Friday, January 29, 2010

Lets Go Banana

Hari ini hari Jumaat (aku bukan nak pantun mcm hari Selasa hari tu). Sudah mcm satu tradisi bagi umat Melayu utk sedekah pisang ke masjid pada hari Jumaat jika hajat mereka tercapai. Org Islam di negara lain tak buat benda ni.

n3 aku hari ini aku kitar semula kisah pisang yg mungkin ada yg belum baca kerana masa pertama kali aku tulis ramai yg belum kenal aku. Bagi yg pernah baca n3 anggaplah ini mcm siaran Astro yg asyik diulang tu hehehe. Sebenarnya aku nak bagi teka teki tentang pisang.

Bagi yg berminat boleh cuba menjawab kuiz tentang pisang di bawah ni:

1) pisang apa yg paling keras
2) org lain makan pisang ni, org lain yg terkena getahnya
3) bukan pisangku
4) pisang yg suka berkhayal
5) pisang yg ni terletak di kepala
6) pisang paling cute
7) pisang yg paling besar kat Malaysia
8) pisang yg ringan macam debu
9) pisang yg bukan pisang
10) pisang yg berdaulat


Hadiah2 seperti berikut:

Hadiah Utama:

1 x 5 hari 4 malam pakej melancong di Banana Republic


Hadiah Kedua

3 x VCD Zombi Kampung Pisang (yg ori tau!)


Hadiah Ketiga

10 x kek pisang 800g setiap satu

dan . . .

Hadiah Saguhati

Pergilah makan pisang kat masjid Jumaat ni (jgn lupa datang awal takut habis)


Jawapan
1) pisang batu
2)pisang nangka
3) pisang awak
4)pisang berangan
5)pisang tanduk
6) pisang montel
7)Pulau Pisang (he..he..he)
8)pisang abu
9)pisang kaki
10) pisang raja


*Hadiah-hadiah ditaja oleh Persatuan Pekebun Pisang Wilayah Persekutuan (3PWP). Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, email, YM, facebook, & yang sewaktu dengannya, tak dapet den nak nolong.

40 comments:

  1. petang ni nak wat jemput-jemput pisang laaa.... hihihi...

    ReplyDelete
  2. TINY,
    dah baik migrain tu?

    tak jemput saya ke utk sama2 makan jemput2 pisang tu? huhuhu

    ReplyDelete
  3. goreng pisang nangka sedap....smpai menjilat kuku jari tangan...ehhehhehe

    ReplyDelete
  4. ~O~,
    skrg jarang jumpa org jual goreng pisang nangka. Yg banyak pisang awak atau pisang tanduk huhuhu

    ReplyDelete
  5. ONE ZABA,
    dari lepat pisang lebih baik lepat ubi ngeh3x

    ReplyDelete
  6. saya pun nak ikut jejak langkah awak nak kitar semula entri dulu-dulu esp. yang tak ada siapa komen. kalau ada orang marah, saya cakap YB yang ajar.

    perasaan tak, kita makan pisang sama macam monyet .. sabar dulu. cuba tengok monyet makan pisang, dia mesti buang kulit pisang tu dulu sebelum dia makan.. kan sama tu !

    ReplyDelete
  7. nak pisang awak... errr, silap.. pisang raja la, lg best kot.. haha!

    ReplyDelete
  8. hamzah@al-lavendari,
    terharu saya bila abg kata nak ikut tektik saya. Kalau mcm tu saya nak bagi satu tip.

    Kalau abg kitar semula, buatlah facelift sikit. Inject botox ke apa yg patut baru nampak kelainan dari yg asal hehehe

    Betul abg cakap tu. Kita makan pisang macam monyet. Bukan setakat makan pisang aje yg macam monyet, tapi banyak lagi perkara yg kita buat ni mcm monyet hehehe

    ReplyDelete
  9. Teja,
    kat pasar Tg Karang rasanya ada jual pisang raja. Jom balik kampung minggu depan hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam tuan.Segarkan minda bila membaca tentang pisang-memisang ni.Dah sign in ?

    ReplyDelete
  11. pulau pisang itu tidak lama lagi bukan milik kita agaknya,

    salamm,

    ReplyDelete
  12. INI JAWAPAN NYA :-

    1) Pisang Batu
    2) Pisang Nangka
    3) Pisang AWAK
    4) Pisang Berangan
    5) Pisang Tanduk
    6) Pisang Manis
    7) x
    8) Pisang ABU
    9) x
    10) Pisang Raja

    Betul tak? YB

    ReplyDelete
  13. sendiri soal, sindri jawab... camna nak klem adiah camnih... hahahahahah :P :P

    saya cuma suka pisang berangan ngan pisang nangka saja... :D :D

    ReplyDelete
  14. alamak, 5/10 je yg betul..
    hmm jadilah dari dapat telur ye tak?

    ReplyDelete
  15. kita nk gi beli pisang same2 ke YB? aku rasa kat kebun ayah aku ade banyak... kita cari dlm kebun tu je la... hehe

    ReplyDelete
  16. aku dah tepon Persatuan Pekebun Pisang Wil. Persekutuan, (3PWP), mereka kata mereka takde taja apa2 hadiah utk sebrg contest pun...

    .
    .

    menipu di hari jumaat sgtlah tidak baik tau...

    klu nak menipu pun, tggu esok eh..


    hihihi

    .
    .
    .


    selamat hari jumaat YB.
    nanti tolong smpnkan sebiji pisang dr masjid utk aku eh... ;D

    ReplyDelete
  17. pisang emas dibawa belayar
    masak sebiji di atas peti
    hutang emas boleh dibayar
    hutang BUDI dibawa mati



    gracias por todo

    ReplyDelete
  18. soalan tambahan.. awak buat macam mana dengan entri yang asal. biarkan sahaja atau awak delete ? kalau biarkan, dia orang tak gaduh ke ?

    ReplyDelete
  19. lumayan tol hadiah tmpt pertama tu..heheheh

    ReplyDelete
  20. Sally suka kerabu jantung pisang..

    ReplyDelete
  21. abu muaz,
    wsalam.

    hari Jumaat tak nak citer topik yg berat2. Jadi kita citer tentang pisang hehehe

    Dah sign in utk apa tu?

    tunbegia,
    cukuplah kita terlepas batu putih tu. Jgn pisang berbuah dua kali ngeh3x

    ReplyDelete
  22. Rozita,
    7 aje yg betul. Not bad. Boleh dpt hadiah kek pisang

    Jawapannya ada saya beri kat sebelah tepi kanan bawah dari gambar pisang tu hehehe

    syah,
    itulah cendekel namanya ngeh3x

    Che'Pit,
    5/10 tu cukup makan aje. Pergilah masjid cepat. Boleh makan pisang yg org sedekah kat sana ngeh3x

    ReplyDelete
  23. Teja,
    Haah cari kat kebun ayah ko lagi bagus. Boleh main kejar2 celah pokok pisang tu. Ko balik tak minggu depan? Aku balik sbb wak emak Adam buat kenduri kawen hehehe

    kts,
    Kedekutlah persatuan tu. Mula2 janji nak taja hadiah lepas tu tak jadi pulak huhuhu.

    Mana ada aku tipu. Ko pun tahu kan.

    Nanti aku cuba ambilkan sebijik pisang dari masjid utk ko. Nak hantar kat mana? Aku tak sanggup nak pergi opis atau rumah ko sbb jam teruk pasal Thaipusam ni. Ko dtg tempat biasalah malam ni. Aku tunggu ko kol 9.

    ReplyDelete
  24. kts lagi,
    dalam maksud yg tersirat tu.
    anggaplah aku dah m***

    ~mrs azmi~,
    berniaga pisang untung tu sbb harga pisang dah mahal.

    ReplyDelete
  25. hamzah@al-lavendari,
    mcm kat parlimen pulak ada soalan tambahan ngeee

    Yg asal saya biarkan aje. Kalau rajin abg pergi kat n3 bulan Nov 2008 kalau tak salah saya.
    setakat ni takde pulak yg gaduh. Saya ni kan pencinta kedamaian ecece

    JMR,
    haah tapi naik kapalterbang twin otter aje. Kapalterbang jenis tu pun yg saya ada masa ni. Lain kali mungkin ada Boeing 747 atau Airbus A380 hehehe

    tchersally,
    saya pun suka juga. Bolehlah buat tu kalau saya ke KB (disamping masakan lain yg Sally terer masak tu) ngeh3x

    ReplyDelete
  26. syah,
    cendekel tu mengelat.

    Maknanya dlm kontek n3 ni takde nak bagi hadiahlah tu hehehe

    ReplyDelete
  27. dah jumpa dah n3 pisang tu .. dan tak sengaja terbaca "smart clamp" pulak. anak saya yang bongsu pun guna kaedah tu bulan lepas. peralatan tu memang nampak smart tapi tak ada hati dan perasaan !

    ReplyDelete
  28. Pisang skang ni tak berapa sedap sbb dorang ambik yg muda dan peram, kekdg rasa kelat semacam.

    ReplyDelete
  29. pebret ku pun podo kayye
    lipet Pisang....tapi Moh kelopo
    mengko kerminen (ahak)

    ReplyDelete
  30. next week kije la... ganti sabtu. tk balik gamaknye

    ko somi yg bagus, tiap2 minggu blk kg mak adam... jeles aku

    ReplyDelete
  31. Alamak, ruginya tercicir. Baru nak jawab, tengok dah ada jawapan, hu hu..

    Memang kita selalu bagi pisang ke masjid sebab pisang ni mudah nak diagih-agihkan, sentiasa ada, tak bermusim.

    Tapi kalau ada musim duku, durian atau rambutan mesti ada gak orang hantar ke sejid, sekurang-kurangnya kat kampung suami Tie.

    ReplyDelete
  32. Nantikan kebun pisang kawan ada 6 ekar sudah siap ditanam dengan berbagai2 jenama pisang..

    ReplyDelete
  33. Salam YB.....

    Hari Jumaat ada kisah pisang ekkkk?? Aku suka. Aku suka.

    Pisang Raja, Pisang Kaki
    Pisang masjid tu ada lagi??

    Pantun gituuuuuu.....

    ;)

    ReplyDelete
  34. hamzah@al-lavendari,
    terima kasih kerana sudi menyelonkar n3-n3 lama saya.

    Nama aje smart clamp tapi mmg tak smart. Tetap menyakitkan. Haikal yg melihat abgnya bersunat guna smart clamp tu dah jadi fobia.

    ReplyDelete
  35. juliet,
    betul tu. Jadi kalau nak yg sedap kenalah tanam sendiri. Tak susah nak jaga pokok pisang ni - tak mcm pokok bunga. Tapi ko ada ke tanah kosong kat rumah ko tu hehehe

    dilaOHdila,
    lo lemet pisang kuwe pebret mu. Lain kali keno mampir gon ku nek arek mangan lemet pisang hehehe

    ReplyDelete
  36. Teja,
    oh korang nak ganti utk raya cina ya? Tak dptlah kita main kejar2 kat kebun pisang ayah ko huhuhu

    Takdelah setiap minggu aku balik kg emak adam. Tapi kira keraplah juga. Tapi kalau kg aku sehari sampai 2-3 balik pun ada. Seberang sempadan aje kg aku tu hehehe

    Tie,
    ingat tak nak bagi jawapannya tapi nanti org akan tanya pulak. Nak senang citer eloklah bagi jawapannya sekali.
    Tie ada mencuba jawab tak kuiz tu?

    Selain dari tak bermusim dan senang diagih2kan pisang juga murah jika dibandingkan dgn buah2an lain ngeh3x. Itulah sbbnya org suka sedekah pisang.

    Kg suami Tie hebatlah. Kalau sedekah durian tu tak takutke satu masjid bau durian bila ada yg sendawa masa sembahyang?

    ReplyDelete
  37. relevan,
    luas tu! Bolehlah ajak saya ke kebun pisang tu bila dah berbuah dan sedia utk ditebang. Kat mana tu?

    Zyma,
    wsalam.

    Aku tahu ko suka baca maksud yg tersirat hehehe

    Hari ni aku tak ambil pisang masjid sbb aku ikut pintu sebelah belakang. Jadi bukan aje ko tak dpt pisang dari aku hari ni tapi kts pun turut tak merasa pisang hari ini. Aku harap korang tak kempunan ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails