Friday, November 6, 2009

Ini Ajelah yg Sempat

Aku mmg berniat nak sambung citer balik dari rumah pengantin di Kapar tu. Tapi belum sempat kerana dihimpit waktu. Sekejap lagi ini pun aku nak ke Klang ada pertemuan dgn pegawai MPK.

Dua hari lepas aku ada perbincangan dgn rakan2 kongsi aku. Semuanya bukan Melayu tapi kira pakar dlm bidang masing2. Kami nak mulakan satu perniagaan baru. Nantilah kalau dah mula dan berjalan lancar aku cuba ceritakan supaya menjadi pendorong kpd yg ingin belajar.

Tapi dua perkara yg aku tertarik dlm perbincangan tersebut ialah mcmana nak meletakkan perniagaan kami ni (how to position ourselves) dari segi barangan yg ditawarkan, kualiti, penjenamaan dan harga.

1) Kalau kualiti tinggi dan jenama dah terkenal, walau mahalpun masih ada yg sanggup membelinya.

2) Macamana murah kita jual barang kita kerana kos pengeluaran yg kompetitif, dan sebagainya mesti ada org lain yg boleh jual lebih murah.

Fikir2kan lah.

33 comments:

  1. wah. aku kena byk blajar dr ko ni bang...

    ReplyDelete
  2. hmm teringat zaman belajar kat u dulu, ngeh ngeh ngeh.. subjek marketing tu, market positioning..

    ReplyDelete
  3. tengok keadaan dan kawasan. kalau kawasan pelancongan...barang murah pun jadi mahal.

    ReplyDelete
  4. 4 p's of marketing ini den hafal masa memuda dulu.. price,product,place and promotion

    ReplyDelete
  5. dunia perniagaan memang menarik tapi kena btol caranya...baru boleh berjya dunia akhirat..

    sy minat nak blaja

    ReplyDelete
  6. sha pon cakap mende yang sama arinieh...tp kadang2 kita kena fikirkan duit dulu utk awal2 tuh. sebab...yang paling penting ialah modal.

    macam daun bidara cakap, 4Ps nieh blaja utk marketing dulu. tak silap sha sekarang dah tambah lagi satu - 5Ps. nanti sha bukak buku balik utk YB ye!

    Subjek nieh menarik...tp YB kena support dengan pengetahun tentang consumer behaviour - kelakuan pengguna.

    Yang penting, apa pun buat kerana Allah. InsyaAllah berjaya:)

    ReplyDelete
  7. salam YB..

    bab2 jual beli secara besar2an ni ummi , kalah terus , ummi bkn org otk bisnes ..
    apa2 pun semoga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  8. ada bisnes baru bakal menyusul ye. mungkinkah nak ambik pekerja lagi? jgn lupa offer saya, jadi PA pun buleh,kekekekke.

    ReplyDelete
  9. Tijah,
    aku pun baru nak belajar huhuhu

    Tijah lagi,
    Yes first time you are first. Tahniah!

    psst - aku dpt mesej ko masa aku tengah drive nak ke Klang pagi tadi. Sorry to sempat balas sbb aku sangkut dgn MPK dan JKR.

    Sampai masjid pun bilal dah azan huhuhu

    Tijah lagila,
    ai like bila ko giler kuasa hehehe

    ReplyDelete
  10. Che' Pit,
    Untunglah awak boleh praktikkan apa yg dipelajari masa di U kalau awak nak berniaga. Saya ambik engineering. Sempatlah terlibat buat pelantar2 minyak dan gas di laut dan stesen minyak di darat.

    Skrg nak berniaga ni kena belajar ilmu baru ngeh3x

    ReplyDelete
  11. ONE ZABA,
    Mungkinlah pasal tu atas gunung tempat ko tu barang mahal ngee

    Daun Bidara,
    Salam kenal.

    Eko terer hafal benda tu. Den tak tahu sbb tak belajar.

    Place kami di alam maya. Nanti kalau dah siap website, saya buat promosi

    ReplyDelete
  12. ~O~,
    Dunia perniagaan ni menarik kalau dpt untung. Tapi cabarannya pun besar dah kena tabah dan rajin berusaha.

    Niat aku menceburi bidang ini nak laksanakan fardhu kifayah bagi pihak org2 Islam. Kebanyakan yg di bidang ini org bukan Islam.

    Kalian tolong doakan aku berjaya ya.

    ReplyDelete
  13. sha,
    nampaknya bolehlah saya belajar dari sha bab2 bisnes ni.

    nanti kalau dah jumpa P yg ke5 bagi tahu ya.

    walaupun saya belum terer bab marketing ini tapi salah seorg rakan kami mempunyai pengalaman luas dlm bidang ini. Dia jg arif tentang consumer behaviour. Harap dia boleh menampung kekurangan saya.

    Betul kata sha. Niat kita mestilah kerana Allah.

    ReplyDelete
  14. ummi humaira,
    wsalam.

    Lain org lain kelebihannya. Mungkin ummi tak terer bisnes besar tapi terer bab lain. Kita hidup ini saling lengkap melengkapi dan tolong menolong.

    Terima kasih di atas doa ummi. Ia akan menjadi pembakar semangat utk saya berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  15. juliet,
    insyaAllah sebelum hujung tahun ni kami cadang bisnes ni akan bermula. Mmg nak cari ramai pekerja kalau jadi tapi ko nak jadi PA aje.

    Ko punya pasal aku boleh pertimbangkan. Sila hantar CV ko ke emel aku. Aku serius ini kalau ko nak mohon.

    ReplyDelete
  16. nampaknya yb kena market dan promote giler2 utk mengeducate public.

    ReplyDelete
  17. Mak Su,
    kami sedang mengatur strategi dan range of product. Setakat ini dah lebih 1000.

    ReplyDelete
  18. Salam YB....

    Wahhhh,semakin maju ko,YB.
    Aku doakan yg terbaik utk ko dan seluruh staff ko.
    All the best!!!!

    :)

    ReplyDelete
  19. saya nak belajar!!
    saya nak belajar!!

    .
    .
    .



    belajar apa ek??


    hikhikhik

    ReplyDelete
  20. ooooooooooooooooo.....

    patutlah ai suka pki brg berjenama... skrg dah tau kenapa... :D

    .
    .
    .

    .
    .

    kasut cap gombak pun kira berjenama gak kan...


    hikkssssss

    ReplyDelete
  21. k... cuba jadi org terakhir komen...

    .
    .
    .








    jgn sesape berani komen lagi!!!!!!

    hihihi

    ReplyDelete
  22. Errr.....ckLah tak berani nak komen dah!!!!! Hi..hi

    ReplyDelete
  23. eh, saya tak komen lagi rupanya... rasa macam dah hantar komen semalam... har har har har : P:P

    amnesia sekejap...

    ReplyDelete
  24. salam ujung minggu YB, lama tk jengah cni... hampir aku trlupa kat org yg suka nyakat aku... huhuhu!

    tak balik TK ke? ko nk sgt singgah umah aku kn, nnt aku jemput ko majlis kawen adik aku ye... bln 12

    ReplyDelete
  25. Zyma,
    Wsalam.
    Setakat buat project management tak cukup mencabar. Jadi aku cuba ceburi bidang lain. Utk mencari kepuasan dan tunaikan fardhu kifayah. Org kita tak ramai masuk bidang ni. Setakat jadi pembeli ramailah.

    kts,
    ko nak belajar apa? Kalau ko serius aku boleh turunkan ilmu aku yg sikit ni.

    ReplyDelete
  26. kts,
    untuk membina jenama mengambil masa yg panjang. Spt tempat aku kerja dulu. Jenamanya dikenali seluruh dunia. Top 3 brand.

    Kami juga berhasrat membina jenama bertaraf antarabangsa dlm bidang kami. Ko doakan kami berjaya tau.

    kts lagi,
    hasrat ko tak tercapai nampaknya. Bagilah can org lain komen jugak.

    Aku ingat ko nak tido cepat malam tadi sbb nak pergi bercuti hari ni. Selamat bercuti (oppsss masa ko baca ni tentu ko dah balik dari cuti ko)

    ReplyDelete
  27. Ano,
    ckLah sibuk kot hehehe

    syah,
    banyak sgt tidur semalam sampai amnesia? heheeh

    teja,
    ko tu mmg mcm tu. Nyampes.

    Adik ko biasa aje. Aku nak tengok ko kawin lagi wakaka

    Bulan 12 aku nak pergi obesi hehehe

    ReplyDelete
  28. ko mmg... ade je alasan ko nk lari dr aku... mencikkkkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  29. Teja,
    Mana ada aku nak lari dari ko? Ko yg selalu main cak2 dgn aku huhuhu

    ReplyDelete
  30. hmmmmm sempat juga makcik itu bermain cak2 hahahahahahaaa

    hati2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails