Friday, January 8, 2010

Wakafkan Sedikit Waktu Untuk Masyarakat

Setiap hari kita sibuk dgn urusan kita. Kalau tak berapa sibuk pun buat2lah sibuk kerana takut nanti org kata tak cukup kerja dan tak produktif.

Kesibukan kita biasanya tentang urusan dunia:
* kerja - cari makan maa

* keluarga terutama anak2 bagi yg dah ada anak2. Ibu (atau ayah) kpd anak2 pun mesti diberi tumpuan dan perhatian sewajarnya kerana dia separuh dari kita yg lebih baik (our better half). Boleh pakai ke terjemahan aku ni? Lantaklah asal org faham.

*kawan2 - penting layan mereka ni kerana berpegang kpd falsafah siapalah kita tanpa mereka. Ini termasuklah rakan siber

Kerana kesibukan dgn tiga perkara/golongan ini kita acapkali lupa kepada masyarakat di sekeliling kita. Kalau ada pun mungkin sekadar angkat tangan bila berselisih di jalan. Ini yg menjadikan ramai di antara kita lebih kenal kereta jiran2 setaman dari jiran2 kita itu!

Untuk menghindarkan gejala kurang sihat ini, aku cuba mewakafkan sebahagian masa aku bergaul dgn jiran. Bukan aku tak bergaul dgn mereka sebelum ini tapi tahun 2010 ni cuba tingkatkan lagi perhubungan dgn masyarakat di sekeliling kawasan aku ni.

Malam tadi ada majlis utk meraikan kepulangan jemaah haji dari taman perumahan tempat aku dan kawasan sekitarnya yg diadakan di surau. Ramai juga yg hadir. Majlis bermula dari waktu Maghrib dgn bacaan Yasin dan tahlil. Lepas Isyak ada solat taubat dan witir. Kemudian mestilah ada jamuan makan. Masa inilah selalunya aku gunakan utk berbual2 dgn jiran2. Semasa kami makan Pengerusi surau membuat pengumuman ada jiran kami di kawasan rumah pangsa kos rendah yg sedang sakit tenat. Beliau menjemput sesiapa yg berkelapangan utk sama2 menziarahi pesakit tersebut. Kalau ikutkan hati rasa nak balik rumah aje nak main dgn Adam (dan emak Adam jugak kerana semalam kan malam Jumaat hehehe). Tapi demi semangat kejiranan aku gagahkan melangkah ke rumah org sakit tu.

Pesakit tu skrg tinggal di rumah anaknya. Beliau berumur 63 tahun dan mengidap barah prostrat. Doktor di hospital kata dah takde harapan dan suruh bawa balik rumah aje. Masa kami sampai di rumah anaknya tu, sanak saudara dari jauh dan dekat dah berkumpul. Setelah melihat keadaan pesakit, Tuan Pengerusi surau mengajak hadirin membaca surah Yasin memohon jika pesakit masih ada umur supaya dikembalikan kesihatannya tetapi jika telah sampai waktu dia dijemput pulang biarlah dia kembali dalam keadaan beriman.

Kami pun membaca Yasin dan ayat2 Al-Quran yg lain dgn dipimpin oleh ustaz. Beliau seterusnya membacakan doa. Sebelum pulang, ustaz menyampaikan sedikit wang sumbangan pihak surau.

Jelas terpancar rasa besar hati tuan rumah dan keluarga di atas kunjungan kami yg tidak diundang ini. Pesakit pun nampak macam mendapat semangat sikit. Ustaz memberitahu tanda2 org yg dah nazak dan dia berkata dari pengamatannya pesakit belum sampai ke peringkat itu. Tetapi ustaz berpesan kalau dah nak nazak jangan sekali2 ditinggalkan dan pastikan ada org yg mengajar pesakit menyebut nama Allah.

Dari rumah org sakit itu aku singgah semula ke surau kerana kereta aku diparkir di sana. Sebahagian jemaah surau masih ada di situ sedang berbual. Aku pun join mereka yang kebanyakannya jiran selorong dgn aku. Dekat 20 minit jugalah aku berborak dgn mereka. Pukul 11 lebih baru aku balik.

43 comments:

  1. mujur aku dapat gak sedikit wakaf ko tu hari ni...

    ReplyDelete
  2. da kawen makin bnyk tanggungjawab..... so kalo kekal single mesti lagi syok kan? (bg aku ar.. ehehe)

    ReplyDelete
  3. ONE ZABA,
    Hari ni aku untung - sekali wakaf dapat 2 org. Selalu dgn kawan kita tu aje sorang2 ngeeee


    Jard,
    takkan dengar bnyk sikit tanggungjawab ko dah tak nak kawen? Sebelum ni ko sibuk nak kawen ahaks.
    Org yg nak tackle ko pun dah bertambah ramai skrg hehehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana selalu dapat wakaf time ko bila singgah kat blog aku...

    ReplyDelete
  5. semoga si sakit cepat sembuh.. nak2 dgn kehadiran jiran2 prihatin..

    ReplyDelete
  6. Shifu,
    Sama2. Siapalah saya tanpa Shifu ngeh3x

    Che'Pit,
    itulah yg kita doakan. Tetapi tengok keadaan dia sedih jugak. Semalam saya berdoa jgnlah saya atau org2 tersayang kena penyakit barah ni.

    psst - bila saya tengok gambar Shifu dan CP yg pakai baju cukup kemas rasa mcm nak tukar gambar saya yg pakai t-shirt tu huhuhu

    ReplyDelete
  7. Baguslah tu.. hidup bermasyarakat kena kunjung mengunjungi, atau sekurang-kurangnya bertegur sapa dan bertanya khabar. Kita tak tahu bila pula hari kita, kan...

    ReplyDelete
  8. Tie,
    itulah sebabnya saya cuba memperuntukkan sedikit waktu utk hal2 masyarakat. Tak rugi kalau kita rapat dgn ramai org ni.

    Pernah saya terdengar seorg lelaki dlm lingkungan awal 30an berkata dia tak perlu pertolongan masyarakat sekeliling kerana jika dia sakit dia boleh pergi hospital swasta utk berubat. Bercampur dgn masyarakat ni hanya membuang masa aje katanya!

    ReplyDelete
  9. saya sering terpencil dan memencilkan diri... bukan tak mahu bergaul dengan masyarakat... tapi saya rimas dengan masyarakat yang berfikiran sempit dan berakal singkat walau dia pegi sekolah bertingkat-tingkat tingginya... huhu~~

    ReplyDelete
  10. seronok hidup berjiran cam tue...tp aku...o

    ReplyDelete
  11. syah,
    masyarakat tempat awak mcm tu ke? Kesiannya. Nasiblah tempat saya ni ramai yg ok.

    ~O~,
    Nabi pernah berpesan sblm buat rumah cari dulu jiran yg baik.

    ReplyDelete
  12. Yaaa...jiran2 jgn dilupa...

    (sempat jumpa jiran dlm lif jer selalunya...huhuhu)

    ReplyDelete
  13. bungacahaya,
    kalau ada masa lawat2lah jiran. Dah kalau mereka sempat ajaklah pulak ke rumah kita.

    kalau tak buat mcm tu org skrg semua sentiasa sibuk.

    ReplyDelete
  14. bila kita sakit adaorg datang melawat rasa kurang sket rasa sket tu

    ReplyDelete
  15. sI tEDI,
    Betul tu. Saya ingat lagi masih saya masuk hospital beberapa tahun dulu. Org dtg tak henti2. Ada yg cakap kat saya jgn mati dulu sbb anak kecil lagi hehehe

    ReplyDelete
  16. Jiran yang baik....itu juga antara 'rezeki' yang tuhan beri....
    Tapi kbykn kita tk berapa perasan kerana bg mrk rezeki itu diukur dari sudut kebendaan semata2....


    Pssst; wong Jowo memang lebih memberatkan hal2 kejiranan begini...dan segalanya bermula dari kekuatan dan ke'bersatu'an kari'ah surau/masjid.......(pandangan saya shj berdasarkan masyarakat tmpt saya).

    ReplyDelete
  17. salam YB ..
    apasal ler ummi tak kenal YB masa YB jd adik kpd PM yg dulu tuh , kalu tak mesti le boleh minta naikkan pangkat ummi yg tak pernah berpangkat nih.he he he

    dah tak boleh pakai kan falsafah "orang bandar sombong n tak berjiran" sebenarnya org2 kat taman ummi ni pun baguih2 belaka ,tak tau la ,mungkin le ada satu , dua kerat lagi yg masih sombong tak nak bertegur sapa...
    memang tak rugi kita berbaik sesama insan .
    hubby ummi selalu cakap pd ummi ler , kalu kita tolong n bantu orng , jgn sebut @ niat ,nnt masa kita plak ada yg mbntu ,tp sebaliknya , minta Allah permudahkan hidup kita ajer.

    ReplyDelete
  18. salam..:)
    Syukur bila mempunyai jiran yang ada kecaknaannya..dan masih kekalkan smgt kejiranan...:)
    Tahniah..:)

    ReplyDelete
  19. ckLah,
    Sungguh tetap apa yg ustazah oops cikgu cakap tu. 'Rezeki' tak semestinya dlm bentuk wang ringgit. Jiran yg baik juga rezeki. Anak2 yg soleh juga rezeki.

    Wong Jowo masih kuat sifat kejiranannya. Mula2 kawin dulu terkejut juga saya bila emak Adam (masa tu Adam belum adalah) boleh kenal SEMUA org di kampungnya. Org lain pun mcm tu juga.

    ReplyDelete
  20. ummi,
    wsalam.
    Mcmanalah ummi nak kenal. Saya ni kan low profil. Kalau saya jumpa hubby ummi Ahad ni bolehlah saya minta dia naikkan pangkat ummi kpd Major. Hubby tetap jadi jeneralnya.

    (tapi jgn jadi kes kerana suami jeneral dia buat general decision manakala isteri jadi major, buat major decision!) muahaha gurau aje.

    Org kat KD tu baik2. Itulah sbbnya adik saya duduk situ.
    Betul kata hubby ummi. Kita tolong org jgn harapkan org akan tolong kita kalau kita susah. Mcm minta diri kita diuji dgn kesusahan pulak. Sebaiknya mintalah Allah mudahkan urusan kita.

    ReplyDelete
  21. Pn Kartini,
    Mmg kena perlu banyak bersyukur kalau dpt jiran yg baik2. Hari2 kita jumpa mereka. Kalau yg tak baik tu buat hati kita sakit selalu.

    psst - ada jiran kami nak buat kerja kawin pertengahan Jan ni. Masak gotong royong mcm kat kampung. Itu yg seronok.

    ReplyDelete
  22. kat tempat saya ni, kalau orang luar pindah situ, ada je yang bersifat prejudis... Ingat lagi camne mak ayah saya asek kena fitnah dengan seorang guru ajar mengaji... Ada orang yang percaya, ada juga orang yang tak percaya... Saya ingatkan dulu-dulu je... rupanya sampai sekarang tak abih-abih lagi bawak mulut pasal famili kami... rasa nak tempeleng ja... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  23. syah,
    ini guru ajar mengaji yg hati busuk. Sabar ajelah. Lama2 tu penatlah dia.

    Kalau awak ada duit lebih esok, carilah rumah lain. Kat kawasan saya ni pun ada rumah nak dijual baru2 ni tapi dah dibeli org. Nanti kalau awak nak saya boleh tolong carikan hehehe

    ReplyDelete
  24. ckLah,
    saya salah eja. Bukan tetap tapi tepat.

    Maaf cikgu. Bukan disengajakan. Jgn minta saya ulang tulis 100 kali ya ngeee

    ReplyDelete
  25. Set Jawa mmg pentingkan hubungan baik sesama manusia kan..kan..kan..

    In my next visit YB wakafkan masa lagi yaaa..

    ReplyDelete
  26. tq yb utk entry ini, peringatan

    ReplyDelete
  27. tchersally,
    kebanyakan Jawa yg saya kenal mcm tu lah.

    Bila nak dtg KL lagi tu? No problem kami sedia wakafkan masa. Kalau nak tumpang tidur di rumah kami yg kecik ni pun silakanlah.

    ReplyDelete
  28. Mak Su,
    Sama2. Kita kenalah saling berpesan2 spt yg dianjurkan dlm al-Quran.

    Saya banyak sgt tulis tentang kerja minggu ni. Itulah yg tergerak nak tukar topik.

    ReplyDelete
  29. salam...yea satu amalan yang mulia dan a good start la kan for the 2010. Banyak berbuat amalan baik...good reminder to myself.

    p/s celebrate new yr di alam mimpi...awal je tido, siang tu penat berjalan2..but my parents kata ada fireworks dan dia org tengok dr hotel...

    ReplyDelete
  30. arsaili,
    wsalam.
    semoga permulaan yg baik akan diikuti dgn pertengahan dan penghujung yg baik juga - utk saya, utk awak dan utk kita semua.

    Awalnya tidur mlm tahun baru. Tapi kalau dah penat mmg tak boleh nak buat apa. Bukan apa pun. Dan bukan budaya kita pun utk sambut 1 Jan.

    Oh yr parents ada kat sana ya. Seronoklah dpt kumpul seisi keluarga.

    ReplyDelete
  31. seronok dapat hidup bermasyarakat kan?susah senang sama di harungi..

    ReplyDelete
  32. sayangsayangibu,
    seronok kalau masyarakat tempat kita tinggal mengamalkan sifat prihatin dan bekerjasama.

    ReplyDelete
  33. kerja, keluarga dan kawan2. sibuk untuk diri sendiri tak ada ke ?

    ReplyDelete
  34. al-lavendari,
    mestilah ada cuma saya tak senaraikan kerana itu perkara asas. Contoh solat, makan, membersihkan diri

    ReplyDelete
  35. yb, kiter kawann kanns.. ehehe

    ReplyDelete
  36. Tolong wakafkan harta ko utk aku, boleh kerrr???

    ;)

    ReplyDelete
  37. en_me,
    haah kita kawan. Setakat word verification to tak jadi masalahkan? hehehe

    Zyma,
    aku rasa harta ko lagi banyak ngeh3x Jom kita sama2 wakafkan utk kepentingan agama Islam.

    ReplyDelete
  38. salam YB,
    masa untuk kegiatan kemasyarakatan dan kejiranan amat perlu untuk bina ukhuwah dan eratkan silaturahmi....teruskan usaha murni YB....bak kata orang budi yang baik dikenang orang..

    ReplyDelete
  39. salam YB,
    masa untuk kegiatan kemasyarakatan dan kejiranan amat perlu untuk bina ukhuwah dan eratkan silaturahmi....teruskan usaha murni YB....bak kata orang budi yang baik dikenang orang..

    ReplyDelete
  40. nak buat umah sebelah umah YB ler huhuhuu

    ada kosong lagi tak huhuhuu.....

    ReplyDelete
  41. Salam YB...

    Permulaan yang bagus di awal tahun 2010 . Teruskan usaha murnimu itu.

    ReplyDelete
  42. AZANI,
    wsalam.
    Hidup kita di dunia ni perlu kpd masyarakat. Anggap masa utk kegiatan kemasyarakatan sebagai sebahagian dari amalan.

    Saya harap masyarakat di tempat Azani pun harmoni juga.

    ReplyDelete
  43. NL,
    Saya tinggal di kawasan perumahan teres aje. Takde tanah kosong mcm di kg. Kalau tak boleh juga kita berjiran hehehe

    LiNda,
    Wsalam.

    InsyaAllah akan saya teruskan. Takde cadangan ke nak 'makan angin' kat KL?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails