Monday, May 11, 2009

Balik Tg Karang Bhg 5

Hari ini saya nak tunjuk sikit gambar rumah mertua saya di kampung. Sesiapa yg sesat kat kampung tu dan nampak rumah ni, silalah singgah. Beritahu mertua saya, kalian kawan saya. InsyaAllah setakat air perisa sarsi, oren atau laici tu tak jadi masalah sbb ibu mertua saya ada banyak stok kordial perisa2 tersebut.

Ini pandangan depan. Rumah separuh kayu dan separuh batu ini dibina oleh bapa mertua saya sendiri kerana dia merupakan tukang buat rumah semasa dia masih sihat dulu.

Tiang seri rumah ini telah didirikan pada 27 Jun 1991.

Rumah lama agak kecil dan apabila anak2 mertua saya mula berumahtangga, beliau terpaksa membuat rumah yg lebih besar dan selesa. Masa itu saya di'posting' ke KL oleh sykt tempat saya bekerja (base saya di Miri). Jadi selalulah kami balik kampung melihat pembinaan rumah ini.
Ini pandangan sebelah 'wetan' atau Timur.

Di kampung isteri saya orang2 biasa menggunakan arah kompas bila bercakap semasa mereka. Saya tak biasa tentang perkara ini sehingga boleh konfius mana timur dan mana barat. Selepas kami baru berkahwin, saya telah membawa isteri melawat saudara maranya di kampung dgn menaiki motorsikal. Jalan agak lecah masa itu (hujung tahun musim hujan) dan isteri saya menyuruh saya memilih sebelah wetan utk membelok masuk ke rumahnya. Kerana tak yakin yg mana wetan, saya telah korner maut dan kami sama2 jatuh. Cis pengantin baru jatuh motor!

Ini pula pandangan sebelah 'kulon' atau Barat

Dan yg ini pandangan sebelah belakang rumah

27 comments:

  1. 1st lagik...keh keh keh...


    baso gak umahnye ek...klu balik kg..nk g klang...leh le singgah minum air sarsi...hehe

    ReplyDelete
  2. mak aii! siap taruk sign kat tiang seri. ada tandatangan YB tak kat sign tu.hehe..

    err..pandangan bawah dan atas rumah takde ke. Pokok kelapa banyak bleh panjat tu dptkan view atas rumah.hehe

    ReplyDelete
  3. alaaa..miss lg!!! bila nak 2st nih..

    waa..nostalgia tu YB..pengantin baru jatuh motor..keh..keh..mujur tak cedera kan..

    sejuk je suasana kampung mertua YB..

    ReplyDelete
  4. eh silap..2st plaks..silap taip..hik hik hik..1st lah..

    ReplyDelete
  5. romantik aaaaaaaaarrrrrrr jatuh motor sama2.. :)

    ReplyDelete
  6. orang lama berpandangan jauh...buat rumah besar , senang untuk anak cucu balik kampung....

    orang sekarang ( termasuk aku tak terkecuali ) ...rumah kecik - kat bandar pulak tu....( dah keje kat bandar kan )- aku tak fikir untuk anak cucu aku! kalau panjang umur - anak cucu nak balik "kampung" - kat bandar ni - tak cukup/ tak muat? Hah ko orang pi tido hotel je!!!

    ReplyDelete
  7. muahaha..pengantin baru tergolek...romantik gitu :P

    ReplyDelete
  8. haha,,
    romantik nye pengantin baru,,,
    mesti tomey kan ,,
    tergolek sama2,,
    ala2 filem hindustan gitu~~

    ReplyDelete
  9. INTAN,wah dah 3 kali first! Tahniah dan syabas!

    Rumah tu ada 4 bilik tidur. Semua 6 org adik beradik isteri saya yg masih hidup dah berumah tangga. Kalau balik semua ke kpg tak muat bilik. Pandai2lah cari port masing2 hehehe.

    Jemputlah singgah kalau nak ke Klang. Tempat sapa tu kat Klang?

    PenyuBiru,Sign tu bapa mertua saya yg taruh. Jadi tak beranilah sy nak letak tandatangan kat situ takut kena sekeh hehehe

    Yg tinggi2 tu pokok kelapa sawit. Saya tak pernah tengok org panjat pokok kelapa sawit. Nantilah sy sewa heli utk ambik gambar dr atas ngeh 3x

    tchersally,gara2 tak biasa mana wetan mana kulon. Sejak tu isteri saya tak nak naik motor dgn saya. Samada dia bawak sendiri atau membonceng dgn kakaknya.

    Sejuk suasana partly because pokok dah tinggi2 kot.

    tchersally lagi,semangat berkobar2 nak jadi yg pertama langsung silap eja. Takpe esok boleh cuba lagi (kalau sy rajin update) hehehe

    musafirlalu,pengantin baru buat apa aje mmg romantik. Yg tak sedapnya mertua nampak kami jatuh huhuhu

    sonata,di kpg boleh buat rumah sebesar yg kita mahu selagi ada bajetnya. Rumah mertua sy pun dibuat berperingkat2. Sebelah depan/atas dibuat dulu, yg belakang tu kemudian.

    Nak pencen esok kalau ada rezeki boleh renovate rumah kasi besar sikit. Kalau anak2 ramai kena gilir2 balik 'kampung' yg kat bandar ni kalau takut tak muat nak tidur.

    Cinta Cukulet,apa kelas tergolek bawah pokok kelapa sawit? Tergolek atas katil lagi best adeh deh deh

    una210,ko ni sorang lagi! sejak peristiwa tu jarang2 aku naik motor kat kampung huhuhu. Nak ke masjid pun aku naik kete

    ReplyDelete
  10. kena letak papan tanda 'wetan' dan 'kulon' ler

    ReplyDelete
  11. kapten,buat tergelak org2 kampung aje. Mereka semua dah pakar mana wetan mana kulon. Ada kedai kopi di hujung timur kpg tu dipanggil Wetan Korner.

    ReplyDelete
  12. teringat anak zino jatuh beskal masuk parit kat sg besar dulu hehe.. nasib baik sangkut kat rumput rampai hehe

    ReplyDelete
  13. zino,Hazwan ke yg jatuh beskal? Nasib beskal kalau motor. Budak2 kat kampung kecik2 dah bawa motor. Anak2 saya semua boleh bawa motor kalau balik kpg kecuali si Haikal dan Adam. Habis motor datuk dan nenek mereka dirembat hehehe

    ReplyDelete
  14. ..bestkan duk kampung..uncle xde cadangan nak pindah ke kmpung nanti?

    ReplyDelete
  15. zaren,sekali sekala balik kpg mmg lah best. Tapi kami tak cadang nak duduk kpg sbb rasanya anak2 tak boleh hidup kat sana sbb dari kecik dah duduk bandar hehehe

    en_me,itu kpg isteri saya. Kpg saya kat KL hehehe

    ReplyDelete
  16. jatuh motor sama-sama yang tak tahan tu hehehehehe....:D
    manis betul kenangan ni?

    ReplyDelete
  17. Err... saya last... Heheheheheh :P :P

    Besar rumahnya... Luas kawasannya... Baru seronok anak cucu pulang... Hihihihihihih :D :D

    ReplyDelete
  18. akupun ada embah kt sana, tp dh 2 thn meninggal..

    aku ske blk sana, bleh nek moto tanpa lesen.. muahahah.. slalu gak aku terjun tiruk dlm parit...

    tp umah sana mmg best, laman bleh wat guling2, sgt bersihhhh

    ReplyDelete
  19. pB,kampung mmg sejuk. Kalau malam tak payah pakai aircond pun sejuk hehehe

    cik konfius,ko org Pendang ke Tg Karang? Jadi ko ni separuh Jawa lah?

    Ko terjun kat parit mana? Lain kali bagi tahu sebelum ko 'jegur' parit - boleh aku tengok hehehe

    ReplyDelete
  20. Akmal,tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh baru lepas kahwin hehehe

    psst - isteri uncle speku uncle saja jatuhkan motor tu kah kah kah

    syah shah,ko nak sgt jadi yg last akupun balas komen ko last (setakat inilah - kalau ada komen lagi aku kena balas jugak).

    Rumah besar tu cucu boleh main bola dlm rumah. Terjerit2 nenek mereka hehehe

    ReplyDelete
  21. kg apa YB? tg karang tu besar jugak..wetan ke kulon?

    ReplyDelete
  22. YB
    bestnya balik rumah mak mertua ya!!

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Mentibang Laut,aku ada tulis nama kampung tu. Kg Seri Tiram Jaya. Dulu pernah menang kampung terbaik sebelum aku kahwin. Lepas aku kahwin hampeh. Mungkin aku dah bawak isteri aku tinggalkan kampung tu keh keh keh

    ReplyDelete
  25. sakura,tentulah best. Dah 5 bahagian tulis pun tak habis lagi.

    Kalau awak carik calon suami, cariklah yg ada kampung yg best. Kalau raya atau cuti2 ada tempat nak ziarah hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails