Tuesday, April 7, 2009

Apa ke hal?

Kalau anda ingat gambar ni tak fokus, tengok sekali lagi. Ini laman rumah saya petang tadi setelah disembur dgn ubat pembunuh nyamuk - fogging.


Ini dia org yg melakukan penyemburan itu. Ya yg baju kuning tu. Tak pakai penutup hidung pun. Takkan takde prosedur (SOP) atau memang rasa dah kebal? Nasib dialah kalau kena penyakit di kemudian hari.

Kepulan asap ubat sebelum dia ke rumah jiran saya

Kenapa saya tunjukkan gambar2 ini? Sebabnya hari ini saya telah ke sebuah jabatan kerajaan di sebuah bandar di Selangor utk bertemu dgn pegawai di sana. Saya telah membuat temujanji untuk berbincang dgn beliau pada pukul 10:30 pagi. Bergegas saya ke sana. Apabila sampai ke pejabatnya dia sedang mesyuarat. Biasalah org kerja pejabat tak habis2 mesyuarat. Saya pun tunggu depan bilik dia. Mujur saya bersama seorg rakan. Boleh juga bincang perkara lain dari membuang masa begitu saja. Masa terus berjalan - saya pun sms beliau. Takde jawapan. Terus tunggu. Pukul 12 tghari saya telefon beliau. Tak boleh jadi dah sejam setengah saya jadi pak pacak. Beliau kata mungkin 12:30 baru dia habis meeting.

"Awak pergilah minum dulu," dia menyaran.
"OK lah," kata saya separuh kecewa.
Saya dan rakan saya pun pergi minum di sebuah kedai makan di seberang jalan.
Pukul 12:30 kami kembali semula ke pejabatnya. Dia belum balik lagi! Selepas 10 minit baru dia habis mesyuarat. Ada lagi seorg lain yg juga mahu berjumpa dgn pegawai ini.

"Semua masuk sekali!" arahnya.

Kami bertiga pun masuk ke biliknya.

Dia bermula dgn urusan mamat yg seorg tu. Dari perbincangan yg saya dengar ternyata mamatnya tak faham dan tak mengikuti prosedur permohonan. Dia memang blur mcm rumah saya yg kena fogging tu!
Macamana pegawai ni nak tolong. Akhirnya dia kena balik buat homeworknya dulu.

Kemudian baru urusan saya. Perbincangan yg baik dan nampak jalan ke hadapan. Dah cerah macam laman rumah saya lepas asap fogging dah hilang ni (lihat gambar bawah ni) hehehe

28 comments:

  1. wah! ade projek baik ke YB? sanggup tunggu berejam jam tu.hehe

    ReplyDelete
  2. salam en.YB..
    wahhh lama banget bangat ketemu ya..

    semoga semua fogging tu akan lebih menerangkan suasana selepasnya..aminn~

    ReplyDelete
  3. PenyuBiru,
    ada 2 projek kecik yg saya perlukan kelulusan dari jabatan ini (selain pihak berkuasa yg lain).
    Macam ni lah jadi runner. Dah buat temujanji pun kena main. Sabar ajelah kerana nak cari rezeki.

    ReplyDelete
  4. Iliana,
    Saya pun dah naik rindu tak dengar kabar dari Iliana hehehe.
    Ya semoga mati nyamuk2 semua.

    ReplyDelete
  5. biasa la tu... org bisnes dia pentingkan masa utk selesaikan urusan bisnes dia je... pegawai kerajaan tak cukup masa nak selesaikan urusan orang, orang, orang, orang bisnes

    ReplyDelete
  6. Shifu,
    kalau kita tanya sesiapa, hampir semua akan mengatakan mereka sibuk. Itu biasa. Tapi yg tak sedap jgnlah dah buat appointment tak tetapi masa sampai 2 jam.
    Oh ya selepas berjumpa dgn pegawai itu, kami ke sebuah PBT di daerah lain utk menyemak status projek kami di situ. Tanpa temujanji tapi layanan sungguh baik. Mereka tahu sebahagian dari gaji mereka datangnya dari pihak swasta yg menjalankan projek di kawasan PBT mereka. (Semua permohonan kena bayar fee & bayaran lain). Sekalung tahniah kpd pegawai tersebut.

    ReplyDelete
  7. nampak nya cerah masa depan YB lepas ni hehe

    ReplyDelete
  8. Hehe, compliant nampaknya dengan arahan kosongkan rumah untuk fogging? Bagus. Rasanya diorang guna malathion lagi kot untuk fogging :D

    ReplyDelete
  9. gajah pun lemas kalau dah gitu punya tebal asap fogging.

    ReplyDelete
  10. nampaknya semakin ramailah pelarian nyamuk di kampung sebelah :)

    ReplyDelete
  11. zino,
    harapnya mcm tulah.

    Akmal,
    kami tak kosongkan rumah sebab ada Adam. Takut dia lemas kena asap. Kat luar mereka buat semburan bersepadu iaitu beberapa lorong serentak.
    Rasanya pakai malathion sbb bau mcm bahan kimia tersebut. Mamat yg sembur tu tak sayang paru2 langsung. hehehe

    ONE ZABA,
    bukan lemas lagi tapi boleh mati kalau tak lari sbb hari ni mereka buat 2 round. uhuk uhuk

    kapten,
    rasanya tak sempat lari nyamuk hari ni. Caught by surprise hehehe

    ReplyDelete
  12. bau fogging tu yg tak tahan tu..bukan kata nyamuk, dgn orang2 sekali bleh mati huhu

    ReplyDelete
  13. tanya saya musti saya kata tak sibuk... Hahahahah :P :P

    Betul, dah berjanji perlu la tepati... tak kiralah orang bisnes ke, pegawai kerajaan ke, eksekutip ke, kuliketip ke, hatta buruh paksa sekalipun... Kalo dah berjanji, sedaya upayalah berusaha memenuhi janji tu...


    saya fikir nak panggil orang buat fogging jugaklaa kat umah... nyamuk ramai sunggoh...

    ReplyDelete
  14. Cinta Cukulet,
    kalau bau mcm minyak wangi makin membiak agaknya nyamuk2

    syah shah,
    sayang tak semua org berfikiran mcm ko. Ada yg rasa kalau org lain yg perlukan dia, ko org kena tunggulah.

    Pihak PBT buat fogging sukarela kalau ada kes denggi aje. Kalau tak ko kena panggil mereka.
    psst - ko ni ternak nyamuk ke?

    ReplyDelete
  15. salam yb..

    1. itu la masalahnya- org yg patut bg pkhdmatan kpd org ramai, spatutny mgutamakn ketepatan masa/ temujanji dll.. diorang tk fikir ke, org lain mgejar masa..?

    -smga ksabaran yb mhadapi karenah phk2 bkenaan, akan dibalasi dgn rezeki yg mlimpah ruah lg berkat. amiin.

    2. ttg fogging tu- kdg2 teman pun dok pikiaq, awatler depa sampai ada yg masuk rumah. pstu lps depa pi, abih lantai, meja dll berminyak..jenuh nk mbersihknnya..

    niat baguih, tp nampak mcm tk 'work smart'..
    oopss! sorry..ter'emosional' skit..

    -apapun, smga Allah plihara kita drpd sgla pyakit.. amiin.

    ReplyDelete
  16. kalau kpah le yang menunggu begitu lama, pasti dah terkulai layu kat atas kerusi tu.
    menungguuuu... kpah paling benci....

    ReplyDelete
  17. amal,
    wsalam.
    1. saya dah masak dgn kerenah mcm ni. Kalau senang nak berurusan dgn jabatan kerajaan, sykt asing tak perlu engage management agent hehehe

    2.mmg mengotorkan rumah di samping meninggalkan bau yg tak enak. Semalam mereka tak masuk rumah sbb kami ada anak kecil.

    kalau ada makhluk perosak dlm rumah kita hapuskan sendiri aje. Lagi senang.

    kakpah,
    menunggu ni memang boring dah membuang masa. Nasib baik semalam saya dgn seorg kawan yg juga wakil klien. Dapat berbincang hal2 lain.

    ReplyDelete
  18. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    ReplyDelete
  19. walaupun gambar memule tu blur tapi saya ttp bleh cam laman umah YB,kekeke.

    ReplyDelete
  20. Anak Pendang,
    Terima kasih kerana memilih blog ini sebagai tempat persinggahan.
    Awak belajar di Poli ke?

    5 tahun dulu saya selalu ke Pendang kerana anak belajar di MRSM kat sana.

    Juliet,
    aku tahu ko terer. Ko tak ikut kts dtg umah aku ke minggu ni? Dia nak hantar kuah rojak.

    ReplyDelete
  21. saya tak suka tunggu orang, jadi saya juga tak suka buat orang tunggu saya... lainlah kalau terpaksa... atau ada benda memang tak boleh dielakkan... tapi memang masa tu sepanjang masa rasa serba salah dan serba tak kena...

    YB, malam ni saya pun pergi juga jumpa cik konpius kemudian pegi umah YB... Tunggu kami yaaa... kateku membohong secara kecik-keciklan... Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  22. sy dah biasa alami mcm tu..appoint ok tp bila sampai ada meeting,kluar makan, minum, x ada time,bz , last2 sy trus jmpa bos dia...

    berurusn dgn authority sy tak suka jumping the curve, kekadang trpaksa.

    ...>> ingat rumah baru YB kat punck bukit yg berkabus

    ReplyDelete
  23. syah shah,
    penantian satu penyeksaan. Tapi ada sebahagian manusia suka menyeksa org lain. Hari ni hari dia huhuhu

    Datanglah sekali dgn kts. Takde kacau daunnya. Kalau tak sempat malam ni lain kali pun boleh.
    psst - bawa sekali masakan ko tu. Aku nak rasa. Dan juga budak botak tu - aku nak buat main dgn Adam. hehehe

    kuina,
    kita line yg sana dah faham sgt perangai org yg mcm ni.
    Kalau rumah saya kat puncak bukit yg berkabus tu rasanya org yg akan berbaris menunggu nak jumpa saya. Bukan saya yg terhegeh2 tunggu org ecece.

    ReplyDelete
  24. dah jumpa blom runner yg ko cari hr tu bang?

    :)

    ReplyDelete
  25. asapnya tu gempak, mcm ada house on fire. semalam saya nampak, saspen gaks. dahlah masa tu tgh drive.

    ReplyDelete
  26. mungkin mamat yg sorang teww yg tak tahu prosedur hingat leh huluq bawah table kotts.. tapi sebab yb ader kat sitewww tak jadikklarr tewww.. ehehe, me gurau2 jer one uoolss..

    ReplyDelete
  27. tasik,
    belum jumpa lagi. Itu yg aku kena pegi sendiri jumpa pegawai2 yg berkenaan. Ko ada ke kengkawan atau ex ko yg ko nak rekomen? hehehe

    one love,
    cekap ko menangkap maksud aku.

    mak su,
    nampak asap kat mana tu mak su? Kat kawasan rumah saya ke?

    en_me,
    mamat yg sorang ni rasanya nak hulur pun tak pandai hehehe Kena menuntut lebih lagi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails