Pagi tadi emak Adam mengajak aku membeli sarapan di luar. Malas nak masak sebab tengahari ni ada jemputan ke rumah baru sepupu aku di Nilai. Pada masa yg sama jiran aku jemput kenduri doa selamat nak pergi haji. Bukan satu rumah tapi ada dua rumah buat kenduri haji tengahari dan petang ni.
Isteri aku suka makan nasi lemak yg dijual di tepi jalan dekat sekolah Haizam. Aku rasa biasa aje tapi dia suka. Tak kisahlah aku bab makan ni tak memilih sgt.
Kami bawa Haikal dan Adam bersama. Yang lain masih terbongkang di atas katil- maklumlah hari Sabtu.
Sampai di gerai tu ada seorg lelaki yg menunggang motorsikal dan seorg perempuan yg naik kereta sedang membeli nasi lemak dan kuih muih yg dijual.
"Habislah kuih kasui yg kita nak beli tu diborong org dua tu," kata isteriku separuh cuak.
"Takpe pergi tengok dulu," kataku cuba mententeramkan keadaan (cewah).
Isteri aku pun turun diikuti oleh Haikal. Adam diletakkan di ribaku. Sementara Adam sibuk bermain dgn stereng, wiper, signal dan apa saja yg boleh dicuit dan dipegang olehnya, aku mencapai kamera dan sempat snap gambar ni.
Isteri aku suka makan nasi lemak yg dijual di tepi jalan dekat sekolah Haizam. Aku rasa biasa aje tapi dia suka. Tak kisahlah aku bab makan ni tak memilih sgt.
Kami bawa Haikal dan Adam bersama. Yang lain masih terbongkang di atas katil- maklumlah hari Sabtu.
Sampai di gerai tu ada seorg lelaki yg menunggang motorsikal dan seorg perempuan yg naik kereta sedang membeli nasi lemak dan kuih muih yg dijual.
"Habislah kuih kasui yg kita nak beli tu diborong org dua tu," kata isteriku separuh cuak.
"Takpe pergi tengok dulu," kataku cuba mententeramkan keadaan (cewah).
Isteri aku pun turun diikuti oleh Haikal. Adam diletakkan di ribaku. Sementara Adam sibuk bermain dgn stereng, wiper, signal dan apa saja yg boleh dicuit dan dipegang olehnya, aku mencapai kamera dan sempat snap gambar ni.
Lepas ambil gambar ni, aku pun turun dari kereta. Isteriku telah memasukkan kuih2 ke dalam plastik dan meminta 4 bungkus nasi lemak. Sambil penjual tu membungkus nasi lemak, isteri aku bertanya di mana dia tinggal. Suami penjual tu yg jawab. Mereka tinggal di pangsapuri navy. Oh kerja TLDM rupanya. Rajin cari pendapatan tambahan. Isterinya memberitahu kami yg pelanggan mereka ada yg datang dari jauh spt Ulu Klang, Keramat dan Taman Melawati.
Itulah kalau berusaha. Hanya dgn dua buah meja empat segi dan sekaki payung dah boleh cari rezeki.
Oklah aku nak pergi Nilai dah ni.
Itulah kalau berusaha. Hanya dgn dua buah meja empat segi dan sekaki payung dah boleh cari rezeki.
Oklah aku nak pergi Nilai dah ni.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekat mana gerai ni yb
ReplyDeleteAisey mannnn...tersalah rumah tadi!
ReplyDeleteSalam YB, tu dekat S'wangsa ker?
ReplyDeletetak sempat nak pergi...
ReplyDeletekalau tidak dapat makan nasi lemak free huhuhu
rumah baru ya.... ada gaya gaya klasik sikit hehe
ReplyDelete..haha..tang sini tanya si siddiq..dulu time sekolah, dah masuk ,sanggup keluar balik gi beli kat sini..
ReplyDeletedah lama dah dia bukak..dalam 4-5 tahun jugak..
p/s: siddiq siap belika utk pakcik mat, jaga sekolah kitorang dulu..dpt la upah seposen dua haha..
bestnye kenangan..
Salam YB....
ReplyDeleteNasik lemak?? Aku dah kurang makan la skrg ni.....
:)
rabu depan aku nak gi cari. kat mana ni bang?
ReplyDeleteBuuurrrrppp...
ReplyDeleteAlhamdulillah....kenyang lagi makan sarapan 'nasi punten' dengan sambal udang pagi tadi...bagi orang macam ckLah ni, pagi cutilah baru dapat buat sarapan sendiri...hari lain....belasah kat kantin sekolah je!
Tau ke 'nasi punten' tu apa?
ReplyDeleteOrang asyik makan biryani kambing je...manalah taukan! Ha..ha..
Daun Bidara,
ReplyDeleteKat Bukit Setiawangsa.
ckLah,
ReplyDeleteawak ingat rumah sapa tadi?
Marina,
Wsalam.
Haah. Kat S'wangsa berhampiran dgn SMK S'wangsa.
Awak duduk kat situ ke?
NL,
lain kali kalau kita jumpa bolehlah makan nasi lemak tu.Tapi sebelah pagi aje tau. Kalau siang kena pergi nasi lemak antarabangsa hehehe
zino,
ReplyDeleteBlogger2 veteran mcm kita ni kenalah pilih yg klasik ngeh3x
zaren,
oh dah lama mereka berniaga kat situ ya. Kami baru aje beli dari mereka kebelakangan ini.
Sanggup Siddiq keluar dari sekolah semata2 nak beli kat gerai tu. Nape Hazwan dan pengawas lain tak tangkap? Ini mesti ada kong kali kong ngeh3x
Zyma,
ReplyDeleteeloklah kalau ko kurangkan makan nasi lemak sbb kesihatan.
Aku tentang makan takde pantang. Janji halal, baik dan sedap aku sapu.
tijah,
tak jauh dari tempat kita dating tu. Ko pergi ke setiawangsa. Kat Petronas tu ko terus sampai simpang nak ke SMK. Ko nampak dia betul2 lepas jambatan merentangi DUKE. Ko kena u turn patah balik. Kalau ko nak pergi ko roger aku. Aku boleh tolong tunjukkan.
ckLah,
ReplyDeletesedap agaknya nasi punten awak tu. Takde nak ajak saya makan ke? hehehe
Ialah org kerja. Kalau cuti aje ada masa nak buat sarapan. Tapi ada juga yg hari cuti nak makan kat luar bersama pasangan atau keluarga. Akhirnya dapur jarang berasap ngeh3x
ckLah lagi,
Emak Adam tahu nasi punten tu. Org tempat saya tak panggil nasi punten. Bukankah kita dari suku yg berlainan ngeee
nasi lemak mengandungi lemak dan kalori yang tinggi.
ReplyDeletesekian, terima kasih
yang benar,
manusia yg kononnya sdg berdiet..
tapi???
hihihi..
klu ada nasi lemak dpn mata, aku baluuuunnnn je
bila nak belanja nasi lemak??
ReplyDelete.
.
errr??
hikkkssssss....
tggu ai abis diet ya bang :P
kts,
ReplyDeletewah lambat ko tido malam ni? Terkenang org jauh ke? hehehe
Aku selalu memerlukan kalori yg tinggi tu sbb aku kerja mcm buruh kontrak huhuhu
Adakah ko suka nasi lemak sama seperti ko menyukai donut?
buleh buleh....
ReplyDeletekat mana ajer janji dapat makan freee huhuhuhu
kts,
ReplyDeletetakde masalah aku nak belanja ko. Tapi diet ko ni bila nak habis? Bila aku ajak keluar aje mulalah ko berdiet huhuhu
nyampas
NL,
ReplyDeleteeh ko pun belum tido!
ok nanti ko roger aku bila ko free.
errr??
ReplyDeleteorg jauh??
syyyhhhhhhhhhhhhhhh...
rahsia
.
.
.
donut tak boleh disamakan dgn nasi lemak.... dia ttp no.1 di hati..
ai luv u........ donut :D
hikkksssss..
.
.
nak donut!!!!
huhuhu
kts lagi,
ReplyDeletemcm siti dulu2 tu ke? Biarlah rahsia tapi semua org tahu ngeh3x
ai luv u too ....... donut hehehe
minggu depan kita pergi makan donut. Ko punya pasal aku belanja.
whoaaa biar betul KTS tu hahahaa
ReplyDeletehari ini ahad takpayah tidur huhuhuu.. esok buleh tidur lagi.....
hoi...tidor...tidor.....dah dinihari ni....embun dah menitik tu!
ReplyDeleteaik CkLah pun tak tidur lagi huhuhuu
ReplyDeleteramai yang nak jadi batman nampaknya hehee
NL,
ReplyDeleteBetullah kts tu. Dia sedang melayan perasaan mlm tadi. Sampai nak Subuh baru tidur hehehe
Ini tak tahu pukul berapa nak bangun.
ckLah,
laaa awak pun tidur lambat jugak. Oh bertahajud gamaknya....
NL lagi,
ckLah bukan nak jadi batman tapi catwoman ngeh3x
Patutlah ckLah tersedak cekodok durian pagi ni...
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeletesampai tersedak cekodok? kesiannya...
Betul ker Tijah tu nak beli nasi lemak kat Swangsa?? He he he dari S'ban tuh..
ReplyDeleteUmah saya kat Masjid Muaz bin Jabal, S'wangsa, ker masjid tak sampai 7 mins walk.
Oh, umah YB kat Bkt S'wangsa kot..cantik view dr atas bukit tuh..
kami kan sama-sama pengawas yg terslaah guna kuasa sikiiiiiit je..
ReplyDeletehazwan tak tangkap sebabnya, dia pun sama jugak hehe..
klu rajin, rezeki menghampiri :)
ReplyDeleteagak memberbahaya kedudukan gerai ni kan. bukan di bahu jalan dah ni, ni dah kira hampir dengan leher jalan dah ni.hihi..
ReplyDeleterezki ade dimana2...
ReplyDeleteMarina,
ReplyDeleteTijah tu hampir setiap minggu dtg KL terutama hari Rabu kerana dia ada urusan bisnes di sini. Saya tak heran kalau dia dtg nak makan nasi lemak tu. Awak nak join sekali ke? Kita boleh jumpa kat foodcourt depan SK Setiawangsa. Kat gerai roti canai tu hehehe
Awak duduk kat S'wangsa rupanya. Jiranlah kita ni walaupun saya tak duduk taman tu. Saya ni org bawahan - bawah dari taman s'wangsa tu.
zaren,
ReplyDeleteini dah boleh dikategorikan pengawas yg terlampau hehehe
Bila dah kerja esok jgn pulak salah guna kuasa taw.
mak su,
betul tu. Kita kena berusaha menambah rezeki dgn apa cara sekalipun asalkan halal.
Penyubiru,
ReplyDeleteMmg bahaya kerana dekat betul dgn jalan. Nasib baik kebanyakan pengguna jalan di situ dah tahu kehadiran gerai tu. Nak letak kereta pun susah sbb tak ada kawasan bahu.
~O~,
Siapa sangka tempat mcm tu boleh jadi tempat menambah rezeki bagi pasangan ni.
ermmm kesian CkLah tersedak tercekik... huhuhu
ReplyDeleteNL,
ReplyDeleteRasanya dah ok ckLah tu. Tersedak terkejut sikit tu. Pak Zahan kan ada nak bagi CPR hehehe