Tuesday, September 29, 2009

Cara2 Mengelakkan Mengantuk Ketika Memandu

Musim raya ni ramai di antara kita kena memandu dalam jarak yg jauh dan masa yg panjang. Ini akan menyebabkan kita rasa mengantuk ditambah setelah penat beraya atau melayan tetamu. Untuk mengelakkan mengantuk anda bolehlah mencuba cara2 berikut yg aku amalkan Ahad lalu semasa menghantar Afifah balik ke asrama dia di Serting:

Tip No 1: Bawa Kawan
Carilah kawan yg boleh diajak cakap sepanjang perjalanan. Emak Adam suruh aku bawa Haizam dan Haikal kerana takut aku mengantuk dlm perjalanan balik setelah menurunkan Afifah. Dua beradik ni bukan setakat jadi rakan berbual tapi mereka jadikan tempat duduk belakang kereta aku tu macam gelanggang gusti WWF. Penggunaan tali keledar belakang tidak menghalang pergerakan mereka malah mangkuk tingkat (tiffin) makanan kakak mereka sampai terbalik dibuatnya. Nasib takde makanan berkuah di dalamnya. Apapun gelagat mereka mmg membuatkan aku tak rasa mengantuk.

Tetapi dlm perjalanan balik, kedua2nya tidur dari Serting sampailah nak naik Bukit Putus. Nasib baik pemandu tak ikut tertidur ngeh3x. Macamana nak elakkan mengantuk kalau kawan yg kita bawa pula tidur? Cuba pula amalkan petua berikut ini.

Tip No 2: Makan
Ya makan masa memandu boleh mengelakkan dari rasa mengantuk. Utk lebih berkesan, makanlah makanan yg pedas. Tak payahlah makan ketupat dan rendang masa memandu tu. Bagi aku cukup dgn benda ni

Dekat nak habis sebalang kerepek ubi pedas ni aku kerjakan. Inilah yg tinggal semasa aku sampai rumah

Tip No 3: Minum Kopi
Berhentilah di warung kopi atau di R&R dan order kopi O secawan. Bagi yg tak minum kopi O, nescafe pun boleh. Kalau nak jimat duit sebab dah banyak habis masa raya hari tu, singgah di stesen Petronas yg terpilih macam yg aku buat ni.

Mamat ni kerja bagi nescafe free kpd orgramai yg datang. Semangat dia bila nampak aku nak ambil gambar dia.

Cawan kertas dia kecik sgt mcm tak ikhlas nak bagi org minum percuma. Kami terpaksa minta seorg dua cawan utk memastikan tidak mengantuk. Pasal aku dah ambil gambar dia maka dia dgn besar hati bagi kami 2 cawan. Roti Gadenia pun dapat jugak seorg sebungkus

Cukuplah 3 tips ini sbb aku rasa mengantuk pula ni.

58 comments:

  1. aku jadi co-pilot selalu tertido!
    tak boleh harap punya co-pilot..ngeh3x ( lelap kejap je...)
    biasanya bawak bekal & makan kacang....

    ReplyDelete
  2. sonata,
    Nasib pilot awak tak terikut awak tido. Co-pilot saya (emak Adam) jarang tido kalau duduk sebelah sy sbb dia takut sy pun tido.

    Saya tak suka makan kacang sbb habis kotor kereta hehehe

    ReplyDelete
  3. salam yb..
    smga sht sjtra.

    entri ni menarik.
    :)

    teman jarang ngantuk bila driving.
    tapi skali je hmpir tlelap, n tmakan jln btentangn- bbrpa saat jer.
    (wktu ambil ank ke2 dr asrama sblm cuti raya. last2, teman suruh wife pandu n teman lelap di sebelah..)

    alhamdulillah, tkda kjadian buruk yg blaku..

    *smga DIA memelihara setiap pjln kita.
    amiin.

    ReplyDelete
  4. tips seterusnya....
    bawa tukang cubit atau tukang tumbuk bahu....buat spare kalau ngantuk....hikssss!

    ReplyDelete
  5. amal,
    Wsalam. Smg awak sekeluarga pun sejahtera hendaknya.

    Terlelap walaupun sebentar boleh buruk akibatnya. Mujurlah awak tak apa2. Kalau mengantuk eloklah berhenti kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa kita dan mereka yg tersayang.

    ckLah,
    Kalau boleh mmg nak bawa tukang cubit atau tukang tumbuk bahu tumbuk bahu setiap kali tapi ada masanya dia tak boleh ikut huhuhu

    ReplyDelete
  6. En. YB,

    Sha rasa part minum kopi tuh kena jaga sikit utk sesapa yang migrain. pernah dgr cerita si migrain minum kopi utk tak mengantuk akhirnya eksiden sbb migrain:(

    * tp kerepek ubi tuh sangat best:)

    ReplyDelete
  7. makan asam pun buleh hilang ngantuk...

    dengar lagu yang rancak2 jgn lagu lentok pulak hehehe

    kalau ada org sebelah tu suruh dia
    picit dan urut hehehehe

    rasanya mujarab errrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  8. yeszzzz.... 7th ngeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. aku klu duk sebelah ko YB, mahu lentuk trtido ateh bahu ko... muahahaha!

    ReplyDelete
  10. kalau dua2 tertido cam ner hehehehhehee

    ReplyDelete
  11. park tepi la NL... ape susa!!! hehehe

    ReplyDelete
  12. takde org nk teman aku blk kg daaaa huhuh

    ReplyDelete
  13. zino kalau memandu jauh sediakan 100plus sebotol.. bila rasa mengantuk minum se teguk.. segar balik mata... dan bila ngantuk minum lagi se teguk...hehe..

    bila sampai ke distinasi hongeh di buat nya hehe

    ReplyDelete
  14. teja... aku tau kenapa ko nak park tepi tak nak park tgh2 jalan hehehehehehee...

    ReplyDelete
  15. dah lama rasanya tak spam blog YB nih heheh....

    ReplyDelete
  16. saya kalo ngangtuk tido je tepi jalan....hehehehe...

    tp mkn mmg leh ilang ngantuk..

    ReplyDelete
  17. bawak cili segenggam. ngantuk je...kunyah sebiji.

    ReplyDelete
  18. tiap kali balik kampung , aBear mesti bawa tukang urut .....

    ReplyDelete
  19. park tepi la NL, leh sambung tido.... ape la ko ni!!! ko jgn igt yg bukan2... cuci sikit minda ko tu

    ReplyDelete
  20. erkkk aku tak kata apa2pun... nko pulak yang suruh aku cuci minda... hmmmmmmmmmm... interesting!


    oh sambung tidur best tu...
    tapi jgn ko pulak yang mengigau kang ada yang hilang... huhuhuu

    ReplyDelete
  21. YB,
    saya ada terbaca satu kisah mengenai tajuk ini kat dalam satu blog seorang wartawan TV swasta, semasa program kat Indonesia, Driver yang membawa mereka boleh drive lebih kurang 400++km dan balik semula tanpa rehat.. apabila ditanya tentang rahsia untuk menahan mengantuk... dia meletakkan se ulas bawang merah dalam mulut semasa drive...

    Wallahua'lam betul ke idak, tak pernah plak try bile drive balik Kelantan.

    ReplyDelete
  22. muahahaha... lawak la ko, pandai ko kenakan aku erk.

    aku mmg sll ngigau, tu kira tk sengaja taw... so, YB kena maafkan... hehehe

    ReplyDelete
  23. hahahahahaaa... tapi aku heran....
    dari tadi dok heran nih...

    yang ko nak naik kete YB tu apsal... mana ko nak pergi...

    dah ler tidur mengigau apa punya co-pilot daaaaaaaaaaaaa hahahahahaa


    *minum kacip fatimah 3 tin kompem power!!! huhuhuuu

    ReplyDelete
  24. Thanks for sharing this valuable info...

    Kalau suami tengah drive, KM memang takkan tido. Layan borak sampai la tiba ke destinasi. Husband pulak jenis yang kalau tengah drive, mesti kena ada orang jadi tukang garu kepala and picit bahu dia...Setengah orang, kalau kena garu kepala mesti rasa macam nak tido...Tapi dia terbalik la pulak... :)

    ReplyDelete
  25. aku mmg gitu la NL, klu tk tido pon aku akan buat2 tido... alaaaa, YB pun dh masak ngan perangai aku.

    errr, aku kn sll balik kg ngan dia... ko tk tau ke??? trtinggal zaman la ko ni NL

    pssstttt, jgn ckp kuat2 nnt YB dgr.... hehehehe! sabo2... urut dada YB baca ni.

    ReplyDelete
  26. haaaaaaaaa (terkezut bercampur terperanjat)...

    errr pandai ko berpura pura tidur... agaknya mesti berdengkur walapun tidur ko tu sekadar lakonan semata mata hehehehehee...


    dan ko takkan tidur betul2 sbb ko risau nanti ko ngigau sebut nama org lain.... erkkkkk takpasal2 ko kena tinggal tepi jalan nanti huhuhuhu


    oh yer ker... pecah rahsia ko kali nih ngeh3x

    ReplyDelete
  27. elok ko jgn caye tipu helah aku tu NL.. aku dh buleh agak yg ko nak kenakan aku.

    sblm ko kenakan aku... ko dh trkena dulu... miahahaha!

    tp kn NL... sejak akhir2 ni blh thn ko brutal ngan aku erk?? ko dh trjangkit virus ke??

    ReplyDelete
  28. erkkkk... sekali sekala aku kenakan nko takper lah yang ko salu dok kenakan aku tu ko tak kira hehehehehee


    virussss... aku rasa ko lah pembawa virus tu... lagipun aku tak suka pakai mask mmg mudah berjangkit...


    baik ko pi klinik buat medical tgk apa virus dah masuk dalam sistem pertahanan badan ko dan tak mungkin ko dah terkena autoimmune atau pandiculation
    symptomatic...

    ReplyDelete
  29. cHeRyNa PiReS,
    Betul cakap awak. Emak Adam antara yg tak boleh minum nescafe. Terus tangkap kat kepala dia.

    Kalau nak rasa kerepek tu dtg lah rumah. Nanti sy simpankan sikit utk awak.

    NL,
    Makan asam boi banyak2 kan org ingat mengandung pulak ahaks.

    Lagu kat radia bukan boleh kita nak tentukan. Masa aku pergi Serting kebnykan nya lagu raya.

    Kena tengok jugak sapa yg kat sebelah sblm suruh picit hehehe

    NL lagi,
    Ko skrg nak kejar no 7 ke? Mari kita tengok samada ko boleh dpt no 7, 7x berturut2.

    Teja,
    itu yg aku malas nak bawak ko berjalan ni ngeeee

    ReplyDelete
  30. ceywahhhh, ko pulak suh aku wat medical... ko tu yg patut pegi sblm virus dlm bdn ku merebak ke seluruh otak ko, klu dh masuk dlm tu... kena wat operation ko tau.

    aku??? psl virus2 tu aku dh immune... dh jd kwn baik, dn aku tk kesah ngan segala menda yg ko sebut tuuu.... yg aku tau symantec je, huhuhu....

    ReplyDelete
  31. YB... 7 nak dapat 7 kali berturut turut susah ler nak dapat melainkan YB buat 7 n3 sehari huhuhuhuu....


    ermmm betul tu jgn bawa teja berjalan lain kali...

    eh jalan kaki ker bukan naik kete huhhuhu

    ReplyDelete
  32. teja ko mmg takkan tahu apa yg aku cakapkan tu sbb para doctor jer tahu semua tu huhuhuhu...


    alangkah bestnyer kalau ko jadi doktor aku kan ngeh3x....

    ReplyDelete
  33. NL,
    Aku buat kawan berceritalah - mesti tak jadi tidur.

    psst - bnyk citer nak kongsi ni hehehe

    Teja,
    Apa kelas tidur tepi jalan. Carilah tempat yg selesa sikit muahaha

    (ko pun jgn pulak fikir yg bukan2)

    NL,
    Baru aje lepas bulan puasa minda korang berdua dah mula kuning ke? Nasib minda aku merah jambu hehehe

    Teja,
    Oh ko ngingau rupanya? Kalau tak seram aku...

    NL,
    Teja nak tumpang aku balik kg dia. Kan kg dia dgn kg emak adam dekat2. Ko jgnlah jeles. Emak Adam pun ada sekali.

    Na Shari,
    Baguslah awak ni mcm isteri saya jugak. Tapi kadang2 saya kesian bila tengok dia mengantuk. Saya suruh dia tidur kerana saya boleh tahan tak mengantuk lagi. Tapi selalunya dia sanggup tak tidur sbb takut saya ikut tidur huhuhu

    ReplyDelete
  34. aku jd doktor ko???? malaaaammmmmm sikit!!!! tk kose aku... silap hb bkn aku injek ko, ko yg injek aku... hahahha... malas2.

    elok aku jd doktor kpd YB, brbaloiiiiii..... hehehe

    ReplyDelete
  35. erkkk byk cerita nak kongsi tu..... mesti cerita org tua2 ajer jadi tak jadilah saya nak menyampuk huhu


    erkkk buleh ker minda merah jambu...
    lagi bahya kot hehehe....


    yer saya tahu kampung mak Adam dengan teja dekat2 tapi... takkan tak tahu si teja tu huhhuhh

    erkk syyyyyhhhh

    ReplyDelete
  36. teja...

    lain macam jer injection ko kali nih hehehehee...


    ko jadi doktor YB aku sokong!

    ReplyDelete
  37. Teja,
    NL bukan ketinggalan zaman tapi dia hidup di zaman yg berlainan dgn kita. Kita hidup di zaman kesultanan melayu melaka. Itu sbb org panggil ko Teja hehehe.

    Aku nak pergi Melaka tak lama lagi. Ko nak ikut balik tak? hehehe

    NL,
    Teja kalau dah tidur mana ada pura2. Siap "ngences" sekali.
    Kalau nak tahu makna perkataan tu tanya Teja atau ckLah.

    faraulah,
    Maaf tertinggal pulak komen awak tadi.

    Saya tak pernah pulak cuba mcm tu walaupun saya sebelum ni biasa bawak kereta jauh2 eg KL-JB-KL atau KL-Penang-KL dlm masa sehari.

    Kalau awak dah cuba bolehlah beritahu kami kesannya.

    ReplyDelete
  38. NL dan Teja,
    Aku nak keluar ni ada meeting kat PJ. Lepas tu ada lunch date (terpaksa cuti posa 6 hari ni). Lepas tu ada meeting lagi kat Subang dan Cheras. In between semua tu nak jumpa my electrical sub con.

    Malam ni baru aku on balik. Itupun kalau aku tak jadi pergi beraya ke Selayang hehehe

    Buatlah tempat ni macam rumah korang. Jgn terbalikkan rumah aku ni dahlah.

    ReplyDelete
  39. ngences... mmg saya tak tahu tapi kalau ngelindur saya tahu heeeee


    whoaaa KL-JB-KL hebat tu YB...macam driver bas ekpress jer huhhu

    ReplyDelete
  40. wokeh YB... nanti saya totlong tenggok tengokkan umah ...

    ReplyDelete
  41. ngelindur.... lama aku tk dgr prkataan itew... mcm aku tau je maknenye, ngigau tu kan NL??? hehehe....

    yeah2 tn umah tkde... mari kita wat party raya.... huhuhu

    ReplyDelete
  42. erkk kura2 dalam perahu.... wat per ko tanya...

    erkkkk ko jgn buat apa2 YB dah amanah kan kat aku hehehee...


    ais pun tak der camner nak buat parti raya hahahhaahaa

    ReplyDelete
  43. kalau paksu chot bawak keta, maksu suka lepuk2 dia, lepuk2 manja gitu.

    bila maksu drive, maksu baca 4 kul, ulang ulang ulang, sampailah tiba giliran paksu pula drive... gitu ler

    ReplyDelete
  44. NL, ko ambik je ais aku tu... cukup tk agak2... hahaha

    ReplyDelete
  45. selalunya itu yang saya buat... tapi kekadang tak tahan mengantuk, saya tidur sekejap...

    kalau memang dah mengantuk, jangan kata nescafe, kopi o kaw-kaw pun belum tentu boleh tahan rasa mengantuk tu... Tidur aja ubatnya... Hihihihihih :D :D

    ReplyDelete
  46. tips elak ngantuk dari blogging ade tak? hehe

    ReplyDelete
  47. aku tak pernah mengantuk pun masa memandu... walaupun memandu jauh balik ke kg....

    hikhikhik...

    so.. takde la peTUA... errr... ai pun tak TUA lagi...

    ReplyDelete
  48. tu laaaaa... sombong sangat...
    lain kali, klu takde kawan, ajak la aku... insyaallah tak mengantuk.... hikksssssss..

    errr???

    ReplyDelete
  49. YB...
    Alhamdulillah, tk pernah ngantuk ketika memandu.

    Tp selalulah berhenti kat tempat rehat klu dah letih - sambil tu tengok2lah kot jumpa benda2/perkara2 baru...

    Hidup ni kan satu persinggahan - kenalah byk singgah cr pengalaman baru...sambil berehat!

    ReplyDelete
  50. NL,
    Kalau nk tahu lebih lanjut tentang perjalanan KL-JB-KL sy boleh baca dlm n3 bertajuk 7 Perhentian yg disiarkan sekitar Feb lepas.

    Bulan tu saya travel lebih 5000 km dgn kete saya. Mujur baru lagi kete tu. Bau killang lagi ngeh3x

    Teja,
    Patutlah rumah aku berkecah masa aku balik tadi. Ko buat parti rupanya. Aku tak marah ko buat parti kat rumah aku tapi aku kecewa sbb ko buat masa aku takde huhuhu.

    Mak Su,
    Bestlah maksu dan paksu bekerjasama.

    Elok baca 4 qul tu. Lagi jauh perjalanan lagi banyak pahala. Kalau ngaji mau nak khatam.

    ReplyDelete
  51. syah,
    Betul kata ko. Kalau dah ngantuk buatlah apa pun tak nak hilang de ngantuk tu kecuali tidur. Tapi bahaya jugak kalau tido kat tempat tak ramai org takut ada penyamun atau penyangak.

    Jard,
    Blogging mana ada mengantuk? ngeh3x

    kts,
    setakat balik kg ko tu 10x ulang alik pun aku tak ngantuk.

    Aku suka peMUDA yg semangat mcm ko ni.

    kts lagi,
    Aku tengah cari kawan nak pergi Kuantan ni. Ko tolong temankan aku ya? hehehe

    ReplyDelete
  52. hehe... nape? ko rase rugi psl tk dpt nk join parti ke YB? hehe... nnt len kali la kita buat lg

    ReplyDelete
  53. aku punyer tips senang je, bila ngantuk giler, berhenti kat r&r terdekat,pahtu tido sekejap dalam 10,20 minit gitu.dah settle. InsyaAllah mengantuk hilang.

    ReplyDelete
  54. ragbar,
    Hebatlah ko tak pernah mengantuk ketika memandu. Boleh kerja pilotlah kalau mcm tu hehehe

    Memandangkan ko suka singgah utk cari pengalaman baru, jgn lupa singgah rumah aku kalau dtg KL. Rumah2 blogger lain pun ko patut singgah jugak.

    Teja,
    Aku kempunan tak dapat makan ais kat mulut ko tu huhuhu

    PenyuBiru,
    Kalau guna highway oklah ada R&R tapi kalau jalan kampung mana nak cari R&R? huhuhu

    ReplyDelete
  55. isk2, nape tk bgtau awal... ambik la ais tu aku tk kisah... ambik ngan mulut jugak ye... hehehe

    ReplyDelete
  56. Teja,
    Alang2 elok aku ambik dgn tuan punya mulut sekali ngeh3x

    ReplyDelete
  57. YB....

    Aku akan pastikan tido cukup b4 memulakan perjalanan jauh. Tapi mata aku dpt tahan la setakat ni.
    Payah nak tido sgt la semasa drive jauh2.

    YB....
    Ko bagi address kat aku ye. Aku nak hantar something a.k.a souvinier utk ko. Aku nak ke L`kawi kejap lagi...

    Ko ada e-mail address aku kan. Kasik address kat aku tau. Hohohoho....

    ReplyDelete
  58. Zyma,
    Kalau dpt mmg nak pastikan cukup tido sblm memulakan perjalanan jauh. Tapi musim raya ni, mana cukup tidonya. Kadang2 org dtg rumah aku sampai pukul 12 lebih. Aku kalau pergi rumah org pun mcm tu jugak. Tak cukup masa kat KL ni. Siang anak2 aku sekolah ptg.

    Tererlah ko kalau tak ngantuk masa driving.

    Nanti aku emel address aku. Terima kasihlah ingat kat aku. Selamat melancong di Langkawi. Berapa hari ko kat sana?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails