Semasa dalam perjalanan ke Pantai Timur tengahari tadi saya ternampak beberapa batang pokok yg sudah mati atau hampir mati kerana pangkal mereka ditenggelami air. Ini semua gara2 pembinaan LPT yg telah mengubah aliran semulajadi air di kawasan tersebut.
Gambar diambil di KM 156 arah Timur sebelum R&R Maran. Gambar ala2 PenyuBiru
Saya tertarik dgn pemandangan ini kerana ia membuat saya berfikir dalam keadaan ekonomi yg tak menentu sekarang, ramai orang telah diberhentikan kerja dan lebih ramai lagi akan kehilangan kerja. Jika mereka tidak berbuat apa2, mereka laksana pokok2 ini yg suatu ketika dulu hidup subur dan tegak tinggi ke langit. Tetapi apabila keadaan berubah yakni kawasan tersebut telah ditenggelami air, pokok2 itu mula mati atau hidup segan mati tak mahu. Pokok memang tak boleh bergerak ke tempat lain tetapi kita boleh! Jadi janganlah jadi mangsa keadaan kerana kita diberi akal dan kebolehan untuk mengubah nasib kita.
Sesuatu utk kita fikirkan bersama.
Sesuatu utk kita fikirkan bersama.
psst - maaf kerana tak sempat nak membalas komen2 di n3 sebelum ini. InsyaAllah saya akan cuba balas kemudian. Hari ini saya balik lambat (dekat pukul 12 malam baru balik rumah) dan esok saya akan ke Melaka. Apapun saya menghargai komen anda semua.
betul....keje pembinaan mmg terbukti byk mer0sak kan alam~!
ReplyDeletetp tula....xde perubahan n bnde ni masih lg berterusan.....
kEy,
ReplyDeletesatu komen yg kritis. Kita mahukan pembangunan yg bertanggungjawab dan tidak merosakkan alam sekitar. Barulah lestari.
YB
ReplyDeletepergi Melaka kirim salam orang Melaka ya he he he
pembangunan tdk akan meroskkn alam jika dirancang dgn sempurna.
ReplyDeleteklu sy tak dak keja nanti sy nak g tebang pokok2 tu buat balak la...
jgn pula sampai ada yg kata.... "ini semua pasal Pak Lah bagi kat Najib jadi PM la ni"..... hehehe..... ehhh... aku pula dah kata....
ReplyDeletebangun salah tak bangun salah... tebang salah tak tebang salah...
tanam salah tak tanam salah....
jadi semua serba salah.... (nyanyi ala2.... R Azmi)
pembangunan tanpa perancangan rapi dan teliti memang bakal mengundang masalah...
ReplyDeleteisk... Sampai rumah tengah malam pun ada masa lagi nak update blog?? Kalau saya, heh, kirim salam... Sesungguhnya panggilan bantal dan tilam itu lebih afdhal disahut... Hahahahah :P :P
p/s : eh, word verification TESCO?? pomot ke ape nih?? Boikot laa... Boikott!! Heheheheh :P :P
sakurasa,
ReplyDeleteko nak kirim salam kat Ali Rostam atau Rahim Thamby Chik? Kejap lagi saya nak bertolak.
kulna,
Kajian EIA kadang2 hanya utk melepaskan batuk di tangga.
Kalau nak tunggu sampai ko tak kerja baru nak ambil balak tu, rasanya dah habis kena sapu org lain hehehe
Shifu,
kalau ikut cakap org, akhirnya kita jadi mcm Lokman Hatim dan anaknya dgn keldai tu.
Saya kena fokus ke Pahang kerana Najib nak ganti abang saya tak lama lagi. Banyaklah projek kat sana tak lama lagi.
syah shah,
caiyok caiyok.
Sambil cek email sambil tengok blog. Dah terlanjur tengok, buatlah n3 poyo ni ngeh3x.
Siapalah yg letak "TESCO" tu? Lain kali nak suruh google letak nama sykt aku utk word verification hehehe
Rakus sangat. Tu lah.
ReplyDeleteMakhluk Allah semuanya dikurniakan dengan kebolehan untuk adapt dengan situation. Untuk makhluk lain yang takde akal, mereka akan ikut naluri dan nature mereka.
Tapi kita ada akal.
Org pompuan pantai timur comey-comey, jgn termasuk dlm beg sorang dah ler ;D
ReplyDeletehukum darwin?? hehehe..
ReplyDeletetak mahu jadik macam pokok...asal orang tak suka je kena tebang huhuhu
ReplyDeletehuhuhu... kena tabah apa pun
ReplyDeletedalam maksud ayat YB nihh...
ReplyDeletekpah pun nak g melaka besok. makan ikan bakar?
ReplyDeleteAkmal,
ReplyDeleteSayangnya kebanyakan kemusnahan adalah disbbkan oleh makhluk yg berakal ni kerana kerakusan dan tak menggunakan akal dgn sebaiknya.
juliet,
demo mmg comey. Jeles ke? Kalau jeles lain kali ko ikut aku ajelah. Kete pun kosong. Baru ini aku pegi sorang2.
Jard,
bukan hukum Darwin tapi ini balasan kalau kita tak menghargai anugerah illahi.
Cinta Cukulet,
alhamdulillah kita dijadikan sbg insan dan bukan makhluk lain spt pokok. Kita kena banyak bersyukur.
kapten,
betul kata ko. Kita kena tabah dan terus berusaha.
Chekgu BH,
terer Chekgu menangkap yg tersirat. Sepanjang perjalanan tempoh hari saya dok fikir tentang perkara ini.
kakpah,
makan ikan bakar kat mana tu? Kalau best bagi tahu saya. Boleh saya cuba kalau saya belum pernah ke situ.