Monday, November 23, 2009

Ikan Bakar

Sebagai sebahagian aktiviti cuti sekolah, kami sekeluarga (kecuali Hazwan yg bercuti ke Pantai Timur bersama rakan2nya) telah pergi makan tengahari di gerai ikan bakar Jalan Tangling dekat kawasan lake garden tengahari tadi. Disebabkan kami bersarapan lewat pagi tadi maka kami keluar makan pun lewat. Aku sempat solat zohor di surau dulu. Bila balik ke rumah anak2 belum sedia. Gedebak gedebuk pukul 2 lebih baru keluar rumah. Makan tengahari apa ke namanya?

Sampai di Tangling lauk dan sayur dah habis. Tak kisahlah asalkan ikan bakar ada lagi. Emak Adam tanya pelayan di situ samada ikan bakar ada lagi dan dia kata ada. Kami pun cari meja kosong kerana semua meja penuh. Ramai lagi yg makan tengahari rupanya dan kebanyakan mereka berlaukkan ikan bakar. Kami dapat satu meja setelah pelanggan sebelum kami berlalu pergi setelah mereka makan. Baru aku nak order air, aku minta isteri aku tanya ikan apa yg ada. Pelayan yg tadinya kata ada ikan memberitahu ikan dah habis!!! huhuhu Kansel air yg dipesan. Kami ke situ nak makan ikan bakar bukan nasi goreng atau mee maggi goreng.

Kami pun ke Istana Negara. Sampai sana gerai tempat selalu aku makan ikan bakar tu dah berhenti membakar ikan. Begitu juga gerai yg di sebelahnya. Sudah kau! Susah payah datang dalam hujan renyai2 hajat tak kesampaian. Anak2 aku dah mula kecewa dan emak Adam pula dah mula pot pet pot pet. Apa tidaknya dah pukul 3 lebih.

Oppps nanti dulu......

Gerai baru (entah bila gerai tu mula beroperasi di situ) yg di sebelah tepi nampak macam masih membakar ikan. Apabila kami amat2i memang betul. Aku pun parkir kereta tak jauh dari situ dan kami pun segera bergegas ke gerai tu. Di situ pun masih ramai juga org yg makan tengahari (org KL ni makan tengahari sampai pukul 3 lebih).
Puteri2ku sempat bergambar di depan gerai ikan bakar

Setelah mengambil tempat masing2, aku pun suruh anak2 aku ke tempat nasi dan tempat membakar ikan. Di sini layan diri. Atikah dan Afifah tak pernah makan di sini dan tak tahu kita kena ambil nasi dan ikan sendiri.

Aku ambil ikan pari dan kembung. Haikal nak ikan keli tapi dah habis. Abang yg membakar ikan tu tawarkan kami sotong dan setelah bertanya dgn anak2 aku, aku kata ok kat abang tu. Dia pun bakar sotong yg agak besar. Harganya tentu juga besar. Tak kisahlah kira kami ini macam pelanconglah.

Sebelum kami mula makan aku suruh Afifah ambil gambar dulu. Ini yg sempat dirakamkannya:

Ikan pari

Ikan kembung

Dan sotong. Sebahagian besarnya telah difaraid oleh anak2ku sebelum sempat gambarnya diambil hehehe

Mungkin kerana dah agak lama tak makan ikan bakar atau mungkin sebab dah lapar, anak2 aku (dan aku juga) begitu berselera menikmati ikan dan sotong bakar sehingga licin kami kerjakan. Memandangkan sambutan yg hangat ini, kami bercadang akan ke Tangling lagi esok utk merasa ikan bakar di sana pula. Emak Adam kata ikan di Tangling nampak lebih menyelerakan! Kepada sesiapa yang teringin nak makan ikan bakar, jom ke Tangling esok.

36 comments:

  1. Aku dah nak tido dah....tapi sempat buat lawatan malam...sebenarnya aku baru balik dari Mersing & Kluang - ada urusan rasmi sambil melancong! ngeh3x.....bila dah ke sana, makan tak hingat donia! tau2 la di Mersing tu sinonim ngan Trengganu...habis kita orang pukul habis!

    ReplyDelete
  2. yg ni aku geleng kepala sebab aku tak makan ikan.huhu

    ReplyDelete
  3. sonata,
    wsalam. Tahniahlah dpt jugak ko jadi johan! Kalau ko dpt jadi johan 3 kali berturut aku cadang nak bagi ko hadiah ngeh3x

    sonata lagi,
    Terima kasihlah singgah sini walaupun ko penat balik dari travel.
    Mcm dirancang aje bunyinya urusan rasmi di Kluang dan Mersing hehehe
    Tentu makanan laut di Mersing lagi best dari ikan bakar kat istana negara tu. Bilalah aku nak sampai Mersing lagi huhuhu

    ReplyDelete
  4. Penyuk,
    Ko kena kuat disiplin utk sentiasa geleng kepala bukan setakat ikan aje. Kepsi, pizza, steak, satay dan semua yg sedap2lah ko kena geleng kepala kalau ko tak nak masuk kategori yg ditakuti tu hehehe

    psst - betul ke org ganu mcm ko ni tak makang ikang?

    ReplyDelete
  5. oho..kat tanglin..

    nasi lemak kat situ pun sedap..
    tapi rasanya yg kat pasar seni lagi best...
    bolehla uncle cuba..

    ReplyDelete
  6. zaren,
    Nasi lemak kat Tangling bagi uncle taklah sedap sgt tapi femes.

    Nasi lemak kat pasar seni belum pernah cuba. Nantilah uncle try. Terima kasih kerana memberitahu. Nanti uncle suruh tauke nasi lemak tu belanja zaren kerana buat promosi hehehe

    ReplyDelete
  7. memang kena makan ikan bakar kat kedai sekarang. maklumlah musim tengkujuh (tp inipon alasan nak naik harga jugak!)

    sha suka bakar di rumah...tp musim ujan nieh bakar kat kedai jelah.

    sotong mmg best!!!

    dan sha rasa sha perlu try kat tpt YB cakap nieh:)

    ReplyDelete
  8. Salam YB....

    Huhhhh,sedap la ikan bakar tu.
    Freshhh je aku nengok.

    ;)

    ReplyDelete
  9. waaa.. encik penyuk x mkn ikan???? pehal??? sian kat kengkawan ker?

    er... kalau ikut aku la... ikan kembungjer la layak aku telan.. tp kalau ada ubat.. aku belasah semua jer

    ReplyDelete
  10. sotong bakar? yummyy my feveret tu.. aritu ke sabah tak sempat nak makan kat area filipino market tu.. diorg kata byk sotong bakar..

    hmm patutler mcm kenal tempat tu.. hehe tempat biasa kalau kawan2 masa keje bank dulu nak belanja makan especially masa bonus time, yuhuuu..

    ReplyDelete
  11. sha,
    Musim tengkujuh ni ikan mmg mahal. Tapi kalau dah nak makan apa kira kan?

    Kalau sha bakar ikan kat rumah lain kali jemputlah saya. Saya boleh tolong kipas dan tolong makan hehehe

    Sotong best. Itu yg licin dulu semalam.

    Hari ni kami nak try yg di Tangling pulak. Kalau rajin saya buat n3. Lepas tu sha bolehlah pergi kedua2 tempat ni.

    ReplyDelete
  12. Zyma,
    Wsalam.

    Tak lawan ikan yg baru naik kat Kuala Kedah. Tapi tetap sedap hehehe

    psst - dah lama aku tak makan ikan bakar di Alor Setar huhuhu
    Nanti ko belanja aku eh hehehe

    ReplyDelete
  13. zonaku,
    penyuk takut hidupan laut pupus mcm spesis dia tu ngeh3x

    Nape ikan kembung aje yg ko boleh makan? Setahu aku ikan kembung ini gatal.
    Apa jadi kalau ko makan ikan2 lain tu eh?

    ReplyDelete
  14. Che' Pit,
    Sotong tinggi kolesterol. Ayat nak takutkan org supaya tak makan sotong hehehe
    Awak pun suka sotong ya.

    Setahu saya di pasar filipino kat KK tu mereka jual sotong kering dari Filipina. Dibakar dan diketuk2 kemudian cicah sos/sambal. Pergh. Kalau nak beli yg belum masak pun kira murah jika dibandingkan dgn di KL.

    Ikan bakar istana ni jadi port awak jugak dulu ya. Harga mahal sbb femes dan sediakan resit bagi yg nak claim dari sykt!

    ReplyDelete
  15. pB,
    alaa cian awak kerja. Kalau tak boleh ikut kami pergi makan ikan bakar kat Tangling pulak hari ni hehehe

    ReplyDelete
  16. best tue ikan bakar...my feberet...

    ReplyDelete
  17. bau ikan bakar buleh membuka selera tambah lagi di musim hujan gini.

    ReplyDelete
  18. sesungguhnya sotong bakar adalah sangat sedap... tapi saya paling suka ikan segar yang dibakar... tak kiralaa ikan apapun, kalau segar, memang sangat sedap... ahhh~~ dah lama tak bakar ikan belakang rumah sejak musim hujan nih... hmmm...

    ReplyDelete
  19. juliet,
    jom ikut kami makan ikan bakar tghari ni. Ko ajaklah kawan baik kita yg sorang tu hehehe

    syah,
    saya setuju sotong mmg sedap. Ditambah makan dgn mereka yg tersayang hehehe

    Incik Firdaus kan masih memancing walaupun di musim hujan ni. Bolehlah panggang hasil tangkapannya lepas ni kalau tak hujan.

    psst - bagi aku kamben panggang yg paling best ngeee

    ReplyDelete
  20. pasar seni best skit..

    ala uncle blanje la skali..

    p/s: tambah rangka ayam sekali ngeh3

    ReplyDelete
  21. zaren,
    ok bila2 free lain kali kita pergi sana naik LRT.

    Eh kat CM ada rangka ayam ke? hehehe

    ReplyDelete
  22. kena sampaikan hajat gak tu.... lepas ni kuar rumah pagi2... tunggu kedai tu start bakar bara api je.. terus oder

    errr.... menu kami hari ni...

    patin masak asam tempoyak dan pekasam sepat goreng

    ReplyDelete
  23. pergh terliur lak baca pasal sotong kat filipino market tu.. nape lah x sempat nak g mlm tu..

    dgn harapan kat sandakan ada byk org jual sotong bakar.. (org KK gak yg kata)

    g lah tempat yang katanya femes dgn ikan bakar, sim sim nama tempat tu, tapi hampa, huhuhu..

    ReplyDelete
  24. Aiseyman hari ni lambat sampai d sini..flight delay laaa..

    Tajuk ape ni..ikan bakar eh..hmmm..sehari dua ni..nampak gayanya di KB x nbole buat ikan bakar..arang basah!! ujan manjang!! hikkss..sorry la YB melalut plak Sally nih..

    ReplyDelete
  25. wow sedapnya juadah tersebut, teruja rasa nak makan

    ReplyDelete
  26. Shifu,
    Cadangan yg bernas tu tapi siang tadi tak jadi lagi ke situ. Kami pergi time square pulak tukar selera hehehe

    Sedap menu ko siang tadi. lain kali bolehlah minta mem besar masakkan utk kami kalau kami ke Kelantan ngeh3x

    ReplyDelete
  27. Che' Pit,
    Awak pergi Sim Sim tak jumpa ikan bakar? Salah gerai kot. Dulu situ mmg banyak tempat jual ikan bakar tapi lepas tempat tu terbakar mungkin gerai2 tu dah tutup atau pindah.

    Kalau ada rezeki lain kali bila ke Sabah boleh cari lagi. Udang pun murah kat sana.

    ReplyDelete
  28. tchersally,
    Flight delay takpe jangan kansel terus ngeh3x

    Saya pun lambat balas sbb baru habis bincang tentang kerja sampai pukul 12 lebih tadi.

    Kalau nak bakar ikan kat KB skrg kenalah beli arang yg baru - yg belum kena hujan hehehe

    ReplyDelete
  29. anjang,
    Mmg sedap ikan bakar tu terutama dimakan masa panas2.

    Seronok saya tengok anak2 berebut ketika makan hehehe

    ReplyDelete
  30. woahh! memang menyelerakan. dapat plaks nasik panas...wow!

    ReplyDelete
  31. ada jumpa ikan bakar, tapi cuma 2,3 jenis jer.. tu pun jenis yg sy tak makan, haha.. sy ikan ni yang tertentu je sy makan.. lagipun mmg anak jati sandakan sdri yg bawa ke sana, for sure dia tahu tempat tu.. hmm dah xde rezeki, huhu..

    entah bila lah dpt g sana lagi.. ni pun sbb ada keje, nak g sdri mmg payah le gamak nyer, haha..

    ReplyDelete
  32. Mak Su,
    Hari tu mmg menyelerakan: ikan bakar panas, nasi panas hujan renyai2 hehehe

    Che'Pit,
    Kesiannya awak. Mmg belum rezekilah tu. Semoga awak dpt ke sana lagi. Di Semporna dan Tawau pun makanan lautnya murah dan fresh.

    ArPeGGiOS,
    Tangling tu kat kawasan Tasik Perdana, KL. Kalau ko dtg dr bank negara menuju ke Parlimen ko akan berjumpa simpang dgn traffic light. Kalau ke kanan ke Tugu Negara dan ke kiri ke tempat ni. Lepas ko belok kiri dlm 100m ko jumpa simpang ke kiri. Itu Jalan Tangling. Ko terus lagi sampai nampak gate nak masuk ke Polis Bukit Aman. Jgn masuk ke situ. Ko belok ke kanan dekat masjid tu. Bila sampai simpang 3, ko belok kiri sehingga nampak bangunan klinik kerajaan Tangling. Tempat makan tu berhadapan dgn klinik tu. Atas bukit sikit dan ada banyak parking.

    Aku harap jelaslah penerangan aku ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails