Wednesday, November 4, 2009

Bersamamu

Tengahari semalam semasa makan isteri aku mendapat panggilan telefon dari Kak Ina, jiran depan rumah. Kak Ina berhasrat memberi bantuan kpd sebuah keluarga daif di Kg Datuk Keramat dan mengajak isteri aku menemankannya petang semalam. Isteriku teragak2 nak kata ya kerana masa itu selalunya Adam tidur.

Mendengarkan perbualan itu aku kata tak apa KITA pergilah. Sebenarnya aku sepatutnya ada mesyuarat dgn rakan2 kongsi tentang kilang perabot kami. Itu boleh ditunda. Menolong org yg susah lagi penting dan utama.Sepatutnya kami pergi dalam pukul 5:00 ptg tadi lewat sehingga pukul 6:20 kerana Kak Ina menziarahi org nak pergi haji dulu. Kami sampai di rumah keluarga tersebut pukul 6:30ptg. Aku tolong membawa masuk 2 beg beras, biskut dan makanan basah. Ini merupakan zakat Kak Ina dan anaknya hasil perniagaan mereka. Sebahagian zakat mereka telah berikan kpd PPZ.

Keluarga yg dibantu itu terdiri dari seorg balu, juga bernama Ina dgn 15 (ya limabelas) org anak. Suaminya seorg pemandu teksi telah meninggal dunia lebih kurang 8 bulan yg lepas kerana mengidap ketumbuhan dalam otak. Anak pasangan ini yg paling kecil baru saja dilahirkan di HKL Khamis lepas. Kesian anak ini tak dapat melihat bapanya. Anak mereka yg sulong sedang belajar dan berusia 21 tahun. Dua org lagi adik2nya juga di IPTA. Yang lain di sekolah menengah dan rendah kecuali dua org yg masih belum bersekolah dan bayi perempuan yg tak sampai seminggu itu.

Ina memegang bayinya yg berusia kurang dari seminggu sambil diperhatikan oleh anak ke 12nya yg berusia 7 tahun. Kak Ina yang berbaju merah tu

Buat masa ini mereka menumpang di rumah emak angkat Ina yg juga seorg balu berusia 80'an. Keluarga ini belum mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan mahupun Baitulmal. Mungkin kerana mereka tak kenal org besar.

Ini rumah yg mereka diami. Aku ambil gambar ni masa nak balik semalam

39 comments:

  1. alhamdulillah..masih aa org yg nak membantu. macam mana reaksi ibu tu?

    ReplyDelete
  2. Sayu hati terasa...harap aku juga mampu berbuat sedemikian suatu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Kesiannya ngan baby tu..baru lahir..terharu btul ngan ketabahan ibu tunggal tu besarkan anak2 dia..alhamdullilah dapat bantuan ;)

    ReplyDelete
  4. panggil TV 3.... lepas tu mesti dapat bantuan punya.

    ReplyDelete
  5. hmm terharu, tapi tulah lumrah manusia.. ada senang ada susah.. yg penting jgn sesekali lupakan yg susah..

    ReplyDelete
  6. bantulah mereka yang memerlukan.... semoga rezeki YB bertambah-tambah

    ReplyDelete
  7. sha,
    Bulan Ramadan baru2 ni pihak surau tempat saya ada memberi sedikit bantuan kpd keluarga ni semasa majlis bantuan kpd anak yatim, warga emas, saudara baru dan OKU. Saya hanya mampu mengambil dan menghantar mereka dari rumah ke surau kami.

    Ibu tu mmg tabah. Puan Ina mahu mengambil bayinya utk dipelihara oleh adik beliau yg tak mempunyai anak tetapi Ina kata dia akan membesarkan anak itu sendiri.

    ReplyDelete
  8. juliet,
    Kalau ko tengok sendiri keadaan mereka lagi terharu. Penyampaian aku kurang berkesan lebih2 lagi tadi aku terburu2 nak pergi meeting.

    Ko selalu lalu depan rumah tu kalau ko pergi Keramat. Kalau ko dari Jln Jelatek, perhatikan rumah separuh batu separuh kayu kat sebelah kiri sebelum sampai stesen LRT Dato Keramat.

    ReplyDelete
  9. kuina,
    Begitulah harapan kita semua.

    ~O~,
    Ko harap ko mampu berzakat dan membantu org yg susah ATAU ko berharap ko dpt anak ramai. Aku konfius dgn komen ko tu hehehe

    ReplyDelete
  10. Erina,
    Mmg kesian. Lahir2 dah yatim. Aku respek ibu tu walaupun susah tapi tak mahu meminta2. Sesiapa yg tahu kisah mereka akan tak banyak sikit cuba membantu.

    Apa kata ko belanja anak2 yatim ni ABC Fradoo ko. Mesti mereka gembira sbb kalau nak beli mungkin mereka tak mampu.

    ReplyDelete
  11. ONE ZABA,
    Ko kenal sapa2 tak kat TV3 tu?
    Aku harap ada org TV3 atau suratkabar terbaca n3 aku ni dan sudi mengambil tindakan susulan.

    ReplyDelete
  12. Che Pit,
    Itulah dugaan Allah. Dia mahu menguji siapa di antara hambaNya yg sabar dan bersyukur.

    Saya berdoa tak diuji seberat ini kerana tak tahu samada saya boleh lulus ujian tersebut.

    ReplyDelete
  13. Shifu,
    Masa aku mengangkat kampit2 beras dan makanan lain yg diberikan oleh Puan Ina, aku berdoa semoga Allah mengampunkan dosa aku asbab usaha aku yg sikit tu.

    Selain itu emak Adam memberi sedikit sumbangan utk bayi yg baru lahir tu. Mungkin kecil bagi kita tetapi besar maknanya bagi yg tak mampu spt mereka.

    ReplyDelete
  14. Bagi nafkah kat blog kawan-kawan sikit-sikit je ya buat ementara ni...

    ReplyDelete
  15. ckLah,
    Bagus menolong saudara yg susah. Nanti Allah tolong kita balik.

    ckLah,
    Saya tahu awak sibuk marking paper murid2. Sebelum tidur nanti boleh bagi nafkah kat yg lain pulak.

    psst - nampak jejak awak kat blog sonata ngeh3x

    ReplyDelete
  16. harap2 mereka gembira dan dapat meneruskan kehidupan...

    hmm... org yang bagi zakat akan lebih murah rezekinya....

    ReplyDelete
  17. ckLah,
    Mana saya pergi malam tadi nampak awak. Patutlah lambat siap buat kerja sbb banyak melawat kawasan hehehe

    Pukul berapa awak tidur?

    ReplyDelete
  18. NL,
    Gembira mcmana pun mesti tak akan sama semasa bapa anak2 yatim tu masih ada.

    Betul cakap awak. Marilah kita menunaikan zakat kalau belum berbuat demikian. Dalam harta kita tu ada hak org lain.

    ReplyDelete
  19. Semoga diberkati segala jasa mu, YB.

    Hidup YB!!!

    Kompom next year,ko bertanding utk election kwsn ko. Wakakakaka....
    :)

    ReplyDelete
  20. Zyma,
    Siapalah saya ni cuma insan kerdil. Saya lakukan setakat yg terdaya. Ramai lagi org2 yg lebih mewah yg dapat membantu (jika mereka mahu).

    Saya tak minat nak berpolitik. Diminta jadi SU persatuan penduduk pun saya tolak.

    ReplyDelete
  21. err... kalau saya takmo komen pape bleh tak YB? Mueheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  22. syah,
    ko mana boleh buat macam tu? Jenuh aku komen kat n3 ko tu tau huhuhu

    Takdelah. Ikut suka hati ko lah. Nanti kalau ko ada idea nak komen boleh tambah lagi.

    ReplyDelete
  23. teringat adik bongsu aku. masa arwah abah meninggal, dia masih dalam rahim ibu. dan. aku hanya berumur 10 tahun ketika itu.



    .

    ReplyDelete
  24. arini YB blom komen saya lagi... Har har har har :P :P

    eh, boleh kan saya komen atas komen... bukan komen pasal entri?? kui kui kui :P :P

    ReplyDelete
  25. tasik,
    sedih jugak dengar nasib ko adik beradik. Itu lebih kurang 25 thn yg dulu kan?

    ReplyDelete
  26. syah,
    arini aku busy dgn meeting dan urusan bank. Aku lunch pun dah pukul 4 ptg. Lepas solat asar pengerusi surau ajak bincang nak buat surau baru kat tempat kami. Dah pukul 5 lebih baru nak sambung kerja. Tapi sempat skodeng blog.

    Malam ni pun aku ada meeting huhuhu

    (bukan senang nak cari rezeki utk keluarga)

    ReplyDelete
  27. semoga keluarga Ina ni sentiasa dimurahkan rezekinya - begitu juga mereka yang memberikan bantuan kepadanya akan bertambah2 rezekinya...

    sempat gak aku ke rumah ko ni...
    ( 2 kelas dah siap tanda....lagi 1 belum - esok pulak )

    ReplyDelete
  28. semoga kehidupan mereka Allah permudahkan & semoga mereka dlm lindunganNya..

    ReplyDelete
  29. sonata,
    Amin. Sama2lah kita doakan.

    Terima kasih kerana sudi ke sini walaupun sibuk. Aku ada perbincangan dgn kawan2 niaga malam tadi. Balik rumah pukul 1 pagi huhuhu

    nahmy,
    Allah memberi rezeki kpd sesiapa yg dihendakiNya. Semoga mereka dlm peliharaan Allah.

    tchersally,
    kalau kita rasakan ujian Allah kpd kita ni berat, ada lagi org yg diuji jauh lebih berat dari kita.

    Tetapi ketahuilah di sebalik setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.

    Lama tak dengar berita dari Sally. Harap Sally sekeluarga sihat dan bahagia.

    ReplyDelete
  30. YB..
    alhamdulillah..i'm back!! a better version of me..

    ReplyDelete
  31. salam...

    cuba la masok kat blog mazidul....manatau kalau2 dia boleh membantu....

    http://mazidulakmal.blogspot.com

    komen2 apa yg patut kt post dia ke.....atau boleh je emel kat dia...

    moga2 usaha YB berjaya dan diberkati....

    ReplyDelete
  32. tchersally,
    Alhamdulillah awak dah balik dan dah pulih semangat.
    Semoga episod lalu menjadikan awak lebih matang dan bertambah daya tahan.

    kak AZZ,
    Salam kenal.

    Terima kasih atas nasihat tu. Nanti saya cuba ke sana.

    ReplyDelete
  33. Salam En. Yunus,

    Bolehtak bagi full address Puan Ina. InsyaAllah, saya cadang nak hulurkan bantuan sedikit sebanyak yang mampu. Rumah saya pun kat area Keramat.

    Puan Siti

    ReplyDelete
  34. Puan Siti,
    Saya takde alamat penuh beliau dgn saya skrg tapi Puan boleh menghubungi Ina di 016-2886650.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails