Sunday, March 15, 2009

Kisah Nenas Yankee

Pernahkah anda makan nenas Yankee? Apa, tak pernah? Anda cuma biasa dgn nenas Sarawak, nenas betik (atau gandul), nenas Morris (bukan jenama kereta tau) dan nenas Josephine.

Nenas Yankee mendapat namanya kerana bentuknya yg macam seluar Yankee yg popular di tahun 1970an sebelum kepopularitiannya diambil alih oleh seluar bell bottom. Seluar Yankee ketat dan sendat terutama di bahagian bawah. Jadi adalah hamba Allah yg bila tengok nenas yg pada masa itu belum ada nama tapi berbentuk tirus, maka dinamakan nenas Yankee. Kalau nak tengok gambar, sila lihat di bawah ni.

Walaupun tak berapa besar, sebiji nenas ni berharga RM5 - RM6.

Kalau dijual di Singapura, harganya SD6 sebiji

Sebenarnya ada cerita di sebalik nenas Yankee dalam gambar ini. Begini kisahnya . . .

Jumaat lepas saya telah ke Klang dgn 3 org rakan utk melihat tapak projek di mana saya telah diminta oleh sebuah sykt multinasional utk mencari jalan bagaimana mempercepatkan proses kelulusan dan pembinaannya. Apabila hampir masuk waktu solat Jumaat, saya dan seorg rakan telah singgah di sebuah masjid di daerah Kuala Langat. Apabila azan sedang dilaungkan masuk seorg lelaki yg saya kenal sangat. Dia tak perasan kehadiran saya lantas saya sengaja berdiri di sebelahnya ketika muazin sedang melaungkan azan tersebut. Dia agak terkejut apabila melihat saya kerana dia tak menyangka saya akan solat Jumaat di masjid di kampungnya yg jauh dari rumah saya. Usai azan dan sebelum solat sunat, dia bertanya khabar dan menjemput saya singgah di rumahnya kerana dia ingin memberi saya nenas Yankee.Lepas solat Jumaat dia sekali lagi menjemput saya ke rumahnya. Saya katakan saya bersama seorg teman dan kereta saya pula digunakan oleh 2 org teman saya yg bukan Islam utk melawat tempat lain. Saudara saya menyuruh kami naik kereta dia sementara saya menghubungi teman saya yg 2 org lagi utk ke rumah saudara saya itu. Dari masjid dia tidak terus ke rumahnya tetapi singgah di projek perumahan yg sedang dimajukannya. Dia telah membeli tanah seluas 4 ekar di kawasan kampungnya dan bercadang membina 26 buah rumah berkembar. Pembeli sasarannya ialah guru2 kerana mereka boleh memohon pinjaman perumahan kerajaan sehingga RM200K. Setakat ini sudah agak ramai guru yg bersedia utk membeli rumah2 tersebut walaupun kerja tanah baru bermula. Saudara saya ini juga tidak mahu membina lebih dari 30 unit kerana kalau dia berbuat demikian, maka dia terpaksa menyediakan loji pemprosesan najis yg berharga tidak kurang dari RM200K. Sedangkan 26 unit yg dirancang boleh menggunakan tangki septik individu yg berharga sekitar RM1K. Bijak strateginya. Dia memberitahu saya insyaAllah dia boleh mendapat keuntungan RM2 juta sekiranya semua unit habis dijual. Bertambah kayalah dia. Saya pernah menulis kisahnya tak lama dulu. Sila klik di sini jika ingin membacanya.

Sebelum kami sampai ke rumahnya teman saya yg 2 org lagi tu telah menunggu di simpang jalan masuk spt yg saya arahkan. Kami pun terus ke rumah saudara saya. Isterinya juga ada di rumah. Saya diberitahu bahwa pada kebiasaannya, saudara saya akan solat Jumaat di masjid di kampungnya dan tidak di masjid di Shah Alam yg lebih hampir dgn pejabatnya. Arwah bapanya seorg saudagar getah di kampung tersebut banyak menyumbang kpd pembinaan masjid tersebut. Sekarang saudara saya ini pula meneruskan amalan mulia ini.

Ini rumah dia. Kereta yg ada masa kami tiba sebanyak 6 buah. 4 dgn plat satu digit (semua no yg sama). Semuanya kereta mewah termasuk 2 Mercs.


Kami dijemput makan tengahari walaupun asalnya hanya utk singgah mengambil nenas Yankee. Lauk kampung tetapi teman2 saya begitu berselera makan sampai 2 pinggan! Sementara kami makan salah seorg dari 3 org pembantunya (ya pembantupun samapai 3 org) mengupas nenas Yankee utk dijadikan pencuci mulut. Manis dan sedap sekali. Kami juga dihidangkan ubi rebus gula merah berserta kopi kampung.Sementara menikmati hidangan ini, kami bercerita tentang banyak perkara. Antaranya keadaan ekonomi semasa dan impaknya terhadap projek2. Kami juga berbincang tentang scenario politik semasa. Saudara saya merupakan salah seorg perwakilan ke Perhimpunan Agung sebuah parti Melayu hujung bulan ini dan banyak yg diperkatakan tetapi tak boleh saya tulis di sini. Teman2 saya berasa begitu selesa walaupun baru pertama kali bertemu kerana saudara saya seorg yg cepat mesra.

Sebelum balik dgn membawa nenas Yankee sebanyak 6 biji, kami sempat meninjau sekitar rumah beliau.

Wakaf dan tempat letak kereta tambahan. Saya berdiri di atas jambatan di kolam ikan. Macam syurga di dunia dgn air mengalir di bawah jambatan itu.

Dalam perjalanan balik teman2 saya menyatakan begitu teruja dapat bertemu saudara saya ini kerana dapat melihat sendiri kejayaannya dan menimba pengalaman beliau sehingga berjaya begini. Ini semua kerana nenas Yankee!

23 comments:

  1. aku first ke...
    Walaupun nanas yankee tapi nampaknya saudara yb tu rezkinya bellbottom.
    mesti rasanya manis...

    ReplyDelete
  2. kalau dapat nenas yg rasanya manis memang best..slurpp..cecah dgn serbuk asam boi hehe

    ReplyDelete
  3. kat kampung ada ler pokok nenas yang ditanam untuk makan sendiri... makan jer tp tak tau nama.. :)

    ReplyDelete
  4. sedapnye nenas.. dah dekat due tahun tak makan... hahahahahah :P :P

    precautions laa kunun... sampai ke sudah tadek hasil... chessss... takpe... usaha tangga kejayaan... hik hik hik hik :P :P

    err... nape rase cam lari topik je komen nih?? hahhaahhah :P :P

    ReplyDelete
  5. salam..wahhh rezeki saudara dan kagum...moga kita pun dimurah kan rezeki

    ReplyDelete
  6. kakpah,
    tahniah kerana jadi yg pertama. Ini mesti anak dara 2 org tu kuat tidur - ciss.
    Maksud kakpah saya mcm cencaru makan petang ke? Tapi pagi dan tghari cencaru nak makan jugak hehehe
    Nenas Yankee mmg manis dan tak lidas.

    Cinta Cukulet,
    nenas manis makan begitu saja pun sedap. Tapi kalau cecah asam boi atau kicap lagilah best.

    kapten,
    kampung ko Sabah kat mana kapten? Di pasar Filipina kat KK tu saya tengok banyak nenas.

    syah shah,
    kata nak tunggu Imran besar dulu. Makan dulu nenas sementara tu. Kat Klang kan banyak nenas.

    ReplyDelete
  7. arsaili,
    rezeki manusia tak siapa yg tahu. Kita kena berusaha dan berdoa - selebihnya kita serahkan kpd Ar-Rozak.
    psst - anak saudara saya belajar tak pun sampai universiti tapi sekarang berjaya dlm hidup kerana lebih berani mengambil risiko. Kadangkala org yg ada ijazah mcm saya terlampau berhati2 sehingga terlepas banyak peluang.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah.. moga moga semuanya diberkati.. aminnn

    yb, sebenarnya me pun nak cerita pasal nanas.. tungguuuuu

    ReplyDelete
  9. salam persinggahan,
    pertama kali mendengar dan melihat nenas Yankee.

    Rezeki manusia semuanya ketentuan Ilahi. Kita hanya perlu berusaha dan tawakkal kepadaNYA.

    ReplyDelete
  10. ungku nor ajar sy nanas batu jer YB. hikhikhik

    ReplyDelete
  11. YB
    arini kakpah 1st, kts n juliet mana ek?
    YB nanti leh buat rombongan cik kiah ke rumah saudara YB yang telah berjaya tu? lawatan sambil berlajar... untuk menjadi usahawa yang berjaya he he he

    ReplyDelete
  12. Kemecer tenan ndelok nanas kuwi!!
    Ngiming-ngiming wong njero pantang wae kue iki!!!
    Pangan karo duduh rojak enak loh...(errr...duduh? Betul ke perkataan tu?)


    KTS dan Juliet;
    Akak ada bahasa rahsia dengan abang aji kite tau. He...he...he...

    ReplyDelete
  13. adess... incik YB... Imran tu anak buah saye laa... Hahhahahah :P :P

    Tu musti salah faham lee tuh... Kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  14. nenas tu nmpk lawa...
    nak makan pun sayang...
    buat perhiasan je la...

    ReplyDelete
  15. nanas pak yus... 'NANAS'... bukan nenas.... kang marah pulak cikgu BM kat TI tu... hari ni mujur la dia tengah laluk lagi, kalau dak mesti dah kena kutil ni

    ReplyDelete
  16. Tak pernah dengar pulak nenas ni...dan tak nak ambik tahu, yang tahu makan je, asal manis udah le.

    Nak fokus nama2 ni, nanti fening - fening....kalau nak nenas sarawak, gi sarawak. tapi gi sabah , ada gak nenas sarawak, guana gitu?

    ni sudah hebat, kat mana pondok YB di KL tu..buleh mai air secawan!

    ReplyDelete
  17. en_me,
    saya tunggu n3 tu. Mesti best pasal en_me org Pekan Nanas. hehehe

    DrSam,
    terima kasih kerana sudi singgah.
    Tak ramai org tahu tentang nenas Yankee ni. Itulah saya terpanggil utk highlight benda ni.
    Tetap sekali rezeki kita di tanganNya.

    Tijah,
    nenas batu tu mcmana? Boleh minta Ungku Nor ajar saya jugak hehehe

    sakurasa,
    kakpah habis round blog kengkawan arini. kts dan juliet rasanya keletihan kerana semalam puas beradu di rumah saya. Bagi can lah mereka rehat arini. Esok mereka dtg lagilah.
    Segan saya nak buat rombongan cik kiah tu. Lawatan kami Jumaat tu kebetulan dia yg ajak pasal nak bagi nenas Yankee tu.

    ckLah,
    nek susah2 pangan waeh nanase. Nang omahku ono duduh rojak.
    KTS & Juliet - kalau ko org berminat aku boleh ajar bahasa rahsia. Barulah boleh menyaingi ckLah hehehe

    syah shah,
    maaflah salah channel. Sib baik aku tahu Encik Firdaus tu sapa hehehe

    ie3za,
    terima kasih kerana memberi komen pertama.
    Nenas Yankee agak popular di S'gor terutama di kawasan Klang dan Kuala Langat. Kebanyakan org di sini panggil dgn nama Yankee tapi tak tahulah kalau Jab Pertanian ada nama lain.

    Chekgu BH,
    dah selamat dah nenas tu kami makan. Takpe saya dah ambil gambarnya.

    Shifu,
    masa saya belajar dulu disebut NENAS. Tak tahu pula sekarang dah jadi NANAS. Apa2 ajelah.
    Cikgu BM yg di TI tu laluk2 pun masih boleh bagi komen melalui blog dan sms. Ini mesti menggunakan E90 dia.

    sonata,
    betul tu. Buat apa fening2kan kepala. Banyak benda lain nak fikir kan?
    Kalau nak tahu lebih lanjut pondok saya yg daif ni boleh email saya kat yunus.badawi@gmail.com

    ReplyDelete
  18. nenas ni tak berapa sangat dengan zino.. bila makan gatal2 tekak.. hehe

    ReplyDelete
  19. zino,
    gatal tekak ke lidas di lidah? Sebenarnya saya pun tak berapa minat makan nenas ni. Saya lebih suka tembikai. Lagi banyak khasiatnya mengalahkan Viagra. (pernah saya buat n3 tentang tembikai) hehehe

    ReplyDelete
  20. mak sedara saya terer buat paste nenas. memang best, tapi setengah orang maybe takbley tahan sebab manis sangat. :D
    macam biasa, saya tau makan aje hahahahaa :D
    3 orang pembantu rumah? tu rumah ke istana? :)
    Murah betul rezeki dia ye. Sunnatullah semua tu. Sapa usaha, dia dapat. Sapa usaha lebih, dapat pun lebih lah.

    ReplyDelete
  21. takpaa takpaa... janji tau sapa incik Firdaus sudah le... Kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  22. Akmal,
    dia jual ke paste nenas tu? Boleh jadi sumber pendapatan tu.
    Kawan sayapun terkejut tengok saudara saya tu ada sampai 3 org pembantu rumah. Bukan banyak sgt pun kerja yg nak dibuat. Tapi bagi org kaya mcm dia pasti tak jadi hal punya.

    syah shah,
    :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails