Monday, March 16, 2009

Ini Memang Sudah Melampau

Kawasan perumahan kami ini terletak berhampiran dgn stesen LRT. Sesuatu kelebihan bagi kami kerana senang kalau nak naik LRT. Tapi kerana dekat dgn stesen ada (dibaca ramai) pengguna LRT yg meletakkan kereta mereka di tepi jalan di hadapan rumah kami kerana tempat letak kereta yg disediakan tidak mencukupi dan yg lebih penting bagi sebahagian dari pengguna ini untuk mengelakkan membayar cas parkir sebanyak RM3/ hari.

Selalu pagi2 lagi dah penuh org2 yg tidak bertanggung jawab ini meletakkan kereta di rumah kami sehingga tuan rumah nak keluarkan kereta nak ke pejabatpun susah.

Free parking siapa tak nak? Di sebelah belakang tu laluan LRT dan stesennya cuma 124 meter ke kanan

Untuk mengelakkan org parkir di depan rumah mereka ada tuan rumah yg terpaksa meletakkan kon, pasu bunga atau batu2 besar.

Tapi baru2 ni, ada seorg pemandu yg sengal. Dah tahu tak muat, boleh dia masukkan depan kereta dia aje. Ekor terjulur ke jalan sehingga menghalang lalulintas. Maka ramailah yg geram kerana terpaksa undur dan pusing cari jalan lain. Antara mereka yg ini ada yg terlalu geram sehingga meletakkan dua ketul batu di atas kereta mamat atau minah ni. Tak cukup dgn batu2 itu, diletakkan seludang pokok pinang. Nah ambik ko!

Perhatikan apa yg ada di atas kereta Proton tu

32 comments:

  1. yesss, 1st.
    KTS,bos ko ade ek? hahaha.

    bukan YB ke letak batu atas keta tuh, zalim, zalim. LTR mana ni? Kot saya nak pegi bleh tumpang paking kat umah YB,hahahha.

    ReplyDelete
  2. juliet,
    kerana ko yg first aku jawab komen ni khas utk ko. Maknanya tak jawab sekali dgn komen2 yg lain ecece

    Kalau aku yg letak batu tu bukan yg kecik mcm tu. Aku taruk yg lebih besar dari kereta tu biar kemek kereta dia baru padan muka.
    LRT kat rumah aku le. Kata rumahku rumahmu jua (bukankah ko sudi nak duduk bilik belakang) hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahha...padan muka beliau..tu la sapa suruh ikut suka hati je..respek la orang lain gak huhu..

    ReplyDelete
  4. apsal tak terbalikkan aje kereta tu. pengajaran tuk dia dan yg lelain.hehe..

    ReplyDelete
  5. Eee tak baik betul orang macam tu. menting diri dia je.
    YB, len kali panggil je lori tarik kreta. buang le duit yb tu sikit. (duit kan bekepuk hehe..) Letak keta dia kat lam longkang besar tu.

    Haahaa.. aku melawak je.

    Letak le signboard dilarang letk kereta besar-besar.

    ReplyDelete
  6. Tangkap lah "BOB" sekor....letak situ!!


    ckLah pernah buat...betul...tapi tak sengaja...sambil lalu tu...cincin berlian ckLah yang batunya kukuh tahan calar itu...telah mencalar kereta-kereta itu...abih...aku nak lalu tak muat...takkan aku nak langkah longkang!!!

    Tapi sekarang...ckLah main batu tungku je...hu...hu...

    ReplyDelete
  7. Wah ari ni julietchu 1st.
    orang yang tumpang parking tu,
    langsung xfikir orang lain
    pentingkan diri sendiri ajer.
    tak baik cam tu ek!!!

    ReplyDelete
  8. Salam En YB,

    Memang tak 'sekolah' betul-lah orang macam tu. Kalau saya mahu saja saya clamp roda kereta tu...

    ReplyDelete
  9. Kataku lagi, rumahku syurgaku,hik,hik.

    ckLah,
    rajin2 bertungku. psttt: sian abg zahan kena warm up rx-z sensorang, bleh saya temankan,hahahaha.

    ReplyDelete
  10. Cinta Cukulet,
    sayang saya takde kat situ sebelah petang tu. Kalau tak dpt jugak tengok sapalah yg mangkuk tu.

    PenyuBiru,
    aku nak terbalikkan sorang2 tak larat. Kebanyakan jiran dah pegi keje. psst - akukan selalu keje dari umah aje. Ni pun kat umah. Petang nnt baru ada mtg dgn klien dan lepas tu nak ke Penang.

    kakpah,
    dari saya panggil lori tarik lebih baik mintak lori sampah langgar aje kete tu. Drebar lori sampah pun bengang ari tu sbb tak boleh lalu.
    Persatuan Penduduk kata nak pasang signboard tp sampai sekarang tak nampak bayangnya.

    ckLah,
    bukan murah nak bayar kawan aku si BOB tu.
    Bab menyohor ni bagilah kat ckLah. Dalam tak sihat tu pun masih sempat nak citer cincin berlian dia!
    Sekarang org tak pakai batu tungku. Pakai bengkung cukup lah.

    sakurasa,
    tengok dah tersengih2 juliet pasal ko puji dia.
    Saya ada no kete tu. Kalau dia buat hal lagi siaplah. Balik kete dah takde saya kerjakan.

    JP,
    wsalam. Kami takde clamp. Boleh pinjam JP punya ke?
    Apa kami boleh buat pancitkan kesemua tayar dia.

    juliet,
    bukan rumahku syurgamu ke? hehehe
    Saya bagi laluan utk ckLah jawab soalan ko tu.

    ReplyDelete
  11. lenkali buh batu besar-besar... dakpun tulis gune marker pen ateh hud kete dia tu "Ngape buduh sangat letak kete cenggini?? Tak sekulah sunggoh... Musti lesen beli!! HUHH!!" Aaa... pastu kalo dia tak insap gak, buat lagi, lenkali terus tulis gune paku karat satu batang... Hahahahahahahah :P :P

    Orang-orang yang menyusahkan cenggini memang layak di-apa-apakan aje kete diorang tu... Huh!!

    ReplyDelete
  12. padan muka dengan tuan keta tu... hehehe

    Err... kalau CSI buat test kat baru tu, mesti jumpa DNA YB

    jgn gantung kepala babi dah la... kang masuk paper, gempar satu malaya lak

    ReplyDelete
  13. Kah kah kah !! Ada gak yang terlalu geram yek...!

    Kelakar pulak tengok..

    Hmm...ramai pemandu sekarang ni amat pentingkan diri sendiri....memang sakit hati betul...

    ReplyDelete
  14. syah shah,
    bawak bersabar. Aku ni org yg baik hati. Baru2 ada sebuah kete parking betul2 depan gate aku. Dekat seminggu tak bergerak. Mungkin dia nak LRT dan terus ambik ERL pegi airport. Tiap2 pagi, petang dan malam aku tengok kete dia (dlm hati menyumpah bila nak dia nak belah!)

    Shifu,
    kalau betullah saya yg buat, batu tu bukan kat atas kete dia tapi kat tempat duduk dia (dgn cermin depan bersepai! hehehe).
    Aku nak panggil Mazidul 360 buat citer utk siaran minggu depan.

    kulna,
    macam pernah buat aje bunyinya (tapi bukan kat sini lah) hehehe

    ReplyDelete
  15. dia nak melawak dengan penduduk setempat agaknya. apa lagi, balas la lawak dia tu. carik botol air ke, yang translucent sikit tu, tulis "kereta untuk dijual, call 01XXXXXXX" ke, "tuan kereta sengal untuk dijual ke", apa ke.
    Cara tegur yang cool, tak gitu? hehehehe.

    ReplyDelete
  16. panggil @ buat aduan dgn PBT je..diorng dok pikir diri sendiri je tu..

    ReplyDelete
  17. Mak mertua suuh berbatu tungki jugakkkk
    Yang original.....







    Untuk anak dia jugakkkkk. Ahaksss!!!



    ckLah sihat lah! Sapa kata tak sihat! Jom bowling!!!!

    ReplyDelete
  18. julet;
    ckLah masih cukup perkasa tau nak main baling-baling batu tungku tu.....Nahhhh kau!! Hambek!!!!

    ReplyDelete
  19. YB;
    Nak ngumpat dak Juliet ni...kita cakap JAWA ya...
    kue eneng sopo-sopo ke arek di pek dadi bojone JULIET iki??? Nek orak pun, KAU PINANG bocah wedok iki, digae mantu mu...kenek porak? Kue nduwe anak sing nggarang kae kan? Wes gedi kan?



    Juliet....sila cari penterjemah! He..he..

    ReplyDelete
  20. eeii.. uncivilized person betul lah!

    ReplyDelete
  21. tie,
    itulah sebab aku bagi tajuk n3 kali mcm tu. Mungkin aku patut tukar jadi "Pemandu yg terlampau". Kalau buat DVD mesti laku memandangkan tajuknya yg catchy.

    Akmal,
    dia buat lawak bodohlah tu. Mungkin masa tu dia dah nampak LRT sampai.

    nahmy,
    PBT kat sini hangat2 tahi itik. Sekejap datang lepas tu tak datang.

    ckLah,
    tak sempat nak komen balas panjang2. Nak pegi mtg lepas tu nak ke Penang. Nanti citer via email ya hehehe

    tak bernama,
    betul tu. Belajar aje tinggi kesedaran sivik rendah.

    ReplyDelete
  22. kakaka... nasib baik lah tak ada buat naya kat kereta tu

    ReplyDelete
  23. takpa... buat aje... bior diorang rase... nyusahkan orang lain aje kejenye... pentingkan diri aje... Huh... nyampesss tauuuu.....


    Kikikikik :P :P Orang lain yang kene, aku yang emo... buleh gitu?? Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  24. kejap. seludang pokok pinang tu apa bang? he he.


    .

    ReplyDelete
  25. mana aci jwb komen dlm email. aku pun nak email gak, errr, tapi nak email kat sapa? huhuhu.

    ReplyDelete
  26. yess... last :P

    aku percaya bukan kerja ko letak batu2 tu..
    sbb klu kerja ko, dah lama kereta tu takde rupa kereta..
    muehehehehe..

    cik juliet,
    aku tadek opis la pagi tadi... aku bg can kat ko jd 1st... boring aar selalu 1st...
    muehehehe

    ReplyDelete
  27. Salam YB,
    Apa kata kita pasang kunci tayar sesekali....hahaha..

    ReplyDelete
  28. Ini lah antara sikap orang Malaysia. Saya cukup "sakit hati" kalau orang buat macam ni...Apa yang saya notice, kalau boleh nak parking betul2 depan kedai ke/ pejabat ke dll. "Malas" nak lebih sikit jalan.

    Cuba tengok, style mat saleh,tak kisah parking jauh2...berjalan!

    Kalau tak menyusahkan orang tak pe la, kalu macam tu, saya memang naik angin !!!

    Memang patut, buat apa yang patut pada kete yang buat macam tu. Tak kan nak saman pulak! jangan ngaku udah le, sape buat, dia yang buat tu patut kena saman! DBKL tak saman ke???

    ReplyDelete
  29. Ya dik KTS;
    Marilah kita mengalah......
    Biarlah dia dengan yang 'lain-lain'tu.....



    Orang tak suka kita blogging!!

    ReplyDelete
  30. hambik ko...
    padan muke...sape suh block jln org...

    ReplyDelete
  31. kapten,
    aik, mcm sokong aje tindakan pemandu kete tu? Kali ni kami bagi can. Lain kali siap dia hehehe

    syah shah,
    lain kali kalau ada pemnadu buat mcm ni lagi, aku calling2 ko. Ko buatlah apa yg patut. Aku tak tergamak walaupun dlm hati geram.

    tasik,
    seludang tu bukan yg macam pasak bumi tu ke? adeh deh deh

    juliet,
    kenalah pakai email takut madu2 lain jeles hehehe.
    Kalau ko nak email hantar kat yunus.badawi@gmail.com
    psst - komen ni akan dipadamkan sebaik ko hantar email hehehe

    kts,
    bukankah kita sama2 letakkan batu tu hari tu? Ko tambah lagi letak seludang tu. ahaks
    kts & juliet - n3 petang ni ko org belum komen lagi. Dah tido ke?

    zabs,
    wsalam. Kita boleh usulkan kpd Persatuan Penduduk. Kalau nak buka clamp tu kita cas RM50. Boleh jadi sumber dana persatuan hehehe

    sonata,
    mmg sebahagian org kita tak ada kesedaran sivik dan cuma mementingkan diri sendiri. Ada yg parkir di tempat utk OKU di sebelah stesen LRT sedangkan kete mereka tiada pelekat OKU (bermakna mereka normal). Mungkin cacat otak kot (maaf kalau bunyi kasar)
    PBT jarang sgt ambil tindakan huhuhu

    ckLah,
    sikit2 pun dah nak merajuk. Nyampees
    Mertua dah balik ni jgnkan blogging nak jogging pun silakanLah hehehe

    Chekgu BH<
    mmg ada ciri2 cikgu yg garang hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails