Saturday, March 14, 2009

Tolong Naikkan Ekonomi Melaka

Khamis lepas kami ke Melaka utk mengambil keputusan SPM Nuratikah di Trendak. Dah ke sana, kami pun tolonglah berbelanja sikit di negeri Hang Tuah ni.

Hentian pertama kami ialah warung kuih Edri Ent di hadapan masjid Simpang Ampat, Alor Gajah. Pulut panggang dia mmg best. 3 seringgit. Isteri saya beli RM20 utk dibawa ke rumah makcik yg buat majlis tahlil pada malam itu. Tambah lagi RM3 utk kami makan dalam perjalanan.
Sempat posing dgn pulut panggang di tangan

Hentian kedua - gerai kupang di tepi jalan antara Sg Udang dan Ayer Keroh. Dah selalu juga beli di situ. 3 kg RM10. Saya minta kurangkan harga kalau beli 4kg tapi budak pompuan yg jual tu kata tak boleh sebab ni kupang dari Teluk Mas (mahal mcm emas ke?). Kalau kupang Muar bolehlah! (org Muor jgn bengang ya - bukan saya kata tapi penjual tu yg cakap).
Mana duit kecik ni. Ha adapun

Seterusnya kami ke pekan Alor Gajah utk membeli sos cucur Baharudin Md Tahir yg femes tu. Beli 4 botol aje takut kalau banyak sangat nanti expire tak sempat habis. Sebotol dah RM2.50 sekarang. Mula2 saya tahu tempat ni lebih 10 tahun dulu cuma RM1.50 sebotol. Kami juga beli cucur RM5 utk makan di rumah.

Ini gerainya. Tak susah nak cari - berhampiran bulatan di pekan Alor Gajah tu.

Dari situ, kami singgah isi minyak. Walaupun dulu saya kerja sykt kulit kerang (semestinya kalau nak isi minyak masa tu kenalah di stesen sykt sendiri) tapi sekarang saya lebih kerap isi minyak di Petronas. Niat saya nak tolong sykt kebangsaan sendiri dan juga dealer2 Melayu.

Kereta saya yg sebelah kiri tu. Saja tak nak kasi nampak dgn jelas takut jeles hehehe

Kebetulan ada org jual petai atas motor. Satu ikat mengandungi4 papan cuma RM2. Isteri saya cuba tawar tapi boleh pakcik tu cakap dgn muka selamba dog, "kurang tak boleh, kalau lebih bolehlah!"
Macamanapun kami beli 4 ikat.

Curi2 ambil gambar ni sbb tengok pakcik ni semacam aje. Ni lah jadi gelap (alasan hehehe)

Di tepi jalan ada org pakai kereta jual petai satu ikat RM4. Kalau ambil 3 ikat kira RM10. Murah lagi yg kat motor. Biasanya yg di gerai2 tepi jalan lagi mahal sbb mereka pun ambil dari org lain.

Begitu serba sedikit cara kami menolong menaikkan ekonomi Melaka. Dah buat promosi ni mungkin org lain akan ikut langkah kami terutama sempena cuti sekolah ni.

psst - kalau Dato' Wira Ali Rostam terbaca n3 ni takde ke cadangan nak bagi saya pingat hehehe

43 comments:

  1. huuuuuhhhh...
    br puas ati aku...
    maknanya... aku la 1st, 2nd, 3rd, 4th...

    tiada ruang utk rozana lain :P

    sorry juliet

    ReplyDelete
  2. klu ko belakon smbl menari2 ala hindustan, aku gerenti 111% ko akan dpt pingat...
    terus Tan Sri tu...

    muehehehehehe...
    maknanya aku puan sri la eh... bagussss.... ckLah dan juliet,tolong jangan cemburu... :P


    p/s : awat pulut panggang, kupang, sos cucur dan petai tu smpi2 lg kat umah aku?? ko slh address ke :P

    ReplyDelete
  3. kts,
    tak baik tamak2. Kebahagiaan bukankah utk dikongsi bersama? ahaks
    Apapun aku suka semangat ko pagi2 ni.
    juliet tentu masih tido. Kalau tak pukul 10 dia takkan bangun kalau hujung minggu mcm ni.

    kts lagi,
    kalau dah banyak peniaga tutup kedai pasal tak laku, aku menari2 pun dah takde maknanya. Lebih baiklah aku tolong peniaga2 Melayu kat sana.
    Ko pakai title Datin rasanya lebih sesuai hehehe
    Kan barang2 itu ada kat rumah kita! muahaha

    ReplyDelete
  4. sy tak suka berkongsi, bang...

    muehehehehehehe...
    sharing is not caring at all....

    hooohhh..
    anak dara yg bgn lambat mcm juliet tu ko nak... ish ish ish... pikir bebetul...

    muehehehehe... aku suka... aku suka... juliet sudah kalah...

    puan sri ok... tiada kompromi... no datin datin... :P

    ReplyDelete
  5. salam di pagi sabtu buat YB dan KTS.
    Saya dah biasa bangun awal,lagipun arini saya kerja, pukul 8.30am dah di ofis. anak dara sekarang tak semua yg bangun lambat (stetment geram) Saya cemburu pada isteri YB kerana dapat seorang suami yg begitu ambil berat hal keluarga. Tahniah puan kerana atas didikan puan juga anak2 berjaya. Yb, hang jgn dok perasan sensorang ok :D

    ReplyDelete
  6. amboih kts, kemain lagik enko... kikikik :P :P

    err... saya kurang gemar isi minyak hijau-putih tu... sebab performance minyak dia kurang... tak berapa bulih nak pegi jejauh... saya lebih suka guna minyak kulit kerang atas sebab ekonomoney... heheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  7. YB,
    bila kita berbuat kebaikan jgnlah hrp ade balasan, tapi best gak kalo dpt title puan sri ke, datin pun orait gak ler, dari zero. Sedap bunyinyer, Puan Sri Juliet.

    ReplyDelete
  8. Lupa, saya pengomen kedua yer. Emmm, selalunya yg pertama org suka tinggalkan, dan yg kedua dikejar-kejarkan. Sori KTS, saya mmg suka dikejar, tapi kepada YB, jgn yg dikejar tak dpt yg dikendong pulak berciciran.

    ReplyDelete
  9. YB,
    Kupang tu mcm lala ke? Bkn LALAH yer (ckLah) hahaha.Tetibe teringat pisang goreng sempoi, lama tak beli ni.

    ReplyDelete
  10. assssuudddaaaalaaa ko juliet... tak yah la nak ckp baik2... puji2 YB... sudaaalllaaaaa

    aku kan dah cop, 1-4... ko dah takde ruang...

    klu dah bgn lambat tu ngaku je la weeeeiiihhh... :P

    YB : sila jgn terpedaya dgn juliet..

    ReplyDelete
  11. KTS,
    saya tidak suka memperdaya tapi kalo org yg nak terpedaya, apalah daya saya kerana saya telah mencuba sedaya upaya.

    ReplyDelete
  12. mana org lain ni, asek saya ngan kts jek, oittttt, hangpa sumer tido lagi ka?

    ReplyDelete
  13. korang dah start perang... orang lain takut nak campur... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  14. Maaaak aih. Ada perang ke apa kat sini nih? Hahahaha :D
    Takut seyh...jangan ada high heel terlibat sudah la. Bersepah pulak rumah YB kita ni, ada barang pecah aper smua hahaha :P
    Pulut panggang. RM1, dapat tiga. Beli RM 3, dapat sembilan....cukup ke tak tu? Heheheh :D

    ReplyDelete
  15. kts,
    org pompuan ni kalau boleh mmg dia nak semua utk dirinya aje. Tak baik mcm tu. Bnyk perkara kat dunia ini kita mmg kena berkongsi. Contohnya kasih sayang emak bapak kita kena kongsi dgn adik beradik.

    Dari Puan Sri lebih baik Toh Puan terus.

    ReplyDelete
  16. juliet,
    baguslah kalau anak dara bangun awal. Hari Sabtu pun ko kerja juga ke? Nak kumpul duit buat kawenlah tu hehehe

    syah shah,
    pagi ni kts terlebih power sbb semalam minum kacip fatimah kehkehkeh
    Mmg minyak kulit kerang tu lebih baik (saya kerja situ dulu saya tahu) tapi kerana nak tolong sykt kita, saya isi jugak di stesen hijau putih tu. Mereka dah banyak memperbaiki mutu tapi belum setanding dgn merah kuning.

    puan sri juliet.
    mmg sedap panggilan tu ahaks

    puan sri juliet lagi,
    sapa kejar sapa ni? hehehe

    juliet lagi dan lagi,
    kupang tu macam tiram tapi warna kulit dia hitam kehijau2an. Dah selamat isteri saya masak goreng cili bersos dgn telur emmmm sedap tak terhingga

    syah shah,
    kts dan juliet dah isytiharkan gencatan senjata. OK dah selamat utk yg lain memberi komen.

    Akmal,
    mereka berebut nak tarik perhatian lelaki macho tapi pemalu ni hehehe (tolong jgn percaya).
    Saya tak kisah rumah bersepah sbb petang nanti kami akan sama2 kemas ngeh3x.
    9 pulut panggang tu utk di makan dlm perjalanan. Itu pun tak habis sampai rumah.

    ReplyDelete
  17. Salam kenal juga, Tahniah dengan kejayaan Atikah! kalau tahu dari dulu lagi dah lama dok ziarah menziarahi ni! Apa lagi kat Melaka ni...

    hah fasal pulut panggang Simpang 4 tu, memang best, sonata pun kekadang beli kat sini, dan juga pulut udeng nya! (walaupun rumah kami jauh - kami ke sana!- last 2yrs hubby kat Alor Gajah - now di Jasin)...

    ReplyDelete
  18. sonata,
    terima kasih kerana sudi membuat kunjungan balas.
    Melaka duduk mana? Hubby sonata di TGB ke?
    Pulut panggang dan pulut udang Spg 4 tu mmg laku. Masih kami sampai hari tu dia baru masak. Mcm bukit banyaknya. Tapi bila kami singgah kat masjid di situ utk solat Asar, dah clear!
    psst - bagi pembaca blog yg belum pernah rasa, silalah ke situ kalau ke Melaka lain kali.

    ReplyDelete
  19. aik... dah jadik YB nak pingat lagik... lalalala

    ReplyDelete
  20. kapten,
    kalau org bollywood setakat shooting 1-2 filem kat Melaka boleh dpt Datuk, apa salah bagi kpd anak Msia yg sentiasa mempromosi negeri itu melalui blog beliau.
    Cuba ko tengok di atas tu beberapa org dah berangan nak pakai title Datin hehehe

    ReplyDelete
  21. salam..bestnya...suka makam asam pedas dan ulam cencaluk kat melaka..sedappp

    ReplyDelete
  22. arsaili,
    ko makan asam pedas kat mana? Saya selalu pergi gerai 88 di bandar hilir.
    Tghari tadi isteri saya masak asam pedas ikan terubuk dan manyong. Fuuh sedap tak terhingga. Jauh sgt kalau nak hantar ke Australia. hehehe

    Tijah,
    ko tolonglah bagi tahu Tun Khalil Yaacob. Baru boleh dapat.

    ReplyDelete
  23. YB
    hari ni Kts dah penuhkan quota sakura tak dapat no.3 or no.4 he he he
    YB Dato' Wira Ali Rostam terbaca n3 ni pasti dapat pingat "Panglima gagah perkasa" he he he

    ReplyDelete
  24. Hai promosi sakan...Sonata dok kat Bed Hill...hahaha...lama2 kang, at last you'll know! Hubby kat Majlis Perbdrn Jasin. Before this di MPAG, before that di MBMB, before after before (he3 - brp banyak before daa.), di KL - penat dok KL , tukar ke state kecik aje la...

    ReplyDelete
  25. tahniah buat atikah. tahniah juga buat yb dan isteri kerana melentur anak-anak menjadi berjaya.
    kpah masih di melaka. malam ni makan ikan bakauuu....

    ReplyDelete
  26. sakurasa,
    jgn risau no 4 masih kosong.hehehe
    Harap2 dia bacalah yg. (tapi mana ada masa dah nak pemilihan ni)

    sonata,
    dulu saya selalu singgah kat Bed Hill tu beli petai padi dan pisang goreng di simpang JPJ tu. Masa tu stesen minyak tu pun belum ada lagi.
    Wah hubby org kuat Majlis ya? Dulu masa kerja dgn sykt kulit kerang selalu jumpa org majlis. Pernah main bola dgn MBMBB di Stadium Hang Tuah.

    kakpah,
    terima kasih di atas ucapan. TQ juga kpd guru2 yg telah bersusah payah mengajar.
    Kalau makan ikan bakau tu ingat2 kami di KL. Malam ni insyaAllah makan nasi kawah di surau sempena sambutan Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  27. wow, kalau masa tu stesen minyak tak ada lagi,dah lama le tu...gerai yang mana satu tu? dah tak ada petai, tapi pisang goreng ade le...my home go straight that way la...

    USA di mana? hubby from iowa state, sy from US Malaysia.

    ReplyDelete
  28. sonata,
    mmg dah lama tu. Petai tu dia petik di pokok kat situ jugak. Sekarang mungkin dah takde yg nak mengambil petai tu lagi hehehe.
    Rumah straight sampai ke masjid tu ke? Sebelah kiri ke kanan kalau dari simpang tu arah ke Duyong?
    Saya US di SIUE. Hubby kat Iowa State tentu ramai pelajar M'sia. Pernah juga ke sana masa belajar dulu. Saya batch pertama di SIUE jadi semua kena buat sendiri termasuk solat Jumaat dan cari makanan halal. Pengalaman yg menarik. Hubby you tahun berapa grad.?

    ReplyDelete
  29. gerai cucur udang tu...

    sesekali bila balik kampong dengan sengaja kami kesana utk mamakn cucuk udang alor gajah hehe

    ReplyDelete
  30. Pak Yus tak menari guling2 kat kota famosa tu... cam mana nak bagi pingat

    baru beli petai sepapan dua dah nah pingat... bagi pengat boleh la kot... hehehe

    ReplyDelete
  31. yuhuu~ akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke sini kembali ;p

    wahh~ enYB ni mmg suka bershoping ni..kalau di Melaka, lemang pun 365 hari setahun ada..tapi, yang mahal adalah kuah bakarnya..unik~

    ReplyDelete
  32. Siue, stand for what? Is it Southern Illinois University? Hubby grad tahun 86...Ha ha ha , lama2 tau jugak from masjid 1 km turn right , go inside 2nd lane...

    ReplyDelete
  33. zino,
    kalau dah femes kat ceruk mana pun org akan cari. Gerai tu dah pindah beberapa kali sebelum di tempat sekarang.

    Shifu,
    bukan pasal beli petai sepapan dua. Tapi bayangkan promosi yg Melaka dpt dari n3 ni ecece. Tak kira, saya nak pingat jugak. Kalau tak saya akan buat n3 tentang tempat lain pulak hehehe

    Iliana,
    welcome back hehehe.
    Lemang saya suka beli kat Jenjarom, Selangor. Sebatang cuma RM4. Kalau yg kecik RM3 pun boleh dpt. Rasanya sedap dan berkrim.

    sonata,
    yup SIUE itu di Edwardsville. Saya senior yr hubby mungkin dia tak kenal kecuali dia aktif dgn MISG.
    Oh kat situ rumah sonata.

    ReplyDelete
  34. kts dan juliet;
    ckLah tk boleh campur. Masa tengah suka ni semua manis. Takut nanti aku dh dpt yg lain dan terpaksa menduakan dia, dia akan membalas dendam lalu segala rakaman video detik2 mesra kami akan dia sebarkan hingga menjadi perbahasan YB YB lain di parlimen.......huh...jatuh reputasi aku sbg ketua wanita bahagian.....

    he...he....dengarlah repekan ku ...




    errr what is fettai? I don't eat fettai...you know!!!

    ReplyDelete
  35. hohoho... lame dah x balek mlake... rindu la plak...

    ReplyDelete
  36. Ooiitt ! Adek KTS ! Bukan main lagi bolot tempat 1,2,3,4 dan 5 ekk !

    Wah....jenjalan di Melaka pulak...kira petai tu murah laa...kat sini RM3 utk seikat 4 papan...tak tahu laa...mahal gak di ganu ni...

    Bagus la buat promo di Melaka tu...Tie dah pun buat promo utk Ganu..walaupun bukan asalnya Ganu, ia adalah tempat hubby cari makan, he he....

    ReplyDelete
  37. ckLah,
    saya doakan semoga ckLah selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh. Saya yakin rakan2 lain juga mendoakan ckLah.

    kipas,
    kalau ada kesempatan baliklah Melaka. Takut habis cengcaluk dimakan org luar hehehe

    Tie,
    kadang kalau kita pergi makan angin harga dah tak jadi faktor masa beli barang. Tapi kalau boleh dpt yg lebih murah dari di tempat kita sendiri lagi bagus.
    Dah lebih setahun saya tak ke Ganu. Lain kali kalau kami pegi bolehlah minta Tie jadi tourist guide nya hehehe

    ReplyDelete
  38. salam YB...tak sangka ternampak YB nyer komen kat Tijah Lawa nyer blog...rupa2nya YB pn active tulis blog...
    ingat saya lagi? sara yg buat Asset kat shell dulu...hehe

    ReplyDelete
  39. Sara,
    saya taklah aktif sgt blogging ni. Cuma kalau org dah singgah rumah kita kenalah balas lawatan mereka. Tak gitu?
    Saya cuba masuk blog Sara tapi tak dapat. Sara buat apa sekarang? Saya dah tak kerja dgn sykt kulit kerang tu. Senang2 call lah saya. Masih no dulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails