Friday, March 13, 2009

Tahniah Nuratikah

Semalam keputusan SPM telah diumumkan. Saya dan isteri serta Adam Hakimi telah menghantar Atikah ke Maktabnya di Trendak, Melaka utk mengambil keputusannya. Memandangkan dia mengajar di sebelah pagi, kami hanya bertolak sebelah tengahari. Itupun setelah adik2nya pergi ke sekolah.

Sebelum ke sana, Atikah telah menelefon kawan2nya yg telah mengambil keputusan mereka. Dia juga menghubungi pihak maktab dan telah mengetahui keputusannya. Alhamdulillah satu keputusan yg sungguh membanggakan walaupun tidak berjaya mendapat straight A's.

Kerana telah mengetahui keputusannya walaupun tidak secara terperinci, maka kurang debaran dan tekanan semasa dalam perjalanan. Trip yg santai dan kami berhenti di tempat2 strategik di sepanjang perjalanan utk membeli benda2 yg kami suka. InsyaAllah saya akan buat satu n3 mengenai perkara ini.

Atikah mengambil slip keputusan di pejabat maktab

Bersama bekas rakan semaktab. Terer2 mereka ni. Yg di kiri dapat 10A dan yg di kanan tu 9A.

Kepada Atikah kami sekeluarga mengucapkan tahniah! Semoga dapat menyambung pelajaran di IPTA seperti yg diharapkan.

25 comments:

  1. Taniah
    buat YB n anak YB
    moga terus jadi
    cemerlang
    gemilang
    dan terbilang

    ReplyDelete
  2. tahniah atikah...
    ni baru permulaan...

    selalunya mak pak yg terlebih kalut bila anak2 nak ambik result...

    kepada bapa atikah, jangan kuciwa...
    sapa suruh dulu ko kaut straight A...
    skrg, tak dapat atikah nak kaut balik...

    hikkkssss.... :D

    ReplyDelete
  3. tak apalah tak dapat straight A pun... yang penting sudah berusaha... Tahniah ye Atikah?? Ewah, cam la dia baca blog ni... Hahahahah :P :P

    Err... Maktab kat Terendak?? Ape? Maktab tentera kee???

    ReplyDelete
  4. tahniah buat YB sekeluarga...moga kejayaan terus bertandang dalam kehidupan.

    ReplyDelete
  5. tahniah tuk anak ko walaupun dia tak mengulangi kecemerlangan aku dulu.hehehe..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Atikah...dan juga yb,
    rasa berbangga bila anak2 kita berjaya.

    ReplyDelete
  7. tahniah Nuratikah :)

    moga akan terus dilimpahi kejayaan :)

    ReplyDelete
  8. bestnya........
    abg, jum singgah rumah nurul main game.
    jumm
    ;)

    ReplyDelete
  9. tahniah... tahniahh... gumbiranya hati mak bapak

    kena makan-makan nii...

    ReplyDelete
  10. kts,
    tahniah ko yg pertama. Harap ko bukan yg terakhir (macam pernah dengar dialog ni hehehe),

    kts lagi,
    tahniah sekali lagi sbb ko yg kedua. Juliet tak beri saingan mungkin dia masih tidur hujan2 ni.
    Juliet - bangunlah dah siang ni. Taulah malam tadi malam Jumaat kah kah kah.

    sakurasa,
    Terima kasih atas ucapan dan semoga doa itu dimakbulkan.

    sakurasa,
    no 3 pun ok. Sekarang ko kena bersaing dgn kts dan juliet selain ckLah. hehehe

    kts,
    kami tak kalut pun semalam kerana dah jangka dia akan dpt result yg baik.Bapa Atikah tak kecewa kerana insyaAllah dgn keputusan yg diperolehi dan kegiatan koko, dia boleh masuk IPTA dan mengambil jurusan yg diminati ie accountancy. Banyak jugak 1A dia termasuk prinsip akaun. Alhamdulillah.

    syah shah,
    kalau dibandingkan dgn 6277 pelajar yg dpt straight A's mmg boleh rasa down sikit. Tapi kalau dibandingkan dgn pelajar2 lain secara kesulurahan dia kira ok - aggregate 8.
    Dia belajar di MRSM Trendak.

    ONE ZABA,
    terima kasih dan semoga kejayaan buat cikgu sekeluarga juga.

    PenyuBiru,
    terer ko rupanya masa belajar dulu! Respectlah aku hehehe

    Tijah,
    saya dah sampaikan ucapan itu.

    zue,
    terima kasih. Saya pun dah sampaikan kpd Atikah.

    Mak Su,
    Cabaran di peringkat seterusnya akan lebih hebat. Doakan kejayaan dia dan rakan2.

    Nurul,
    insyaAllah saya akan ke sana bila berkesempatan.

    Shifu,
    insyaAllah cuti sekolah ni boleh pergi makan2 sempena kejayaan Atikah. Adik dia yg di MRSM Serting pun akan balik petang ni.

    ReplyDelete
  11. Tak kesah dapat berapa pun Nuratikah, congrats ya :)
    Saya dulu kantoi subjek Arab, Syariah, Quran & Sunnah walaupun yang tu bajet dapat 1. Lagilah tensyen uncle :D

    ReplyDelete
  12. tahniah buat adik atikah, semoga berjaya dunia akhirat. Ikutlah contoh bapa adik kerana beliau adalah antara bapa terbaik pernah saya jumpa, sekian, komen dari kak juliet.(hahahaha,tahan gelak)

    ReplyDelete
  13. Akmal,
    ini antara cabaran kalau belajar di sekolah yg pelajar2nya ramai yg terer. Kalau kat sekolah biasa keputusan mcm Atikah ni dah jadi hero atau heroin.

    13May,
    terima kasih.

    juliet,
    terima kasihlah kerana puji Atikah dan aku. Yg sebenarnya ko nak puji aku dari dulu lagi tapi takde kesempatan kan?
    psst - aku tak dpt nak tahan gelak baca komen ko yg belia tu kahkahkah

    tasik,
    bila Afifah yg baru balik dari asrama baca komen ko tadi dia suruh aku ucapkan terima kasih kat ko sbb ko tujukan ucapan tu kat dia (adik Atikah).
    Ko jgn lah perasan ko tu muda sgt. Anak aku yg kecik tu 7 thn lebih muda dari anak ko ngeh3x

    ReplyDelete
  14. salam..wah saya tumpang gembira...saya pasti itu yang terbaik buat anak sdr...moga dia akan berjaya menjadi chartered accountant

    # yep my kakak n her family with me here.

    ReplyDelete
  15. salam..

    ALHAMDULILLAH.

    TAHNIAH - atas kjayan ank, n buat yb jg.

    (*nama anak yb sama dgn nam ank sulung teman)

    smga ank yb akn dtmpatkn di ipta yg sesuai n tbaik buatnya. amiin.
    :)

    ReplyDelete
  16. arsaili,
    terima kasih. Semalam dia dah memohon online utk UPU. Tak banyak IPTA tersohor yg menawarkan kursus accountancy. Harap dia dpt masuk U yg diidamkan dan bidang yg diminati.

    Seronoklah dpt belajar dgn kakak di tempat yg sama. You sedang buat Master ya? Bidang apa?

    Amal,
    terima kasih atas ucapan dan doa sdra. Mmg ramai remaja yg bernama Atikah kerana 15 -25 tahun lepas nama tu tengah popular. Sekarang dah kurang org namakan anak dgn nama itu.
    Ya sama2 kita berdoa Atikah dpt ke IPTA yg baik dan mengambil jurusan yg diminati.

    ReplyDelete
  17. tahniah buat Atikah
    &
    Tahniah buat mak bapa yg menjaga mendidik dia...

    ReplyDelete
  18. tahniah... bijak anak ko... anak saper kan... hehehe

    ReplyDelete
  19. kulna,
    terima kasih atas ucapan itu.

    kapten.
    alhamdulillah kerana dia diberi sedikit kelebihan dlm bidang akedemik. Ramai lagi pelajar yg lebih bijak dari dia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails