Thursday, January 21, 2010

Alahai . . . .Kalau Dah Bukan Rezeki

Selepas menziarahi keluarga emak sedara emak Adam yg meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya Isnin baru ni, kami singgah di rumah datuk dan nenek Adam. Hanya aku, emak Adam dan Adam yg balik kampung kerana yg lain bersekolah.

Emak mertua aku ada membela ayam kampung. Adik ipar aku buatkan satu kandang dari jaring di belakang rumah mertua aku. Ada dalam 30 ekor ayam. Yang lain dah disembelih masih kami balik kampung masa cuti sekolah dulu.

Ayam2 tu takde makanan lain selain dari dedak yg diberi 2 kali sehari. Kalau nak harap kais takde apa nak dikais kalau bukan time makan.

Aku nampak ada popiah jatuh kat tanah. Mungkin anak sedara aku yg buang kat situ masa dia singgah rumah neneknya sebelum kami tiba. Masa kami sampai mereka semua dah balik ke rumah masing2.

Aku ambil popiah tu dan campakkan ke dalam kandang. Apalagi. Berebutlah ayam2 itu. Dapatlah kat seekor ayam betina yg terus membawa popiah tu lari kerana dikejar oleh ayam2 lain.

Habis dipusingnya kawasan kandang tu dgn popiah masih di mulutnya. Kalau diletak di tanah memang kena sambar oleh ayam2 lain. Kat mulut tu pun ada ayam yg cuba rebut.

Ayam betina dgn popiah di mulutnya sambil dikejar oleh ayam lain

Aku pandang dan terfikir - inilah agaknya nasib kita. Makanan dah kat mulut pun kalau belum rezeki kita, cuma kita dapat bawa ke sana ke mari aje. Org lain tengok sedaplah, tapi belum tentu kita dapat menikmati makanan itu.

Setelah penat ayam betina yg ada popiah di mulutnya itu dikejar2 dan dikepung akhirnya popiah itu dirampas pula oleh seekor ayam jantan. Kali ini giliran ayam jantan tu pulak kena kejar. Terer juga dia menggelicik ke sana menggelicik ke sini tapi masih tak ada peluang nak makan popiah tu. Bila ia dah agak jauh dari ayam2 lain ia pun letakkan popiah itu di atas tanah utk dipatuk menjadi kepingan kecil supaya boleh dimakan. Sedang ia berbuat demikian gerombolan ayam2 lain datang dan membawa lari popiah itu.

Penat bawa lari aje. Tak dapat nak makan pun.

Itulah kalau belum rezeki.

46 comments:

  1. btol tue...bukan rezku lg...hehehhe

    ReplyDelete
  2. ok... nak baca n3 jap eh....
    hikhikhik..... taktik kotor nak jd no 1 :P

    ReplyDelete
  3. baru kutahu ayam pun suka makan popiah....

    .
    .

    .
    .


    nsb aku takde kat situ... klu tak,
    .
    .
    .
    .


    huuurrrrrrrmmmmm
    muahahahahaha.....
    ayam2 tu semua akan berputih mata.....

    kompem aku yg menang dlm perebutan POPIAH itu...

    hikkkkssss

    :P :P :P

    ReplyDelete
  4. dah rezeki ayam tu..takpe2..maybe pasni rezki yb lak..;-0

    ReplyDelete
  5. ala YB boleh beli popiah tu kat kedai tepi jalan.. Ayam mana boleh.. so biar je lah jadi rezeki ayam..

    kang lari lak akak jual popiah tepi jalan dengar ayam order popiah..

    ReplyDelete
  6. Salam


    betul tu ...
    begitu jugak dengan jodoh

    berkawan puluhan tahun , tapi kalau tak ada jodoh , tak kawin jugakkkkk

    ReplyDelete
  7. kts,
    waalaikum salam.

    Terima kasih pagi2 dah senyum kat aku. Ini mesti sebab hati ko tengah berbunga2 hehehe

    ~O~,
    rezeki di tangan Allah. Tapi kita kena berusaha.

    Kalau kita jadi ayam tu, kita kena kejar ayam yg ada popiah tu.

    ReplyDelete
  8. tak dapat popiah pun tak pa...asal dapat ayam tu jadi la.

    ReplyDelete
  9. kts yg no 1,
    tak kiralah taktik kotor ke apa ke. Ko tetap no 1! Adakah aku juga no 1 di hatimu? (soalan cepumas yg pasti mengundang kontrovesi) muahaha

    kts lagi,
    ayam terkurung apa aje yg boleh dimakan, mereka sapu. Popiah yg dah jatuh tu sebetulnya dah dikerubung semut. Gelap hati ayam yg termakan semut.

    Kalau ko nak popiah nanti kita pergi cari sama2. Kat tempat aku ni pun ada. Petang ni ko roger aku.

    ReplyDelete
  10. Alaa.. Paman YB citer ayam kampung pagi2 ni.. naik terliur lak.. bukan terliur kat popia tu, terliur kat ayam kampung.. goreng pun sodap.. hehehe...

    p/s: teringat arwah Bapak dulu menangkap ayam dalam reban.. saya kena tunggu depan pintu reban, sambil dengar dia marah2 kat ayam2 tu sebab semua melarikan diri.. ahaks..

    ReplyDelete
  11. betul sgt YB.. betul sgt pepatah kata.. kalau bukan rezeki, dlm mulut pon terlepas jugak..

    biar penat camner pon ayam betina tu bekerja keras 'mendapatkan' rezekinya, akhirnya di'rampas' mudah dek ayam jantan tuh..

    dunia kita skrg pon mmg begitu resamnya kan.. nk plak sapa yg involve projek itu ini (dok tengok depanmata sendiri..)..

    tapi, back to basic, kalau dh bukan rezeki.. tak ada kat sini, ada kat tempat lain.. Allah dh tetapkan begitu.. ye tak..

    (itik menyudu, ayam makan padi,
    tak kata macam tu, nak kata macam mana lagi.. kan kan kan.. kehkehkeh)

    akhirat jugak yg kekal abadi.. (tetiba plaks... hihihi)

    ReplyDelete
  12. satu kisah yg menarik...mungkin boleh dipilemkan. apapun serghonoknya dpt balik kampung..

    ReplyDelete
  13. kalau dah namanya rezeki tu bukan ditulis untuk kita... kekadang bukan sekadar dalam mulut, dah kunyah tinggal nak telan, Allah kata bukan, maka tersedak keluar jugalah bendanya... Huhu~~

    Macam-macam kan? Yang penting usaha, doa dan tawakkal misti ada... InsyaAllah, satu hari nanti pasti ada rezeki kita... :D :D

    Eh, tetiba rasa insaf sendiri... Hohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  14. JMR,
    popiah tu ada banyak lagi di atas meja. Saya dapat makan 2 biji hari tu. Yang saya bagi kat ayam tu yg dah terjatuh ke tanah.

    Che'Pit,
    tak payah beli tepi jalan. Emak mertua saya pun ada buat. Hari tu banyak dia buat. Mungkin itu antara sebab cucu dia buang kat tanah. Saya cuma ambik dah bagi kat ayam dari membazir di atas tanah.

    Kalau ayam pandai order popiah, mesti gempar kampung nenek Adam nanti ngeh3x

    ReplyDelete
  15. pB,
    Ada jugak yg dah kawin tapi jodoh tak panjang lepas 12 atau 45 hari bercerai hehehe

    ONE ZABA,
    emak mertua aku kata dah ada cina booking ayam2 tu utk raya cina ni. Bukan rezeki kamilah nak makan ayam kampung free dalam masa terdekat ni. Dia baru bela yg anak berumur 10 hari masa kami balik tu. Berapa lama nak tunggu ayam2 tu besar ni? huhuhu

    ReplyDelete
  16. S-a-B-r-I-n-A,
    ayam kampung mmg sedap. Goreng aje pun dah best. Teringat makan ayam kampung kat velodrome cheras atau di kedai Hassan masa kerja dgn sykt kulit kerang dulu.

    Ayam kampung memang susah nak tangkap. Sekurang2 aruah abg Jadi tangkap ayam yg dalam reban. Paman kena tangkap ayam yg tidur atas pokok nangka huhuhu

    ReplyDelete
  17. TINY,
    Mulai hari ni saya panggil awak TINY ajelah ya - takkan nak panggil kakak sbb awak lebih muda dari saya.

    Betul apa yg awak kata tulis tu. Saya banyak terlibat dlm projek. Kadang2 kita yg penat2 buat kerja2 awal tiba2 org lain pulak yg dpt projek tu. Main hijack projek org. Mmglah kita bengang tapi apa guna kita marah2 dn geram. Buat dapat ulcer aje. Anggap yg itu bukan rezeki kita dan teruskan usaha cari yg lain.

    Bumi Allah ni luas dan rezeki Allah pun banyak. Semoga Dia murahkan rezeki kita semua.

    ReplyDelete
  18. citahrudin,
    aku kesian tengok ayam2 tu berlari mengejar popiah yg satu tu. Akhir ayam lain yg dapat huhuhu

    ReplyDelete
  19. Haaa itulah trick arwah Bapak sebenarnya, kalau Paman nak tau.. dia akan halau semua ayam masuk reban sebelum nak tangkap.. sebab dia malas nak mengejar ayam atas pokok.. hehehe..

    ReplyDelete
  20. nahmy,
    kisah biasa cuma berkait rapat dgn kita manusia ni. Ada pengajaran dari episod ini bagi yg mahu berfikir.

    Seronok dapat menjengok dan makan tghari dgn mertua. Mereka pun seronok anak, menantu dan cucu balik melawat mereka walaupun hanya sebentar.

    ReplyDelete
  21. syah,
    dalam maksud ayat awak tu. Saya terkedu.

    Kita kena ingat: jika kita bersyukur Allah akan tambah nikmatNya tapi jika kita engkar azabNya amat pedih.

    Bersyukurlah dgn rezeki yg dikurniakanNya kpd kita selama ni. Ramai lagi org yg lebih susah dari kita.

    ReplyDelete
  22. S-a-B-r-I-n-A,
    tererlah aruah abg Jadi. Seronok kalau kenangkan masa silam.

    ReplyDelete
  23. terer menggelicik tewww.. ahaha

    ReplyDelete
  24. aku tegelak sensorang baca n3 ko ni.
    ayam dan popia.
    popia dan ayam.
    .
    .
    buat popia ayam sedap ni untuk makan petang hikhik..

    ReplyDelete
  25. en_me,
    bukan senang nak lepaskan diri dari 29 ekor ayam yg lain kalau tak terer gelicik hehehe

    kakpah,
    kalau dah siap popia ayam tu nanti rogerlah saya. Boleh rasa popia kakpah. Kalau lapar lagi boleh pulak rasa ayam percik Yati kat restoran yg baru bukak tu ngeh3x

    ReplyDelete
  26. saya pun tak sangka saya buleh buat ayat dengan maksud yang sungguh mendalam macam gitu... Wah, cerdas juga saya ni rupanya... ingatkan dungu... Hahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  27. eh, lari topik pulak... hahahahah :P :P

    Tapi betullah tu... sedikit pun yang kita dapat, rezeki juga namanya... yang penting, rasa syukur tetap perlu ada...

    ReplyDelete
  28. syah,
    mmg awak cerdas dan cergas arini. Itulah sbbnya tak layak ambik MC hehehe

    Harap dapat kekal kecerdasan dan kecergasan sehingga malam ni. Malam Jumaat wei wakakaka


    syah lagi,
    saya tak kisah lari topik. Ini perbincangan bebas yg sihat.

    Kalau takde rasa syukur dpt banyak pun masih merungut. Nanti Allah tarik balik rezeki tu baru tahu langit tinggi rendah.

    ReplyDelete
  29. kalau dah bukan rezeki.. redhakan jelaaaa

    ReplyDelete
  30. ~mrs azmi~,
    adakalanya sedih jugak terutama bila kita dah banyak laburkan usaha dan masa tiba2 org lain 'sapu'.

    Back to basic, yg itu bukan ditakdirkan utk kita. Carilah yg lain.

    ReplyDelete
  31. popiah kat setapak paling sedap penah ku rasa.

    ReplyDelete
  32. ni lagi hebat ,sampai kan ayam berkejaran pun sanggup YB amik gambar , tapi tetap ada maksud tersirat dlm cerita ayam dan popia tu kan.tafsir ler cara tersendiri.

    ReplyDelete
  33. rezeki orang tak dapat kek kito, rezeki kito pun tak dapek kek orang.

    itu ayam kampung, ayam bandar tak macam tu !

    ReplyDelete
  34. ummi,
    dah kebetulan ada bawa kamera. Masa saya ambil gambar tu sebelah tangan lagi pegang Adam sbb bawa dia tengok ayam2 tu hehehe

    Kita boleh ambil pelajaran dari perkara2 yg berlaku di sekeliling kita.

    ReplyDelete
  35. Sally suko n3 nih..selagi tak kunyah dan telan masuk perut..bolum tontu rezeki kito laiiii..tambah2 dalam line beniago, selagi tak keluar P.O jangan dok berangan lah kita yg punya..senang2 org boleh cantas line!!

    ReplyDelete
  36. al-lavendari,
    betul tu. Rezeki kita masing2. Cuma banyak atau sikit aje.

    Ayam bandar mcmana bang? Jgn yg selalu kena serbu kat hotel tu dah lah hehehe

    ReplyDelete
  37. tchersally,
    ada masa tu dah dpt PO atau LA pun masih boleh kansel. Jadi mcm ayam yg bawak popia berlari tu lah hehehe

    ReplyDelete
  38. betul! buat macam mana pun kalau bukan rezeki kita.. bukan juga!

    ReplyDelete
  39. banyak pengajaran cerita ni ;p

    ReplyDelete
  40. isk², kesian aku tgk org yg ambik gamba tu.... tntu gelak sorang² dn trgaru²... ekeke!

    emel da baca... betul la kata one tu, hehe...

    ReplyDelete
  41. sI tEDI,
    itu yg sedih tu.

    Kapten,
    ambillah pengajaran yg awak fikirkan baik

    Teja,
    nape pulak ko kesian kat org tu? Aku biasa aje - tak gelak sorang2 jauh sekali dari tergaru2.

    Tentulah betul apa yg one cakap tu. takkan dia nak kelentong aku pulak hehehe

    ReplyDelete
  42. cerita yang penuh makna tersirat...
    macam ni lah dulu2 orang lama bercerita berdasarkan kepada alam sekeliling mereka - pokok2 / haiwan2 / nature ....pandai ko jadi penglipur lara moden...ngeh3x

    ReplyDelete
  43. sonata,
    itu yg aku tergerak nak menulis tentang perkara ini supaya dapat dikongsi dan menafaatkan bersama.

    Tak layak rasanya ko gelar aku penglipur lara moden. Apa yg baik tu dari Allah. Yg merapu tu dari aku.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails