Sunday, May 17, 2009

Kalau Takut Dilambung Ombak . . . .

Tajuk kali ini tiada kena mengena dgn kisah ketabahan menghadapi cabaran mahupun kisah pasangan bercinta yg sanggup menghadapi apa jua rintangan. Ini kisah Adam. Kisah Adam dilambung ombak oleh abangnya sehingga jatuh berdebek!

Pada hari Rabu malam Khamis lalu, Haizam telah menjaga Adam. Entah macamana di dalam keghairahan dia menjaga adiknya yg berumur 8 bulan itu, dia telah melambung2kan adiknya. Kami semua tidak nampak perbuatannya itu. Menurut Haizam pada lambungan kedua, dia telah gagal untuk menyambut adik lalu terjatuhlah adiknya ke lantai dari ketinggian lebih kurang 4 kaki! Adam terus menjerit dan menangis kesakitan. Saya terus masuk ke bilik untuk melihat apa yg terjadi dan terus mengangkat Adam. Isteriku yg berada di dapur terus meluru ke bilik. Haizam hanya terpinga2. Tangisan Adam semakin kuat tapi tiada darah yg keluar dari mana2 anggota tubuh atau kepalanya.

Anak sulung kami mencadangkan membawa Adam ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan tetapi saya agak keberatan utk berbuat demikian pada waktu malam kerana selalunya hanya ada Medical Officer dan bukan doktor pakar yg bertugas pada waktu malam. Jadi kami telah membawa Adam ke klinik yg selalu kami bawa dia. Setelah diperiksa, doktor memberitahu tiada kecederaan luaran yg dikesan. Walau bagaimanapun doktor menasihatkan kalau dia muntah2, supaya segera membawanya ke hospital. Suhu badan Adam pun telah naik secara tiba2 kerana terkejut. Doktor telah memberikan ubat2an termasuk penahan sakit.

Pada hari Khamis keadaan Adam nampak seperti normal. Dia boleh makan, tidur dan bermain seperti biasa. Alhamdulillah kerana jika dilihat macamana dia jatuh, ini boleh dianggap ajaib. Kami tidak mahu bayangkan apa2 yg buruk.

Pada petang Jumaat tiba2 isteri saya terpegang kepala Adam yg lembut di sebelah kiri. Tengkoraknya macam ubun2 bayi. Mungkin di situ tempat dia terhentak. Jika ditekan Adam akan rasa tak selesa tapi dia tidaklah sampai menangis.

Risau dengan keadaan ini, kami membawa Adam untuk diperiksa oleh doktor pakar tengahari semalam. Doktor telah menghantar Adam utk di x-ray tengkorak kepala dan juga di scan otaknya. Lama juga untuk menjalani proses tersebut.

Doktor yg melakukan scan memberitahu tiada sebarang darah beku di otaknya. Otak kiri dan otak kanak masih seimbang (symmetrical). Alhamdulillah. Lembut di kepala mungkin kerana pendarahan di antara tempurung kepala dan kulitnya.

Hasil x-ray juga menunjukkan tiada kecederaan di kepalanya. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun doktor pakar meminta Adam dibawa semula pada Isnin ini utk diperiksa oleh pakar urat saraf. Kami berdoa tiada apa2 yg tidak baik akan berlaku kpd Adam. Kami berharap kalian tolong doakan kesihatan Adam juga.

Adam bersama Atikah tengahari ini. Nampak dah cergas mcm biasa

40 comments:

  1. Syukur...anakanda tidak apa-apa...

    ReplyDelete
  2. cinta adammmm dan hawaaa...

    tiba teringat lagu misha omar tu.

    ReplyDelete
  3. ya Allah risaunye kalau baby ni cedera @ jatuh,,kalau demam lagila parents x leh tido,,
    teringat pengalaman NGERIKU menjadi cg tadika lps abis SPM dulu,,
    huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. alahai..
    takutnye aku mendengar. harap² takde sesuatu yg buruk berlaku. semoga adam ok!

    ReplyDelete
  5. Alahai.....debor2 je masa baca...mmg panikla kalo budak jatuh ni...mcm2 yg kita risau...hope adam takde apa2la

    ReplyDelete
  6. fuh....excited nak baca sampai abis N3 nih... takut adam apa2...

    nasib baekkkk....x apa2....

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan Adam tak mengalami kecederaan dalaman, insyaallah...

    ReplyDelete
  8. ckLah,harap2 mcm tu lah.
    Bakal menantu awak ni nagos sgt huhuhu

    Tijah,cuba ko nyanyi sikit utk Adam (dan bapak Adam) hehehe

    una210,ko pernah jatuhkan budak jugak ke masa jadi cikgu tadika? hehehe

    eh selamat hari guru utk mantan cikgu spt ko ni.

    PenyuBiru,kami harap mcm tu jugak. setakat ni nampak ok. Esok nak buat final check.

    Ms. Lilies,mungkin Allah nak lindungi Adam dari sebarang kecederaan teruk. Alhamdulillah betul.

    ReplyDelete
  9. Bismillahirahmanirahim

    Ya Allah..Jauhkanlah Adik Adam dari sebarang implikasi negatif.. Sihatkan dan ceriakanlah hidupNya Ya Allah..
    Ameen Ya rabbal A'lameen..


    Pesanan khidmat masyarakat:
    Kena selalu ingatkan anak2 supaya jgn suka maen lambung2 adik.. (kadang2 org tua2 pon suka jugak wat bende yang same, so anak2 yang tengok ne pOn mengikOt laa. Jd kita yang dewaSa ne kena Start tunjuk contoh y baek dulu dg bagi nasihat kat anak2 n kite snirik pon jgnla wat mende yang same) sb kalo terjatuh dikhuatiri akn bw keSan y buruk utk seumur idup baby y dilambung itu. Dont take it easy!Susah payah ibu mengandung 9 bulan..NaUzubillah Minta dijauhkan
    dari sebarang musibah. Insya-Allah..

    ReplyDelete
  10. accidents happen... Semoga Adam selamat...

    ReplyDelete
  11. semuga adam sihat semula.. tapi kena beri perhatian rapi pada adam utk beberapa hari ni..semuga tiada komplikasi..

    kena pesan dengan abang dia jangan sesekali lambung adik lagi.. abah dia pun jangan buat.. memang tak baik utk budak se usia tu..

    semuga adam kembali sihat seperti biasa..

    ReplyDelete
  12. Alaaahai......!!

    Budak2 ni memang selalu buat kita orang tua rasa takut.

    Hati2 laa. Lepas ni kena bagi ceramah kat anak2 tu... Tie pun kena gitu juga. Kekadang gurauan juga boleh bawa padah. Moga2 Adam tak ada apa2 kecederaan....

    ReplyDelete
  13. Kusssss semangat!!!MasyaAllah..mujur tak ade apa2..ish ngerinye baca n3 ni..

    jangan laa ditinggalkan si kecil tu di bawah penjagaan abang/kakak nya,suspens..

    ReplyDelete
  14. baca tajuk n3 ko tu mengingatkan aku kepada.... errmmm.. kepada...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    laut yg aku pegi aritu...
    ombaknya mmg ganas..
    3 hari 3 malam skt badan... SERIUS!!

    ReplyDelete
  15. Uits? jatuh lagi? Hari tu dah jatuh dari sofa kan?
    Head first ke uncle? Mesti si haizam cuak habis. Hrm...kena cakap-cakap kat dia jugak uncle, jangan marah2 sangat. Careless dengan budak-budak ni macam nasik dengan lauk. Tak pecaya, tanya Akmal. Tak pun Haizam. Kan haizam?
    Apa-apa pun, saya doakan takda benda buruk jadi kat Adam. InsyaAllah, Adam pun nampak perkasa aje tu.

    ReplyDelete
  16. huh bahaya tuh...nasib baik tak de apa2 yg berlaku..

    ReplyDelete
  17. kesian ADAM!!

    teringat adik aku dulu2.. ms tu umur dia mcm ADAM laa...

    errr... aku TERtendang dia.. betul.. aku tak jeles pun ngan dia.. aku TERtendang dia dr atas katil..
    belebuk dia jatuh..
    pastu takyah citer la kuat mana dia nangis...

    pastu muntah2... huhuhu takuuuutttt...
    bila ibu tanya, aku ckp dia jatuh sendiri..

    pastu dia kena tahan kat wad.. 3 hari.. doktor kata kepala dia bengkak.. nasib takde pendarahan..

    huhuhuhu... aku tak bersalah..
    tapi smpi skrg ibu tak tau citer ni... hikkksss.. alhamdulillah smpi skrg adik aku tu ok.. tapi dr kecik dia dah kena pki spek mata.. effect jatuh tu..kot.. hikkss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    moral of the story : sekelip mata pun tak boleh lps dr pndg anak klu taknak apa2 jadi.. boleh??
    .
    .
    .
    .
    .
    semoga ADAM baik2 saja... amin..
    .
    .
    .

    adoii... panjang plak komen.. baru je berazam nak komen pendek..

    ReplyDelete
  18. adik bongsu kedua bnyk kali gak die jatuh...
    mase umur 9bulan gak..

    jatuh dari tangga ade..

    terhantuk kepala kat palang katil pon ada..

    huhuh.. mcm2...

    skang jadi genius!

    insyaAllah takde pape la YB.. ngee...

    ReplyDelete
  19. Baby yang berusia 18 bulan kebawah mudah terdedah kepada sindrom gegaran otak..

    Mudah-mudahan tiada apa2 yang berlaku kepada Adam..

    ReplyDelete
  20. dcrysz,selalu ko baca n3 aku tak habis ke? ahaks.
    Alhamdulillah tak apa nampaknya.

    Na Shari,kalau dengar cakap doktor yg buat brain scan semalam takde kecederaan dalaman. Lega rasanya kami.

    Gha,Terima kasih kerana mendoakan Adam. Amin.

    Betul pesanan awak tu. Kami tak pernah lambung2 Adam tapi tak tahu kenapa abangnya yg Tingkatan 1 tu tiba2 melambungkan pula Adam pada malam kejadian. Apapn ianya pengajaran utk kami sekeluarga dan saya kongsi dlm n3 semoga tidak terjadi kpd org lain.

    syah shah,malang tak berbau tapi kami cuak betul dgn apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  21. zino,kami mmg memberi perhatian lebih dari biasa kpd Adam utk beberapa hari ni. Yg paling kami risau dan juga pesanan doktor2 yg memeriksa dia ialah kalau Adam muntah dgn banyak atau kerap. Mujur setakat ni dia takde muntah. Juga takde kesan pendarahan.

    Kami sudah beritahu abg2 dan kakaknya jgn lambung atau goncang Adam. Mungkin budak2 ni nak kena 'kejutan' mcm ni baru dengar cakap. Nasib adiknya tak cedera parah.

    kayteeze,Saya dah pesan kat anak2 kalau malas jaga adik, ayah boleh jaga. Tapi kadang2 mereka kata nak jaga dan nak buat main. Permainan yg terlampau hari tu. huhuhu

    tchersally,itulah semalam takde update. Sibuk menguruskan check up utk Adam.

    Ada masanya kami kena juga minta tolong abg2 dan kakak Adam jaga adik mereka. Kecuali Haikal yg baru 8 tahun, yg lain sudah cukup besar utk menjaga adik mereka. Tapi yg besar ni pulak yg buat hal.

    ReplyDelete
  22. kts,Bila pulak ko pegi ke laut? Laut mana tu sampai ganas ombaknya? Wah tak ajak aku ya huhuhu.

    Akmal,betul dah beberapa kali Adam jatuh tapi kali ni tinggi betul. Nasib keras kepala dia! hehehe

    Kali ni kepala jatuh dulu. Kalau tangan mungkin dah patah. Mungkin malaikat tolong sambut kalau tak mahu parah.

    Haizam telah dilepuk oleh maknya malam tu kerana emaknya geram sgt dgn sikap Haizam yg tak memikirkan dulu implikasi tindakannya melambung2kan adiknya. Semoga dia ingat sampai bila2.

    Adam dah boleh bergerak, tidur, menyusu dan makan mcm biasa.

    suhaila-ab,sungguh bahaya dan kami harap takde sesiapa mencuba perbuatan ini. Siapa ada anak kecil, jgn sekali2 buat mcm ni. takde faedah, bahaya yg menunggu.

    ReplyDelete
  23. biasanya baca smpai abislaaa....

    cuma x se-xcited kali nih...

    so apa khabar adam skang??

    ReplyDelete
  24. kesian adam... mujur tk pape, hrp2 tk brulang.

    ReplyDelete
  25. alahai..kesiannya....melambung2 budak ni mmg x bagus utk kesihatan d bahagian otak....

    abg dia sure dpt pengajaran dh pasni....

    syukur la takde pape....

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  27. Dah lama kisahnya...Harap anakanda sihat- tak ada apa2 tu,insyaAllah selamat.

    Orang kata bila budak kecik jatuh - malaikat sambut! Tapi bimbang kalau budak2 ni terjatuh ...harap lain kali tak berulang - huh bukan senang nak membesarkan anak2 ni!

    ReplyDelete
  28. tumpang simpati...

    ReplyDelete
  29. alooohhhhhhhhh... kesian Adam yang cute itu... mmg betul budak cute salu buleh sakit... saya tahulah sbb masa saya jadi baby dulu2 salu buleh sakit hehehe maklum ler cute kan(sila percaya).. :)

    Loh si abang dia pun satu di lambung tinggi2 tu kenapa dah tahu tak pandai nak sambut... errr kesian Adam...

    timang tinggi tinggi sampai KLCC
    belum tumbuh gigi dah hafaz ayat Qursi...


    apapun diharap tiada sebarang implikasi yang buruk berlaku pada anak YB...

    semoga dia dapat belajar bahawa klau kita jatuh kita akan kebawah tidak keatas huhuhhu (hakikat kehidupan)

    ReplyDelete
  30. kts,adik ko tahu tak ko yg TERtendang dia sehingga jatuh? Aku harap dia baca blog aku ni dan lepas tu bagi tahu ibu. Kalau tak nanti aku bagi tahu ibu bila aku jumpa dia. Sure dia tak marah sbb ko dah besar panjang hehehe

    Jard,lasak adik ko. Iya ka jatuh tu bolhe buat adik ko jadi genius. Bukan ko adik beradik semuanya mmg genius? Kami harap Adam akan jadi genius mengalahkan abg2 dan kakak2nya. hehehe

    Cikgooden,kami semua berharap begitu

    faraulah,Itu yg kami risau.Alhamdulillah setakat ni nampak ok. Pagi ni kami akan bawa dia jumpa doktor pakar utk konfom dia ok.

    dcrysz,oh mcm tu. Terima kasih kerana baca sampai habis.
    Aku pulak yg excited komen mcm tu huhuhu

    ReplyDelete
  31. soca,Kami pun berharap ianya tak berulang.

    kapten,maunya tak takut. Kalau apa2 terjadi, menyesal tak sudah. Nauzubillahi minzalik.

    intan,dia ingat adik dia bola agaknya. Sekarang dia lebih berhati2 bila jaga adiknya.

    Cinta Cukulet & kasih,Alhamdulillah kami bersyukur Adam tak apa2.

    ReplyDelete
  32. sonata,mungkin betul kata org tu - ada malaikat yg sambut. Kalau tak tentu parah - bahagian kepala pulak tu. Anak dua pupu saya meninggal dunia sbb jatuh dari buaian semasa dijaga oleh pembantu rumahnya.
    Kesian budak itu dimasukkan wayar2 kat kepala sebelum dia meninggal.

    Mentibang,terima kasih kerana tumpang simpati

    TMFH,aku percaya ko kuit miut masa kecik. Tapi apasal sekarang ko dah tak kiut? muehehe

    Adam masih terlalu kecik utk faham kalau jatuh tu ke bawah. Semalam dia dah belajar nak turun dari katil pulak. Mmg budak baya dia tengah lasak. Kena jaga betul2 ni huhuhu

    ReplyDelete
  33. 4ft...tinggi tu...syukur takder apa2 ya..Mesti risaukan?

    ReplyDelete
  34. shaliza,mmg tinggi. Nasib tak apa2.

    ReplyDelete
  35. YB sekarang nih saya dah jadi remaja purba, cute miut dah tak bermakna lagi hehehehe


    Oit Adam dah nak terjun katil pulak!... aaar biasalah budak2 tgh lasak dia tak akan serik walaupun dia tahu sakit...

    tapi ada jugek baby atau kanak2 yang fobia bila terjadi sesuatu pada dorang...

    ReplyDelete
  36. TMFH,remaja purba kalau kiut comel apa? Kena yg baby face hehehe

    Saya nak kena pakaikan topi keledar gamaknya si Adam ni. Jatuhpun kepala terlindung.

    ReplyDelete
  37. yeahhh berjayaaaa....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails