Hari ini 26 Mei 2009 genaplah 16 tahun pemergian abahku, Badawi bin Hj Abdul Rahim ke rahmatullah. Alfatihah.
Abah pergi setelah koma selama 3 hari akibat diserang stroke. Masa abah kena serangan itu aku dan keluargaku tinggal di JB kerana aku bekerja di Pasir Gudang. Aku dalam proses utk berpindah tempat kerja baru di KL. Sepatutnya aku ditukarkan balik ke HQ di Miri tetapi kerana kesihatan abah yg tidak begitu baik, aku memohon utk masuk project team MLNG-Dua - projek paling glamer masa tu dan berebut2 kakitangan sykt kulit kerang nak masuk. Bukan setakat glamer tapi kalau ikut projek ini dapat banyak kemudahan spt rumah besar percuma dan kereta sykt selain boleh melawat keluar negeri di mana kerja2 utk projek ini dijalankan.
Abah pergi setelah koma selama 3 hari akibat diserang stroke. Masa abah kena serangan itu aku dan keluargaku tinggal di JB kerana aku bekerja di Pasir Gudang. Aku dalam proses utk berpindah tempat kerja baru di KL. Sepatutnya aku ditukarkan balik ke HQ di Miri tetapi kerana kesihatan abah yg tidak begitu baik, aku memohon utk masuk project team MLNG-Dua - projek paling glamer masa tu dan berebut2 kakitangan sykt kulit kerang nak masuk. Bukan setakat glamer tapi kalau ikut projek ini dapat banyak kemudahan spt rumah besar percuma dan kereta sykt selain boleh melawat keluar negeri di mana kerja2 utk projek ini dijalankan.
Kita lupakan cerita tentang projek itu. Berbalik kpd kisah abah di hari2 terakhirnya.
Seminggu sebelum dia meninggal abah dan emak datang ke rumah kami di JB kerana mengziarahi Afifah anak ketiga kami yg berusia 100 hari. Kebetulan mereka hendak menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorg sahabat baik mereka di Singapura. Saya telah membawa mereka ke Singapura dgn kereta kerana saya kerap berulang alik ke Singapura semasa saya di JB dulu. Itulah kali terakhir saya dapat bermesra dgn abah. Tidak sempat aku bertukar kerja ke KL utk lebih dekat dgn abah. Kini yg tinggal hanya kenangan2 aku bersama abah. Abah telah berjaya membesar aku dan adikku menjadi insan berguna walaupun kami hidup dalam keadaan begitu sederhana sekali malah ada ketika serba kekurangan. Kalau abah boleh berjaya dalam keadaan tersebut, malulah kami adik beradik kalau tidak boleh melakukan yg lebih baik atau sekurang2nya sama kepada cucu2 abah seperti apa yg abah beri kepada kami.
Di atas segala pengorbanan abah utk kami, kami hanya mampu mendoakan dan membaca surah Yassin setiap pagi semoga roh abah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.
Di atas segala pengorbanan abah utk kami, kami hanya mampu mendoakan dan membaca surah Yassin setiap pagi semoga roh abah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.
Al fatihah...
ReplyDeletesemoga aman di sana
Salam YB
ReplyDeleteyang pastinya , semua yang hidup akan kembali berjumpa dengan penciptaNya ....
Semoga rohnya aman dan tenang disana...
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat...
ReplyDeleteKalau arwah masih ada tentu dia bangga melihat kejayaan anak & cucunya.
ReplyDeleteAl fatihah...
ReplyDeletesemoga damai di sana
Al-fatihah,Kita pun akan ke sana jua nanti...
ReplyDeletekts,Itulah yg aku doakan selaku anak yg soleh (aku ni layakke masuk kategori anak soleh huhuhu)
ReplyDeletepB,wsalam. Itu mmg pasti.
syah shah & soca,terima kasih di atas doa ko tu.
juliet,tak sempat arwah melihat semua tu. huhuhu
Salam YB
ReplyDeleteSemoga roh arwah ditempatkan di kalangan roh org2 yang beriman, insyaallah...
Honestly, saya belum bersedia untuk kehilangan mak dan abah...Tak jumpa seminggu pun saya dah tak tentu arah, inikan pula nak kehilangan untuk selamanya.
Semoga suatu hari nanti, saya akan tabah menghadapi kehilangan sepertimana yang telah YB hadapi...
salam..Al Fatihah moga arwah sentiasa dirahmati ALLAH. Kejayaan sdr sudah pasti menjadi kebanggaan arwah
ReplyDeletefuh.. dah lama tu.. huhuhu..
ReplyDeleteal-fatihah..
kita serupa...tapi hidup kita tak serupa.
ReplyDeletealfatihah
ReplyDeletealfatihah...
ReplyDeletekisahnya x byk beza gan arwah abah aku...doakan abah ko tenang dh berada d kalangan org yg beriman...juga utk abah2 yg lain yg telah kembali ke rahmatullah
ReplyDeleteMoga abah YB, papa Sally dan mama Sally (juga semua yg telah arwah..) akan digolongkan dikalangan umat2 yg beriman..
ReplyDeleteNa Shari,terima kasih diatas doa tu.
ReplyDeleteBila tiba masanya kita terpaksa berpisah juga dgn mereka yg kita kasihi. Sementara mereka masih ada hargailah mereka.
arsaili,wsalam dan tq bro.
Saya tak pasti samada abah akan bangga atau tidak dgn 'pencapaian' saya yg sederhana ni. Tetapi setidak2nya saya berharap saya tak menyusahkan dia di sana.
Jard,mmg dah lama - Afifah pun dah Form 4.
ONE ZABA,ya kita sama2 yatim kematu hehehe
Hidup kita tak serupa sbb ko golongan atasan yg duduk di gunung sedangkan aku melata di tanah pamah huhuhu
tasik & tijah,terima kasih atas sedekah ko berdua.
psst- bukan selalu ko org bagi komen inesen kat aku ni hehehe
INTAN,terima kasih. Aku simpati dgn rasa terkilan ko di atas pemergian abah ko. Aku pun terkilan kerana tak sempat bertukar tempat kerja dan menjaga abah aku sebelum dia meninggal. Kami pindah sebulan setelah dia meninggal. Sekarang emak duduk dgn kami.
tchersally,amin. Hanya mereka yg telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua2 sekali dapat merasa ketiadaan ini.
Bagi yg bernasib baik masih mempunyai ibu, ayah atau kedua2nya sayangi dan jagalah mereka sebaik mungkin.
al fatihah
ReplyDeleteal fatihah...dunia ini hanya sementara
ReplyDeletemati itu pasti
adakah sakura halimunan!!!!
ReplyDeletekapten & Rozita,terima kasih.
ReplyDeleteBetul kata Rozita - dunia ini sementara tapi ia jambatan utk akhirat.
sakura,maaf kerana tertinggal nak balas komen awak.
Ya semoga arwah damai di sana.
Peringatan buat sang anak...
ReplyDeleteyang masih punya...
Atau sudah ditinggal pergi
dari seorang
bergelar ayah...
"Selamat Hari Bapa buat YB"(Advanced!)
ckLah,terima kasih kerana mengucapkan selamat hari bapa in advance kpd aku. Cuma aku takut samada umurku sampai atau sebaliknya.
ReplyDeleteAlfatihah...yang telah pergi takkan kembali.
ReplyDeleteSonata pun dah tak sape lagi...
sonata,dah baya2 kita ini kebanyakan dah takde ibubapa atau salah seorg dari mereka. Mungkin tak lama lagi giliran kita pula utk pergi menghadap Ilahi.
ReplyDeleteAl fatihah tuk arwah abah ko. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.
ReplyDeletesemoga roh ayah YB tetap dan terus aman dan tenteram serta dicucuri rahmat hendaknya Amin...
ReplyDeleteinsya'Allah...