emak Adam beli laksam dan kueh teow kerang utk sarapan pagi ni. Dia juga beli pisang dan roti canai sejuk beku utk sarapan hari kerja minggu depan.

Lepas hantar sarapan balik ke rumah, kami ke pasar borong Selayang pula. Tujuan utama nak beli tulang buat sup. Tulang di sana elok2 dan murah jika dibandingkan dgn pasar2 lain. Sayur pun murah. Cili merah sekilo cuma RM3.50 yg dah ditimbang tapi kalau pilih RM6. Ikan tak banyak hari ni. Emak Adam beli sotong aje. Kali ni tak banyak sangat kami beli. Aku cuma buat 3 trip utk angkat barang dari dalam pasar ke dalam kereta. Sebelum ni biasanya sampai 5-6 trip. Kiranya ini satu senaman utk aku hujung minggu mcm ni.

Dari Selayang kami ke pasar Chow Kit pula. Emak Adam suka beli tauge di situ. Dia bercadang nak masak mee Jawa petang esok utk menjamu ibubapa dan adik lelakinya sekeluarga yg nak datang ke rumah kami hari ni.

Banyak juga yg dibeli kat Chow Kit tadi. 2 trip aku angkat barang. Dah lah kereta parking jauh. Letih juga selain jari aku sakit menjinjing beg plastik yg banyak tu.

Dalam perjalanan balik kami singgah di kampung aku utk beli keropok keping dari Chendering. Beli sampai 3 bungkus. Setiap bungkus ada 100 keping. Petang ni bolehlah digoreng utk dimakan bersama mertua dan ipar duai aku.

Oklah mereka pun dah sampai tu.

51 comments:

  1. aik...takde yg mencoret lagi ke

    ReplyDelete
  2. Mentibang,
    Dia org tidur kot petang2 Sabtu ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak kira...
    ckLah nak bukti bergambar.....








    Sekurang-kurangnya gambar Adam memegang sekeping keropok Chenderiang......




    (Errr...Tak mau gambar pak Adam, okey!)

    ReplyDelete
  4. aku pulak nak tengok gambar kueh teow kerang tu. lama dah aku tak makan benda tu. kena tunggu ramadan baru boleh jumpa kat atas ni.

    ReplyDelete
  5. ckLah,
    sejak bila pulak awak jadi detektif ni?

    Adam sedang tidur dan keropok Chendering (atau Chederiang?) belum digoreng lagi. Tengoklah nanti petang kalau Adam setuju nak jadi model bolehlah ambil gambar dia.

    ReplyDelete
  6. ONE ZABA,
    kueh teow kerang tu dah selamat jadi sarapan. Aku percaya ko takkan sanggup melihat kesannya yg hanya boleh diambil gambarnya pagi esok!

    Kesiannya kat atas gunung kueh teow kerang setahun sekali aje. Kalau ko dtg sini aku belanja ko makan kueh teow kerang tu lah walaupun aku alergik dgn kerang yg dlm kueh teow tu. Kerang lain aku makan hehehe

    ReplyDelete
  7. wah...3pasar skali tue...

    kerang...aku suke

    ReplyDelete
  8. wah...3pasar skali tue...

    kerang...aku suke

    ReplyDelete
  9. ~O~,
    setiap pasar ada kelebihan dan kekurangannya. Aku tak kisah ke sana ke mari asalkan emak Adam hepi. Hujung minggu ajelah dia nak ke pasar. Kalau hari kerja selalunya susah sikit - bukan sbb aku kerja tapi sbb anak2 sekolah.

    aku suka kerang bakar aje ngeeee

    ReplyDelete
  10. Minggu depan nak suruh budak buat karangan berjudul...






    "Aku ke pasar lagi"





    Hi..hi..hi...jangan mareeeeeh!

    ReplyDelete
  11. ckLah lagi,
    saya takut ramai yg gagal membuat karangan yg bagus kerana kurang pengalaman ke pasar.

    Untuk mengelakkan gagal, suruh mereka baca n3 saya tentang pasar. Rasanya ada banyak n3 tentang pasar dlm blog saya ni hehehe

    ReplyDelete
  12. mula2 baca saya igtkan 3 pasar pagi rupanya 1 jer paginya,,, tapi pasarnya yang 3........ dan 6 trip angkat barang huhuhu

    ReplyDelete
  13. kalau hari2 6 trip angkat barang dah tentu YB pun makin sasa hehehehehe

    ReplyDelete
  14. yb, cili dengan tulang tu campur duit petrol mesti harganya dah jadi mahal dari pasar lain. rajiinn betullah ko. Sampai tiga?

    ReplyDelete
  15. NL,
    Haah 1 aje paginya iaitu pagi tadi. Pagi tadi aku wakafkan utk ke pasar bersama emak Adam ngeh3x

    Hari ini 6 trip itu kira sikitlah. Kadang2 tu sampai 10 trip. Kereta yg parking sebelah aku dah tukar 2 -3 buah kereta, aku masih kat situ.

    ReplyDelete
  16. NL,
    takkan hari2 nak pergi pasar Bro? Tak muatlah peti ais (dibaca rabaklah poket aku).

    Badan makin sasa tapi poket makin kurus huhuhu

    ReplyDelete
  17. kakpah,
    saya pun cakap mcm tu kat emak Adam tapi bukan itu rasanya perkiraan dia. Yg penting dia puas hati > hepi> sayang kat saya kerana saya sanggup bawa dia ke tempat2 yg dia suka.

    Apalah sgt pergi 3 pasar sekitar KL ni. Ada org terpaksa bawa isteri ke London, Paris dan NY utk shopping dan pikat hati pasangan ngeh3x

    ReplyDelete
  18. salam YB , esok jgn lupa suruk mak Adam goreng kueh teow kerang tu lagi tau ...he he he , gurau jer .

    YB , leh tak terangkan laluan mana yg mudah untuk ke Setiawangsa dr umah ummi , yg YB ckp cuma amik masa 15 min aje tu . amat mengharap nih...

    ReplyDelete
  19. banyak borong tu yb, macam nak kenduri je.

    ReplyDelete
  20. Ooo....seronok la ke pasar, terutama barang2 segar.

    Tie suka betul, tapi lepas borong, pening kepala, nak sumbat dalam petisejuk. Lepas tu kena fikir menu, jadi rambang mata pulak !

    ReplyDelete
  21. ummi,
    wsalam.
    Esok petang emak Adam nak masak mee Jawa katanya. Petang ni nak buat tahu goreng dan cucur udang utk minum petang.

    Kalau kami tak dpt pergi ke masjid esok jemputlah ke rumah. Dekat aje. Boleh ajak CP dan Sonata sekali.

    Saya dah terangkan kat blog ummi mcmana nak ke masjid Muadz dari KD. Harap cukup jelas.

    ReplyDelete
  22. DAUN BIDARA,
    bukan nak kenduri tapi utk stok seminggu. Keluarga saya ni besar. Tambahan mertua dan adik ipar dtg ke rumah kami hujung minggu ni.

    ReplyDelete
  23. Tie,
    antara sumber keseronokan kaum wanita ialah shopping termasuk membeli barang pasar. Jadi itulah sebabnya saya tak teragak2 jd drebar dan tukang angkat barang utk emak Adam.

    Nak kemas dan masukkan dlm peti ais mmg mencabar. Selalu saya tengok emak Adam sampai pukul 2 baru siap berkemas. Tie pun mcm tu jugak nampaknya hehehe

    ReplyDelete
  24. mesti besar peti asi umah YB huhuhuhu

    ReplyDelete
  25. NL,
    boleh tahan jugak lah besarnya. Kalau setakat ko nak menyorok dlm tu, bolehlah hehehe

    psst - ada dua buah peti ais kat rumah ni. Satu yg biasa dan satu utk simpan ikan dan daging ngeh3x

    ReplyDelete
  26. salam YB,
    bagus aktiviti mingguan, spend time dgn mem...

    ReplyDelete
  27. YB, nak mee jawa tuuu... trliur aku mmbacanya, tu blm tgk gamba tu. klu dpt mkn, perghhh.... tntu tk leh lupe kat YB, hehe...

    ReplyDelete
  28. hmm cukup ke 3 pasar jer?
    meh datang pasar kat umah CP ni meh..

    ReplyDelete
  29. he he he.. aduhai!! saya hari ni pergi satu pasar pun dah x larat. x larat pandang harga ikan yg melambung2 naik!

    ReplyDelete
  30. amboiii sampai 3 pasar pegi ni... nak buat kenduri ke apa..

    errr... aku masih potong kangkung kat belakang rumah.. tak payah gi pasar... hehehe

    ReplyDelete
  31. round sampai 3 pasar sekali.. nasib baik seminggu sekali hehe atau memang selalu macam ni?

    ReplyDelete
  32. alhamdulillah...gitule kita mengutamakan tetamu. kan ke seorang tetamu yg datang membawa seribu keberkatan? apapun bab 'shopping' camni okle...klu nak temankan beli baju pompuan yg malaih tu...

    ReplyDelete
  33. Salam YB......

    Suami mithali benor la ko ni ekkk, YB!! Well-trained ekkkk?? Pegi pasar lagi gituuu.
    Hikhikhik.....


    **Merujuk kpd ko komen ko utk Cik One Z....ko makan kerang yg mana satu ekkkk?? Aku blur sebenarnyer nihhh.....

    ;)

    ReplyDelete
  34. AZANI,
    wsalam.
    Menggembirakan hati mem pun dpt pahala insyaAllah.

    Teja,
    Org Jawa makanlah mee Jawa hehehe
    Nanti aku simpankan sikit utk ko. Bila ko pergi Putrajaya tu bolehlah singgah rumah aku. Gerenti ko tak boleh lupa aku lepas makan mee Jawa tu ngeee

    ReplyDelete
  35. Che'Pit,
    Cukuplah utk satu pagi. Tapi kalau nak tambah boleh pergi pasaraya Giant kat Setiawangsa dan pasar Keramat. Dah lalu dekat dua2 pasar tu tadi tapi takde barang yg nak dibeli kat situ.

    Pasar kat rumah CP tu apa yg spesel? Lain kali bolehlah kami ke sana pulak ngeh3x

    ReplyDelete
  36. sI tEDI,
    haah. Harga ikan mmg tengah mahal. Kat pasar borong yg selalunya murah tapi hari ni mahal. Itulah sbbnya emak Adam tak beli ikan tadi.

    Shifu,
    bukan nak buat kenduri cuma emak Adam nak cari kepuasan di dlm berbelanja.

    Banyak lagi ke sayur2an di belakang rumah ko tu? Bolehlah ko jual kpd jiran2. Kalau aku dekat, aku pun boleh juga ambik dari 'ladang' ko tu hehehe

    ReplyDelete
  37. zino,
    mmg selalu mcm ni kerana ada barang yg ada kat satu pasar tu tapi takde kat pasar yg lain. Kalau adapun kualitinya kureng sikit selain harga yg lebih tinggi.

    nahmy,
    kalau takde tetamu nak dtg pun mmg dah tiba masa nak kena beli barang2 dapur tu.

    Menemani isteri membeli pakaian mmg lebih mencabar. Kadang2 saya suruh dia dan anak2 perempuan saya pergi shopping. Bila dah habis call saya utk jemput mereka ngeh3x

    ReplyDelete
  38. Zyma,
    wsalam.

    "Seganlah aku ko cakap mcm tu," kataku tersipu2 mcm kerang busuk. ecece.

    Kerang kat kueh teow atau mee aku tak makan. Kerang rebus pun aku tak berapa gemar.
    Selain dari tu, kerang yg lain tu aku makan.

    Terpulang kpd ko mcmana nak tafsir!

    ReplyDelete
  39. ooo pasar kat umah CP ni byk yg spesel sampai tak tertulis.. (sbb cp tak pernah pun g pasar kat rumah ni) ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  40. Che'Pit,
    org bujang mmg jarang pergi pasar ngeh33x

    psst - esok pukul berapa CP sampai kat Masjid Muadz? Solat Zohor kat situ ke?

    ReplyDelete
  41. semngat tol nih..pagi2 3pasar dh jelajah..:-p

    ReplyDelete
  42. awak memang suami misali. jangan ikut saya .. suami menyesali ! hehe, gurau pagi minggu.

    ReplyDelete
  43. Aku syak ko mmg suka makan kerang bakar bersama air asam. Aku syak ko dari sudut positive, YB.
    Aku tak syak yg bukan2 tau. Hihihihi.....aku kan kawan ko.
    Lalalalala....

    ;)

    ReplyDelete
  44. JMR,
    Semangat pagi Sabtu namanya hehehe

    al-lavendari,
    Abg pun suami mithali jugak.
    Tapi saya rasa dah sebaik mana pun kita lakukan, kita tetap menyesal kerana boleh melakukan yg lebih baik kalau kita bersungguh2. huhuhu

    ReplyDelete
  45. Zyma,
    Mestilah dari sudut positif. Takkan ko nak tengok aku dari sudut negatif pulak kan?

    Tapi dari cara ko cakap tu mcm ada maksud tersiratlah hehehe

    ReplyDelete
  46. Ehhhh....ko ni mcm paham2 je ada maksud tersurat dan tersirat kebagai ekkkk. Huhuhuu....

    Idak le, aku ni blur sikit bab2 kerang2 cenggini. Aku hanya tahu makan kerang je.....lebih2 tu aku tak reti, YB. Aku ni amatlah innocent tahap dewa. Kahkahkahkah....

    ;)

    ReplyDelete
  47. Zyma,
    Dgn ko ni sekilas ikan di air dah kenal jantan betinanya.

    Bnyk lah ko punya innocent. Boleh percaya ke? hehehe

    ReplyDelete
  48. Iyo la tuuuu,YB.

    Byk la ko punya sekilas ikan di air.....huhuhuhu

    Dahhhh, aku nak pegi makan bekfes.
    Mak Adam masak apa utk uols makan bekfes nihhhh?

    ;)

    ReplyDelete
  49. Zyma,
    Mmg iyo hehehe

    Aku dulu banyak bela ikan. Itu yg aku kenal yg mana jantan yg mana betina. Yg pondan pun aku tahu ngeh3x

    Ko tak ajak aku bekfes ke?
    Emak Adam baru nak reka apa bekfes pagi ni. Sempatlah aku blogging sat hehehe

    ReplyDelete
  50. jalan nak ke pasar tak berapa ingat, tapi jalan nak ke pasar raya ingat,kekekekeke.

    ReplyDelete
  51. juliet,
    nyampahlah ko ni. Nak shopping tempat yg kelas aje. Lain kali kalau aku nak pergi pasar borong aku boleh singgah ambik ko kat rumah. Dah sambil lalu tu apa salahnya kan? hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails