Wednesday, May 27, 2009

Perak Oh Perak

Aku ke Perak pagi tadi. Matahari belum terbit aku dah meninggalkan KL kerana ada temujanji pukul 10 pagi di pejabat ini.

Aku ke sana bersama dgn jurutera perunding dan seorang perancang bandar. Tujuan kami untuk mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang untuk meroboh dan membina semula stesen minyak seperti dalam gambar di bawah ini.

Stesen minyak ini yg terletak di R&R Tapah arah utara akan dirobohkan dan sebagai gantinya sebuah stesen lebih besar dgn 11 pam minyak akan dibina menjelang hujung tahun ini kalau semua kelulusan berjalan lancar.

Semasa saya terlibat membina stesen di R&R Tapah arah selatan, kami tidak perlu mengemukakan Kebenaran Merancang ke Jabatan Perancang Bandar & Desa Negeri Perak - cukup dengan mengemukakan semua pelan kpd Majlis Daerah Tapah (MDT). Tetapi kali ini kena membuat permohonan ke JPB&D Negeri. Menurut pegawai yg kami temui, jika semua syarat2 dipatuhi, permohonan akan dibawa ke mesyuarat dalam masa 58 hari. Setelah mendapat kelulusan KM barulah kami boleh mengemukakan pelan bangunan dan pelan kejuruteraan untuk kelulusan sebelum boleh memulakan kerja. Proses kelulusan di Malaysia memang rumit dan panjang sehingga ramai pelabur menarik diri dari negara kita. Tetapi kerana itulah, orang macam saya boleh menawarkan perkhidmatan untuk membantu melicinkan dan mempercepatkan kelulusan. Boleh cari makan!

Selesai tugas di Ipoh, kami singgah di MDT bertemu salah seorang Pengarah Jabatan di sana.


Beliau org penting di dalam meluluskan pelan bangunan dan kejuruteraan kelak dan kenalah buat rapport.

Kami sempat pergi makan bersama beliau di gerai ini di Tapah. Di sini pun ada jual nasi lemak antarabangsa!

Ini pula menara jam berhampiran bangunan MDT.

Menara ini sumbangan sykt kulit kerang sebagai penghargaan kpd pihak MDT yg meluluskan projek meroboh dan membina semula stesen mereka di pekan Tapah sebelum jalan naik ke Cameron Highlands. Dahulu mendapatkan kelulusan MDT lebih mudah dan cepat. Sekarang lebih mencabar. Saya masih ingat berbincang dgn pegawai MDT pada bulan Mac 1996 semasa hendak memulakan projek ini. Rancangan asal meletakkan 4 buah jam di menara tersebut tetapi kerana kekurangan bajet saya letakkan 2 buah jam sahaja dan saya terpaksa sengetkan menara itu 45 darjah supaya dua permukaan menara yg menghadap ke belakang tak perlu letakkan jam. Nak hidup. Sesiapa berpeluang ke Tapah jemputlah singgah ke Taman Malaysia Tapah utk melihat menara jam tersebut.

37 comments:

  1. kalu YB maintain publish kul 12pm cenggini, kopem ku ade harapan dpt adiah.haha

    ReplyDelete
  2. dimana ade peluang di situ bleh carik makan.hehe..

    inilah dinamakan karenah birokrasi. good luck YB!

    ReplyDelete
  3. Pukul 12 memang masa penyu keluar bertelur....


    ...kat Rantau Abang nuuu...

    ReplyDelete
  4. o0h..bz sungguh yb ari nih!
    go0d luck dlm ape jua y yb buat,,
    hehe

    ReplyDelete
  5. PenyuBiru,tahniah 2x

    PenyuBiru lagi,aku ingat nak buat posting petang tadi tapi tenet ada problem. Jadi aku terpaksa buat malam ni. Esok aku nak buat masa ko tengah driving. Biar ko tak boleh jadi first lagi ngeh3x

    PenyuBiru,Org kerja sendiri mcm aku ni kena cekap mengesan dan mencari peluang. Kalau tak, tak berasaplah dapur - eh dapur gas mana ada asapkan?

    Terima kasih di atas ucapan ko tu.

    ckLah,bravo! bravo! Org tengok Nightline pun boleh baca blog? ngeh3x

    PenyuBiru lagi dan lagi,aku tak masuk campur

    ReplyDelete
  6. una,nak cari rezeki utk keluarga nak buat macamana. Sepatutnya saya ada temujanji di Ampang petang tadi, tapi tak sempat jumpa org tu. Kena cari masa esok selepas saya pulang dari Nilai dan Shah Alam.

    ReplyDelete
  7. eee ingatkan dapat jadi yang 1st tadi waktu2 ni
    taniah la MrpenyuBiru jadi yang 1st!!!!

    ReplyDelete
  8. sakura,Penyu dah baca geraklaku ku. Kena tukar time buat posting hehehe

    sakura lagi,saya tak sempat jumpa Zambry tadi tapi dah pesan kat org kanan dia. ngeh3x

    ReplyDelete
  9. uncle ada letak tandatangan tak kat menara jam tu? heheheheh :D

    ReplyDelete
  10. YB..
    bila nak buat n3 ikut time Sally nih..

    ReplyDelete
  11. sedap ke nai lemak antarabangsa tu. Kadang-kadang indah nama dari rasa. dah selalu terkena..

    ReplyDelete
  12. salam pg... bila aku bawa tajuk entry ni aku rasa mcm nak tukar... emas oh emas. huhu....

    ReplyDelete
  13. Akmal,takdelah sbb itu sumbangan utk MDT. Kalau pelan2 stesen, penuh dgn signature uncle hehehe

    tchersally,time sally pukul berapa?

    kakpah,masa kami sampai dah tengahari jadi nasi lemak tu dah tak jual. Lain kali kalau kami sampai waktu pagi, mungkin boleh cuba. Lepas tu saya bagi tau kakpah.

    soca,ko buatlah satu n3 dgn tajuk tu pulak hehehe

    ReplyDelete
  14. hehe... emas ade kene mengene ngan cinta ke YB??? tkmo la... aku bukan mata emasan... haha

    ReplyDelete
  15. soca,habis tu apasal letak gambar mata? hehehe

    ReplyDelete
  16. semoga berjaya...knp sy tak seberani org lain untk meniaga ek...huhuhu

    ReplyDelete
  17. errr... sape MB perak sekarang??
    agak2 esok lusa bertukar lagi tak??

    hikkksss...


    TAPAH??
    aku rasa juliet tentu teruja nak pergi... kenangan silam... hik hik hik

    ReplyDelete
  18. Tapah oh Tapah...
    Dah dekat dah dengan kampung saya.... :)

    ReplyDelete
  19. sama cam nasi lemak kat Kl ni ke?

    tumpang lalu,
    kts,
    hidup tak selalunya indah tapi yg indah tetap hidup dlm kenangan,ekekeke.

    tumpang lalu lagi,
    Yb,
    org keramat mmg baik hati,adehh,dehhh.

    ReplyDelete
  20. weyy... YB tu biru mata hitamku... bukan mata duitan ha!! hehehe... ko jgn tenung lama2, nnt jatuh chenta... hiks!

    ReplyDelete
  21. Err... Nanti dia roboh semua ka kat R&R tu?? Abih nak isi minyak katne?? Saya cuma isi minyak itu saja...

    Hmm... Eh, dah roboh ke blom tu?? Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  22. errr dah sampai perak ker Yb ...
    saya masih kak kelantan nih hehhe
    malamnanti sambung...

    ReplyDelete
  23. sy ptnh trlibat 1 projek merana utk sebuah masjid.. dibiayai sykt burng biru... dsmping berfungsi sbgai menara utk masjid jgk sebagai menara komunikasi..

    dulu x pyh buat planning approval sbb itu kwsan LLM

    ReplyDelete
  24. aku xtau nk komen apa...cuma nk singgah bgtau aku dh balik penang...hahaha

    ReplyDelete
  25. bila lar pB nak jadi org pertama nie ...


    lengkali , publish jer n3 , hantar sms pada pB


    okay????

    ReplyDelete
  26. Stesen kat Tapah tu 'land mark' kami kalau nak cari jalan simpang ke Cameron atau Kuala Woh....Selalunya kat situlah kami saling menunggu kalau nak berkonvoi ke atas...Lepas isi minyak, kami makan kat gerai depan tu.....

    Stesen baru kat mana pulak?

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. daku pun mcm kak Lah....x fokus pd N3...sori incik YB....daku main terjah je mengomen...hehehe...gila koser skit sbb ari tu kat kelantan komen x lepas2...hehe

    ReplyDelete
  29. Kepada Semua Pengomen Yg Belum Sempat Saya Balas Komen Anda,InsyaAllah esok petang saya akan balas. Hari ni tak sempat kerana keletihan. Esok pagi saya akan ke Bandar Seri Jempol. Petang baru balik.

    ReplyDelete
  30. saya pun sama YB masih terasa letih lagi pagi nih... malam tadi pun sempat online jap...

    oh busy sungguh YB nih...

    ReplyDelete
  31. shaliza,tak semua org boleh kaya dgn berniaga walaupun 9/10 pintu rezeki pada perniagaan. Mungkin ko punya rezeki yg 10% dari keselurahan rezeki yg tak terletak dlm berniaga. hehehe

    kts,nasib aku bukan org Perak. Kalau tak aku ajelah jadi MB ngeh3x

    Kenangan apa pulak si Juliet kat Tapah tu? Lain kali ko story kat aku ya.

    Na Shari,lain kali masa buat balik stesen tu bolehlah sy singgah kpg awak hehehe

    juliet,aku sampai dah tgh dah tak jual nasi lemak tu. Dia nak tumpang glamer yg kat KL ni agaknya.

    Org Keramat mmg baik hati. Tak percaya tanya emak Adam hehehe

    soca,sejak bila ko pakai contact lens biru ni wei?
    Setakat gambar tu buat apa aku nak renung? nantilah bila jumpa dgn ko, kita tengok sapa yg menang dan sapa yg kalah merenung wakaka

    ReplyDelete
  32. syah shah,Ikut perancangan kami nak roboh dan bina semula bulan Nov/Dis ni. Masa tu ko kena isi minyak di stesen yg kat R&R Tg Malim. Stesen tu dah buka setahun lebih. Kalau tak ko kena cukup minyak sehingga sampai kat Juru.

    TMFH,Aku pegi kejap aje. Pegi Pasir Gudang atau Kuantan pun aku balik hari.

    kuIna,Semoga sumbangan ko dikira pahala kerana mendatangkan pendapatan utk masjid tu. Surau kami pun nak pasang lampu limpah cum menara telekomunikasi. Mereka akan bayar kpd surau setiap bulan.

    Ko terlibat Shell yg di R&R Gurun tu ke dulu? Dulu mmg senang, sekarang banyak birokrasi. Cakap aje rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tapi dgn birokrasi ni pencapaian susah nak dicapai. Patutlah GDP kita merudum. huhuhu

    (aku pulak yg emo)

    intan,tak komen pun takpa. Aku tahu ko letih baru balik KB di samping nak bermanja2 dgn anak dan ehem2.
    hehehe

    pB,malam tadi ingat jugak nak sms kat awak tapi takut awak dah tidur. Kalau saya buat posting siang, nanti sy sms ngeh3x
    (jgn yg lain pun mintak mcm ni sudah hehehe)

    cklah,Patutlah penuh kereta kat situ? Konvoi sedara mara awak rupanya. Dah lah stesen tu sempit kakaka.

    Stesen yg nak kena roboh dan dibina yg lebih besar tu yg di R&R arah utara. Kulit kerang nak lawan balik dgn Petronas. Tahun depan bila dah siap dan dibuka, kita tengok sapa yg makan kuaci pasal tak ramai pelanggan. (cakap org riak pasal aku dah tak kerja dng mana2 sykt minyak - dah bukan org minyak!)

    ckLah,ko ambil kelas menaip mcm aku jugak ke sehingga boleh menaip dgn pejam mata? hehehe

    INTAN,ko pun giler kosa jugak? Cuba jadi pengomen pertama utk n3 lepas ni tau!

    TMFH,ko pegi mana sampai letih ni? opps semalam malam Jumaat rupanya.

    kadang busy, kadang rilek habis sbb saya kerja sendiri.

    ReplyDelete
  33. saya baru balik dari Kota Bharu ler
    itu yang buat letih...

    bukan pasal malam jumaat... huhuhu

    klu dah penat sangat yang nampak hanyalah bantal dan tilam jer hehehee

    ReplyDelete
  34. TMFH,yalah 8 jam naik bas. tapi ada org naik aje bas terus tidur sepanjang jalan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails