Thursday, April 23, 2009

Bila Mertua Datang Bertamu

Petang Sabtu lepas ibu dan bapa mertuaku datang ke rumah dihantar oleh oleh birasku dan isterinya (kakak iparku yg sulung). Tujuan mereka datang nak melihat kami sekeluarga terutama Adam.

"Dah lama tak tengok Adam, dengar dia demam," begitulah kata ibu mertuaku semasa mengajak anak sulungnya itu ke rumah kami.

Selepas minum petang, birasku, isterinya dan anak perempuan mereka pulang semula ke rumah mereka di Sg Besar kerana ada jemputan majlis perkahwinan pada hari Ahad. Tambahan anak mereka ada kelas tambahan.

Maka tinggallah ibu dan bapa mertuaku di rumah kami.

Pergerakan bapa mertuaku agak terbatas sejak beberapa tahun lepas setelah beliau menjalani pembedahan lutut dan tulang kaki sebelah lagi pula patah. Dia terpaksa menggunakan tongkat utk bergerak. Sejak itu dia kurang berjalan2.

Selama beberapa hari di rumah kami mereka hanya duduk di rumah bermain dgn Adam dan berborak dgn kami sekeluarga. Mungkin kerana merasa agak bosan ibu mertuaku menelefon anak lelakinya yg duduk di kampung pada hari Selasa utk datang menjemput mereka pulang. Adik iparku itu bekerja membuat pendawaian elektrik - kerja sendiri bersama rakan2nya. Sementara ada projek ini, mereka sibuklah juga. Dia kata kalau Sabtu memang dia bercadang nak ke rumah kami. Bolehlah bawa ibu dan bapanya pulang ke kampung. Kalau hari kerja susahlah sikit kerana pulang kerja pun dah petang. Dia pun dah ada keluarga. Sepanjang minggu ini saya pula agak sibuk (alasan basi) kerana menyiapkan tender dan bertemu bakal2 klien. Ini yg membuat saya serba salah. Tapi mereka faham situasi kami.

Untuk mengisi masa lapang, ibu dan bapa mertua menolong mengopek ikan bilis. Ini ibu mertua saya

Kebetulan anak sulung saya yg sedang bercuti semester pergi makan angin bersama kawan2 kuliahnya sejak Jumaat lepas. Cuma petang Selasa itu dia baru balik.

Ibu mertua dah nak balik sangat. Alasannya ada kelas mengaji! Alasan nak bagi makan ayam dah tak boleh pakai sebab kakak ipar dah minta jiran tolong beri makan ayam2 di kampung tu.

Petang semalam saya menyuruh anak sulung saya menghantar datuk dan neneknya balik ke kampung.

Macam inilah org tua. Kalau nak datang nak cepat, kalau nak balik pun nak cepat2. Mungkin kalau kita dipanjangkan umur seperti mereka, kita pun macam ini juga.

27 comments:

  1. Dia org nih nak bermanja sebenaunyer....

    tapikan...kalau ko letak 10 kilo ikan bilis pun habis disiangnya....
    Dah memang mcm tu gelagat dia org nih...kekekekeke

    ReplyDelete
  2. bile tau makmertua nak dtg YB terus gi beli ikan bilis berkilo2 yer,tak patut,tak patut,kakakaka.

    ReplyDelete
  3. syurga ditelapak kaki ibu... maka sebagai anak yg baik, ikut je lah kata mereka...

    ReplyDelete
  4. org tua mmg gitu... ke mana pergi pun... mesti ingat kampung...



    .

    ReplyDelete
  5. makin berusia , makin sensitif

    ReplyDelete
  6. iya.... kebanyakan orang2 tua cenggitu... tak selesa dok di rumah orang kot. kita nanti tak tahulah.

    ReplyDelete
  7. btol tu YB..hmm mereka kalau boleh tkmo tinggalkan rumah di kmpung tu lama2..alaahai..

    ReplyDelete
  8. Jard,ibu mertua saya dah 63 tahun dan ayah mertua 70 tahun. Dia awet muda kot. Masa umur 40 dpt anak yg bongsu (no 7).
    Ko kawen lambat ni bila umur ko 40 baru nak dpt anak no 3 kah kah kah

    dcrysz,dah tua2 ni mana lagi nak cari tempat bermanja kalau tak kat anak2 (dan menantu hehehe) serta cucu2.

    Kami beli 3 kg bilis aje. 1kg mereka nak bawak balik dan 2kg utk kegunaan kami. Dia siang 2kg aje sbb isteri saya tak sampai hati nak minta emak bapak dia siang semua 3 kg. 1kg dah RM17 sekarang. Mana pergi menteri yg jaga harga barang ni huhuhu

    juliet,geliga otak ko. Lain kali aku nak buat mcm tu lah. Beli sampai 10kg. Tapi kalau mereka balik sebelum sempat habis kopek bilis tu, aku hantar rumah ko boleh? Ko tolonglah kopekkan hehehe

    soca,mereka mertua saya. Tapi kalau dah kawen mertua pun dah macam emak bapak kita sendiri. Tak batal air sembahyang sampai bila2. Kena hormat dan ikut cakap mereka.

    tasik,mertua ko ada kampung ke? Kayu Hijau bukan kampung. hehehe

    pB,makin berusia, makin sensitif tu biasalah. Ada yg muda2 dah sensitif, parah ngeh3x

    Mak Su,kat KL ni mereka tak tahu nak buat apa gamaknya. Kalau kat kg boleh jugak jalan2 rumah tetangga, bagi makan ayam, cari pucuk ubi dsb.
    Masa kita tua esok (kalau panjang umur) anak2 dan menantu duduk kondo agaknya. Lagilah boring hehehe

    Liyana,kat kampung pun mertua saya dah tinggal 2 org aje. Anak2 semua dah kawen dan tak duduk dgn mereka. Tapi mereka masih suka duduk rumah sendiri.

    psst - kisah balik kampung saya belum habis lagi. Lain kali saya sambung, insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. mak dan bapak mertua kata rumah teres mcm duduk dlm penjara tak bebas.

    ReplyDelete
  10. zue,kalau rumah teres mereka kata mcm penjara, apartment atau kondo lagi haru hehehe

    ReplyDelete
  11. akan datang kita jgk akan seperti mereka...tp betulkan kita akan rasa serba salah.

    ReplyDelete
  12. memang niat asal nak jenguk anak dan cucu... Tapi kalau YB ada bawak diorang pegi besiar-siar, pi muzium ke, pi tasik ke, saya bajet, mesti diorang boleh tunggu sampai hujung minggu...

    Kerja tu memang sampai bila-bila takkan habis...

    ReplyDelete
  13. YB kijam...
    dera mak tertua kopek ikan bilis..
    hehhehee

    ReplyDelete
  14. 63. Sebaya embah wedok Nuha. Isek ayu loh...

    ReplyDelete
  15. atok saya dah 76, nenek saya dah 75. Nasib baik duduk sekampung. Ada pape senang aje nak datang usya hehehe :D

    ReplyDelete
  16. shaliza,ditelan mati mak mertua,
    diluah mati pak mertua. Nampaknya kena kulum aje la hehehe

    syah shah,dulu masa bapa mertua saya masih kuat berjalan bolehlah saya bawak pergi jenjalan atau ke rumah saudara mara. Sekarang dia nak ke bilik air pun susah. Jadi tak sampai hati nak bawak mereka jalan2 mcm ke pesta buku tu ngeh3x

    ArPeGGiOSyg sekilo tu utk mereka bawak balik kampung dan yg sekilo lagi mereka yg nak tolong kopekkan. Ada lagi sekilo isteri saya sorokkan takut mereka kopek jugak. Takpe kami kopek sendiri suami isteri sambil bergurau senda hehehe

    ckLah,isek nom embah Nuha putune wes pirang2.
    Mertuo ku ayu mcm bojo ku hehehe

    Akmal,nanti kalau ko dah kerja tentu tak duduk sekampung dgn atuk dan nenek. Masa tu ko akan rasa situasi begini huhuhu

    ReplyDelete
  17. banyaknya beli ikan bilis hehe...alahai rindu plak kat arwah atok nenek...nasib baik moyang masih ada :D

    ReplyDelete
  18. berdepan dgn warga emas byk dugaan..mungkin bila dah berusia kita akan rasa diri kita hanya menyusahkan anak2..maklumlah dah tak berupaya membuat keputusan sendiri..dah tak upaya bergerak ke sana sini..lebih menyedihkan bila menantu tak 'ngam'..bila anak2 marahkan cucu ..rasa seperti disindir pula..yg penting kesabaran..bg Sally..rumah yg ada orang tua, adalah rumah yg penuh ketenangan dan dilimpahi rahmat Allah..beruntunglah mereka yg masih mempunyai ayah dan ibu..and of course ayah dan ibu mertua..

    ReplyDelete
  19. duduk kat kampong bebas kesana kemari.. setidak2 nya turun ke kebun.. hehe..

    mak ayah zino kalau datang pun paling lama bertahan seminggu je.. lepas tu minta di hantar pulang kekampong..

    ReplyDelete
  20. orang tua macam tu lah. Duduk rumah anak sekejap je lepas tu mulalah ingatkan ayam dah rumah kat kampung.
    Kita nanti belum tau macamana lagi hik..hik..

    ReplyDelete
  21. Cinta Cukulet,ikan bilis bnyk zat dan sedap hehehe

    Oh, moyang CC masih ada. Jagalah dia baik2. Saya sempat juga jumpa moyang saya sehingga saya berumur 10 tahun.

    sally,saya sedih kalau ada org tua yg terasa diri mereka mcm Quran buruk. Nak baca dah tak boleh, nak buang berdosa. Di usia senja mereka lebih sensitif tapi mungkin adakala kita gagal membaca isi hati mereka.

    Ibu saya yg dah 72 tahun duduk dgn kami sejak ayah saya meninggal dunia 15 tahun lepas. Mungkin berkat memelihara ibu, rezeki kami murah dan hidup kami bahagia.

    zino,betul kata zino. Di kg, emak mertua kalau nak kemana2, start motor terus pergi. Ayah mertua yg dah bertongkat tu pun masih boleh naik motor kalau nak ke kedai hehehe
    Kat tempat saya, mana mereka berani nak keluar naik motor walaupun ada motor cucu mereka.

    kakpah,masa kita tua esok takkan nak guna alasan nak bagi makan ayam kat rumah sbb ayam pun takde! Masa tu kita sama2 fikir apa alasan kalau tak tahan duduk rumah anak lama2 hehehe

    ReplyDelete
  22. bawak pi pesta buku itu gila.. Hahahahah :P :P

    ala, bawa pi tasik lepak-lepak pun ok jugak... jangan tempat orang bersesak sudahla, kasihan diorang... :D :D

    ReplyDelete
  23. syah shah,takkan aku nak bawak ke pesta buku. Aku acah aje.
    Aku nak bawak mereka pegi Ulu Bendullah. Kali ni aku pun nak berendam sekali. Ko dan Incik Firdaus nak ikut tak. Kita pergi Hari Buruh. Ajak kengkawan yg tak balik kampung sekali.

    ReplyDelete
  24. YB buatlah annoucement... Heheheheheh :D :D

    konsep pot luck kannn??/ Saya cop bawak ketul aiiisssss~~~ Hahahahahahhah :P :P

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah..YB teruskan jadi anak yg solleh..Sally hanya sempat 9 tahun menjaga arwah ayah yang duduk dgn kami setelah ibu meninggal..and yes..memang berkat..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  26. syah shah,aku manalah ramai pengikut. Kalau buat announcement berapa kerat aje yg dengar nnt.
    Ko lah buat. Nnt aku kopipes utk panjangkan pengumuman itu. 3/5/09 ok kot sbb hari Ahad. Harap Incik Firdaus ko tak kerjalah hari tu.

    tchersally,menjaga ibubapa usia emas ni perlukan banyak kesabaran. Saya respect isteri saya yg sanggup bersusah payah menjaga ibu saya (yg juga mertua dia).
    Kita kena ingat: ibubapa menjaga kita supaya kita hidup tapi kita menjaga mereka sehingga mereka pergi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails