Monday, October 19, 2009

Maafkan Aku

Memang niatku hendak berhenti berblog. Tetapi ramai pulak rakan2 yg menyarankan jangan berhenti (huhuhu aku terharu). Kebanyakannya memberi komen demikian di n3 aku yg sebelum ini tapi ada juga yg sms, telefon atau bercakap sendiri dgn aku. Ada juga yg bertanya melalui anak aku. Takkan ini nak jadi alasan tak jadi berhenti kot? Macam gedik aje aku ni hehehe. Hakikatnya aku rindu kpd rakan2 blogger sekalian (ini lagilah gedik bunyinya tapi lantaklah).

Setelah difikir2kan, mungkin aku akan teruskan walaupun tak sekerap dulu. n3 aku pun mungkin pendek2 (boleh percaya ke?) seperti yg disarankan oleh beberapa org rakan.

Takkan nak citer yg di atas tu aje untuk n3 ni. Jadi aku nak citer pasal jambu air.

Semalam kami balik kampung emak Adam kerana abang sesusuan isteriku (ya betul dia menyusu dgn ibu mertuaku masa kecik) mengadakan majlis walimah utk anak sulung beliau. Sebelum pulang ke KL ibu mertuaku sibuk menyuruh kami memetik buah jambu air yg ditanamnya di tepi bilik air di tepi rumah. Dia kata dah berplastik2 (maksud dia beg plastiklah tu) dia petik dan beri kepada anak2nya yg lain (ipar2 akulah) dan jiran. Sudah tentu yg dia petik tu yg rendah2 yg tercapai oleh akal tangannya. Yang tinggal yg tinggi2. Nak kait takut jatuh masuk parit yg betul2 sebelah pokok jambu itu. Air yg mengalir di parit itu pulak air kumbahan dari bilik air. Mungkin ini yg menyebabkan pokok jambu air tu subur!

Sedang aku membuang air kecik di bilik air itu aku dengar riuh rendah suara ibu mertua aku dan emak Adam. Rupanya isteri aku memanjat pokok jambu air tu dan telah memetik buah2 yg bergayutan. Kalau pakai seluar takpe juga - ini pakai baju kurung yg dipakai ke rumah pengantin. Apalagi aku pun ambil gambar dia yg siap membawa beg plastik di tangan kirinya. Maaf aku tak boleh siarkan gambar tu kerana dia tak pakai tudung masa memanjat tu. Dia kata boleh tunjukkan kpd cucu2 kami satu hari nanti macamana nenek mereka panjat pokok.

Aku pesan kpd isteri aku baik2 panjat tu takut dahan nanti patah tapi dgn bangganya dia kata masa anak dara dia biasa panjat pokok yg lebih tinggi.

"Itu 40kg dulu!," kata aku.

"Eh baik sikit ya. Saya taklah seberat tu sekarang," katanya cuba memberitahu aku bahwa dia dulu dan sekarang tak lah 'gebu' sangat.

Setelah penuh beg plastik yg di tangan aku pun suruh dia turun walaupun ibu mertuaku menghulur bag plastik yg baru.

"Petik lagi tu, nanti takde siapa nak makan," kata ibu mertuaku kpd anak perempuannya yg masih di atas pokok tu.

"Ish emak dia ni nak suruh kami meniaga jambu kat depan rumah kami ke," bisik hatiku.

"Cukuplah tu mak. Nanti sapa pulak nak makan kalau budak2 tu dah balik universiti dan asrama masing2 esok," kataku.

Yang sebenarnya kami nak kejar masa balik KL sebab ada jemputan rumah terbuka di Batu Caves. Eh ni rumah org Melayu tau bukan Deepavali open house.

Ini antara jambu air yg dipetik oleh emak Adam semalam

38 comments:

  1. ceh~~tak tahan lama hahaha :D saya pulak malu tak update2 blog tu. dah naik berkulat, berhabuk dan bersarang labah2!
    anyway, welcome back :)

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Kena masuk pusat serentilah ni kalau nak berhenti terus huhuhu

    ReplyDelete
  3. err...jambu mawar laa YB...

    sorry semalam tak reply sms YB... phone saya kehabisan kredt... Dah jam 2pagi baru top up... kang kalu reply time tu kang emak adam marah plak... har har har har har :P :P :P

    ReplyDelete
  4. abang yb leh censor part kepala x pakai tudung teww.. tunjuk tapak kaki jerr.. ekeke

    ReplyDelete
  5. aku agak dah..tak lama punya la!!!

    ReplyDelete
  6. heheheheh.. ngadesss tau...!!

    errr.. aku nek moto pon takut... gayat.. panjat pokok?? nehiiiiiiiii!!!

    ReplyDelete
  7. terer btol mak adam ek..hehehehe..

    ReplyDelete
  8. syah,
    ooo jambu mawar ke? Aku bantai semua jambu bentuk mcm tu jambu air as oppose to jambu batu hehehe

    Takde emak adam nak marahnya. Dia kenal ko dan dia pun tahu Jard jemput kitaorg sekali. Apasal muka ko kat open house Jard tak keluar kat n3 dia arini?

    en_me,
    Takyah censorlah. Utk tatapan keluarga aje hehehe

    ONE ZABA,
    mcm org nak berhenti merokok tu ke? hehehe

    ReplyDelete
  9. Masa kecik-kecik dulu, pandai la panjat pokok...Tapi kalau skrg ni nak panjat...Gayat rasanya. Takut dahan tu yg patah coz tak dapat menampung berat :)

    ReplyDelete
  10. hip hip horrey..
    kem salam kat jambu ek YB..
    teruskan lah..

    ReplyDelete
  11. cik konfius,
    bukan ngadesss lah. Adakalanya aku juga keliru mcm ko ngeh3x

    Nasiblah ko tak kerja buat bangunan tinggi atau di pelantar minyak mcm aku ni.

    ~O~,
    org kampung ini ramai yg lasak hikks

    ReplyDelete
  12. Na Shari,
    Itu yg saya takut dahan jambu tu patah smlm.

    Mesti KM dah berat jika dibandingkan dgn dulu ngeh3x. Naik tu ok cuma nak turun tu susah sikit kan hehehe

    Rozita,
    Terima kasih memberi semangat. Ini juga yg buat saya takut tak dpt memenuhi harapan kawan2.

    Jemputlah singgah rumah. Jambu tu banyak lagi - belum sempat makan malam tadi. Boleh kita sama2 makan. Anak2 pun separuh dah balik tempat mereka belajar.

    ReplyDelete
  13. eh heh heh

    walau apapun yb, selamat berblog semula :)

    ReplyDelete
  14. bab bab tutup blog ni memang isu sensitif...hehhe hehhe

    btw, teruskan berkarya abg YB...tulis dan layan ajer takat mana yang mampu...

    tiada paksaan dalam dunia blog nih...ianya lebih kepada kepuasan diri :)

    ReplyDelete
  15. yb..best tu kalau cicah kicap+ciliapi...

    ReplyDelete
  16. cayalah is3 YB..buleh panjat pokok tu..kirim salam tabik spring toink2 kat beliau...

    hahaha

    ReplyDelete
  17. berkesan jugak pujukan aku (dgn nada perasan)... sbb ko tk jadi tutup blog, next week aku blanje ko mkn kat restoran terapung shah alam ye

    ReplyDelete
  18. Yb nak berenti berblog? Ini serius.

    Hendak gugur gugurlah nangka
    Jgn terkena ranting pauh
    Hendak tidur tidurlah mata
    Jgn terkenang orang yg jauh...

    Kak Lina, jambu air tu sedap cicah ngan kicap,letak cili api,pehhh, berasap telinga. Kot saya lalu dpn umah sok bagilah sebiji dua,hehehe.

    ReplyDelete
  19. Juliet...
    Kau jangan terpedaya....keh..keh...

    ReplyDelete
  20. ckLah,
    Juliet tu budak baik. Takkan saya nak perdayakan dia. ngeh 77x

    ReplyDelete
  21. Mak Su,
    Betul ke org cakap "once a blogger always a blogger"? huhuhu

    oh tidaaaaaaakkkk

    13may,
    abg tabiklah mcmana ko boleh layan pengikut ko yg beribu2 lemon tu. Abg ni baru berapa kerat dah tak terlayan huhuhu

    suhaila,
    dengar aje pun tak terliur ni. Ptg ni nak minta emak adam buatkan cicah tu hehehe

    ReplyDelete
  22. DJ ckLah,
    Ingat dah tutup siaran radio tu? Terima kasihlah menujukan lagu tu kpd pokcik hehehe

    citahrudin,
    Org Tg Karang ramai yg pandai panjat pokok sbb pokok kat sana rendah2. Apa taknya, pokoknya pokok padi wakaka

    psst - ko boleh panjat pokok tak? aku nak mintak tolong panjatkan pokok sukun kat kg tu hehehe

    Teja,
    Mahunya tak berkesan! Ko siap nangis guling2. Aku mmg tak sampai hati tengok org buat mcm tu hehehe

    Hari apa ko nak belanja tu? Tapi ko jgn pulak ikat aku dgn tali lepas tu campak aku ke dlm tasik. Nanti aku lemas huhuhu

    ReplyDelete
  23. juliet,
    Kalau ko baca 2 n3 sebelum ni mmg niat nak berhenti tapi pagi tadi aku tak tahan ..... huhuhu

    Buat apa dikenang org yg jauh kalau yg dekat ni ada hehehe

    Oh ya. Emak mertua aku ada bawakan cili api satu bekas plastik yg bulat tu. Kicap kat rumah aku mmg ada berbotol. Jambu tu masih banyak lagi. Apa lagi jemputlah singgah. Ko boleh dtg sorang atau dgn kawan baik ko tu. Aku serius ni.

    ReplyDelete
  24. YB,

    tiba2 dapat inspirasi utk posting blog lepas nieh. lama tak tgk buah jambu nieh. maybe sha pon rasa macam nak menulis pasal jambu!

    terima kasih ye!

    teruskanlah berblog (ayat memujuk)

    ReplyDelete
  25. waaa..."pendek"nye entry YB kali nih...
    dah tak merajuk yea...
    hehehe

    ReplyDelete
  26. Salam YB.....

    See, see......I told ya already. You couldn`t leave w/out "Yunus Badawi". Thanks...at last,I still can read ur notes in here,Bro.

    Lagi lama ko blogging, lagi byk hadiah dan bingkisan ko akan terima dari aku,YB.

    Betapa terserlahnya umpan aku nak tarik ko balik berblogging nihhhh.
    Sengalllll sungguh aku ni....ahakssss.
    :)

    ReplyDelete
  27. Errkkkkk,pandai mak Adam petik jambu pink tu.....masih di tangkai lagi. 10 markah utk mak Adam.

    :)

    ReplyDelete
  28. ribut dak... hujan dak.. tetiba kuar citer nak stop memblog.. napee ni bro... aku belum sempat lagi dtg rumah ko nak beraya sebagai blogger ni

    ReplyDelete
  29. cHeRyNa PiRes,
    ok saya tunggu n3 sha tentang buah jambu tu.

    Awak pun ikut pujuk yg buat saya lemah ni. Ok lah saya teruskan. Tengok ni dah tengah malam masih blogging hehehe

    Chekgu BH,
    Belum pandai buat n3 yg pendek. Nak kena berguru dgn yg pakar ngeh3x

    Zyma,
    Pandailah ko.

    Aku tunggu bingkisan ko seterusnya hehehe

    Aku suka bila ko sengal mcm ni wakaka

    ReplyDelete
  30. Zyma lagi,
    Itulah aku dedikasikan n3 ni utk dia ngeh3x.

    Shifu,
    Mmg lah takde ribut atau hujan tapi ada gempa bumilah hehehe.

    Keadaan dah kembali terkawal. Aku akan terus blogging (setidak2nya utk masa terdekat ni).

    Bila ko nak dtg KL lagi?

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. yb, tak payah la berhenti.. yb busy kita pun busy

    ReplyDelete
  33. Che La,
    insyaAllah saya teruskan setakat yg terlarat.

    ReplyDelete
  34. dalam pada ko nk berhenti tu.. panjang juga n3 ko ni kan bang. hehehe....

    mengada la ko bang nk tutup blog segala. ramai gades2 merindui tu kang. he he.

    ReplyDelete
  35. eleh... ko tu YB, tk ikat pun mmg mudah lemas... wakakaka

    ReplyDelete
  36. aku tahu dah ko tu - sebab tu aku tak komen apa2 pun - aku tak nak beri salam terakhir kat ko...tobat sambal belacan he3x....bila pedas tak nak makan - lepas tu ehhhh nak lagi!!

    ReplyDelete
  37. tasik,
    Aku nak belajar dgn ko lah mcmana nak buat n3 pendek2 dan balas komen pun pendek. Ko nak buat home tuition kat tempat aku atau ko nak aku dtg rumah ko hehehe

    Kalau gadis2 tu rindu tu biasalah tapi aku takut mak2 gadis pun rindu kat aku wakaka

    Teja,
    itu lemas di darat ngeh3x

    psst - ko tolonglah selamatkan aku.

    sonata,
    aku tak nak hampakan harapan kawan2 hehehe

    Ko yg tak nak berhenti tu pun kadang2 rehat punyalah lama. Tak acilah mcm ni huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails