Thursday, September 10, 2009

Perkara Kecil Yang Besar Maknanya

Pagi tadi sebaik aku balik dari menghantar Haikal ke sekolah agama, aku ingat nak masuk tidur balik sebab rasa mengantuk. Kebetulan hari ini takde temujanji atau mesyuarat sebelah pagi ini. Kalau dapat tidur dalam setengah jam sedap jugak. Semalam niat aku nak tidur lepas Subuh terkubur setelah isteri aku mengajak aku ke pasar tani huhuhu

Seperti kebiasaan aku akan membuka mangga di gate belakang rumah supaya senang org nak keluar masuk termasuk anak2 aku bila nak naik bas sekolah tengahari nanti.

"Lepas buka gate tu boleh masuk tidur," bisik hatiku.

Tapi apabila aku ke belakang, isteri aku pun keluar dari rumah.

"Ahh sudah ....apa pulak kali ni? Semalam dah minta tolong tanam bunga lepas balik dari pasar tani," dengus hatiku lagi.

"Bang tolong angkatkan kayu tu (beluti 1" x 2") nak buat tempat letak pasu orkid boleh?" pinta isteriku.

"Kayu yg ini ke?," balas aku pura2 bertanya walaupun memang itulah kayunya (ceit taktik org malas)

"Ha ah. Ni pasu ni nak susun elok2 sikit," terang isteriku sambil dia mengalihkan pasu2 bunga orkid utk memberi laluan kpd kayu beluti itu.

Aku pun tolong mengangkat pasu2 supaya kerja cepat siap. Setelah pasu dialihkan, aku pun meletakkan beluti tu di atas dua biji concrete cube yg selalu digunakan utk ujian kekuatan konkrit (jurutera awam dan org kerja kontrak tahulah benda ini). Lepas tu kami pun susun pasu2 orkid di atas beluti tu.

Ini dia setelah siap. Gambar diambil dari tempat aku blogging ni.

Aku ingat dah siaplah kerja aku tapi jangkaan aku meleset.

"Abang boleh tolong angkat pasu besar tu tak sebab saya nak tanam bunga 3 bulan yg beli semalam tu?," kata isteriku mematikan hasrat aku utk masuk tidur!

"Wokey, nak letak kat mana ni?" kataku.

Dipendekkan cerita, lepas tanam pokok bunga 3 bulan tu isteriku menanam pula 2 -3 pokok yg bunga lain. Aku tolong angkat pasu dan tanah. Isteri aku tak boleh angkat berat2 sejak pembedahan setelah melahir Adam tahun lepas. Kalau tidak, simen sekampit pun dia boleh angkat sendiri. Org kampung mmg lasak ngeh3x.

Siap buat kerja tu jam pun dah pukul 8:30 pagi. Nak tidur apa bendanya. Aku pun masuk ke dalam rumah dan terus mandi.

Tetapi sebelum masuk, isteriku memberikan sekuntum senyuman sambil mengucapkan terima kasih. Jelas terbayang kepuasan pada dirinya.

Sebahagian pokok2 bunga yg baru dipindahkan ke dalam pasu pagi tadi. Gambar ni pun diambil dari tempat aku blogging ni hehehe

Nota: aku pakai kain pelekat aje semasa menolong isteri aku tadi . . .

29 comments:

  1. pengomen pertama???
    rezeki bulan ramadan,ekekekkeke.

    ReplyDelete
  2. suami mithali~~~~
    hehehe..

    ReplyDelete
  3. baiknye, mithalinye YB tlg wife angkat bende2 berat...

    walaupun atas kerja dia yg deco itu dan ini, scara hakikinye, kite yg kene angkat itu dan ini kan??
    haha

    takpe, laki mmg gagah perkasa kan??
    haha

    takpe, kalau ade mse free lain, kite bantai tido...

    ReplyDelete
  4. a'way...mana gambo pakai kain pelekat?

    ReplyDelete
  5. bukak gate dibahagian belakang tu senang gak utk saya tumpang masuk utk berbuka,maklumlah jln jem skang ni,hahahahaha.

    berbelit baca komen Yb dlm bahasa sarawak di blog kts,bulehlah berguru ngan Yb nanti. :D

    "Dah nurun keja?" :D

    ReplyDelete
  6. suami isteri kena tolong menolong kan??kekekekke..

    bagus la yB..

    ReplyDelete
  7. Salam YB.

    amboiiiii.... bersemangat nampak tolong isteri . Sanggup melupakan kenikmatan tidur .

    Kalau macam nie, jangankan beluti .. kayu balak pun boleh angkat ! hehe jangan mareee

    ReplyDelete
  8. salam..senyum penuh makna tuh saudara....hahahaa

    * nasib tak terlucut kain dok angkat pasu segala tuh..kang ada yg terbatal puasa

    raya kat mana tahun ni?

    ReplyDelete
  9. Salam YB,

    Bagus la, ringan tulang YB tolong isteri. Ganjarannya pun dah dapat (senyuman manis dari isteri).

    Honestly, kalau suami KM bermurah hati nak tolong KM...Memang KM sangat-sangat menghargai. Lepas dia tolong tu, bukan setakat ucapan terima kasih yang KM bagi...Biasanya KM akan pegang tangan suami dan beri kata-kata pujian yang boleh membuatkan suami senyum tak henti. Itu la cara KM tunjuk bahawa KM sangat menghargai segala pertolongan dia walaupun kecil sahaja...

    Kalau la kaum lelaki dapat selami hati wanita...

    ReplyDelete
  10. baguih laa ringan tulang tolong isteri... heheheheheh :D :D

    kagum dengan ibu-ibu veteran... sudahlah bangun pagi-pagi dia dulu... nak tidur malam pun, dia yang akhir... pun boleh jugak tahan mata tak tidur lepas subuh... hohohohoh :D :D superwoman sungguh kaum ibu veteran nih... err... ibu moden sekarang masih berkelubung dalam selimut selepas subuh... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  11. keh3.. tang ayat last tuh aku rasa, bila ko baca blk pon ko duk senyum sorg2 gi kan?? kan??

    ReplyDelete
  12. senyuman lebih bernilai dari tidur betul tak YB hehe....

    ReplyDelete
  13. senyuman lebih bernilai dari tidur betul tak YB hehe....

    ReplyDelete
  14. patut letak sekali gambor hujung kain tu bnag... he he.


    .

    ReplyDelete
  15. concrete cube buat lapik pasu... orait jugak, kat sini banyak ada sapa nak?

    rajin YB bantu membantu, tolong menolong..

    ReplyDelete
  16. errr nak juga sambung tidur hehehe

    ReplyDelete
  17. YB....
    Aku tabik ko....
    Ko mmg seorg suami contoh.

    Semoga ko dan isteri ko berbahagia hendaknya.

    :)

    ReplyDelete
  18. Tetapi sebelum masuk, isteriku memberikan sekuntum senyuman sambil mengucapkan terima kasih. Jelas terbayang kepuasan pada dirinya....

    adalaaa yg 'kurus' puasa ni.... hehehe

    ReplyDelete
  19. ammvoiii abang yb tewww.. aderlarr upah nanti tewww.. ghau ghauuu

    ReplyDelete
  20. Juliet,
    Bolehlah ko ganti abg Nas lepas ni

    Juliet lagi,
    Sejak komputer ko dibetulkan hari tu sekarang dah lajulah ya. Dah boleh bersaing dgn yg lain utk jadi pengomen pertama. Tahniah. Kalau ko dpt 2 kali berturut2 lagi (jumlah 3 kali) ada hadiah misteri menanti hehehe

    siddiq,
    Ada apa2 ke puji ni? ngee

    Chekgu BH,
    Kami kenalah bekerjasama sbb kalau cantikpun rumah kami bersama. Cuma kat mana nak susun pasu tu aku biarkan isteri aku yg take the lead. Biar dia rasa puas dan gembira.

    Masa lain tu ngantuk lain pulak. Bulan puasa ni mmg kurang tido huhuhu

    INTAN,
    Gambar tu dipotong oleh lembaga penapis filem ngeh3x

    ReplyDelete
  21. cantiknya taman bunga
    rajin wife YB ek..
    YB pun rajin gak tolong

    ReplyDelete
  22. juliet,
    Gate tu mmg bukak sampai malam. Hari ni singgahlah kalau tak sempat sampai rumah. Takkan ko nak makan kacang rebus dan teh halia lagi mcm smlm.

    Ko nak berguru belajar bahasa Swak dgn aku kena ada pengerasnya. hehehe

    ~O~,
    Ada org lebih suka menolong org lain dari menolong suami atau isteri sendiri hikks.

    Terima kasihlah ko puji aku. Mulalah nak kembang ni hehehe

    LiNda,
    aku punyalah bersemangat semalam sampai luka2 lengan aku kena duri pokok bunga kertas huhuhu.

    Balak tu besar sgt. Setakat batang kelapa boleh kot hehehe

    arsaili,
    ko ni pandai2 memberi makna kpd senyum isteri aku ahaks.

    Tertanggal kain boleh batal puasa ke? hehehe

    Aku raya kat sinilah mcm biasa sbb emak aku duduk dgn kami. Kalau ko ada kat KL jemputlah ke rumah.

    Raya ke2 baru balik Tg Karang.

    ReplyDelete
  23. Na Shari,
    Org pompuan ni dambakan perhatian. Org lelaki ni pulak selalu pandang remeh perkara2 kecik mcm ni. Nak buat yg besar2 aje.
    Akibatnya para isteri rasa spt tidak disayangi kerana dibiarkan menguruskan perkara2 yg dianggap simple oleh para suami.

    Baguslah KM. Mcm tu mesti suami rajin membantu.

    Lelaki ni cuba bersungguh2 menyelami hati wanita semasa belum kahwin aje. Lepas kawin kurang betul mencuba hehehe

    syah,
    aku pun kagum. Emak Adam buat semua yg ko kata tu + jaga Adam dgn beri susu badan.

    Ko eloklah masuk kategori ibu veteran walaupun ko masih muda. Malam ni ko soranglah kalau Incik Firdaus tak balik dari Kemaman. hehehe

    cik konfius,
    Tulisan yg besar2 tu ko tak nak baca, yg halus tulah yg ko tengok.

    ReplyDelete
  24. zino,
    Sbb aku dah hilang mengantuk selepas mengangkat pasu2 tu, maka senyum tu sgt bernilai. Kalau masih ngantuk, aku pilih tidur wakakaka

    tasik,
    ko ni asyik nk jaga tepi kain org aje hehehe

    ReplyDelete
  25. kuina,
    kalau dekat mmg aku dah angkut concrete cube dari tempat ko tu. Grade berapa tu? hehehe

    Kalau suami isteri tak saling tolong menolong sapa lagi nak tolong ngee

    NL,
    bulan puasa tidur pun ibadat kan? ngeh3x

    Zyma,
    Aku cuba jadi contoh kpd anak2 hehehe

    Shifu,
    ko jgnlah jeles hehehe

    Jard,
    Ko mana pernah dtg rumah aku. Kalau juliet dan kts tu adalah skodeng laman aku tu. Siap buat n3 lagi kuang3x

    en_me,
    upah apa bendanya. Sebelah malam aku kena siapkan tender huhuhu

    Rozita,
    rumahku syurgaku. Tanah sekangkang kera - bolehlah tanam bunga sikit2 utk sejukkan mata.

    Raya nanti jemputlah dtg rumah. Boleh minum kat taman hehehe

    ReplyDelete
  26. yer betul satu ibadat juga tidur
    tapi kalau tidur lebih itu dikira
    org yang lemah huhuhuhuh

    ReplyDelete
  27. NL,
    Haah kalau lebih tu mmg tak baik. Tapi sepanjang bulan puasa ni aku tidur dlm 4-5 jam aje sehari. Emak Adam lagi sikit tidur dia. Cian dia huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails