Thursday, April 30, 2009

Dah Nak Topi Pulak

Kalau semalam Haikal nak wisel, pagi tadi dia beritahu cikgu suruh bawa topi (cap) yg macam org main golf pakai tu.

"Pulak dah!," kata saya.

"Ya semua kawan2 kena bawak topi mcm tu," katanya bersungguh2.

"Nak buat apa topi tu," tanya saya.

"Buat persembahanlah. Kita org nyanyi lagu 'working on the railroad'. Jadi kena ada wisel dan topi," dia cuba memberi penjelasan.

"Kalau mcm tu lebih baik pakai topi kerja ayah. Nampak lagi hebat. Topi safety putih lagi!" kataku memberi saranan.

"Tak boleh. Cikgu kata kena topi cap," balasnya.

"Ha ah, bawaklah topi putih ayah tu. Bukan semua org ada. Itu lagi sesuai," kata isteriku pula.

"Tak nak. Nanti cikgu marah," katanya lagi.

Akhirnya dia pergi dgn membawa topi cap warna merah.

Memang mandrem cikgu ni kuat betul! hehehe

30 comments:

  1. YB
    jemput ke blog sakura ada tugasan
    tag untuk YB

    ReplyDelete
  2. itu belum lagi suruh bawak kayu eskrem sorang 10 btg atau biji asam jawa sorang 20 biji. mintak lak hari ni, esok nak. berpeluh la apak ngan mak makan eskrem. itu bukan mendrem namanya. menderam la jadinya.

    ReplyDelete
  3. salam...cakap cikgu tu memang kena ikut...teringat masa kecik2, tak reti nak buat maths, so my dad tolong ajarkan...tapi cara dia kan zaman tok kaduk...lepas tu nangis la guling2..sebab ckp my dad ajar salah..cikgu ajar lain step dia...ahahahaha...dh tanya kat cikgu, cikgu ckp betul..sebab maths ni banyak cara..uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kenalah selalu bersedia dgn permintaan anak2 nih. Kedg tem dah nak sampai kat depan skolah baru dia ckp cikgu nak itu ini, berpeluh kita nak mencarik.

    ReplyDelete
  5. bagus, bagus! itu ada ciri2 pelajar cemerlang tu. pelajar kena taat kat gurunya kan! suka nye jd cikgu ni!. tapi sian pulak kat mak ayah yg jd mangsa tu ya..

    ReplyDelete
  6. Hehe..rilex YB.baru topi n wisel..

    jgn nnt balik mintak kapal terbang or bas sudah..
    hehe..

    Tp mesti seronok anak YB, hajatnye di tunaikan..

    ReplyDelete
  7. okla tu, takde la mende pelik-pelik lagi yang cikgu mintak... tapi kalo yang mintak hari ni esok terus ndak, memang nak kene cikgu tu... Hihihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  8. sakura,seronok kan kalau jadi no 1? hehehe

    sakura lagi,"tag tu apa? mcm smartag tu ke?" kataku pura2 tanya.

    ONE ZABA,cikgu selalu ke buat menderam mcm ni kat murid2. Kesiani lah kami ibubapa yg tak berdosa ni huhuhu

    arsaili,wsalam.
    apa yg cikgu cakap kena ikut 100%. Tukar sikitpun tak boleh takut cikgu marah. Cakap emak bapak tak nak pulak ikut macam tu. Ini yg kadang2 bengang grrrrr

    juliet,ko tukang hantar anak sedara ko ke sekolah ke? Acik mithali!
    psst - sekali sekala aku puji jugak ko ni hehehe

    Kak Long,harap2 jadilah pelajar cemerlang mcm yg Kak Long cakapkan.
    Kalau dpt emak bapak yg buat dek, apa perasaan cikgunya agaknya?

    Faris,kali ni nasib tak susah sgt nak carik. Lain kali mesti nak yg pelik2. Awak selalu ke buat mcm tu dgn murid2.

    ReplyDelete
  9. kuang..kuang..kuang..

    manderem oh manderem..YB..silap2 balik skola hari ni dia mintak boot kuning mcm Puah Choo Kang pakai pulak!! uhuks..

    ReplyDelete
  10. sabar eh..

    arini dia balik dia mintak tongkat plak...

    hikksss..

    lebih baik ko gi beli skrg sblm dia mintak :P

    ReplyDelete
  11. syah shah,biasanya cikgu bagi tau sehari sebelum dia nak pakai benda tu. Kalau aku bela doraemon takpe lah huhuhu

    tchersally,kalau dia mintak but kuning mcm tu ada yg makan nasi pakai straw esok. Saya pelangkung dgn but tu hehehe

    kts,Haikal ke ko yg nak tongkat ni? ahaks

    ReplyDelete
  12. ganaz sungguh itu cikgu.. lepas ni nak selendang plaks kot

    ReplyDelete
  13. cisss!!
    aku nak buat apa dgn tongkat :P :P :P

    ReplyDelete
  14. ikut aje la...nanti susah hati kawan tu! Tentu dia rasa bangga bila mak ayahnya dapat berikan tu semua...lepas tu simpan ,tahun depan guna lagi...

    ReplyDelete
  15. heheh eleh setakat topi rega rm2.00 tu apalah sangat kan... bukan nya dia minta keta ferrari pun huhu...

    saya sokong Haikal, bertuah dia dapat ayah yang penyayang!
    :)

    ReplyDelete
  16. ish3,,
    mmg la,,
    nanti kalau takde barang yang cikgu nak nanti kna marah,,
    pastu malu plak kalau org lain ade tapi kite takde,,,
    sy da rase pengalaman tu,,
    da tanak ulang dah
    uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  17. bagus anak YB ni..ikut perintah. dah besar nanti boleh join askar atau polis.

    ReplyDelete
  18. yaikkksss...garangnya bapak!! hehe..selagi bole sediakan..sediakan lah..hehe

    ReplyDelete
  19. bab orang ngutuk2 cikgu ni...aku tak boleh campur...

    ReplyDelete
  20. cikgu & cikgi ni ada kuasa luar biasa....yg kita ibu bapa x de...

    walhal cikgu cikgi yg punyai anak pun mengeluh...bahawa anak mereka dengar ckp cikgu anak mereka....
    hehehehhe pelikkan???
    ...tp tulaaa kenyataan.

    ReplyDelete
  21. mandrem dari bomoh siam YB...
    sume cikgu dah menuntut dari bomoh siam...

    ape cikgu ckp kene patuh...
    budak2 ni bukan ape, cume nk nmpk cam budak2 lain..
    kalau dorg lain je berbanding org lain, self esteem dorg akan jatuh...
    malu, takmo pi skolah dsb..

    turutkan je permintaan yg tersayang tu, selagi tak menjejaskan mereka...

    dorg tgh seronok la tuh...

    ReplyDelete
  22. Mak Su,betul kata ko. Isteri saya baru beri tahu mmg cikgu suruh Haikal bawak selendang. Isteri saya bagi tuala Good Morning aje hehehe

    kts,ko boleh pukul kepala org yg cuba nak ragut ko lain kali. Lainlah kalau ko rela diragut dgn harapan dpt cincin free lagi sekali hehehe

    sonata,bangga mungkin tidak tapi seronok kot.

    Simpan utk tahun depan? takde maknanya kerana tahun depan nak benda lain pulak. Begitulah selalunya huhuhu

    ReplyDelete
  23. Dreambusterz,nasib baik kali ni benda2 yg lazim. Kalau dia minta ferrari atau kepala keretapi, mmg saya tak layan.

    una210,inikah yg dikatakan peer pressure tu una?

    MENTIBANG LAUT,kecik2 ni ikut cakap lagi. Bila dah besar nanti tak tahu lagi. Dia tak minat jadi askar atau polis. Dia nak jadi businessman hehehe

    tchersally,garang ke saya? saya cuba jadi ayah yg baik tapi kadang2 rasa terkilan jugak bila anak2 ni cuma nak dengar cakap cikgu mereka aje.

    ReplyDelete
  24. ckLah,tak terlintas langsung saya nak kutuk2 cikgu. Mereka telah banyak berjasa mendidik anak2 saya dan anak2 org lain.

    Cuma yg saya musykilkan kebolehan cikgu2 ni membuat murid2 dengar cakap mereka sepenuhnya. Kongsilah rahsia tu sbb saya tahu ckLah cikgu yg berpengalaman dlm hal ini.

    dcrysz,mana2 cikgu & cikgi yg ada kuasa luar biasa yg lebih sikit, kongsilah dgn ibubapa macam kita ni hehehe

    kapten,nanti bila ko dah kawen dan ada anak2 sendiri, baru ko tahu betapa payahnya ngeh

    Chekgu BH,wah kuat sungguh mandrem bomoh siam tu. Kalau ibubapa nak menuntut ilmu tu boleh tak?

    saya rasa apa yg Chekgu BH cakap tu betul. Ni semuanya pasal nak jaga self esteem. Saya tengok Chekgu terer pengaruhi murid2 Chekgu hehehe

    ReplyDelete
  25. huhu tu taat setia namanya..

    btw, cikgunya mesti cantik molek..ehehe;)

    ReplyDelete
  26. Liyana,semua murid2 nak jadi teacher's pet agaknya.

    cikgunya boleh tahan jugak tapi tak lah secantik molek macam Liyana hehehe

    psst - habis study kena posting kat mana?

    ReplyDelete
  27. uncle, mandrem tu apa? santau?

    ReplyDelete
  28. Akmal,mandrem tu jampi serapah. Tapi dlm kontek ni, ia bertujuan baik iaitu utk anak2 murid mendengar cakap org yg me'mandrem'kan budak2 tu.

    Nampaknya sebahagian guru2 mcm ada ilmu ni walaupun mungkin hakikatnya tidak. Hebatlah cikgu2 ni!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails