Tuesday, May 12, 2009

Berhati-hati Dengan Duit

Tadi isteri saya minta tolong belikan sedikit barang untuk dimasak untuk makan tengahari. Sejak saya kerja dari rumah ni, perkara2 macam ni tak susah nak settle. Zaas saya pun start kereta pergi ke hypermarket berdekatan. Saya capai bakul dan terus menuju ke tempat barang2 yg dipesan. Org lelaki mmg fokus kalau suruh beli barang. Suruh beli A mmg beli A. Semua yg dipesan ada - fuh mission accomplished!

Tiba2 isteri saya telefon. Tambah satu barang lagi - labu kuning. Pusing kejap tempat sayur dah jumpa. Pergi timbang tapi Mat Bangla tu tak ingat kod harga. Dia pergi tempat labu - entah apa yg dilihat dia pun dgn selambanya letak kod utk timun Jepun. Saya tak puas hati pergi balik tempat labu nak periksa berapa harga labu sekilo. Tadi dah jeling2 tapi tak nampak harganya. Rupa2nya Mat Bangla tu perasan saya sedang periksa harga. Dia pun menghampiri saya dan ambil semula labu di tangan saya. Dia lalu bertanya dgn seorg rakannya (perempuan Melayu) dan dgn yakinnya budak itu memberi kod yg betul. Jelas harga labu lebih murah dari timun Jepun. Kalau tak nianya isteri saya bising hehehe

Semasa membayar jumlah kesemua barang RM20.50. Saya memberi sekeping note RM50 dan syiling 50 sen. Jurujual pun balikkan bakinya sebanyak RM30 dgn 3 keping note RM10. Tidak cukup kira sekali dia membalikkan duit tu dan kira sekali lagi. Ingat dah cukuplah tu tapi tidak. Dia pusingkan duit tu sekali lagi dan kira semula. Kali ni baru dia puas hati. La...... setakat duit RM10 3 keping mcm tu punya berhati2. Takpelah kalau silap siapa nak ganti? Sekarang bukan senang nak cari duit! huhuhu

Dalam perjalanan ke kereta tiba2 saya ternampak sekeping duit RM10! Jurujual tadi punyalah berhati2. Ini siapa pulak tak kisah dgn duit? Nak ambil ke tidak? 3x?

Akhirnya saya ambil juga. Ini dia duit tu.



Sesiapa kehilangan wang RM10 dan ingin menuntutnya kembali, sila buktikan ini duit anda. Kalau tak, saya akan sedekahkan kpd surau dgn niat sedekah utk org yg hilang duit tu.

43 comments:

  1. yes 1st
    dah lama tak jadi pengomen yang pertama

    ReplyDelete
  2. No dua , pun dua lahhh


    sedekah jer , senang
    habis cerita ...

    tak gitu


    kita ni kdg kdg ,bila dpt duit baki bukannya nak kira betul2 ....

    ReplyDelete
  3. Wah
    berlumba nak komen ni
    YB sedekah ajer

    ReplyDelete
  4. yg pasti bukan duit saya hehehe

    ReplyDelete
  5. sakura,Here you come! Tahniah kerana berjaya merampas kembali tahta hehehe

    pB,tadi saya jadi pengomen pertama kat n3 awak, jadi awak nak balaslah ya. Salahkan sakura kerana potong trip hehehe

    insyaAllah saya akan sedekahkan duit tu malam Jumaat ni kalau takde sesiapa yg tuntut.

    sakura lagi,eloklah tu berlumba2 nak komen. Biar meriah sikit kat sini ngeh 3x

    insyaAllah saya akan sedekahkan.

    ReplyDelete
  6. Ms. Lilies,sekurang2 awak jujur utk tidak mengaku itu duit awak. Tak pening kepala saya hehehe

    ReplyDelete
  7. tak mungkin duit saya tp sat sy nk g kira kat dompet sbb nampk kurus tu....

    ReplyDelete
  8. salam..bagus la...sorang yg berhati2 dan memperjuangkan hak pengguna..ehehe

    ReplyDelete
  9. Cerita duit ni, dulu saya penah keluarkan duit kat bank, RM5k jugak la. Sekali abang kat kaunter tu tersalah key-in information, dia type saya deposit duit, sedangkan dia dah pun bagi kat saya jumlah yang saya nak keluarkan tu.
    Atas kereta baru le sedar silap tu, terus gi bank betulkan :D Nasib baik saya ni (ehem,ehem) baik orangnye hehehe~~~ kalu tak mau kena buang kerja mamat tu, dan saya pun lebih kaya RM10k! :)

    ReplyDelete
  10. Err... kompom bukan duit saya... Hihihihih :P :P

    ReplyDelete
  11. kuIna,dompet ko kurus sbb pergi makan angin kat Pangkor hari tu kan? hehehe

    arsaili,wsalam. Masa gawat ni kena lebih berhati2. Ramai org takde kerja huhuhu.

    Akmal,Syabas kerana bersikap jujur. Kita yg ehem ehem ni boleh tak lena tidur dibuatnya kalau ambil apatah lagi makan duit org.

    syah shah,kalau ko mengakupun aku sangsi duit tu duit ko. Elok jugaklah ko tak ngaku hehehe

    ReplyDelete
  12. bukan duit aku jugak...kompom!



    bak sepoloh ringgit..nk beli koci...hehe

    ReplyDelete
  13. mat bangla dan mat nepal masih wujud dipasar dan pasaraya... jgn percaya sgt dgn dorang kadang2 tu dorang masih baru dan masih dibawah seliaan tertentu...


    errr rm 10 jer nper tak jumpa satu guni kan... mesti tegugat iman.!

    ReplyDelete
  14. INTAN,takkan duit ko cicir sampai tempat aku ni kan!

    Kuaci tu ko nak tolong kopekkan utk aku ke? Kalau mcm tu meh sini ambik RM20 hehehe

    musafirlalu,Barang pertama yg aku suruh dia timbang betul,cuma bab labu tu dia nak kelentong. Kalau dia kira harga ubikayu yg lebih murah tu takpelah ini timun jepun cis cuba nak tipu aku.

    Kalau jumpa seguni duit aku tak buat n3 lah! Tahu2 sebulan aku ghaib pegi enjoy hehehe

    ReplyDelete
  15. tu ok lg, jumpa tepi jalan..kalau tiba2 duit masuk byk dlm akaun bank mcm mana? haha..nak kata buat claim takde la plak. nak kata rasuah..bila masa plak ada org nak buat baik dgn aku.. so..kita enjoy!! yeahaa

    ReplyDelete
  16. hihihii......timun jepun jugak yang dia nak, mana tak pening mat bangla tu...

    errr nak pi ghaib kemana.. Hawaii ker tak nak ikut ler takut selsema babi heheh

    ReplyDelete
  17. mat bangla tu tak kenal labu kot. tu yang dia kompius ngan timun jepun.

    semoga orang yang hilang duit tu mendapat sama pahala bersedekah.

    ReplyDelete
  18. hmm... sedekah je la kat masjid.. eheh..

    atau sedekah kat aku pon leh jugak... =p =p

    ReplyDelete
  19. Err...
    nanti cL periksa dompet cL jap....
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Tak apalah...simpan buat tukun...

    ReplyDelete
  20. YB,

    bab duit mmg tak leh main2..silap ari bulan perang pun bole..duit tu masuk je ke tabung masjid..dah bukan rezeki yg empunya..kan..kan..

    ReplyDelete
  21. MENTIBANG LAUT,kalau ko nak pegi enjoy jgn lupa ajak aku hehehe

    musafirlalu,dia nak kasi tauke dia untung lebihlah tu cas harga timun jepun.

    Nak ghaib mana boleh bagi tahu kemana. Takut SB ke, FBI ke atau CIA ikut hehehe

    ArPeGGiOS,Mat Bangla tu nak kerja senang rasanya. Nasib aku tak report kat manager dia.

    Semoga org itu mendapat pahala sedekah. Aku dah kreditkan ke akaun surau tempat aku sebelum Asar tadi = tak jadi nak tunggu malam Jumaat takut kalau nyawa aku tak panjang huhuhu

    Jard,Masjid sekitar rumah aku ni kaya2. Aku dah bagi kat surau.
    Takkan nak sedekah kat ko? Ko penjawat awam kategori A hehehe

    ckLah,duit tu yg buat tukun ke dompet ckLah tu? hehehe

    ReplyDelete
  22. tchersally,Betul tu - duit punya pasal adik beradik pun boleh tak tegur sapa.

    Saya dah masukkan ke tabung surau. Semoga pahalanya sampai ke tuan empunya duit tu (kalau dia org Islam).

    ReplyDelete
  23. ..semalam nampak uncle dalam kete petang..nak pergi ke pasar malam semalam dengan siddiq..
    hehe..smart ye..

    kursus di shah alam, networking technician..
    pasni ambil CCIE pulak kalau boleh..

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah..dan dah tentunya YB juga akan dpt sebahagian dari ganjaran sedekah itu..Wallahu'alam..

    psst..esok nak buat n3 pukul berapa?..nak jd 1st!!!!!

    ReplyDelete
  25. err..camne nak cakap ni... err..kat kampung orang panggil saya "masjid" maybe pasal saya suka ke masjid kut. err..YB cakap nak sedekah kat masjid kan. err..saya lah tu. hehe

    ReplyDelete
  26. zaren,apasal tak tegur? kalau tak boleh uncle belanja rangka ayam sbb kata uncle smart hehehe

    Baguslah muda2 dah rajin timba ilmu. Akan berguna di kemudian hari.

    tchersally,Kalau dpt ganjaran alhamdulillah kalau tak dpt pun saya redha. Saya cuma tolong sampaikan aje.

    mana boleh bagi tahu kat sini pukul berapa nak buat posting. Nnt semua org tahu. Kalau nak tahu boleh emel saya kat yunus.badawi@gmail.com

    PenyuBiru aka masjid,La kenapa tak bagi tahu awal? Kat tempat saya ni org panggil saya surau. Tadi saya dah sedekahkan duit tu ke surau kah kah kah.

    ReplyDelete
  27. ..uncle tgh drive..
    ..lgpun kena belanja siddiq sekali la sebab dia pun ada hehe..

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. saya tak rasa tu duit saya..sebab saya tengah takde duit ni..yb nak singgit heheeee :p

    ReplyDelete
  30. Pernah gak berlaku kat Jusco, budak cashier salah pulangkan duit,saya pun cek bab duit2 ni...saya kata ni terlebih kot...cuba kira betul2...memang betul dia terlebih, mengucap terima kasih dia kepada saya...kalau tak dia kena ganti...

    Tapi satu perangai saya ni...kekadang ( tapi selalu gak ) tu dah bayar barang yang dibeli...molek ada menonong terus blah...pas tu budak cashier panggil...puan-puan-puan barang tinggal...!he he he....

    ReplyDelete
  31. saya punya saya punya hehe

    ReplyDelete
  32. saya punya saya punya hehe

    ReplyDelete
  33. duit???? apa itu duit???
    ilang ingatan jap....huhuhuhu

    ReplyDelete
  34. Bgusnye,tlg isteri shopping.ahaks sdekah je la.huhuhu

    ReplyDelete
  35. semalam telupa nak cakap... senang jugalah mak adam sebab YB kenal rupa barang tu... Kalau tak kenal, kan susah... Mintak labu, dapat tembikai... Kan ke haru tu... Hik hik hik hik hik :P :P :P

    ReplyDelete
  36. zaren,takde hal kalau nak belanja Siddiq sekali sbb satu rangka ayam tu boleh makan 2 org kah kah kah

    ckLah,waloh tu dimasak lemak dgn sayur bayam. perghh licin.

    Kalau ckLah jadi jiran kami, hantar aje labu tu ke sini. Pandailah emak Adam memasaknya. Nnt dah siap kami bagi semangkok hehehe

    Cinta Cukulet,mana boleh minta sehinggit aje? Kalau nak kena ambik semua - ada berani ke? hehehe

    sonata,sikap cikgu mmg terpuji. Kita ni mmg tak tergamak ambil duit yg bukan milik kita. Benda tu tak seberapa kat akhirat esok lama pulak soal jawabnya.

    Org pompuan mcm tu ke? Kalau beli barang selalu lupa nak ambik. Isteri saya pun mcm tu jugak hehehe

    zino,beriya iya sungguh zino nak claim sampai hantar komen 2 kali hehehe.
    Kenalah bagi bukti spt kat mana rasanya hilang duit tu dan masa (mesti tak lama sebelum sy jumpa kalau tak org lain yg lalu kat situ mesti dah sapu dulu). Kalau zino boleh buktikan saya dgn rela hati akan pulangkan kpd zino ngeh3x

    ReplyDelete
  37. kapten,bukan ke duit ko cicir kat Sg Gabai masa ko nak salin pakaian? hehehe

    dcrysz,bila sebut aje duit, mulalah ko hilang ingatan. mmg dasar mata duitan kah kah kah

    Liyana,suami mithalilah katakan. Pastikan JK mcm tu jugak bila Yana kahwin nanti hehehe

    syah shah,saya dah terlatih dari kecik ttg beli2 barang ni (ayat menyohor! hehehe). Masa emak Adam dlm pantang, sayalah yg kena pegi pasar - ada n3 tentang tu dulu.

    ReplyDelete
  38. sedekah je YB. wah hati2 sungguh cashier tu ya.

    ReplyDelete
  39. Minggu lepas Kirana pegi supermarket e-mart (baru grand opening). Nak beli kereta, wakakaka.... salah, nak beli barang2 dapur le... Bila nak gi bayar kat kaunter, tiba2 duit tak cukup plak. Kurang RM10.00. Errrrr..... jangan2 tu duit Kirana yg tercicir tu gaknyer, kan?

    ReplyDelete
  40. shaliza,saya dah sedekah dgn niat bagi pihak org yg kehilangan duit tu.
    Sampai 3 kali kira duit 30 hinggit dah terlebih berhati2 tu. Mujur saya takde nak cepat sgt.

    kirana,jauhnya terbang duit awak tu? Saya boleh bagi kat awak duit tu kalau awak boleh bagi no siri nya ngeh 3x

    ReplyDelete
  41. ermmm.. jumpa RM10 sedekah kat surau..alhamdulillah..
    ni saja nak tanya.. kalo terjumpa RM100,000.00 kepada sapa kita nak sedekah agak-agak..??

    ReplyDelete
  42. anonymous,kalau jumpa duit terlampau banyak kita serahkan saja kpd polis. Biar mereka yg menyiasat wang siapa.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails