Saturday, January 30, 2010

Sepetang di Seri Cheding

Petang semalam aku dan emak Adam ke Seri Cheding, Kuala Langat kerana mahu berjumpa kakak dia. Kakak ipar aku ni lebih muda dari aku. Jadi kamu bayangkanlah bertapa mudanya emak Adam jika dibandingkan dgn aku. Dulu aku pernah beritahu aku berjaya mengayat bincang dia kahwin dgn aku dari menerima tawaran ke maktab perguruan.

Kakak ipar aku baru membuka kedai makan. Semalam kali pertama kami ke kedainya.

Emak Adam dan kakaknya (sebelah kiri) di depan kedai makan

Emak Adam dan kakak2nya (2 org) mmg pandai masak. Itu sebabnya kakak dia boleh buka kedai makan. Disebabkan pandai masak jugalah aku rasa aku dan biras2 aku badan masing2 dah macam guni beras tak pernah nak slim mcm Brat Pitt sejak kami kahwin huhuhu

Semalam kakak ipar aku masakkan kami nasi goreng kampung.

Dia sedang memasak nasi goreng

Taraa . . . ini nasi goreng kampung yg dah siap. Satu utk aku satu lagi utk emak Adam

Di hadapan kedai kakak ipar aku ada sebuah stesen minyak tak berjenama. Org dalam industri minyak panggil "white pumper" atau stesen nyamuk. Selalunya stesen macam ni terdapat di kawasan kampung. Pelanggan utamanya motor2 dan kereta kampung yg jarang atau tak keluar ke bandar. Mungkin cukai jalan pun takde.

Motor sedang isi minyak. Biasanya seringgit sekali isi. 50 sen pun boleh

Petang semalam aku mengambil kesempatan melawat ladang teh Boh di Seri Cheding. Ingat kat Cameron Highlands aje ke ada ladang teh?

Papan tanda di jalan masuk

Ladang teh terletak di bawah pokok kelapa sawit

Sebelum balik ke KL kami ke rumah kakak ipar aku. Maghrib baru kami bertolak balik. Kami singgah di Masjid An-Naim Jalan Kebun utk bersolat. Aku ada call syah shah yg tinggal kat situ tapi dia kata rumah dia jauh ke dalam. Lain kali ajelah kami singgah hehehe

33 comments:

  1. salam YB...

    dah berbelas tahun dok di Selangor nih , tp rupanya masih banyak tempat yg ummi tak pernah tahu ...

    jarak umur YB dgn emak Adam tu jauh sangat ke ? ok ler tu tp dlm gambar tak nampak jauh beza sangat usianya, ummi dgn abihanan cuma jarak setahun jer.

    ReplyDelete
  2. ummi,
    wsalam.

    lepas ni ummi kena ajak abihanan rajin2 jalan kalau ada masa lapang. Bnyk tempat menarik boleh kita lawati di sekitar kawasan kita ni.

    Jarak umur saya dgn emak Adam tak jauh dan tak dekat. Dia kawin di usia muda. Saya pun baru kerja tak sampai 2 tahun masa tu. Dah gatal nak nikah wakaka

    ReplyDelete
  3. adeh! aku ingatkan takde gambar makanan.sekali ade la.dah lah tengah lapor ni.ciss!

    ReplyDelete
  4. Penyuk,
    saja aku nak goda sesiapa yg baca. Biar makan dan tambah berat badan. Aku nak cari lebih ramai org masuk kelab aku ni hehehe

    ReplyDelete
  5. promosi habis2an nampaknya....aku cadangkan ko buat kad - ko beri kepada semua kawan bloggers ko - sape datang tunjukkan : 1st visit / 1st order percuma - 2nd order dan lain2 - bayor....ok...sure ramai orang datang!!!

    ReplyDelete
  6. sonata,
    ini belum habis2an lagi. Baru promosi pengenalan.

    Selain kedai makan tu kakak ipar aku tu telah lama mengusahakan membuat dan menjual kuih dan kerepek. Dia mendapat pinjaman dari AIM. Smlm kami pergi beli kuih kapit dan kerepek dia yg sebenarnya. Kalau sesiapa berminat boleh hubungi emak Adam (melalui aku pun boleh tapi kena servis cas lah hehehe).

    ReplyDelete
  7. tunbegia,
    insyaAllah semoga dia berjaya. Nampak maju kedai makan dia tu. Smlm ramai juga yg datang makan termasuk yg bukan Melayu.

    ReplyDelete
  8. dulu saya juga ada buka kedai makan, sekarang dah tak ada dah .. dah buka !

    ngapa pergi sepetang jer, sesekali pergi .. pergilah dua petang ke tiga petang ke !

    ReplyDelete
  9. YB, stesen minyak macam tu x kena gempur ke?

    ReplyDelete
  10. salam uncle..

    pergh..
    kalau camni punya nasi siap udang sotong, memang tak gi tempat lain dah le..

    ReplyDelete
  11. aku pergi kedai makan yang buka je la.

    tapi dua hari ni makan free je .ada kenduri kawen.

    ReplyDelete
  12. hamzah@al-lavendari,
    saya tahu kenapa abg dah tak buka kedai makan tu lagi.... Rasanya abg tak nak jadi terlalu kaya

    Kami pergi sepetang aje sebab Adam ditinggalkan di rumah dgn kakaknya. Adam menyusu badan. Kakaknya belum ada susu wakaka

    sI tEDI,
    stesen tu beroperasi secara sah. Mereka menggunakan lesen PDA7 berbanding stesen biasa yg menggunakan lesen PDA1. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tanya org Kem Perdagangan Dlm Negeri.

    ReplyDelete
  13. zaren,
    kalau dekat boleh awak pergi try makan kat situ. Berbaloi2.

    ONE ZABA,
    aku pun baru balik dari tempat pengantin di Taman Ibukota. Ada kambing panggang bro.

    Lepas ni aku nak ke Kuantan. Malam ni ada dinner hehehe

    Teja,
    oh ko rindu kat aku ya.

    Bila rindu ko sebut namaku hehehe

    ReplyDelete
  14. Nanti kawan nak buka ladang teh dalam kebun getah boleh ke YB..

    ReplyDelete
  15. Kat Seri Cheeding tu, jalan apa, area mana?

    nak wat rombongan turun padang.

    Tq

    ReplyDelete
  16. Salam YB.....

    Nasi goreng kampung tuuuuuuuu....
    Perghhhhhh, sgt menyelerakan dan memberahikan!!! Udang besar kebagai....

    ;)

    ReplyDelete
  17. YB - aku nak free ko hantar kat aku kerepek (?) rempeyek kacang dhall....he3x sedap giler you!

    ReplyDelete
  18. syah2 tinggal lg dalam ya? tempat bomoh jer dalam2 ni

    haha

    ReplyDelete
  19. semuga perniagaan dia berjaya.. kalau lalu kawasan tu nanti boleh singgah makan.. kalau sebut nama YB boleh dapat diskaun kot hehe

    ReplyDelete
  20. Semalam pun seharian saya di daerah Kuala langat....urusan keluarga.



    YB: Oooooooooo...pokok kelapa sawit macam tu eik? He..he..

    ReplyDelete
  21. salam YB
    nak tanya sikit, cheding ni suhu dia dingin?

    ReplyDelete
  22. relevan,
    alamak saya tak tahu jawapannyalah. Ini kena tanya org Boh. Baru ada umphhh hehehe

    Has_mimi,
    awak tanya tentang kedai makan wak nya Adam ya?

    Kedainya tu sebelah kedai koperasi. Kalau dari luar, kedainya sebelah kanan. Jumpa stesen minyak tu jumpalah kedainya.

    ReplyDelete
  23. Zyma,
    wsalam.

    Udang dan sotong tu saja dipamerkan begitu rupa utk menarik perhatian wakaka.

    But seriously, nasi goreng tu mmg best. Kalau ada peluang cubalah

    sonata,
    ceit ko ni. Dahlah nak free suruh aku hantar pulak tu? muahaha

    Nantilah kalau ko singgah rumah aku dan stok ada lagi bolehlah aku bagi ko sebungkus dua ngeee

    ReplyDelete
  24. Ah Fatt,
    mungkin dia bomoh jugak kot ngeeee

    Nanti aku tanya dia

    zino,
    terima kasih atas doa ikhlas awak tu.

    Kalau sebut nama saya, minta dia buatkan yg special tapi cakap harga nak yg mcm biasa. Nanti dapatlah udang dan sotong FOC hehehe

    ReplyDelete
  25. ckLah,
    kalau tahu awak ada kat Kuala Langat boleh ajak awak medang kat kedai tu hehehe

    Haah tu lah pokok kelapa sawit. Saya tahulah awak biasa dgn pokok strawberi dan sayur2an tanah tinggi aje bila pergi ke ladang teh awak di gunung nun hehehe

    AZANI,
    wsalam.

    Cheding ni suhu dia macam KL sbb dia di tanah pamah (bukan tanah tinggi).

    ReplyDelete
  26. lenkali nak mari bitau awal... lagipu YB datang hari kerja, saya baru balik rumah masatu... Tak sempat buat apa pun lagi... Heheheheheh

    ReplyDelete
  27. syah,
    mcmana nak bagitahu awal sbb awak kerja masa tu. Ptg baru saya call sbb tahu awak dah balik.

    Kalau tak sempat tak payah susah nak buat apa2. Bawa aje kami pergi kepsi atau mekdi muahaha

    ReplyDelete
  28. kepsi tadek kat situ... mekdi saya boikot... hahahahahhah :P :P

    baca : Fuh, selamat duhet aku... Muahahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  29. syah,
    jgnlah kedekut sgt dgn aku ni. Kalau ko tak kesiankan aku kesianlah kat emak Adam tu hehehe

    psst - pegi makan kat gerai tomyam pun oklah ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails