Friday, September 11, 2009

Semoga Aku Cepat Sedar (huhuhu)

Kalau pagi semalam hasrat aku hendak tidur semula selepas menghantar Haikal ke sekolah agama terpaksa aku pendamkan kerana membantu isteri aku menanam pokok bunga, malam tadi niat utk tidur awal iaitu sekitar pukul 12 tgh malam juga terpaksa aku kuburkan kerana ada perkara penting yg aku kena selesaikan.

Malam tadi malam 21 Ramadan. Tuan Imam di surau aku mengajak para jemaah mengerjakan solat sunat tasbih selepas solat terawih dan majlis tahlil. Aku mmg nak turut serta tetapi atas urusan dunia iaitu aku terpaksa menyiapkan tender utk dihantar hari ini, maka aku balik awal. Sampai ke rumah aku pun salin pakaian, main dgn Adam sekejap lalu terus ke tempat rakan2 sekerja aku utk menyiapkan tender tu. Menjelang pukul 2 pagi aku terpaksa minta diri kerana nak balik. Rakan2 aku meneruskan kerja kerana mereka tak puasa hari ni (mereka bukan Islam).

Aku harap malam tadi bukan Lailatul Qadar. Kalau tak, rugi wei walaupun ditakdirkan aku dapat projek ini sekalipun.

Episod ini menyerlahkan betapa lemahnya iman aku. Keuntungan dunia sanggup aku kejar walaupun belum tentu lagi tetapi keuntungan akhirat aku tak bersungguh2 mendapatkannya. Harap korang jgn jadi macam aku.

InsyaAllah hari2 yg berbaki ini aku nak tambah amalan aku. Korang tolong beri sokongan kpd aku ya.

29 comments:

  1. rezeki ramadan walaupun line tenet cam ampesss,hahahahaa.

    ReplyDelete
  2. mari kita memberikan sokongan moral kepada diri sendiri :D

    pstt: bila n3 ketiga nak kuar? saya nak dpt hadiah misteri,tlg bagi klu sikit ye,kakakkakaka.

    ReplyDelete
  3. kalo Yb buat n3 sok ngan ahad takde can lah nak dpt hadiah misteri,arghhhhhhhh....tidakkkkkkk.

    ReplyDelete
  4. Semua tu bergantung pada niat...

    Terima kasih kerana sudi mengingatkan sesama kita... :)

    ReplyDelete
  5. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm abang yb ittewww..

    ReplyDelete
  6. mmg begitu lah lumrahnya.
    semoga hari2 yg berikutnya yb lebih dekat kpd NYA.

    ReplyDelete
  7. Nak nasyid sikit...

    "Sepohon kayu daunyya rimbun
    Lebat bunganya serta buahnya..


    Errr...

    Tukar lah..

    Hidup ini bagai lampu dinding,
    yang dinyalakan di malam hari...
    Apabila minyak sudah kering,
    ia kan pasti padam sendiri..."

    ReplyDelete
  8. juliet,
    wah dah dua hari berturut2 ko penerjah pertama! Syabas!!

    juliet no 2,
    line macam ampes pun sampai dulu? kalau line bagus, entah2 ko terjah sebelum aku buat posting hehehe

    juliet no 3,
    Betul kata ko. Malam ni nak kena buat solat taubat.

    n3 aku seterusnya mungkin esok pagi. Ptg sibuk sikit pasal ada majlis bersama org2 kurang bernasib baik di surau aku. Aku jemput ko dan semua rakan2 blogger dtg utk memberi sokongan kpd mereka ini. Dgn kehadiran kita beramai2 utk majlis tu diharap mereka rasa dihargai. Datang tau. Aku dah suruh kawan baik ko tu jemput ko tapi tak tahulah dia bagi tahu ko ke tidak.

    psst - mcm n3 pulak panjangnya komen balas aku ni hehehe

    juliet,
    ciannya ko. Takpelah kalau ko dtg majlis berbuka esok mungkin aku boleh pertimbangkan bagi ko hadiah yg kurang misteri hehehe

    ReplyDelete
  9. LiNda,
    Spt yg diajar melalui surah Al-Asr.

    Na Shari,
    InsyaAllah kejar dunia ni pun kita niatkan utk mencari rezeki utk keluarga. Tapi 10 malam terakhir ni sepatutnya kita tumpukan kpd amalan khusus spt yg dianjurkan oleh Nabi saw.

    Lemahnya iman aku ni huhuhu

    kuina,
    Org yg bijak belajar dari kesilapan org lain.

    Tinggal 8 atau 9 malam aje lagi. Kena pulun beramal.

    cik konfius,
    alhamdulillah.

    en_me, org yg hebat!

    ReplyDelete
  10. urusan dunia ni penting juga...., pasal kalau nak dapat yg akhirat, kena sempurna yg dunia dulu.... kalau yg kat dunia tunggang-langgang... ada hati nak habuan kat akhirat.... fikir2 kan.... anda buat, anda + anak bini + saudara-mara + jiran tetangga + saudara seagama..... dapat!!!

    ReplyDelete
  11. zue,
    terima kasih memberi sokongan dan kata2 semangat.

    ckLah,
    Mualaikum salam.

    ONE ZABA,
    terima kasih atas sokongan ko tu. Semoga aku tambah bersemangat utk melipat gandakan amalan.

    ckLah,
    mungkin minyak saya dah hampir kering. Saya minta maaf pada awak dan rakan2 blogger semua atas kesalahan saya kiranya ini pertemuan kita yg terakhir.........

    ReplyDelete
  12. Shifu,
    Terima kasih memberi komen tu. Betul apa yg ko kata tu. Aku buka perniagaan sendiri ni pun dgn niat nak menolong org2 yg ko senaraikan tu. Kalau setakat utk makan keluarga, kerja aku yg dulu tu sudah lebih dari cukup, insyaAllah.

    Aku nak ambil pekerja sekarang ni pun bukan setakat utk membantu kerja2 sykt aku tapi juga utk memberi peluang rezeki kpd yg terpilih. Sekurang2nya dia dan keluarganya dptlah menumpang rezeki yg Allah beri kpd aku walaupun mungkin tak banyak.

    ReplyDelete
  13. betul sekali kata2 YB itu
    adakalanya kita terlalu mementingkan duniawi..
    maklum lah..syurga itu kita belum tau bagaimana indahnya..lalu, kita lalai..
    pesanan buat diri ku juga..

    ReplyDelete
  14. tapi aku rasa mlm td lailatulqadar lah.


    .

    ReplyDelete
  15. Rozita,
    Aku terkesima dan terkedu huhuhu

    tasik,
    Mintak2 belum lagi. Rugilah aku kalau dah lepas huhuhu

    ReplyDelete
  16. Pesal juliet gila kuasa sampai 4 komen tuh hehehehe.. err err.. nyampuk jap..

    Salam ziarah ya.. walaupun begitu yang penting niat itu ada.. masih ada pahalanya.. Insyallah ;)

    ReplyDelete
  17. Aku m`doakan ko cemerlang dunia & akhirat,YB.Amin.

    Remind aku gak ye....

    ReplyDelete
  18. iina,
    juliet tu semangat nak dptkan hadiah misteri kalau jadi pengomen pertama 3 hari berturut. Tapi weekend dia tak on9. Jadi utk cover tu, dia bantai komen sampai 4 kali hari ni dan semalam. Kalau aku bagi dia hadiah mesti ramai yg lain yg dpt 2 kali berturut jadi 1st akan komplain.

    InsyaAllah ada pahala tapi tak sebesar kalau mlm semalam aku banyakkan solat dan zikir. Tapi imam surau aku cakap mungkin malam semalam Lailatul Qadar huhuhu.

    Zyma,
    TQ. Aku pun doakan ko mcm tu jugak.

    ReplyDelete
  19. Apa-apapun uncle, anggaplah apa yang uncle buat tu satu ibadah. cari rezeki :)
    selamat mengejar lailatulqadar :D

    ReplyDelete
  20. INTAN,
    Suspen ke tajuk tu?
    Ko ingat aku koma ke?

    Akmal,
    Mmg uncle niatkan ibadah tapi tak sama dgn ibadah khusus terutama di malam2 10 terakhir ni. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails