Monday, January 11, 2010

Kita Hanya Mampu Merancang Tapi Tuhan Yang Menentukan......

Tiga malam lepas aku dapat sms dari Sonata anak Kancil. Dia tanya aku tak pergi ke gathering blogger kat Masjid Muaz di Setiawangsa Ahad ini (semalam). Aku tanya siapa yg anjurkan. Dia balas PDKM. Aku tak pernah masuk blog tu. Kalau nak tahu tanya Che'Pit kata Sonata. Ummi Humaira pun akan hadir juga.

Aku pun tinggalkan alamat emel aku utk ummi hubungi aku kalau dia sudi. Tapi emel yg mula2 aku dapat bukan dari ummi tetapi Che'Pit. Kami pun berbalas2 emel dan aku beritahu insyaAllah aku akan cuba hadiri gathering itu kerana masjid tu dekat aje dgn rumah aku. Merangkak pun sampai (tapi mahu setengah hari baru sampai - itupun kalau kepala lutut tak tercabut).

Gathering dijadualkan dari pukul 2 - 5 ptg. Tengahari semalam aku sembahyang Zohor di masjid Muadz. Lepas solat aku call Che'Pit. Dia ada di bahagian bawah masjid (basement) kerana dewan solat di sebelah atas. Aku pun turun ke bawah. Aku lihat seorg jejaka dan seorg wanita menjaga kaunter pendaftaran. Ah ni mesti Che'Pit sbb muka dia macam yg dlm blog dia tu! Dia senyum kat aku dan terus menyebut nama aku. Muka aku dah merata aku tempek dalam blog aku. Senang nak kenal wajah ensem ni ngeh3x.

Inilah Che Pit. Yang sedang mendaftar tu blogger Atuk.

Kami pun bersalam2an dan saling bertanya khabar dan berkenalan. Aku pun didaftarkan. Aku org yg ke 11 (nombor bertuah tu). Dapat doorgift lagi. Ada surah Yasin, air zamzam, kurma, nugget cokelat dan mug yg ditempah khas. Terima kasihlah sudi memberi aku hadiah yg cantik dan bernilai ni.

Lepas tu aku diperkenalkan dgn Che Li iaitu org yg menganjurkan gathering ini. Ramah orgnya dan mukanya bersih berseri. Sempatlah aku berborak dgn Che Li.

Aku terpaksa meminta diri kerana ada majlis jemputan kahwin. Lepas majlis kahwin tu dan kalau mertua aku yg datang ke rumah kami bertolak pulang awal, aku bercadang nak ke masjid utk mengikuti gathering ini. Dalam pukul 4 lebih aku dapat sms dari Sonata. Dia kat nombor aku naik dalam cabutan bertuah. Aku dah kata no 11 tu ong. Aku minta Sonata ambilkan hadiah kalau boleh ngeh3x. Aku tak dapat pergi kerana mertua aku nak sembahyang Asar dulu sebelum bertolak. Takkan nak tinggalklan mereka pula. Tak lama tu sonata kata belum rezeki aku nak dapat hadiah tu. Takpe lah. Nak buat macamana.

Dalam pukul 4:55 ptg aku dapat call dari ummi. Dia kata dia dan keluarga dah nak balik rumah. Aku jemput mereka singgah ke rumah ku tapi dia kata lain kalilah. Lepas tu aku call Sonata pula. Dia kata dah dalam kereta. Dia dan hubbynya pun tak dapat singgah kerana nak menjengok anak mereka di Seremban.

Ingat dapatlah jumpa rakan2 blogger terutama ummi dan Sonata dgn keluarga mereka tapi kita hanya mampu merancang. Dapat jumpa Che'Pit dan Che Li pun alhamdulillah.


33 comments:

  1. ku xtau...kalo tau leh pegi jugak..

    apepun mesti sonok gath camtu...tambahan wat kat masjid lg..

    ReplyDelete
  2. ade fening skit aa baca n3 ko ni. skejap ko cakap ko dpt cabutan bertuah,sekejap ko cakap tak dapat hadiah plak.hmmm..

    ReplyDelete
  3. ~O~,
    Lain kali aku roger ko sekali kalau ada gathering mcm tu lagi.

    Mmg seronok. Kalau ko rajin boleh baca n3 ummi humaira ttg gathering semalam. Happening betul.

    ReplyDelete
  4. Penyuk,
    Nombor aku naik tapi aku takde kat situ. Jadi tak lah dpt hadiah huhuhu

    ReplyDelete
  5. kalau aku tak gi la. aku pemalu. ha ha.


    .

    ReplyDelete
  6. ngeh ngeh ngeh ala YB ni, buh le pic CP yg ok sikit.. ni muka mcm org terkezut lak, huhu..

    maaf lah YB sbb hadiah cabutan bertuah tu dah bagi kat org lain sbb masa tu YB x de..

    p/s sebenarnya masa YB turun tu, x cam gak, tapi main petik jer nama YB.. nasib baik betul, kalau x, malu jer kan, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  7. tasekM,
    banyaklah ko punya pemalu tu. Nantilah bila2 senang aku singgah kedai ko utk jumpa ko dan darren hehehe

    Che'Pit.
    ok lah gambar tu (sebenarnya itu aje yg dpt saya snap hehehe).

    Saya tak kisah bagi kat org lain. Semoga dgn kemurahan hati saya ni Tuhan bagi saya menang hadiah kereta utk cabutan SSP pulak wakaka.

    Ceit tak boleh belahlah pengakuan awak ni.

    ReplyDelete
  8. tau pasal gathering nie

    tapi , memang tak leh nak join

    sebab kenyang makan nasi kerabu


    hik hik hik


    tak leh gie sebab kat umah tu pun ramai tetamu. tak kan nak tinggal tetamu pulak

    ReplyDelete
  9. Hari ni 11 haribulan... adakah hari ni bertuah jugak ? :)

    Ooo.. kita jauh kat ulu.. kalau sesiapa nak buat gathering kat ulu ni bolehlah call Tie, ya..hi hi..

    ReplyDelete
  10. kita tak wat gatering tp berjumpa aja kan... hehehe..

    ...>> kontrak sini tamat 15hb Feb.. tgh fikir nak balik HQ @ tak.. tak balik kena resign la.. den poning sat.

    ReplyDelete
  11. pB,
    ok lain kali kita cuba hadiri kalau ada gathering mcm ni lagi.

    wah makan nasi kerabu tak ingat saya ya huhuhu

    Tie,
    nampak mcm bertuah aje hari ni. Dah ada bayangannya tu ngeeee

    Apa kata Tie buat gathering kat ulu tu. InsyaAllah kami dtg. Saya nak pokok tanduk rusa tu kalau ada ngeh3x

    ReplyDelete
  12. kuina,
    Kita mmg dah jodoh nak berjumpa bulan lepas.

    Tak balik HQ pun rasanya ok sbb bisnes awak dan suami dah kencang.

    ReplyDelete
  13. salam YB...
    memang terkilan sangat coz tak dapat jumpa YB n mak Adam semalam ,ummi sempat jumpa sonata n CP je..
    depa ni bagus sangat . walau berkejaya tp tak sombong langsung .

    tu ler semalam nak cepat balik ajer,anak2 nk solat kat rumah lak ,pastu hubby ummi nmpk mcm letih je , balik kerja shift malam n kena balik rehat lak nk keje lg mlm td .apa2 pun time kasih bg info ttg jln tu mudah sekali ,12 min jer dah sampai.
    insyaAllah suatu masa nanti kita dpt berjumpa juga..

    ReplyDelete
  14. Jard,
    gathering kat Sg Congkak tu pun gathering gadis2 beriman hehehe

    ReplyDelete
  15. ummi,
    wsalam.

    Kami pun terkilan jugak tk dpt jumpa ummi dan famili. Terperanjat jugak bila ummi kata dah nak balik lepas gathering tu dan tak dapat singgah. Kalau bolehlah merasa masakan emak Adam.

    CP dan sonata mmg bagus sgt. Saya jumpa dgn mereka sekali pun dah dpt rasakannya.

    Saya pun tak sombong. Mungkin sbb saya tak berkerjaya huhuhu

    Hubby ummi letih2 balik kerja dah sanggup dtg pun dah sgt baik tu. Lain kali jemputlah ke rumah. Skrg dah tahu jalan. 15 minit aje dr rumah ummi.

    ReplyDelete
  16. kalau saya ramai-ramai camtu memang tak pergi lah kot, segan... huhu~~

    ReplyDelete
  17. Sampaikan tak salam saya kepada kakUmmi dan kakSonata?






    Balik gathering ni, makin popularlah YB!

    ReplyDelete
  18. salam YB...
    insyaAllah , kami akan sampai juga suatu masa nanti..

    ReplyDelete
  19. salam YB...
    insyaAllah , kami akan sampai juga suatu masa nanti..

    ReplyDelete
  20. Salam YB.....

    Itulah untungnye jadi seorg YB. Nama ko kan YB....ko pun suka melawat kwsn mcm seorg YB....dari satu kwsn ke satu kwsn ko lawat.
    Semoga ko jd seorg YB yg betul2 YB la, wahai YB. Yang Berhormat, Yang Berilmu, Yang Ber.......segala Yang Ber-ber belaka lah....

    Aku tgk ko ni pun mcm Abah aku la...sejak dia dlm politik dan selalu masuk Parlimen kebagai (20 years plus laaaa), busy memanjang.

    Lawat kwsn itu ini, ukur jalan sana sini. Lawat kebagai kekdahnye. Bila time aku yg kene ikut dia pegi mana2 function, org ingat aku ni bini dia yg paling muda. Cittttt, aku nak pengsan daaaaaa......

    Huhuhuhuhu.......
    Aku tak suka jd anak seorg YB.. SUMPAH aku tak suka. Byk protokol yg kene ikuti......nyampah ai!!!

    ;)

    ReplyDelete
  21. hampeh, sorang pon me tak kenal (kecuali tuan punye blog yg inih).. ihihi

    ReplyDelete
  22. tu lah yang dikatakan nasib ada, rezeki tak ada ! macamana nak masuk blog che li ni ?

    ReplyDelete
  23. syah,
    kalau ramai yg tak kenal mungkin segan tapi kalau ramai yg kita kenal tak payahlah segan. Saya pun hari tu cuma tahu 3 org blogger yg saya kenal akan hadir. Yg lain termasuk penganjur (Che Li) saya tak kenal hehehe

    ckLah,
    Maaflah tak dpt sampaikan salam awak kpd mereka berdua sbb masa mereka sampai saya dah balik. Tapi kalau mereka baca komen awak ni mereka tahu awak kirim salam.

    Saya bukan mencari populariti. Saya hanya ingin merapatkan silaturahim sesama rakan blogger dan mencari keredhaanNya.

    ReplyDelete
  24. ummi,
    wsalam.
    Semoga kita dpt berjumpa satu hari nanti.

    Oh ya ckLah kirim salam kat ummi. Tak dpt nak sampaikan hari tu sbb tak jumpa huhuhu

    ReplyDelete
  25. Zyma,
    wsalam.

    wah panjangnya komen mcm n3 aje hehehe (ai like).

    Aku tak suka nak jadi YB wakil rakyat tu. Takut tak terpikul tanggungjawab. Susah nak jawab kat Akhirat nanti. Cukuplah apa yg aku buat skrg ni.

    Ko pun tak suka jadi anak YB sbb banyak protokol. Apa lagi nak jadi YB. Aku pass lah benda tu.

    Org ingat ko isteri YB yg paling muda sbb ramai YB amalkan poligami ke? Nasib aku masih tetap setia pada yg satu ngeh3x.

    ReplyDelete
  26. en_me,
    kadang2 kita ada circle kenalan kita. Kebetulan circle yg ini tak jadi subset circle en_me (mcm matematik pulak hehehe).

    al-lavendari,
    mmg saya jarang menang cabutan bertuah sebelum ni. Kali ni nombor dah naik, saya pulak dah balik huhuhu

    Kalau nak masuk blog Che Li boleh pergi ke blog ummi humaira atau Che'Pit. Mereka ni pembaca setia blog Che Li.

    psst - dengar cerita Che Li dah nak balik Mekah tak lama lagi. Dia bagi tahu saya masa kami berjumpa hari tu.

    ReplyDelete
  27. eh, walaupun gathering kebanyakan blogger saya kenal, saya pilih takmo pegi jugak sebab segan... saya prefer small meetings over big gathering... hohohooh :D :D

    sesungguhnya saya amat pemalu orangnye... auuuwwww~~ Mueheheheheh :P :P :P :P

    ReplyDelete
  28. syah yg pemalu,
    kalau mcm tu apakata awak buat small gathering utk kengkawan kita mcm yg pernah saya sarankan dulu. Kita limitkan kpd 6-7 org aje. Ala geng2 kita yg biasa tu aje.

    Saya dah booking bawak air kosong hehehe. Kalau nak tambah benda lain bagi tahu. Kita buat stail pockluck. Awak bolehlah hidangkan kami dgn masakan awak yg mengancam tu ngeee

    ReplyDelete
  29. YB,

    hmm sebenarnya sy bukan pembaca setia.. sy ni sedara rapat dgn CL.. malah kami duk serumah.. sbb tu terlibat secara langsung, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  30. hmm baru terbaca.. alamak malu lah kak ummi dgn YB puji CP.. ngeh ngeh ngeh, biasa2 jer..

    ReplyDelete
  31. Che'Pit,
    Haah aritu kan ada CP bagitahu CP dan CL duduk serumah di Balakong. Tentu cantik rumah tu kan?

    Kalau CP ke Mekah senanglah sbb CL ada kat sana.

    ReplyDelete
  32. Che'Pit yg pemalu,
    kalau betul apa salahnya puji....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails