Sunday, September 13, 2009

Balik Tg Karang - Bah 8

Menjelang Raya ni ramai suami isteri yg terpaksa berbincang, bertolak ansur, bergaduh atau bermasam muka kerana nak menentukan nak balik kampung suami atau kampung isteri. Nasib baik ini tidak terjadi kpd aku dan isteri aku kerana kampung isteri aku tak berapa jauh dari rumah kami - kurang sikit 2 marhalah. Kampung aku (walaupun ada yg mempertikaikan kekampungannya) lagilah dekat.

Tatkala org lain sedang merancang nak balik kampung hari apa minggu depan ni, kami sempat balik kampung hari ni. Tujuan kami kali ini utk membeli kuih raya dan juga menziarahi mertua aku yg tak berapa sihat sejak kebelakangan ini.

Kisah beli kuih raya akan aku ceritakan lain kali (kalau sempat).

Kami singgah di pekan Tg Karang sebelum balik ke kampung. Mula2 singgah utk mengambil bubur lambuk yg diberikan percuma oleh sebuah parti politik.

Haizam dan Haikal sempat bergambar dgn salah seorg petugas yg memberikan bubur lambuk

Bubur lambuk 1Malaysia

Selepas itu kami ke param Tg Karang utk membeli juadah berbuka. Nak masak sendiri dah tak sempat sbb belum habis shopping kuih raya hehehe

Antara gerai2 di param Tg Karang

Tak perlu ke JB atau Pantai Timur kalau nak makan otak2 atau satar

Kami sampai di kampung pukul 4:45 ptg. Dapatlah kami berbuka dgn mertua yg dah tinggal berdua saja sekarang. Sekurang2nya dapatlah menggembirakan hati mereka hari ini. Lepas solat Maghrib kami pun pulang ke KL dan sampai di rumah pukul 10 malam tadi.

26 comments:

  1. Salam YB....

    Sila dtg angkut KAD RAYA kat blog aku tau.

    Take care. :)

    http://zymasaad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. errr bubur lambuk 1 malaysia versi.. politik ker tu heheheheee

    ReplyDelete
  3. zyma,
    Terima kasih bagi aku kad raya. nanti aku carikan lori utk angkut kad tu hehehe

    NL,
    Hari ni aku dpt bubur dari buah tempat. Pertama dari Datuk Seri Khair Toyo dan kedua yg di Tg Karang tu.

    ReplyDelete
  4. mesti sedap bubur lambuk 1 malaysia tu kann.... nak harapkan yg 'satu lagi' bagi buburlambuk, lagi la tak leh harap.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Bagus la kalau YB tak payah gaduh-gaduh nak tentukan raya di mana. Kalau semua pasangan macam ni...baru la aman dunia :)

    Pesanan buat suami isteri yang selalu bertekak, masing-masing nak balik kampung sendiri :

    Bertolak ansur la...Jangan pentingkan diri sendiri. Kampung dia ke, kampung kita ke...Raya kan sebulan...Masih ada masa untuk balik ke kampung masing-masing.

    Buat la sistem giliran. Kalau tahun ni raya kat kampung kita, tahun depan boleh la raya kat kampung dia...Ataupun, raya pertama dan kedua di kampung kita...Raya ketiga dan keempat di kampung dia. Raya kelima dan seterusnya di rumah sendiri. Bila dah berkahwin, bukankah segalanya dikongsi bersama? Kampungmu, kampungku jua...Kalau takde kata sepakat...raya aje la di rumah sendiri...Rumahku syurgaku :)

    Ada tips tambahan dari YB? Dipersilakan dengan segala hormatnya... :)

    ReplyDelete
  6. aku x pnh gaduh2 tentukan turn...mmg guna sistem giliran..tapi 2 taun aku b'raya kat perlis dulu....xde hal d sitew...hehhe

    ReplyDelete
  7. Salam YB..

    Saya pun jenis tak kisah. Yang penting dapat raya disamping suami dan anak-anak .

    Namun, sejak 14htn yg lalu, kami ikut giliran .. itukan fitrah alam kann...

    Suami isteri yang bergaduh kerana nak balik kampung mana memang pendek akal ...

    Jika perkara kecik itupun takleh nak handle , apatah lagi nak berhadapan dgn masaalah yg lebih besar .

    ReplyDelete
  8. biasanya balik dua-dua kampung...cuma yg mana didahulukan je ikut giliran.

    ReplyDelete
  9. kat sini ari2 buleh dapat bubur lambuk satu mesia tu, tapi dorang bubuh dlm plastik yg ada cop parti politik tu gak.

    ReplyDelete
  10. tahun ini beraya pertama di Baling... Wooo~~ nak kena sediakan barang-barang makanan tambahan... KAlu dak mau kembung perut asik mengadap puluuuuutttttttt je sampai dua hari, pagi sampai malam... hahahahahah :P :P

    err... sampai hari ni saya masih belum merasa bubur lambuk... isk... sedeynya~~~

    ReplyDelete
  11. Shifu,
    Bubur yg ambik di TK semalam mmg sedap tapi yg saya ambik di tempat Khir Toyo pedas sbb bnyk lada hitam. Baguslah parti yg satu ni bagi bubur kalau dibandingkan dgn parti yg satu lagi tu. Tapi kalau nk memenangi hati rakyat (dan pengundi) kena buat lebih dari bubur ngeh3x

    Na Shari,
    Satu pesanan yg sgt baik. Semoga ada pembaca yg mendapat bimbingan.

    Kalau nk tips tambahan:
    1) cari pasangan yg takde kampung atau
    2) yg yatim piatu atau
    3) cari pasangan yg sama kampung
    hehehe

    INTAN,
    Kalaulah semua pasangan mcm ko ni kan senang.
    Berapa hb ko balik kg? Takde nak dtg KL ke? Kalau dtg jgn lupa singgah rumah aku tau.

    ReplyDelete
  12. LiNda,
    Aku tabik dgn sikap ko suami isteri. Ya pada hari baik bulan baik sepatutnya kita bergembira, tapi ada pulak yg gaduh suami isteri atau perang dingin.

    Bagi kita mungkin perkara kecil tapi bagi sebahagian org ini isu besar. Soal maruah keluarga wakaka

    ONE ZABA,
    Dengan kemudahan pengangkutan sekarang, mmg boleh balik kampung kedua2 pihak.

    juliet,
    ko ambik bubur tu kat mana? Sedap ke? Aku nak rasa jugak boleh.

    psst - memandangkan ko tak ada kg nak balik, jemputlah dtg ke rumah aku raya pertama. Ajak kts sekali sbb dia pun takde kampung hehehe

    syah,
    Oklah kat sini dah hari2. Bagi peluang Incik Firdaus nak tidur bawa ketiak emak dia pulak ngeh3x

    Makanan apa ko nak bawak balik sana? Susah2 ko bawak mee segera aje. Kami kat sini kalau dah tak tahu nak makan apa, benda tulah jadi pilihan hehehe

    Dekat tempat ko tak kan takde bubur lambuk ni? Susah2 ko beli aje kat param.

    ReplyDelete
  13. bubur lambuk 1Malaysia? ceewah. nama. ada kelas!
    mertua uncle macam mana, improve ke kondisi nya?

    ReplyDelete
  14. wah...bubur lambuk satu malaysia ek???baguih tue...kahkah...

    nanti ada kuih bulan satu malaysia x??capati 1malaysia ke??

    ReplyDelete
  15. awal pekahwinan, kitorang buat giliran... lama-kelamaan, kitorng balik ke dua-dua belah kampung, seronot gaks walaupun penat.

    ReplyDelete
  16. saya dah biasa makan nasi impit dan ketupat nasi beserta kuah kacang serta rendang cilipadi... pegi sana kena makan pulut, pulut, pulut dan pulut lagi... manalaa tak culture shock perut haku... har har har har har :P :P

    ReplyDelete
  17. bang...
    takyah risau pasal balik kg masa raya... takyah nak gaduh2
    ai org kl.... hikkssss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    bukan main shopping kih raya... nak smpn stok smpi raya aji ke??

    ahaakkkksssss

    ReplyDelete
  18. ko singgah umah aku tk YB?

    aku rindu nk gi market yg ade penunggu tuuu.... jd tk nk jumpe lps raye??

    ReplyDelete
  19. Akmal,
    Sekarang semua nak letak 1Malaysia kat nama mereka mcm dulu 2020 dan Hadhari hehehe.

    Mertua uncle kena demam campak baru2 ni. Semalam masih belum pulih betul ditambah duduk suami isteri aje kat kg sekarang.

    ~O~,
    Nasib baik rasa bubur tu boleh tahan jugak. Kalau tak, tak padan dgn namanya hehehe

    Mak Su,
    Macam tu baru adil. Kalau nak kenderaan sendiri tak kisah sgt.

    ReplyDelete
  20. sibaik la aku tak pernah begaduh pasal nak balik kampung sapa.
    err.. ko balik mana dulu yb.

    ReplyDelete
  21. syah,
    Setahun sekali (ke dua tahun sekali) ko makan pulut aje sebagai makanan ruji apa salahnya. hehehe

    kts,
    ko bagi hint nak jadi no 2 aku ke? wakaka. ok jugak sbb tak perlu pening kepala nak balik kg bila raya hehehe

    Kuih tu cukup utk stok sampai raya puasa tahun depan ngeh3x. Semalam emak Adam beli sampai 40 balang. Nah ambik ko. Jgn lupa pulak dtg rumah aku raya pertama memandangkan ko ada kat KL ni.

    teja,
    Aku nak singgah rumah ko tapi ko takde nak buat apa? Pak Nuar bukan kenal aku huhuhu.

    Apa pulak tak jadi nak jumpa lepas raya? Ko bagi tahu kat mana nak jumpa ahaks

    13may,
    Mintak mak kuih sepotong.

    selamat hari raya. Ko raya kat mana May?

    kakpah,
    itu menunjukkan kakpah pasangan ideal.

    Saya raya di rumah sini dulu sblm balik Tg Karang pada raya kedua.

    ReplyDelete
  22. sebab tu masa nak nikah dulu2 kita orang ambik kira faktor geografi!!!

    jadi kami pun tak kisah nak berebut2/berbincang2/bermesyuarat2/bermasam2 muka ke, bila tiba raya nak balik ke mana....ehhhhehh....
    kalau tak mau cetus perang dingin!!!

    selamat hari raya - maaf zahir & batin....pandu cermat , seisi keluarga selamat bila balik kampung tu...

    ReplyDelete
  23. sonata,
    Tabiklah kat awak yg berfikiran panjang walaupun masa berpacaran. Itulah sbb saya tak kawin dgn mek salleh masa belajar kat luar negara dulu wakaka.

    Selamat hari raya maaf zahir batin kpd awak sekeluarga.

    ReplyDelete
  24. kenape tidak ku jumpa blog ini lebih awal...lama dah tak pergi tanjung karang tp pemandangan kat tanjung karang tuh teringat2 lagi sampai skang...

    bestnye...agak2 lepas raya nanti ada jual lagi ke sata tuh?

    ReplyDelete
  25. kalau tak kawen, mesti tak payah gaduh2 dah. Ha ha ha!

    ReplyDelete
  26. cHeRyNa PiReS,
    Blog ni hanya di pinggiran. Sekarang dah jumpa tu rajin2lah singgah.

    Banyak kenangan di Tg Karang utk ramai org termasuk aku.

    Tak tahulah pulak samada dia ada jual satar tu lepas raya nanti. Kalau aku jumpa dia berniaga lepas raya aku bagi tahu ko.

    jowopinter,
    Ko belum kawin boleh lah cakap mcm tu. Bila ko dah kawin nanti baru tahu cabarannya. Oh ya bila ko nak kawin JP?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails