Tuesday, May 26, 2009

Semoga Abah Bahagia Di Sana

Hari ini 26 Mei 2009 genaplah 16 tahun pemergian abahku, Badawi bin Hj Abdul Rahim ke rahmatullah. Alfatihah.

Abah pergi setelah koma selama 3 hari akibat diserang stroke. Masa abah kena serangan itu aku dan keluargaku tinggal di JB kerana aku bekerja di Pasir Gudang. Aku dalam proses utk berpindah tempat kerja baru di KL. Sepatutnya aku ditukarkan balik ke HQ di Miri tetapi kerana kesihatan abah yg tidak begitu baik, aku memohon utk masuk project team MLNG-Dua - projek paling glamer masa tu dan berebut2 kakitangan sykt kulit kerang nak masuk. Bukan setakat glamer tapi kalau ikut projek ini dapat banyak kemudahan spt rumah besar percuma dan kereta sykt selain boleh melawat keluar negeri di mana kerja2 utk projek ini dijalankan.

Kita lupakan cerita tentang projek itu. Berbalik kpd kisah abah di hari2 terakhirnya.

Seminggu sebelum dia meninggal abah dan emak datang ke rumah kami di JB kerana mengziarahi Afifah anak ketiga kami yg berusia 100 hari. Kebetulan mereka hendak menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorg sahabat baik mereka di Singapura. Saya telah membawa mereka ke Singapura dgn kereta kerana saya kerap berulang alik ke Singapura semasa saya di JB dulu. Itulah kali terakhir saya dapat bermesra dgn abah. Tidak sempat aku bertukar kerja ke KL utk lebih dekat dgn abah. Kini yg tinggal hanya kenangan2 aku bersama abah. Abah telah berjaya membesar aku dan adikku menjadi insan berguna walaupun kami hidup dalam keadaan begitu sederhana sekali malah ada ketika serba kekurangan. Kalau abah boleh berjaya dalam keadaan tersebut, malulah kami adik beradik kalau tidak boleh melakukan yg lebih baik atau sekurang2nya sama kepada cucu2 abah seperti apa yg abah beri kepada kami.

Di atas segala pengorbanan abah utk kami, kami hanya mampu mendoakan dan membaca surah Yassin setiap pagi semoga roh abah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.

Semoga abah bahagia di sana

27 comments:

  1. Salam YB

    yang pastinya , semua yang hidup akan kembali berjumpa dengan penciptaNya ....

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya aman dan tenang disana...

    ReplyDelete
  3. semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  4. Kalau arwah masih ada tentu dia bangga melihat kejayaan anak & cucunya.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah...
    semoga damai di sana

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah,Kita pun akan ke sana jua nanti...

    ReplyDelete
  7. kts,Itulah yg aku doakan selaku anak yg soleh (aku ni layakke masuk kategori anak soleh huhuhu)

    pB,wsalam. Itu mmg pasti.

    syah shah & soca,terima kasih di atas doa ko tu.

    juliet,tak sempat arwah melihat semua tu. huhuhu

    ReplyDelete
  8. Salam YB
    Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan roh org2 yang beriman, insyaallah...

    Honestly, saya belum bersedia untuk kehilangan mak dan abah...Tak jumpa seminggu pun saya dah tak tentu arah, inikan pula nak kehilangan untuk selamanya.

    Semoga suatu hari nanti, saya akan tabah menghadapi kehilangan sepertimana yang telah YB hadapi...

    ReplyDelete
  9. salam..Al Fatihah moga arwah sentiasa dirahmati ALLAH. Kejayaan sdr sudah pasti menjadi kebanggaan arwah

    ReplyDelete
  10. fuh.. dah lama tu.. huhuhu..

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  11. kita serupa...tapi hidup kita tak serupa.

    ReplyDelete
  12. kisahnya x byk beza gan arwah abah aku...doakan abah ko tenang dh berada d kalangan org yg beriman...juga utk abah2 yg lain yg telah kembali ke rahmatullah

    ReplyDelete
  13. Moga abah YB, papa Sally dan mama Sally (juga semua yg telah arwah..) akan digolongkan dikalangan umat2 yg beriman..

    ReplyDelete
  14. Na Shari,terima kasih diatas doa tu.

    Bila tiba masanya kita terpaksa berpisah juga dgn mereka yg kita kasihi. Sementara mereka masih ada hargailah mereka.

    arsaili,wsalam dan tq bro.
    Saya tak pasti samada abah akan bangga atau tidak dgn 'pencapaian' saya yg sederhana ni. Tetapi setidak2nya saya berharap saya tak menyusahkan dia di sana.

    Jard,mmg dah lama - Afifah pun dah Form 4.

    ONE ZABA,ya kita sama2 yatim kematu hehehe
    Hidup kita tak serupa sbb ko golongan atasan yg duduk di gunung sedangkan aku melata di tanah pamah huhuhu

    tasik & tijah,terima kasih atas sedekah ko berdua.

    psst- bukan selalu ko org bagi komen inesen kat aku ni hehehe

    INTAN,terima kasih. Aku simpati dgn rasa terkilan ko di atas pemergian abah ko. Aku pun terkilan kerana tak sempat bertukar tempat kerja dan menjaga abah aku sebelum dia meninggal. Kami pindah sebulan setelah dia meninggal. Sekarang emak duduk dgn kami.

    tchersally,amin. Hanya mereka yg telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua2 sekali dapat merasa ketiadaan ini.

    Bagi yg bernasib baik masih mempunyai ibu, ayah atau kedua2nya sayangi dan jagalah mereka sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  15. al fatihah...dunia ini hanya sementara
    mati itu pasti

    ReplyDelete
  16. kapten & Rozita,terima kasih.

    Betul kata Rozita - dunia ini sementara tapi ia jambatan utk akhirat.

    sakura,maaf kerana tertinggal nak balas komen awak.

    Ya semoga arwah damai di sana.

    ReplyDelete
  17. Peringatan buat sang anak...
    yang masih punya...
    Atau sudah ditinggal pergi


    dari seorang
    bergelar ayah...


    "Selamat Hari Bapa buat YB"(Advanced!)

    ReplyDelete
  18. ckLah,terima kasih kerana mengucapkan selamat hari bapa in advance kpd aku. Cuma aku takut samada umurku sampai atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  19. Alfatihah...yang telah pergi takkan kembali.

    Sonata pun dah tak sape lagi...

    ReplyDelete
  20. sonata,dah baya2 kita ini kebanyakan dah takde ibubapa atau salah seorg dari mereka. Mungkin tak lama lagi giliran kita pula utk pergi menghadap Ilahi.

    ReplyDelete
  21. Al fatihah tuk arwah abah ko. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  22. semoga roh ayah YB tetap dan terus aman dan tenteram serta dicucuri rahmat hendaknya Amin...
    insya'Allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails