Monday, July 13, 2009

Tak Jadi Beli Rumah, Kita Beli Tanah Ajelah

Dua minggu lepas aku ke JB. Sempat melawat beberapa tempat termasuk projek perumahan di East Ledang, Nusajaya. Rumah di situ cantik2 tapi dah habis dijual. Ala yg sejuta ringgit sebuah tu hehehe.

Kerana tak jadi beli rumah, semalam aku mengajak isteri aku membeli tanah ajelah. Dia pun teruja kerana dah lama kami tak beli tanah. Kata mereka yg pakar ada beberapa kriteria utk membeli tanah antaranya:
1) harga - kena cari yg murahlah kalau boleh
2) lokasi - kalau jauh sgt, susah
3) aksesibiliti - jalan nak ke tempat tu mestilah tak susah. Kalau kena tol masih ok sbb di KL ni jarang tempat yg takde tol huhuhu
4) dah biasa dgn tempat tu - tempat baru kadang tak sekufu atau silap haribulan kena tipu!

Berpandukan kepada kriteria di atas, kami memilih utk membeli tanah di Sg Buloh. Pada mulanya aku cuma mahu membawa isteriku dan Adam sahaja. Tapi bila aku beritahu ibuku (dia mmg tinggal dgn kami) dan Haikal serta Haizam niat kami nak ke Sg Buloh beli tanah semua nak ikut. No problem. Jom!

Setelah me'riki2' kami memilih satu lokasi yg kami rasa strategik. Bab tawar menawar harga aku serahkan kpd isteriku kerana dia pakar dalam perkara ini. Lagipun dia seolah2 mendapat kepuasan dari kegiatan tersebut! Dalam apa perkara yg kita buat yg penting kita happy.

Apa? Nak tengok tanah yg kami beli semalam.

Rasa segan pulak. Ah? betul nak tengok ni. Ok lah.


,
,
,
,
,
,
,
,
,

Ini hah penuh tanah sebonet.

"Ayah kat sebelah atas tu boleh muat lagi," seolah2 itulah kata Adam spt memerli ayah dan ibunya. Betul jugak cakap kau tu Adam. Ok kita sumbat lagi. Dan inilah hasilnya

"Macam ni baru syok," kata Adam sambil melihat ke belakang.

49 comments:

  1. nak tanam pokok ape uncle??
    durian ke??
    keh3x

    ReplyDelete
  2. siddiq,
    Tahniah dpt jadi yg pertama hari ni! Takde kelas ke?

    siddiq lagi,
    Banyak pokok bunga kami beli semalam. Kebanyakannya kami letak kat dalam kereta. Pokok kedondong pun ada hehehe

    ReplyDelete
  3. kelas start mggu dpn..
    blaja kat KLIUC.
    tu yg bleh online..
    best2..nnt bleh makan ramai2..
    pokok naga xnak??
    kat rumah saya byk ni
    hehehe
    ohye...dapat no.1 bleh dapat insentif x???

    ReplyDelete
  4. haaaaaa byk sungguh tanah yang dibeli berribu-ribu beg...

    pakok apa tu yang daun dia macam daun sireh tu...

    pkok bunga tahi ayam tak beli ker? kang merajuk lak KTS ngeeeeeeee

    ReplyDelete
  5. kehkehkehhhh! aku pun ada tanah tu bang. ko nak ker? merah ada...hitam pun ada. ko pilih jer

    ReplyDelete
  6. Dah agak dah...Dengar je Sungai Buloh...Pling!!!Terus terdetik...

    YB ni bukan nak beli tanah lot...Ni mesti nak beli tanah main timbang kilo...

    Berdasarkan pengalaman sendiri... :)

    ReplyDelete
  7. laaaahhh, saya pun tgh dok usya nak beli tanah, dah jemu dok umah flat. kita dah gi nurseri kat sekitar kajang mencari tanah2 hitam, tanah bakar dan lain-lain

    ReplyDelete
  8. tak pa..beli sikit-sikit. lama-lama jadi la bukit.

    ReplyDelete
  9. sonok kalau byk wang , mcm mcm boleh beli

    ReplyDelete
  10. klu aku tau penuh disumbat dlm kete, leh aku pinjamkn lori 3 tan... blh borong lebih sikit

    ReplyDelete
  11. pokok apa lagi yang YB nak tanam tu. ada petua tak nak tanam pokok. saya nih tanam serai ngan pandan pun tak mau hidup.

    ReplyDelete
  12. kalo pokok kedondong dah berbuah sok bulehlah buat jeruk pass kat sini skit,kekekekeke.

    ReplyDelete
  13. Tunggu petang ni...
    lori Pak Zahan akan sampai hantar baja kompos....




    He..he..

    ReplyDelete
  14. siddiq,
    Oh kisahnya. Selamat menyambung pelajaran di KLIUC.
    Pokok naga taknak sbb kawasan yg ada sikit tu nak buat kawasan main kalau ptg.

    Dua bulan lepas ada skim insentif utk mereka yg dapat jadi pengomen pertama 3 kali berturut2. Ada pun pemenangnya.

    NL,
    Mana ada beribu2 beg? Cuma 31 beg aje ngeh3x.

    Entah aku pun tak tahu apa nama pokok bunga tu.

    Bunga tahi ayam ada semalam tapi aku tak beli sbb aku boleh mintak kat kts pokok yg ko tak nak tu.

    tijah,
    ok aku pergi rumah ko Isnin depan lepas hantar anak aku balik ke asrama. Berapa beg ko ada? Nanti ko emel aku alamat ko tu. Ada berani? ngeeee

    Na Shari,
    Saya takde sebut nak beli tanah lot kan?
    Na masih beli tanah di sana ke? dah naiklah harganya sekarang huhuhu

    Mak Su,
    mana murah tanah kat kajang atau kat sg buloh? Kalau kat sana lagi murah, mungkin kami ke sana lain kali.

    ReplyDelete
  15. Salam
    ingatkan beli kira ekar rupenye kira beg plastik ek...huhuhu..
    bersama hijaukan bumi...kl da jerebu

    ReplyDelete
  16. ONE ZABA,
    kalau lama2 lagi jadi gunung kot mcm cameron tu hehehe

    cik konfius,
    tanah mungkin jadi bukit tapi poket yg jadi lembah huhuhu

    pB,
    mestilah seronok. Tapi masalahnya wang belum banyak huhuhu

    Teja,
    alang2 ko nak pinjamkan lori, carikan aku yg 10 tan hehehe

    ArPeGGiOS,
    Sebagai VO kpd kerja2 projek rangsangan tempoh hari, kontraktor kami dah buatkan tempat menanam pokok bunga sepanjang tepi longkong keliling rumah. Mcm2 lah isteri sy nak tanam. Semalam dah beli serta sikit pokok bunga dan kedondong. Kalau rajin sy buat satu n3 berkenaan ini.

    ReplyDelete
  17. juliet,
    ko planning nak kawin dan dpt anak cepat2 ke sehingga mengidam ni? Kalau berbuah esok, ko dtg aje mintak kat emak adam. Kalau ko belum berbadan dua pun kami bagi ngeh3x

    ckLah,
    mana lori ko tak sampai2 ni? Panas aku tunggu kat luar tadi huhuhu

    ~O~,
    Tanah dlm beg plastik aje yg kami termampu buat masa ni hehehe
    Rasanya laman kami dah hijau sbb banyak pokok2. Tapi kami nak tukar pokok yg ada kpd yg lebih cantik ngeh3x

    ReplyDelete
  18. alaaaa..dah agak daaaaaahhhh..musti tanah dlm plastikkkk..hehe

    ReplyDelete
  19. dah agak sangat dahhhhhhhh.... Mueheheheheh

    Err... setau saya, bonet tu yang belah depan... yang belah belakang tu but... Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  20. laaaaaaaaaaaa...
    kenapa tak cakap ko nak tanah..

    kat depan umah aku ni berlambak tanah2 camtu.. kompem subur pokok2 ko nanti..


    errr.. tak percaya tanya pokok nagka.. pokok mangga.. pokok bunga tai..... errr banyak lah lagi pokok-pokok yg ada dpn rumah aku ni.. hikkkssss

    semuanya pki tanah2 tu..


    ko nak tak??

    SOMBONG!!

    taknak sudah!!!

    ReplyDelete
  21. tanam bendi ye YB. nnti aku nk mintak sikit. ni aku bgtau siang2 nih. hehehe...

    :p


    .

    ReplyDelete
  22. bila nengok tanah2 tu...teringat tanah yg boleh dpt free - tanah kubur

    ReplyDelete
  23. Salam YB...
    Singgah utk m`baca ye.

    Beli tanah baru best,kan YB.
    Boleh b`cucuk tanam gituuu.

    :)

    ReplyDelete
  24. huuhuuuuu.. naif sungguh aku rupanya... tertipu bulat²

    tp nk nyebuk sket jwb komen nahmy, tnh kubur mmg free.. tp, nk dimasukkan ke kubur still kene bayar...

    huhuhuhuu

    ReplyDelete
  25. tchersally,
    tak susah nak agak kan kali ni. Lain kali nak buat yg lebih mengelirukan ngeh3x

    syah,
    kami dari kecik dah diajar panggil tempat letak barang tu bonet. Habis nak buat mcmana. Kena PPSMI agaknya hehehe

    kts,
    terima kasih atas tawaran ko tu. Esok aku dtg rumah ko utk ambik tanah. Bukan jauh pun rumah kita hehehe

    psst - ko kata nak suruh emak ko bungkus pokok nangka tu. Dah sempat bungkus ke?

    tasik,
    boleh jugak aku tanam bendi walaupun takde dlm perancangan asal. Senang tumbuh dan senang keluarkan hasil.

    Ko jgn tak dtg pulak kalau aku dah tanam nanti.

    ReplyDelete
  26. nahmy,
    kat kampung tanah kubur mmg free tapi kat KL ni kena bayar huhuhu

    Akmal,
    di kampung tanah tinggal ambil aje tapi di sini tanah pun kena beli. mahal pulak tu

    Zyma Saad,
    Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen.

    Di kampung yg banyak tanah org ada yg tak kisah nak bercucuk tanam tapi di bandar ni gatal pulak nak tanam pokok. Akibatnya tanah pun kena beli.

    zonaku,
    Maaflah kalau aku mengelirukan ko.

    Nak masuk kubur kena bayar. Dekat seribu jugak kalau kat tempat aku ni termasuk bayaran tanah kubur.

    ReplyDelete
  27. aku komen dulu baru baca..bleh..heheh

    ReplyDelete
  28. aku cikgu berfikiran lurus....jadi aku terpaksa browse pelan2 baca N3 ko...

    kalau nak tanam macam2 pokok - tepon aje pak sheikh - nak baja ape, tanah ape...kekadang dia jadi tester baja!!! mau tak free gitew - kalau ok, order, jika tak - let go aje le...

    ReplyDelete
  29. INTAN,
    Welcome back.

    Bukan ko dah biasa komen dulu sebelum baca? ngeh3x

    kapten,
    Utk menyerikan rumahku syurgaku hehehe

    sonata,
    Ko takut jadi mcm kes kawanku haritu ke?

    Kalau ada tanah atau baja lebih bawaklah sini bila ko datang KL lain kali. Setor aku pun masih belum dirasmikan lagi. Apa kata ko rasmikan setor tu dan simpan baja2 lebih di situ.

    ReplyDelete
  30. jom tanam kangkung & bayam... tanam bunga bukan boleh makan punnn.... hehehe!

    ReplyDelete
  31. apalah cam tu beli pokok tapi tak tau nama... hehee

    tapi saya sokong YB tanam pokok...


    lain kali saya sponsor... errr pokok bawang... buleh heheheheee

    ReplyDelete
  32. iskk... saya sukalah jawaban YB pasal tanah kubur tuh .

    Baguslah beli bebanyak tanah dalam beg plastik . Esok lusa kalu anak2 berebutkan harta tanah sekakang kera , kasi jekkk sorang satu !!!

    hahahha ( abaikan lawak neh okeh )

    ReplyDelete
  33. HA HA HA..YB nak bcucuk tanam ek?:)

    rumah sejuta pn org bli kan..mmg kaya

    ReplyDelete
  34. salam YB..
    smga dlm plhran-NYA. amiin.

    wah..gempak gak bl bc tajuk n3 yb..
    ingatkn betoi2 nk cr tnh..
    teman br nk cdgkn yb cr d hl lgt jk betoi2 nk beli tnh..

    hmm..tp beli tnh utk bcucuk tnm ya..

    apapun, slmt bcucuk tnm..
    :)

    *trlewat nk bgtau, lain kali jk bpeluang pi jb lg, try 'mee rebus pak wahid' di plz angsana, best!
    itu 'menu' wajib teman bl blk jb..
    :D

    ReplyDelete
  35. bila baca je sg buloh, dah tau dah mesti tanah pokok..

    ..nnt tanam la pokok durian..nnt kita boleh makan banyak2 hehe..durian musim ni kan jadi..

    ReplyDelete
  36. Shifu,
    Kalau beli sayur kat pasar murah aje. Kadang2 tu sekilo baru 50sen atau seringgit.

    Aku nak tanam yg ada nilai tambah yg tinggi. Aku tanya penjual bunga kat Sg Buloh hari tu ada satu pokok tu sampai RM6000.
    Berapa lori sayur boleh dpt tu hehehe

    NL,
    dah banyak sgt jenis bunga yg ada. Hari tu aku tengah gunakan memori chip utk fikir benda lain ahaks.

    Kalau ko nak bagi pokok bawang jgn lupa pokok daun sup sekali. Senang aku nak buat sup tulang hehehe

    LiNda,
    alah jawapan skema aje tu.

    Aku takut kalau bagi anak2 tanah yg dlm beg plastik tu, mereka buat timbus kubur kita pulak bila kita mati huhuhu
    (sila abaikan lawak bodoh ni hehehe)

    Teja,
    berapa kontena ko nak hantar? Takut tertimbus pulak rumah aku ni huhuhu

    Liyana,
    Emak Adam nak tanam bunga. Aku tolong bawak dia pergi Sg Buloh aje.

    Rumah yg lebih mahal dari itu pun ada yg mampu. Kita aje yg belum mampu huhuhu

    ReplyDelete
  37. amal,
    wsalam. Semoga amal sekeluarga juga sentiasa dlm peliharaanNya.

    Tanah di Hulu Langat pun dah mahal sekarang. Ramai org kaya buat banglo dan dusun utk mereka bercuti dan berehat di hujung minggu. Rasanya belum termampu saya.

    Saya selalu jugak makan mee rebus Pak Wahid tapi yg di Kebayan Kotaraya. Di Wisma Denmark KL ni pun ada cwgn dia kalau tak salah saya.

    zaren,
    Buat apa nak tanam durian kalau durian dah murah. Pegi aje beli kat tepi jalan. hehehe

    ReplyDelete
  38. ..mahal jugak..
    tanam sendri free..

    ReplyDelete
  39. zaren,
    tanam sendiri bila nak berbuah? Berjibon nak tunggu. hehehe

    ReplyDelete
  40. siut jugak ko ni kan YB...
    sg buloh mmg byk tanah...
    murah lak tuh...
    haha

    ReplyDelete
  41. ni vukan beli tanah, borong tanah ghitewww.. ammvoiii abang yb tewww

    ReplyDelete
  42. Chekgu BH,
    Ko citer tanah lot atau tanah tanam pokok? Kalau yg kemudian tu dah naik harga.

    psst - bila nampak Hospital Sg Buloh tu teringat aku adik ko. Mcmana dia sekarang? Maaflah tak sempat nak singgah hari tu sbb bawak budak2.

    en_me,
    jgnlah cakap mcm tu en_me. Baru berapa beg saya beli. Kalau borong saya kena bawak lori kecik hehehe

    ReplyDelete
  43. patutlah masa aku pi keje itu hari aku perasan ade satu pakcik tengah terbongkok² angkut tanah masukkan dalam crv dia kat tepi jalan. ko yer YB.hehe..

    ReplyDelete
  44. PenyuBiru,
    Hari minggu pun ko kerja jugak ke? cepatlah ko kaya kalau mcm ni hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails