Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah (Updated)

Cuti sekolah dah bermula. Ramai ibubapa yg pening kepala nak merancang program utk anak2 sepanjang cuti sebulan setengah ni.

Khutbah Jumaat di masjid Azzariah Seksyen 18, Shah Alam menyentuh tentang cuti sekolah. Banyak saranan yg baik diberikan sehingga khatib veteran itu merangkak2 nak baca sebahagian daripadanya. Aku rasa kebanyakan masjid di Selangor pun menggunakan teks khutbah yg sama. Seperti biasa, ada jemaah yg mendengar khutbah tu dan ada yg tidur. Khusyuk sangat kot.

Masjid Sek 18 Shah Alam. Aku solat Jumaat di sini 2 hari lepas

Cuti ni anak2 aku yg dah ada kat rumah ni buat aktiviti masing2. Belum sempat nak buat aktiviti keluarga tambahan Hazwan sedang melancong dgn rakan2nya ke Pahang dan Terengganu. Musim banjir ni ke sana pulak dia. Harap tak terkandas di sana. Hari ini dia nak balik katanya. Esok aku bercadang nak bawa famili aku pergi makan ikan bakar di Tangling waktu tengahari kerana esok jadual kerja aku agak longgar.

Sementara itu, Haikal dari semalam sibuk nak beli permainan Catur Bistari yg dijual di kepsi. gara2 terpengaruh dgn iklannya. Kerana kesiankan dia yg asyik mendesak merayu aku belikan menggunakan duit raya dia, akhirnya aku pun bawa dia ke kepsi sebentar tadi. Kebetulan aku pun nak ke bank di situ utk masukkan cek surau. Bila sampai di kepsi aku tengok ada pertandingan utk catur bestari ni pada 24/11/09 di situ anjuran kepsi dan Johor Corp. Nak galakkan budak2 belajar berniaga atau menjadi usahawan. Tapi satu set catur tu berharga RM89.90! Mahalnya. Haikal kata takpe sebab dia bawa seratus ringgit. Lantaklah kau. Duit kau. Aku pun tolonglah belikan. Bila sampai rumah dia takut nak bawa benda tu turun dari kereta kerana takut kena marah emaknya. Tadi masa nak beli tak takut, sekarang pulak baru takut. Maka duduklah benda tu dalam kereta aku.

Ini dia rupa kotak permainan catur bistari tu

Sementara tu sesiapa yg nak main benda ni dgn aku silalah roger aku sementara Haikal takut nak turunkannya dari kereta.

Ini petikan dari Berita Harian mengenai catur bistari.

KFC Holdings Bhd (KFCH), Johor Corporation dan Bistari Young Intrapreneurs Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang membenarkan KFCH memasarkan Cilik Bistari di semua restoran KFC di negara ini.

Cilik Bistari adalah permainan Catur Bistari yang dipermudahkan untuk kanak-kanak.

Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata Catur Bistari adalah antara projek kemasyarakatan yang dianjurkan kumpulan bagi membantu pelajar dan belia mengembangkan minat dalam bidang keusahawanan melalui permainan catur.

33 comments:

  1. Susah betul jadi cikgu ni. Asyik cutiiiiiii je...




    Hiks!

    ReplyDelete
  2. salam YB
    main catur ummi tak pandai ,tak mau join tp nk ikut g makan ikan bakar tu . he he he lapar nih

    ReplyDelete
  3. ckLah,
    namanya aje catur bestari tapi tak mcm catur. Lebih mirip macam monopoly hehehe

    ckLah lagi,
    nasib baik emak adam tak jadi cikgu. Kerja dgn suami cuti sepanjang tahun ngeh3x

    ReplyDelete
  4. ummi,
    Wsalam.

    Jom jumpa kat tangling tengahari esok. Ikan bakar kat situ tak perlu berebut mcm kat istana negara dan harganya lebih murah. Rasa sama aje.

    ReplyDelete
  5. psssst, YB jom mlm ni kita main brdua... hehehe

    ReplyDelete
  6. skrg musim ujan la...kena crkann cem indoor xtvt jer. nak pi berkelah sejuk la plak

    ReplyDelete
  7. tak pa la...

    aku ni main dam haji pun asyik kalah ja!!!!

    ReplyDelete
  8. Teja,
    Ko tahu ke main benda ni? Kalau main yg satu lagi tu ko memang terer. Dah ko ajak aku takkan menolak. Jom. Bila nak mula ni? ngeh7x

    ReplyDelete
  9. Tijah,
    Apakata ko bawak cem ke KL bila ko dtg sini minggu depan. Masa ko pergi jumpa klien ko, ko letaklah dia kat rumah aku. Nanti dia boleh tumpang main game baru ni hehehe

    ReplyDelete
  10. ONE ZABA,
    Ini nak mengajar org jadi bisnesman agaknya.

    Ko nak merendah dirilah tu hehehe

    ReplyDelete
  11. lol..buat lawak la haikal ni haha..
    uncle dgn auntie main la dgn dia..baru dia tak takut..

    ReplyDelete
  12. haikal...adeh..sengih sha dalam gelap nieh...

    mmg teks khutbah ada yang sama...sebab tu kami dulu bila nak blaja agama ari jumaat, ustaz suruh cepat2 sebab dia nak kena jemput teks dari pejabat agama. nanti tak dan nak baca khutbah, kata dia.

    kadang kami tau isi khutbah tuh advance sikit:)

    ReplyDelete
  13. zaren,
    Ini bukan lawak zaren. Sure enough. Bila emak dia tahu petang semalam, teruk Haikal kena marah sbb beli permainan yg mahal tu.

    The good thing is lepas tu dia dah berani turunkan catur bistari tu dari kereta dan mula main dgn Haizam hehehe

    ReplyDelete
  14. sha,
    wah lambat tidur malam tadi.
    Kenapa sha baca blog dlm gelap? Takut roommate terjaga ya.

    Kebanyakan masjid skrg kena 'baca' khutbah yg disediakan Jabatan Agama negeri masing2. Ada baiknya dan ada tidak baiknya. Kadang2 isu yg dibangkitkan tak relevan dgn keadaan masyarakat setempat. Saya pernah solat Jumaat di Changkat Berangan, Lenggong dan khutbah tentang ICT. Ramai jemaah terutama yg tua2 tercengang2 tak faham istilah2 yg digunakan.

    Untunglah sha masa dulu sbb tau isi khutbah walaupun tak pergi solat Jumaat hehehe

    ReplyDelete
  15. hahahah..xreti nak main menda alah tue yb..

    ReplyDelete
  16. citer lebih sikit pasal catur bestari tu. apa beza ngan catur lain. umur berapa sesuai main. dan apa-apa yang menarik tentang game tu yang boleh di kongsi

    ReplyDelete
  17. ~O~,
    Aku pun tak reti sbb belum tengok lagi peraturannya hehehe

    ArPeGGiOS,
    Setahu saya utk 9 tahun keatas. Yg lain tu saya tak tahu lagi. Nanti kalau saya dah kaji bolehlah saya kongsikan

    ReplyDelete
  18. aku duk main catur je ni... check mate sana... check mate sini

    ReplyDelete
  19. xiiinam aku setuju sangat, jadi cikgu ni asyik cuti je boring betul la ha ha ha
    Catur bestari macam permainan yang dibuat olet Robert T. Kiyosaki ke?

    ReplyDelete
  20. dah lama tak main chess... asyik main solitaire jek... hihihihih :P :P

    ReplyDelete
  21. Shifu,
    Ko yg check lawan atau ko yg kena checkmate? ngeh3x

    anjang,
    Awak berdua ni nak kasi saya jeles ke?. Takpe. Kerja sendiri lagi best - bila2 boleh cuti tapi sendiri mau ingat. Kalau cuti duit tak masyuk huhuhu.

    Saya belum teliti lagi catur bistari ni tapi mengikut anak saya Afifah yg pernah main permainan ini dia ada beberapa peringkat. Lagi tinggi lagi bnyk 'wang' yg terlibat. Jadi mungkin mcm permainan Robert Kiyosaki tu jugak kot.

    ReplyDelete
  22. syah,
    ooo ko main solitaire masa kerja ya? hehehe

    ReplyDelete
  23. YB, belom cuba belom tau... nk kata terer sgt tk la, setakat tolak depan, kiri-kanan tu tau la... errr, undur leh tk?? hahaha...

    ReplyDelete
  24. kadang-kadang bila otak dah tepu buat kerja, kenala release stress sket... selain merempit dari satu blog ke blog yang lain, main solitaire juga adalah terapi yang berkesan.. hahahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  25. bile uncle free???
    nk ajak main catur bistari nih..

    ReplyDelete
  26. Teja,
    Bila aku boleh cuba kemahiran ko ni? Malam esok boleh tak? Aku jumpa ko kat PD hehehe

    syah,
    pandailah ko. Kalau nampak Encik Bos mesti dia bengang kecualilah kalau dia tengok ko masuk blog aku hehehe

    ReplyDelete
  27. siddiq,
    Uncle selalu free. Tadi sehari tak pergi kerja sebab nak makan ikan bakar. Esok pun tak pergi kerja juga sbb nak makan ikan bakar ngeh3x

    Ingat siddiq nak ikut makan ikan bakar. Rupanya nak ajak main catur bistari. Bagilah uncle terer dulu baru kita boleh main. Peraturannya pun uncle belum baca ngeee

    ReplyDelete
  28. ala..naper haikal tak cakap kat mak kata haikal nak jadik usahawan berjaya satu hari nnt.hehe

    ReplyDelete
  29. sanggup ko nk dtg PD semata2 ajak aku main chess... ke ade ape2 ni YB? kang ade yg ngences kang... hehehe

    ReplyDelete
  30. xpe..kita hentam je main..
    asalkan dapat main..
    hehehe..

    ReplyDelete
  31. penyuk,
    cadangan yg baik tapi dah terlambat. Aku rasa tak tercapai akal si Haikal masa tu nak fikir mcm ko tu huhuhu

    teja,
    Apa pulak tak sanggup janji ko yg jadi lawan aku. Malam ni lepas ko dinner dgn pengarah ko aku tunggu kat lobi ngeh3x

    ReplyDelete
  32. siddiq,
    Tak best kalau hentam aje. Ko dtglah sini buat kajian ko dulu.

    Tapi kalau nak hentam jugak tghari ni ada pertandingan di kepsi setiawangsa. Pergilah masuk hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails