Friday, April 24, 2009

Macamana Nak Jadi Bagus

Saya pergi servis kereta saya pagi ni. Walk-in aje sebab semalam tak sempat nak buat appointment. Sampai di pusat servis pukul 8:05 pagi. Dah ada beberapa pelanggan. Nak walk-in mcm saya ni kena ambil nombor giliran butang B. Saya dapat no 2005. Pekerja di situ kebanyakannya sedang melayan pelanggan no siri 1000 (mungkin yg ada appointment kot). Tak lama tu siri no 2000 pula naik. Sempat juga saya buat air sementara menunggu no saya naik. Free.

Tak lama tu no saya naik. Pekerja di situ terus mengajak saya ke kereta. Saya beritahu dia saya nak servis utk 5000 km yg pertama. Dia pun periksa apa yg patut dan menyarungkan kerusi tempat pemandu dgn plastik dan meletakkan kertas yg ada lambang kereta tu di lantai tempat pemandu. Selepas itu, kami masuk semula dan dia memasukkan data kereta ke dalam komputer.

"Pukul 10:30 nanti siap dan boleh ambik," katanya setelah selesai key in data termasuk no hp saya.

Nampak simple kerana proses ini mmg mudah. Tapi ini tidak berlaku bila saya menghantar kereta saya yg sebuah lagi utk servis di pusat servis yg lain. Malangnya pusat servis teresebut milik sykt kereta nasional ketiga kita. Walaupun saya mesti membuat temujanji sebelum ke sana (kerana pernah walk-in tapi mereka tak layan kerana banyak kereta nak servis dakwa mereka), tapi masa menunggu utk dilayan jauh terbabas dari masa yg dijanjikan. Itu belum masa mereka buat servis.

Kenapa saya timbulkan hal ini? Saya sedang membuat proposal utk khidmat penyenggaraan dan banyak benda yg saya boleh belajar dari apa yg saya perhatikan hari ini. Kebanyakan perkara ini, adalah common sense dan tidak berapa sukar utk dilaksanakan. Kalau org lain dah buat yg bagus, jangan segan silu utk meniru supaya kita pun jadi bagus! Ya tiru saja. Kalau perlu ubahlah sikit sana sini dan jadikan lebih baik. Kalau otak geliga, boleh perkenalkan benda baru tapi pastikan boleh diterima pelanggan dan boleh menguntungkan semua pihak.

30 comments:

  1. sakura,hari ni mcm janji pulak. Sama2 no 1.

    psst - lama tak datang, awak pergi mana?

    ReplyDelete
  2. Setiap org yg berkehendak, pasti akan berusaha utk menjadi bagus dan terbaik. caiyuk caiyuk

    ReplyDelete
  3. aku suke pusat servis kereta yg aku selalu gi skang.. jenis walk-in.. aku jd first cutomer.. dlm 30minit . siap.. hehehe.. pastuh ade wi-fi lagi.. perggh! nikmat! hahaha..

    ReplyDelete
  4. Mak Su,Mahu menimbulkan "kehendak" tu lah yg susahnya kalau takde motivasi. Ramai org kita yg memilih jalan senang - status quo dari berubah kpd yg lebih baik bahkan yg terbaik dlm kelas mereka.

    Saya tahu Mak Su termasuk dlm kalangan org yg berkehendak!

    Jard,Kalau aku pakai Produa boleh jugak aku ikut ko ke pusat servis yg ko selalu pegi tu. Untung2 jumpa ko kat sana dan dpt tengok ko yg dah mula transform tu hehehe

    ReplyDelete
  5. YB
    now sakura sedang sibuk berkemas nak pindah office baru ...(biarlah rahsia) tapi sempat jejalan n komen blog kekawan

    ReplyDelete
  6. err... saya takdala pegi ke pusat servis khas tu, sekadar ke bengkel-bengkel biasa aje... lagi senang, lagi cepat... nak tunggu boleh, takmo tunggu kalu, buleh pegi makan kat mamak... Hahahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  7. sakura,sekarang biarlah rahsia. Dah pindah nanti bagi taulah. Boleh kami buat rombongan cik kiah tengok opis baru awak. hehehe

    syah ahah,kete saya yg lama tu pun biasa servis kat bengkel biasa. Yg ni baru lagi jadi kenalah hantar pusat servis. Belum sampai 3 bulan pakai dah 6000 km huhuhu. Nasib minyak dah turun harga.

    ReplyDelete
  8. dapat buat air sendiri, itu sudah bagus. Lenkali soh dorang letak biskut ke, kuih lapis ke. :D

    ReplyDelete
  9. juliet,idea bagus. Lain kali kalau aku ada pusat servis, aku letak kuih. Staff pun aku cari yg kiut miut mcm ko biar semangat org datang. Ko nak tak kerja dgn aku? Pusat servis aku pun tak jauh dari rumah ko kat Rawang tu hehehe

    ReplyDelete
  10. "professional is our profession"

    bos sy selalu pesan mcm tu....

    when u know what to do, u should know what next....

    ReplyDelete
  11. servis yg macam tu di perlukan...yg sakit hati tu bila kita datang dia org buat dek je.. mau je angkat kaki keluar balik..

    bila ada kemahuan mesti ada jalan.. usaha lebih sikit je..

    ReplyDelete
  12. apasai tak ambik gambar ???

    ReplyDelete
  13. Salam YB,
    Kalau istilah MLM, "dublicate" dan sedikit tambah nilai.
    Masalahnya memang tak mahu nak berubah... akan merosotlah jadinya.

    ReplyDelete
  14. kuIna,the secret or success is knowing what to do next.
    The problem with a lot of people is they don't even know what to do now hehehe

    zino,mmg bengang kalau mereka buat tak layan ni. Dahlah nak kan duit kita tapi layan acuh tak acuh. Kalau apa persaingan, sykt atau organisasi mcm ni akan cepat bungkus.

    pB,takde apa yg luar biasa utk dirakam oleh lensa kamera saya. Kita bercerita ttg sikap manusia. hehehe

    Zabs,Wsalam.
    Zabs masuk MLM ke? Kalau tak masukpun takpe tapi kita boleh mengambil pelajaran yg baik dari sistem mereka.
    Mana yg elok, kita tiru tanpa segan silu.

    Cinta Cukulet,penantian satu penyeksaan huhuhu

    APS,ramai yg nak no. 1. Kuatkan usaha pasti berjaya.

    ReplyDelete
  15. bab servis2 ni cek abe punya kerja...yg saya tahu minyak kereta penuh...jalan. hehehe

    ReplyDelete
  16. satu sifat kita yg paling istimewa ialah... sifat 'dengki'.... malangnya kita selalu gunakan sifat tu utk yg negatif je... sepatutnya kita mesti rasa dengki pasal org boleh buat lebih baik drp kita... dan kita akan berusaha utk buat lebih baik drp org yg kita dengki itu

    kawe tak suka dengki... kerana sentiasa berpuas hati dgn apa yg kawe dah ada... kalau nak lebih tentunya kena 'buat' lebih juga

    ReplyDelete
  17. zue,pembahagian tugas yg munasabah hehehe

    Shifu,mungkin dengki pada yg negatif tu lebih mudah. Itulah ramai org kita pilih yg itu. Org kita kan suka yg mudah. hehehe

    ReplyDelete
  18. Salam YB,
    Dulu ada anak yang cuba2 MLM ni, tapi tak larat. Yang baik diikut, tak rugi, betul?

    ReplyDelete
  19. Zabs,apa2 pun pekerjaan kita kena ada komitmen kalau nak berjaya. Saya tak daya nak beri komitmen utk MLM buat masa ni - itu yg tak join.

    ReplyDelete
  20. Betul tu, perkara yang baik harus diikuti supaya tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  21. maksudnya kena follow yang sukses ler


    ok!

    ReplyDelete
  22. mmm...saya lak...cuma ada satu bengkel yg aku hadap dr dulu smpai skang nih!!!....bagus!!!
    Melayu kita punya...servis TIP TOP...kat IKS Duyong Melaka

    ReplyDelete
  23. Servis kete? Tak pernah! Pak Sheikh kan hubby mithali - dia la yang urus...he3. Entahlah, tau bawak je le...(kena 'marah' - sebab tak reti - pompuan mcm ni kot....oppppsss tak - tak , saya je mcm ni )

    ReplyDelete
  24. kayteeze,yup benda baik kena tiru.

    kapten,ikut org yg sukses kita pun sukses jugak

    dcrysz,saya kalau ke Duyong tu makan ikan bakar

    sonata,jgn segan mengaku kerana sonata bukan satu2nya pompuan yg macam tu hehehe

    ReplyDelete
  25. errr...
    aku tak pernah gi servis kereta..
    sbb takde kereta..

    servis basikal je..
    sbb ada basikal..

    elok utk kesihatan..
    takyah guna minyak... jimat skit duit... :D

    ReplyDelete
  26. kts,eloklah ko naik basikal biar cepat turun berat badan tu sampai ke 43kg hehehe

    ReplyDelete
  27. Takde kete. tapi moto ade. servis sendiri aje. kerat and korek block, pendekkan cable brek...
    ....errr...bunyik macam mat rempit pulak hahahaha :D
    betul, saya sokong tang tiru untuk pembaikan. mana ada salahnya kan? :)
    tapi tak taulah kalau ada orang buat jugak hakmilik persendirian iea-idea yang bagus nih huhuhuhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails