Tuesday, March 17, 2009

2 Hari/1 Malam

Cuti2 sekolah ni ramai org bawa anak2 pergi melancong. Saya pun pergi juga tapi bukan tujuan melancong (jauh sekali melencong) tapi kerana ada tugas yg perlu dilaksanakan.

Semalam saya dan seorg rakan bertolak ke P. Pinang pukul 6:15 ptg dari KL. Sepanjang perjalanan dari Sg Buloh lagi kami dicurahi rahmat hujan yg adakalanya terlalu lebat sehingga hampir tak nampak jalan. Semoga rezeki kami mencurah2 macam hujan ini juga. Dipendekkan cerita, kami sampai di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pukul 10:30 malam. Hotel ni baru 3 minggu dibuka dan mungkin kami tetamu pertama yg menginap di bilik 6** itu. Bagi sesiapa yg berminat utk ke hotel ini, ia terletak di Jalan Datuk Ahmad Badawi.

Hotel yg mempunyai 100 bilik mungkin yg terbesar di Kepala Batas.

Mulai bulan depan saya rasa tak banyak aktiviti di kawasan ini tapi mungkin berpindah ke kawasan Pekan pulak. Dah terbuat hotel ni nak macamana?

Selepas daftar masuk saya ke rumah bekas rakan sekerja yg tinggal di sebuah rumah corner lot di Bertam. Dah ada 2 buah kereta termasuk sebuah BMW 5 Series. Alhamdulillah saya tumpang gembira. Kami berbual sehingga pukul 12:30 mlm.

Pagi tadi saya ada kerja di tempat ini.

Ada taklimat dan lawatan tapak utk tender yg sykt saya sertai. Kami telah disenarai pendekkan setelah ditemuduga 4 minggu lepas. Bukan mudah nak masuk dalam senarai kontraktor sykt antarabangsa mcm ni. Hampir kesemua kontraktor adalah bukan bumiputera. Tolong doakan kami berjaya dan membuktikan kami juga boleh bersaing dgn yg lain.

Pemandangan di dalam komplek terminal

Kerja yg rumit dan memerlukan kepakaran yg tinggi

Sebelum balik ke KL kami singgah di sebuah restoran nasi kandar. Tak sah kalau tak makan nasi kandar jika telah ke Pulau Pinang.

Orgramai berbaris menunggu giliran

Saya sampai di rumah pukul 5 petang dan menyambung kerja dari rumah. Lepas tu seperti kengkawan yg baca n3 ni, mesti tengok blog dan update apa yg patut. Esok pagi saya akan ke Pasir Gudang utk tugas yg sama di sana.

20 comments:

  1. wah~ nasi kanDar ....lmE dah xmkn~!

    ReplyDelete
  2. kEy,
    kenapa dah tak makan? Ada insiden yg menyayat atau menyiyat hati ke?

    ReplyDelete
  3. semuga berjaya mendapat bidaan tersebut...

    ReplyDelete
  4. kalo saye, balik umah pehtu tido... mueheheheheheh

    penat wooo long distance punya travel.. Hihihihih

    Ape pon, semoga YB terus sukses... InsyaAllah... Aminnn.. :D :D

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya - dah dapet buleh belanja kawe2...he he he...

    nasi kandaq? not so minat

    ReplyDelete
  6. dah jeran makan nasi kandaq. Sebab terceret beret.

    ReplyDelete
  7. zino,
    terima kasih di atas doa dan sokongan moral.

    syah shah,
    sapa tak nak rehat tapi saya baru nak merangkak dlm bisnes kena keje lebih kuat dari pesaing lain. Org bukan bumi dah jauh ke depan. Kebanyakan org kita masih bergantung kpd bantuan kerajaan dan belum bersedia bersaing tanpa bantuan.
    Saya dah biasa travel long distance. Kalau ada rezeki nanti saya beli jet sendiri hehehe
    Terima kasih atas doa ikhlas ko tu.

    cikgooden,
    welcome back. Hanglah antara peminat nasi kandaq. Lain kali jom kita pekena sama2.

    sonata,
    tak payah tunggu dah dpt kalau nak belanja kenkawan. Kalau dtg KL bagi tahu.
    Tak minat nasi kandar sbb takut kalesterol ke?

    kakpah,
    kesian sampai ceret beret. Ikan bakar lagi bestkan?

    ReplyDelete
  8. dah bersara ni,makin ligat YB bekerje yer.semoga rezeki tender tu menjadi milik YB.

    ReplyDelete
  9. Pergh, respek lah uncle. Macam ni punya hardworking, InsyaAllah. pepatah arab; Man jadda wajada. Wa man zara'a hashoda

    ReplyDelete
  10. bz juak YB auk??
    moga berjaya la ya...
    moga mughah rezekinya...

    ReplyDelete
  11. PenyuBiru,
    saya belum bersara tapi kerja sendiri. Anak2 kecik lagi belum boleh rilek.
    Terima kasih atas doa tu.

    Akmal,
    Amin.
    psst - tolong translate

    Chekgu BH,
    wah panday kitak kelaka Swak. Pagi tuk kmk mauk ke JB. Mun sik ada hal, Chekgu boleh ngikut kmk?

    ReplyDelete
  12. semoga berjaya :)

    sampai berbaris tu... maknanya mesti sedap nasik kandar kedai tu... nyum2

    ReplyDelete
  13. saya last ke?
    Tak berapa minat ler ngan kedai2 org hitam manis ni, gerun tgk bulu kat tgn mula la bygkan yg bukan2,hahahahah.Org Jawa juga jd pujaan,ahakkkss.

    ReplyDelete
  14. Maksudnya,
    "sapa berusaha, dia dapat apa yangdia usahakan; sapa yang menanam, dia lah yang tuai hasilnya"
    Tu essence nyer, nak translate satu satu, saya punya vocab untuk lughah ni limited hehehe. :D

    ReplyDelete
  15. huittt... masa aku study kt kepala batas dulu takde pulak hotel tuh, KFC pon besar sketja dr bedroom umah aku.. hehehehe.. dahsyat ekk???

    ReplyDelete
  16. takpe YB, keje di kala cuti-cuti sekolah ni pun bagus gak...depa kata jln lengang...

    ReplyDelete
  17. moga YB akan berjaya dalam bidang kontrek kontrek tu (lain macam plaks bunyinya), bersih cekap amanah, cemerlang gemilang terbilang (kita tunggu pula slogan baru. ahaks)

    caiyuk caiyuk

    ReplyDelete
  18. juliet, aku pun tak minat ngan kedai2 abg bulu tu...
    kedai jawa pun tak berapa..
    kedai org siam gak aku suka...

    jom tomyam ngan ikan 3 rasa :D

    ReplyDelete
  19. kapten,
    terima kasih.
    Sedap tu terpulang kpd selera masing2. Yg tentu kedai ini femes.

    juliet,
    ko tak last, kts yg last.
    Romeo ko org Jawa ke? Jgn berangan nak tackle Pak Zahan. Silap haribulan ko kena santau dek ckLah. hehehe

    Akmal,
    terima kasih kerana sudi beri maknanya. Akan uncle jadikan kata2 azimat.

    cik confius,
    ko study tahun bila tu? Hotel ni baru aje siap. Sekarang KFC dah buka yg baru di simpang sebelum hotel tu. Besar.

    nahmy,
    jalan lengang kat bandaraya. Kat highway banyak kereta sbb org pergi makan angin. Hotel kat Penang pun banyak yg penuh. Itu yg terpaksa duduk kat Seri Msia Kepala Batas (sambil tengok kampung saya) hehehe

    Mak Su,
    Amin. Saya terpaksa bermula dgn kontrek swasta kerana kontrak kerajaan nak kena daftar dgn PKK. Banyak cekadaknya. Macamana pun kena jugak masuk tender kerajaan sbb dia nak belanja RM60 bil.

    kts,
    bukan kedai org Brunei ke?
    Kalau ko pegi makan tomyam jgn lupa ajak aku!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails