Saturday, September 12, 2009

Tanda2 Raya Semakin Hampir

Tinggal seminggu lebih sikit aje lagi kita akan menyambut Hari Raya. Antara tanda2nya ialah

1) Aku dah mula dapat kad raya
Masa aku kerja di sykt kulit kerang dulu, berlambak2 kad raya dari kenalan bisnes. Tahun ni mesti kurang kerana aku dah tak kerja di sana dan mereka pun ramai yg tak tahu alamat rumah aku.


Awal minggu ini aku dapat kad raya ini dari 13may. Terima kasih kerana sudi menghantar kad raya kpd aku.


2)Keluarga aku mula buat kuih raya
Semalam isteri aku dan Atikah yg balik bercuti hujung minggu mula membuat kuih raya. Mungkin 3-4 jenis aje tahun ini kerana Adam sibuk juga nak menolong. Yang lain kami nak beli di kampung. Kejap lagi kami nak ke rumah kakak emak Adam nak beli kuih raya dan kerepek. Tolong sedara hehehe

Cornflake madu memang feveret anak2 aku (dan aku juga). Belum raya selalunya dan habis dulu kami makan hehehe. Kotak tu masih berisi empeng jagung yg akan dibuat kemudian.

3) Hamper mula datang
Tiap2 tahun ada saja orang yg menghantar hamper ke rumah kami walaupun emak Adam cukup tak berkenan. Aku dah beritahu kpd sebahagian mereka ni tak payahlah bagi hamper tu tapi mereka tetap hantar sebagai tanda persahabatan. Tahun ini dah mula ada yg hantar.....

Hamper pertama tahun ni. Cantik bekas dari isi hehehe

24 comments:

  1. rumah uncle da start wat kuihraya..
    best r..kt rumah saya xleh wat kuih raya da..
    oven xdak.
    huhuh..
    Adam tolong buat 'kuih' ker??
    hehehe

    ReplyDelete
  2. siddiq,
    Haah. Semalam dah mula. Ini Atikah dan adik2 lelakinya sambung buat cornflake tu lg. Kami nak keluar kejap lagi jadi biar mereka teruskan hehehe

    Ciannya takde oven. Buatlah yg goreng2 atau kukus2 aje.

    Adam tolong mengacau. Bukan kacau adunan tapi mengacau org nak buat kuih huhuhu

    psst - juliet
    nampaknya tak berjayalah ko dpt 3 hari berturut2 sbg pengomen pertama. Minggu depan cuba lagilah ya hehehe

    ReplyDelete
  3. kalo cmtu kirimkanlah cornflakes sebalang ye..
    =)

    ReplyDelete
  4. Setahun sekali..
    Semoga berbahagia di hari raya nanti.
    Nak duit raya boleh???

    ReplyDelete
  5. tanda2 raya dah dekat... kena servis kereta hari ni, kalau esok lusa alamat kelam kabut le jawabnya

    ReplyDelete
  6. lagi tanda2 raya... org sibuk tukar duit kat bank.duit singgit paling laris..

    ReplyDelete
  7. Sama la kita, Sekarang ni dah ada tiga hamper yang supplier hantar kat taska & tadika KM. Biasanya mesti dapat tak kurang dari 10 hamper. Bila dah banyak sangat, KM agih-agihkan je isi hamper tu kat anak2 taska & tadika :)

    ReplyDelete
  8. raya pun ada tanda? ingatkan kiamat je ada tanda2nya...

    aku tetap relax je! kuih raya? dah banyak tahun aku tak buat oiiii....pakat tolong 'sedara-mara' yang ramai menjual tu...he3x...cian depa pun raya jugak...kalau tak
    'tolong' tak beraya depa...bukan tolong sesaja...tau...

    dalam pada tu ada juga 'sedara-mara' baik hati - hantar kuih raya! (ramai weh sedara ni - ko tak nak hantar ke???)

    ReplyDelete
  9. pasar ramadan pun dah mula kurang org jual....

    ReplyDelete
  10. hamper ada makna tuuu ... YB

    he he he

    ReplyDelete
  11. salam..wahhh dah dapat hamper...seronoknya...

    ReplyDelete
  12. Salam YB.....

    Rajin bebenor la ko ni buat kuih raya ye. Aduhhh, suami mithali 2009!!!

    Aku tgh gatal tapak tangan kanan dah byk ari nihhh......org tua kata nak dpt duit. Tapi yg aku nampak, aku asyik keluarkan duit.
    bukan duit raya la......tp duit bayar hutang kete, credit card, sewa premis perniagaan dan segala bagai. Huhuhuhu..

    ReplyDelete
  13. hmmm mmg dah dekatlh tu bila para blogger dok sibuk buat n3 raya hahahahaha...

    n3 psal kuih, pasal baju baru, pasal nak balik kampung... pasal mercun...

    ReplyDelete
  14. Minggu ini saya tetap kena bertungkus lumus menyiapkan skrip-skrip jawapan Peperiksaan Percubaan SPM murid....kalau tak siap sebelum raya...maka akan mendung kelabulah rayaku...


    Kuih Raya?
    Errr...nak tempah kat mak Adam boleh tak?
    Boleh tak kak Ros?

    ReplyDelete
  15. Semoga taqwa mengakhiri Ramadhan ini dan kemantapan Iman mendahului Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    "Berbahagialah pada hari kebesaran ISLAM mengikut cara dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W tanpa melebihi batas kehendak ISLAM"

    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  16. tanda2 lain ialah, kite bakal kekeringan poket sebab berjalan raya, nak hulur sket2 anak buah, kat sana sket, sini sket...

    abis laa...
    huhu

    takpe, sedekah...

    ReplyDelete
  17. kalau dapat bnyk hamper tu, bak sini sikit...

    ReplyDelete
  18. siddiq,
    Mcmana nak kirim kat ko. Kat rumah ni dah habis dekat 2 balang huhuhu

    hani@debumelukut,
    semoga awak pun berbahagia di hari mulia itu nanti.

    Nak duit raya jemputlah ke rumah.

    Shifu,
    dah servis ke kereta ko tu? Kereta aku dah repair minggu lepas. Awal2 dah mintak duit huhuhu

    Mentibang,
    Apa kata ko tukar duit 5 ringgit aje. Tentu ramai yg suka datang rumah ko.

    Aku dah minta tolong kakak ipar tukarkan duit. dah dpt pun Ahad lepas. Tinggal tunggu nak diagihkan kpd budak2 raya nanti hehehe

    ReplyDelete
  19. Na Shari,
    Eloklah tu dikongsi dgn budak2 tadika dan taska.

    Tahun2 dulu aku bagi kat org aje hamper2 tu kalau dah banyak sgt. Tahun ni mungkin tak banyak sgt tapi dah dapat lagi beberapa buah hamper.

    sonata,
    semua perkara ada tanda2nya. Cuma samada kita sedar atau tidak aje hehehe

    Eloklah ko tolong sedara yg memerlukan pertolongan. Kalau dekat boleh jugak aku hantar kuih sikit kat ko. Jauh ni aku takut mahal tambang dari kuih - mcm apa yg org kata tu - mahal rantai dari beruk muahaha

    ONE ZABA,
    Penjual tu dah kaya agaknya hehehe

    bungacahaya,
    Anak2 yg rajin menolong. Emak mereka tukang bancuh adunannya. Uncle tolong makan bolehlah hehehe

    ReplyDelete
  20. pB,
    Dulu masa aku kerja di sykt kulit kerang tu ada maknanya bila mereka hantar hamper. Sekarang ni dh takde maknanya. Cuma mungkin mengenangkan kami dah lama kenal.

    arsaili,
    Mula2 dpt hamper dulu mmg excited terutama anak2 saya. Tapi sekarang dah tak kisah dah huhuhu

    Zyma,
    setakat ni anak2 aku aje yg tolong emak mereka. Tapi kalau keadaan memerlukan, bolehlah aku tolong sama.

    Aku yakin ko nak dpt duit tak lama lagi. Raya kan ramai org nak dandan rambut. Mesti sibuk ko dan staff ko. Masyuklah masa tu. Selamat menggandakan untung ngeh3x

    NL,
    ko tak nak buat n3 tentang raya ke?
    Saja nak meriahkan suasana ngee

    ReplyDelete
  21. ckLah,
    Dah siap ke kerja sekolah tu? Mestilah dah kan. Awakkan guru yg berdedikasi.

    Kalau nak kuih yg sedap pada harga berpatutan bolehlah pergi ke Simpang Lima spt yg saya katakan semalam. Rumah Kak Ton tu betul2 depan dewan tempat Khir Toyo.

    Teja,
    Betul apa yg ko katakan tu. Mcm ustazahlah ko kali ni hehehe

    Chekgu BH,
    Org gomen dpt jugak RM500 bonus. Kerja sendiri ni takde apa2 huhuhu
    tapi raya tetap raya wakaka

    kakpah,
    tahun ni tak banyaklah. Yg ada tu pun kebanyakan isinya kuih raya. Ingat nak korbankan masa raya nanti. Jemputlah dtg rumah saya. Boleh rasa kuih dari hamper tu selain kuih lain hehehe

    ReplyDelete
  22. 'org gomen dpt jugak RM500 bonus. Kerja sendiri ni takde apa2 huhuhu...'

    Bukan semua org gomen dpt lah yb. Kumpulan sokongan je....kami kumpulan profesional tk dapat apa pun...hiksss!

    ReplyDelete
  23. ckLah,
    terima kasih kerana memberi penjelasan itu.

    Kumpulan professional gaji dah kira besar. Mungkin sbb tu gomen tak bagi bonus kali ni hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails