Tuesday, November 3, 2009

Nostalgia Pekan Meru

Dalam perjalanan pulang dari rumah pengantin di Kapar pada Ahad lepas kami lalu di pekan Meru, Klang. Banyak kenangan aku masa kecil di sini. Sebenarnya ibu aku dilahirkan di Meru. Moyang aku antara golongan yg awal bertapak di sini. Adik beradik arwah nenek aku ramai yg ada tanah di sini tetapi sekarang dah diturunkan kpd anak cucu mereka. Kenapalah nenek aku takde tanah kat sini. Kalau tak boleh juga aku buat rumah sewa mcm org lain tu hehehe

Mula2 kami singgah solat di Masjid As-Syarif yg telah dirasmikan pada 2004. Masa kecil dulu aku pernah sembahyang Jumaat dgn bapa aku di masjid As-Syarif yg lama. Masa tu aku lebih kurang besar Haikal.

Sempat bergambar di luar masjid yg cantik ini. Aku suka landskap dia

Kanak2 di belakang papan tanda ni ya

Lepas solat kami singgah di kedai tujuh sebelas utk membeli air kerana anak2 aku kering tekak selepas makan kek dari rumah pengantin. Aku suruh Haizam dan Haikal aje yg turun kerana ingat nak cepat ke UiTM menghantar barang Atikah. Tetapi sementara budak dua tu turun membeli air, emak Adam pun turun juga kerana terlihat kedai menjual pakaian. Tinggallah aku dan Adam di dalam kereta.

Tak lama lepas tu budak dua tu balik ke kereta dgn air soya kotak dan slurpee. Air soya tu biar Adam tambah putih kata abang2nya. Yalah tu. Aku yg dah minum air soya bertong2 ni tak putih pun huhuhu.

Lama pulak emak Adam ni. Aku pun turun dan berjalan ke kedai pakaian tu. Tetapi hampir2 tergoda nak singgah kedai ni . . . .

Jgn nak ngada2 - bajet dah takde

Aku pun terus ke kedai pakaian mencari isteriku. Dia sedang sibuk memilih pakaian utk anak2 kami. Dapat 3 pasang. Harga memang murah sebab kat kampung agaknya. Lepas tu emak Adam berkenan pulak baju utk dia. Pilih punya pilih, tanya punya tanya akhirnya tak jadi beli. Orang perempuan kalau shopping macam ni lah kot. Tak jadi pun takpelah. Tak guna beli kalau tak berkenan betul2 (dibaca selamat duit aku ngeh3x).

Inilah kedainya yg terletak di pekan Meru

Cukuplah utk n3 ni. Kalau panjang2 nanti ada yg tak suka hehehe

32 comments:

  1. Hari Ahad lepas Na pun gi kenduri kat Meru. Singgah solat Zohor kat Masjid As-Syarif gak...

    Tak jumpa la kita. YB solat Asar, Na solat Zohor... :)

    ReplyDelete
  2. org pompuan bab2 sopping ni mmg no 1 ye
    mujur x jd beli..

    ReplyDelete
  3. Na Shari,
    Kami solat zohor tapi dah agak lewat kerana menghadiri majlis kahwin tu.

    KM pergi kenduri kat mana Ahad tu?

    ReplyDelete
  4. Rozita,
    Hanya pompuan yg memahami jiwa pompuan yg meronta2 nak shopping ngeh3x.

    Kat tempat tu baru permulaan. Dari situ kami ke kompleks PKNS dan SACC Mall pulak. Kalau rajin saya buat n3 ttg tu pulak.

    ReplyDelete
  5. mujur nenek YB takde tanah di meru, kalo tidak mungkin rumah sewa kita berjiran,kakakakakaka.

    ReplyDelete
  6. heheheh..nait sebentar tapi jadi lama ek..Kuat imam YB xtergoa ngan kedai audio tue..heheheh

    ReplyDelete
  7. pB,
    ini ala2 cinetron gitu hehehe

    juliet,
    rumah sewa ko tu org kita atau Bangla yg duduk? Silap2 ko jatuh hati pulak dgn Bangla tu

    ReplyDelete
  8. ~O~,
    Niat dah terpesong ngeh3x

    Bukan pasal kuat iman tapi tak kuat poket hehehe

    ReplyDelete
  9. Amboi YB, rajinnya pergi majlis! sha kagum betul...kalau sha macam nieh bagusnyaaaa...

    sampai ke kapar pergi majlis. baca blog kak pah, YB dtg juga. respect macam nieh..respect..
    dalam kesibukan handle anak2 masih sempat....

    ReplyDelete
  10. orang pompuan ni suka membelek je...bukan nak beli sangat.

    ReplyDelete
  11. sha,
    Selagi sempat dan ada masa saya akan cuba memenuhi semua jemputan. Org yg menjemput tu mesti mengharap kita datang.

    Raya hari tu saya juga cuba ziarah sbnyk rumah yg mungkin. Tapi tahun ni cuma sempat pergi ke 49 buah rumah.

    ReplyDelete
  12. shopping sempena raya apa pulak ni....

    errr.... aku puasa sampai raya haji.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Betul.
    Saya kagum YB.
    Rajin memenuhi undangan.

    ReplyDelete
  14. errr sape kata YB tak putih hahahaa


    makan tembikai pun buleh putih kulit, bagi bayi yang masih dalam perutlah huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. ONE ZABA,
    Isteri ko pun mcm tu jugak ke? hehehe

    Shifu,
    Isteri aku beli baju utk basahan anak2 kat rumah aje ngeee

    LiNda,
    Saya cuba memenuhi setakat yg termampu ngeh3x

    NL,
    Ko dah pernah nampak aku dari dekat ke? Cerah lagi kulit emak Adam. Nasib sebahagian anak aku ikut kulit emak mereka ngeee

    Tak pernah pulak dengar makan tembikai boleh putih kulit. Nak try dah lambat rasanya muahaha

    ReplyDelete
  16. dah name pompuan dak? meti nak singgah klu nampak kedai baju! wakaka! sebb baik tak jadi beli... selamat duit YB ^_^

    ReplyDelete
  17. pekan meru saya tak berapa ada kenangan...

    kat kg. batu belah tu saya ada laa... Maklum, dulu sekolah kat sana... hohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  18. mrs azmi,
    Biar tak makan jgn tak shopping. Begitu kot tagline org pompuan ni hehehe

    syah,
    Kakak kpd nenek saya pun duduk Batu Belah sehinggalah dia meninggal dunia. Saya masih ingat lagi dulu ada conveyor belt lalau di Batu Belah utk angkat tanah dari Bukit Raja ke Pelabuhan Klang. Tak tahu samada awak dah lahir masa tu ngeh3x

    ReplyDelete
  19. Meru ka? abang ipar saya dok Meru, bini dia orang Klang :)

    ReplyDelete
  20. kalau saya dah lahir pun, mungkin saya blom start skolah kat situ... heheheheh :P :P

    psstt... saya start darjah satu kat sana tahun 1989... Heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    Meru semakin maju skrg. Tak lama lagi adalah stesen minyak kulit kerang kat situ.

    syah,
    Mmg sah ko belum lahir lagi masa tu. Conveyor tu sekitar awal 70an.

    ReplyDelete
  22. best kan masjid tu?..aku slalu singgah klu blk meeting

    p/s : aku heran apasal kwn aku mkn tempe byk2 idung buleh cantik?

    ReplyDelete
  23. citahrudin,
    haah masjid tu cantik dan bersih. Kegiatan keagamaan pun nampak banyak.

    Ya ke? Aku nak banyakan makan tempe lah kalau mcm tu.
    Ko senanglah sbb kat Tg Karang tempe banyak dn murah.

    ReplyDelete
  24. errr mmg kita saya tak pernah jumpa dan tak pernah tgk dari dekat... kalau jumpa pun mungkin tgk dari jauh ajer hahahahaaa...


    yer betul makan tembikai kulit putih tapi bagi org tua kalau makan tembikai banyak2 ia akan jadi semacam makan Viagra hehehehe, tak caya! acu try cuba test tengok ngeh3x

    ReplyDelete
  25. NL,
    Harap kita dpt berjumpa dlm masa terdekat ni. Aku pun selalu ke Shah Alam tu.

    Tak lama dulu pun aku ada terbaca di akhbar tentang khasiat tembikai spt yg ko katakan tu. Aku ada buat satu n3 ttg tu hehehe

    ReplyDelete
  26. saya org meru!!.. dibesarkan di sana.. abah saya memang anak jati meru.. tapi mak org perak.. mcm2 dah perubahan yg berlaku di meru.. nak dibanding dgn tempat saya ngajar sekarang (hulu ganu).. meru jauh membangun..

    memang penuh kenangan masjid tuh dlm hidup kami.. adik2 saya semua merasa bernikah di masjid tuh.. :)

    cumanya.. baru2 ni pergi klang.. kepala jadi pening.. sbb semua jalan dah jadi one way.. hehehehe..

    *statement vangga anak jati meru.. hiksss... *wink*

    ReplyDelete
  27. cik jijah,
    Meru kat mana - Jalan Kopi ke? hehehe

    Meru mmg dah banyak berubah. Kilang pun dah banyak. Itu sbb banyak rumah sewa. Kebun nenas yg banyak masa saya kecik dulu dah takde huhuhu.

    Adik2 cik jijah ramai yg pompuanlah sbb nikah kat situ.

    Haah jalan kat Klang terutama sekitar pasar Jawa mmg dah jadi jalan sehala. Skrg malas saya nak guna jambatan baru kalau nak balik KL sbb kena pusing satu Klang ngeh3x

    ReplyDelete
  28. sy sahedan...kluarga sy pun anatara yg terawal buka meru... as-syarif moyang sy... ketua kg. awal di meru.. :) sy sering tertanya-tanya kalau kumpul keluarga dr moyang mau2 ramai... tp tu la..semua berpecah.. :)

    ReplyDelete
  29. nama sy... muhammad sahedan bin salam bin kasbi bin syarif. :)

    ReplyDelete
  30. sy beritahu benda ini bukan apa..cuma terkilan sikit... keluarga moyang yg setahu sy ramai... tp yg sy kenal cuma sedikit.. :) ikatan silaturrahim... berkekalan dan patah lg jika musim perayaan...meriah.

    ReplyDelete
  31. Salam En Sahedan.

    Oh nama masjid As-Syarif itu diambil daripada nama moyang tuan. Kiranya orang2 pentinglah di Meru dulu.

    Kalau kumpul keluarga yg dah 4 generasi tu memanglah ramai. Kalau tak dapat kumpulkan semua sekaligus boleh mulakan dgn mana yg ada dulu. Semoga usaha mengumpulkan anak cucu as-syarif tu menjadi kenyataan satu hari nanti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails